Sekarang Libya pula bergolak. Muammar Gaddafi kini menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku di Mesir, Tunisia.,Yemen, Bahrin dan hampir keseluruhan negara-negara Arab dan Utara Afrika. Kekacauan berlaku tengah malam semalam di Benghazi dan Trippoli yang telah menggoncang kekuatan mutlak dan kekebalan Muammar Gadafi yang telah berkuasa sejak 42 tahun dahulu selepas beliau menjatuhkan Idriss pada tahun 1969.
Semasa saya menulis ini seramai ratusan orang di Tripoli dan Benggazi telah mati terbunuh oleh gerakan tentera yang setia kepada Muammar Gadaffi bertindak terhadap penunjuk perasaan itu dengan disambut dengan kecaman terhadap kerajaan Libya dari negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat dan EU.
Malahan beberapa duta Libya ke beberapa buah negara termasuk dutanya ke Malaysia telah mengkritik kerajaan mereka sendiri kerana tindakan yang keras yang diambil keatas penunjuk perasaan yang mulanya aman yang menjadi ‘violent’ apabila tindakan pihak tentera dan pasukkan keselamatannya bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan itu. Malahan dutanya ke India telah mengambil tindakan meletakan jawatan beliau kerana membantah kezaliman pihak pemerintah. beberapa buah jet pejuang Libya telah digunakan oleh tentera udara yang berpaling tadah dan telah mendarat di Malta, sebuah pulau di Laut Mediterranean.
Saif al Islam Gadaffi, anak Muammar Gadaffi telah menjadi kutukan rakyat kerana sifatnya yang ‘arrogant’ apabila muncul di peti television sambil menggertak rakayat mereka akan diambil tindakan kepeluru yang terakhir. Saif telah menyalahkan pihak pembangkang dan kumpulan Islam yang menyebabnya berlakunya pemberontakan ini. Tuduhan ini ialah untuk meyakinkan dunia barat yang keadaan barat akan terancam jika kumpulan ini mengambil alih kuasa dari keluarganya.
Saif telah menggertak negara barat yang Tripoli tidak akan menghantar menjual minyak ke negara EU jika barat mengambil sikap memihak kepada penunjuk perasaan itu. Tetapi Saif tidak memikirkan yang kesemua telaga minyak yang terletak di Timur Libya telah dikuasai oleh rakyat yang memberontak itu.
Tetapi yang lebih menarik untuk kita bertanya ialah kenapa dalam sekelip mata sahaja ‘arab revolution’ ini berlaku di hampir keseluruhan negara Tmur Tengah dan Utara Afrika? Kenapa ianya berlaku hanya kepada negara-negara Islam sahaja dan kenapa pula negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat yang mengudakan Ketua-Ketua Negara yang sedang menghadapi pemberontakkan ini sekarang memihak kepada pihak yang berdemostrasi dan yang cuba menggulingkan kuasa yang dilindungi oleh pihak barat ini?
Kenapa negara barat yang sejak sekian lama yang mempertahankan Muammar Gadaffi tidak mengindahkan Muammar dan keluarganya dalam keadaan sekarang ini malahan Menteri-Menteri Luar EU telah membuat kenyataan mengutuk Muammar kerana berkeras dengan pemberontak di Libya?
Barat selama ini telah berkawan dan bersahabat rapat dengan maharaja-maharaja arab dan pemerintahan ‘absolute monarchy’ di Timur Tengah kerana kepentingan ekonomi dan dalam masa yang sama dapat memecahkan perpaduan Arab yang menjadi jiran di sekeliling negara haram Israel itu.
Dengan apa yang berlaku di dunia arab sekarang ini ialah timbulnya manifestasi rakyat negara arab mahukan perubahan kerana sudah terlalu jemu dengan sistem pemusatan kuasa kepada pemerintah yang zalim yang selama ini diperkuatkan oleh kuasa-kuasa barat yang mengambil kesempatan di atas kekayaan dunia arab dengan hasil buminya iaitu minyak.
Pemerintahan keluarga monarchy dunia arab pula berpaut dengan sokongan kuasa besar barat khususnya Amerika Syarikat dan EU sedangkan rakyat negara-negara ini tertekan oleh kuasa keluarga monarchy yang menekan rakyat sejak berabad yang lalu.
Kata perbidalan, ‘lulus jarum lulus kelindan’. Apabila berlaku sahaja penentangan negara Tunisisa yang menggulingkan pemimpin mereka Zainal Al Abidin semangat itu merebak keseluruh negara arab dan Utara Afrika yang sama mengalaman sistem pemerintahan keluarga yang berkuasa penuh terhadap rakyat.
Apabila kejadian penggulingan pemerintahan kuku besi seperti ini berlaku kuasa-kuasa besar yang memperjuangkan demokrasi beralih sokongan kepada rakyat yang memberontak untuk mendapatkan sokongan rakyat yang akan mengambil alih kuasa di negara masing-masing. Kuasa-kuasa besar seperti AS selepas ini akan berbaik-baik dengan kuasa rakyat untuk kepentingan ekonomi dan ‘so-called’ keselamatan AS dan sekutunya yang rapat di kawasan itu iaitu Israel.
Apabila jatuhnya pemerintahan Hosni Mubarak ramai rakyat Israel yang kayaraya telah terbang keuar dari negara Israel untuk menentukan keselamatan mereka kerana mereka khuatir dengan sikap pemerintahan baru Mesir yang tidak pasti melindungi keselamatan negara haram Israel itu.
Dalam situasi di dunia arab sekarang ini kita akan melihat perubahan pattern dan lanskap politik dunia dan ini mungkin memberikan harapan yang kemunculan perpaduan arab yang baru yang selama ini disekat oleh ‘conspiracy’ pemimpin-pemimpin ‘monarchy’ negara-negara ini dengan AS untuk menjamin keselamatan Israel.
Jika kita lihat yang sangat bersyukur dengan apa yang sedang berlaku hari ini ialah rakyat negara-negara dunia arab ini yang akan mengalami politik yang baru dan yang lebih merasakan nikmat setidak-tidaknya buat sementara waktu ini ialah rakyat palestin yang selama ini dihimpit oleh kezaliman Israel terhadap rakyat dan negara mereka. Palestin selama ini berjuanga sendirian kerana pemimpin-pemimpin negara aran yang berjiran dengannya tidak dapat membantu hasil dari permainan politik pihak barat.
Apa yang kita harapkan ialah supaya pemerintahan baru negara-negara arab yang bakal terbentuk akan benar-benar bersatu kerana perpecahan di antara mereka selama ini adalah hasil dari permainan politik dunia barat. Barat telah membuatkan yahudi zionis Israel bermaharajalela menekan dan menzalimi rakyat palestin yang sedang bergelumang mempertahankan negara mereka yang semakin hari semakin mengecil hasil dari pencorobohan kawasannya oleh regim Israel sejak kewujuddan negara itu pada tahun 1948 dahulu.
Kita sekarang boleh belajar dengan apa yang berlaku di negara arab ini. Satu pelajaran yang kita dapati ialah kesabaran rakyat ada batasnya. Pihak yang tertekan dengan kezaliman tiada hijabnya dan doa mereka selalunya terkabul. Yang menzalimi pihak yang lain tidak akan kekal dan itu adalah hakikat ‘nature’ yang jelas.
Permainan politik peribadi yang tidak terbatas oleh pemimpin yang mabuk kuasa akhirnya akan berakhir kerana doa rakyat yang ramai yang tidak berpuas hati dan terhimpit itu akan akhirnya termakbul. Kita mesti mengelak dari berlakunya seperti yang berlaku di dunia arab. Kita tidak mahu melalui pengalaman di mana rakyat keluar ke jalanraya untuk menuntut apa yang mereka kehendaki.
Negara kita adalah negara demokrasi walaupun ada elemen-elemen penekanan yang sangat sistematik di negara ini. Jika kita tidak berpuas hati dengan pimpinan kita ada jalan keluar yang terbaik, iaitu beramai-ramai kepeti undi untuk merubah kepimpinan yang kita rasakan tidak baik.
Rakyat negara ini tidak perlu menunggu sampai ketahap yang terlalu buruk sebelum kita bertindak. Kita ada pilihanraya dan rakyat berwajib untuk menukar kepimpinan kita yang tidak berguna secara aman dan beransur-ansur.
Selalu saya berkata; kita lakukan pembersihan seperti makan tebu, busuk seruas kita buang seruas. Kalau busuk dua ruas kita buang dua ruas. Jangan kita tunggu sehingga keseluruhan batang tebu itu busuk, kerana jika sampai ketahap itu maka kita terpaksa buang keseluruhan batang tebu itu. Itu akan membawa kepada rakyat memilih cara menukar kepimpinan seperti apa yang berlaku di dunia arab sekarang ini.
Itu sahaja setakat ini.
14 comments:
Apa yang berlaku di negara arab pada abad ini agak menakutkan malah tidak dapat dielakkan kerana ia kehendak Allah.
Orang dari kumpulan jahat berdoa, dan orang dari kumpulan baik juga berdoa.
Hanya dia yang menentukan siapa diantara kuasa jahat dan kuasa baik patut berkuasa didunia ini.
Di Malaysia, pemimpin Barisan Nasional berdoa dengan tuhan mereka, dan pemimpin Pakatan Pembangkang juga berdoa pada tuhan mereka.
Dan orang yang tidak bertuhan akan sentiasa berdoa kepada duit agar mereka tidak papa kedana.
Sebagai rakyat biasa, kita memang sedang belajar diatas apa yang berlaku diMesir itu. Dan membuat perbandingan dengan Libya. Kedua-duanya nampak macam sama tapi tindakan dan kesan dari kerajaan pemerintah tidak sama.
Di Libya, kerajaan pimpinan Muammar Gadaffi melakukan upacara mati beramai-ramai demi menyelamatkan kuasanya.
Di Malaysia tak mungkin berlaku kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak telah tersedar dari berahinya untuk mengaut segala kekayaan negara. Ketika ini mereka sedang berpura-pura menukar sikap jahat jadi baik seperti mana yang dilakukan oleh Taib Mahmud di Sarawak.
Tapi jika kerajaan Barisan Nasional merasa angkuh dengan kekuatan anggota polis anti rusuhan dan akta ISA nya sehingga terus menerus menekan tanpa mempedulikan runggutan rakyatnya...
Mungkin akan muncul slogan... Apa guna menyokong BN tapi dihimpit kesusahan dan ketakutan. Daripada hidup lebih baik mati...aku bersedia bersama mereka turun kejalan raya !"
Ketika itu apakah Najib dan Rosmah pula bergegas meninggalkan negara..?
Masalah tuan, sistem praya kita tak bersih. Dan akan jadilah macam di Mesir jika BN terus-terusan mempertahankannya.
Asalam saudara aspan,,,,,Segalanya ketentuan ,,, kita hanya memohon dan minta pertolongan ....Apa yg berlaku di negara saudara seugama kita di asea barat dan africa,,,, APAKAH KEARAJAAN KITA, mampu mengambil pengajaran apa yg berlaku di sana ??? Kalau kita lihat di mesir husni mubarak,,,menjadi president melalui pilihanraya ia itu undi , begitu jua di tunnia, yaman, ??? Persoalan mengapa ini berlaku semua ini, sudah tentu sebab yg cukup kuat untuk mendorong rakyat jelata turun berdimo dan membuat bantahan hingga pemimpin tersungur...? Syabas dan selamat maju untuk mereka semua ???? Yang menjadi masaalah bukan lah rakyat, pemimpin yg ego dan yakin dgn kuasa yg ada kini, biasa tidak akan paduli dgn desakkan dan aduan rakyat ???? Hingga sudah tersungkur ,barulah mereka menyesal tak hingga ??? Ego ini berpunnca dari sikap yg tak mahu mengallah dgn desak rakyat dan mesti masih mempunyai kuasa, demi menyorok segala salah laku selama memerintah ???? Ini bukan sahaja berlaku di asea barat, bah sudah menjadi bahan sejarah, president marcos, suharto ????Harta yg berbillion yg rompak selama menjadi org yg berkuasa tidak akan memberi kebahagian bahkan menjadi neraka buat mereka ???? Yakinlah jarang sekali kerajaan konon mendapat undi yg majoriti, mengambil pengajaran dari apa yg berlaku dan sedang berlaku ???? MIsal nya di negara kita yg kita cintai malaysia,,, umno dan bn tidak mampu mengubah undang2 yg di benci rakyat, isa, kebebasan bersuara , mengapa perkara yg asas ini tidak dapat di ubah ??? Sudah tentu ada kepentingan diri ???? Ini yg membawa kearah kebencian dan akhir rakyat sudah terlalu benci,,,dgn sendiri keadaan di tahrir sq akan menjema di malaysia???? Kerajaan yg ada harus berubah, bukan hanya bercakap tentang perubahan ???? Laksanakan, trasprensi, demo harus di pantau saHAJA, BUKAN MENYEBUR PARA DEMO DGN AIR pacutan ???? Polis harus cermat dgn rakyat sendiri, bukan sepak trajang ???? Rakyat sedar terlalu banyak perkara yg kerajaan lakukan memberi kesan buruk pada kerajaan dan negara ???? Tq selamat malaysia.
Salam Tuan Aspan/semua,
Pendapat saya :-
Abad 21 ini adalah abad Cash On Delivery dan apapun boleh berlaku.
Abad 21 ini banyak berpihak kepada keadilan mengatasi kezaliman. Lawan kepada adil ialah zalim. Maksud adil itu adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Kebangkitan, kejatuhan, kemakmuran, malapetaka, kaya sekelip mata, miskin sekelip mata, sihat sekelip mata, sakit sekelip mata, nilai nyawa manusia ada seperti haiwan yang dilanggar di tengah jalan dan ada yang seperti berlian yang ditatah.
Semua fenomena di atas ini akan terus berlaku secara instant sehinggalah ke tahun 2020 sebagai titik permulaan zaman kebangkitan keadilan yang sebenar menurut acuan Nabi saw.
Bermakna, samada manusia suka atau tidak, perasan atau tidak, peka atau tidak, ini adalah abadnya Cash On Delivery pada manusia yang membuat kebaikan dan kejahatan. Contohnya banyak perkara manusia samada dilihat secara makro maupun mikro, telah berlaku dengan sekelip mata. Mardi Gras di Amerika-makro,tsunami, gempa dan sekecil2nya seperti isteri yang menipu suami untuk selingkuh dengan Bangla tertangkap dsbnya.
Hari ini pelbagai perkara pelik ke atas manusia dan fenomena alam telah diterjemahkan yang maha esa kepada manusia. Manusia tidak boleh mendabik dada dengan mengurangi atau menidakkan cerita2 dan hak yang maha esa dalam apa jua aspek kehidupan dan teknologi yang manusia lalui.
Yang maha esa telah membongkarkan satu persatu samada manusia perasan atau tidak, samada manusia peka atau tidak. Sesuatu sebab musabab itu akan tercerna menanti kebangkitan menurut acuan Nabi saw.
Inilah zaman yang dinanti-nantikan.
Yang maha esa menerangkan, apabila yang hak itu datang, yang bathil itu akan tenggalam.
Bermula dengan dunia tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari. Terbukti salah satu senjata penting hari ini demi untuk keadilan. Maklumat adalah ilmu. Menguasai ilmu itu bermakna menguasai keadilan. Dulu, perkara ini tidak berlaku. Semua teori manusia ke atas kekuasaan adalah tidak dominan dan sering memakan diri samada kepada pereka maupun pengamal teori2tersebut.
Samada manusia yang dinamakan pemimpin maupun rakyat tidak akan terlepas dari hukum apabila sampai masa dan ketikanya. Samada pemimpin ataupun rakyat, kejadian mereka adalah sama dan matinya mereka juga adalah sama. Yang bezanya adalah hukuman dan balasan.
Oleh yang demikian, perbanyakkanlah cerita2 yang berbentuk kepercayaan yang berkait dengan soal hati dan mati. Pasti jawapan yang lebih ekslusif akan dapat berkembang dibenak pemikiran kita sebagai wadah kehidupan samada sebagai pemimpun maupun rakyat.
Kesimpulannya untuk hari ini dan mendatang, siapa jua manusia yang mengarahkan kepada kebenaran maka CODnya akan mendapat kemenangan dan kebaikan.
Sama-samalah kita fikirkan.
Wassalam.
"Teropong Ajaib".
Kezaliman berlaku apabila diri sendiri diperlakukan sedemikian rupa baik secara verbal atau fizikal atau psikologi hingga menimbulkan tekanan, penderitaan, kesakitan terhadap mental, emosi dan fizikal atau tekanan/kehilangan terhadap material.
Jika itulah definisinya maka semua orang baik secara sedar atau tidak telah atau sedang melakukan kezaliman bukan saja terhadap dirinya sendiri malah kepada orang disekitarnya.
Menzalimi diri sendiri:
Contohnya adalah apabila seseorang itu berdepan dengan serangan penyakit tetapi tidak berusaha mengambil rawatan hingga menyebabkan dirinya sendiri menjadi lemah atau berdepan risiko komplikasi maka bolehlah dikatakan yang dia menzalimi dirinya. Malah dalam kategori ini, darjah kezaliman tertinggi ialah apabila seseorang itu mengambil tindakan untuk terjun bangunan atau apa saja kaedah bagi menamatkan hayatnya di dunia ini.
Zalim terhadap haiwan:
Contoh paling ketara ialah apabila anjing dibela untuk tujuan yang baik (keselamatan harta dan diri) tetapi dalam masa yang sama anjing tadi dizalami yakni ditambat agar tidak dapat lepas bebas dan mulutnya pula di pekup dengan kelongsong kulit bagi menghalangnya dari menyalak maka tindakan sebegini adalah contoh di mana demi kepentingan diri sendiri manusia sanggup berlaku zalam terhadap lain-lain makhluk Tuhan.
Zalim terhadap orang lain:
Turun ke jalan-jalan raya dan bandar-bandar secara beramai-ramai bagi meluahkan perasaan dan mengajukan ketidaksenangan hati terhadap sesuatu isu bukanlah satu perbuatan yang zalim terhadap pemerintah TETAPI kesusahan, keperitan dan kecemasan yang diimpakkan terhadap pengguna jalan raya dan warga bandar adalah satu bentuk kezaliman terhadap mereka. Apakah kezaliman terbatal dengan sendirinya apabila 'matlamat menghalalkan cara'? hik hik
Kezaliman negara terhadap rakyat:
Negara yang TIDAK zalim adalah negara yang tidak membenarkan setiap rupa bangsa mendapat ilmu menerusi sistem pendidikan berasaskan kaum (menutup sekolah vernakular). Contohnya, Singapura. Wow! Dalam kata lain rakyat mesti belajar dalam satu sistem yang dirasakan sesuai untuk semua. Jika itulah halnya, maka kalau sebaliknya ada negara yang membenarkan rakyatnya belajar mengikut saluran ras masing-masing maka itu harus dianggap zalim? Betulkan? kah kah
Kezaliman negara terhadap negara lain:
Kalau diminta diberikan satu contoh sebuah negara yang betul-betul demokratik dan tidak zalam terhadap rakyatnya, sudah tentu banyak jari-jemari yang menunjuk ke arah AS. Tetapi kalau ditanya negara mana yang banyak menzalimi negara-negara isler, apa jawapannya? hik hik TST, Bro...bukankah ini menunjukkan betapa sempit dan terkongkong tafsiran zalim yang dihadami oleh kebanyakan komentar di atas ini?
kah! kah! kah!
Apalah yang Anon 21:18 ni melalut. Kalau tak faham fakta janganlah buat komen. Buat malu je.
Orang cerita pasal fakta. Nampak sangat orang ni Pak Turut.
Salam Pak Aspan,
Anak bekas menteri jadi menteri, rakyat heboh mengata isteri menteri lebih menteri daripada menteri. Harta negara dikaut suka hat. Harga minyak dan barang naik lagi. Rakyat dah tak boleh sabar lagi. Ada tempat ke mana nak lari?
Sesuatu patut dilakukan supaya negara-negara yg sedang bergolak dgn revolusi oleh rakyatnya ini TIDAK tunduk kpd telunjuk barat apabila keadaan telah reda. Rakyat MESTI diutamakan dan didahulukan dan Tuhan menjadi rujukan!
Berpolitik wajib selaras dgn peraturan Tuhan
Memerintahpun begitu
Mengagih sumber pun mesti demikian
Mungkin ada mokmin yang mudah menelan hasutan 'iblis politik' (IP) lantaran tidak ada 'kerja' selain jual air liur. Bagi mereka kalau berlaku kerosakan susulan amukan politik, tidak ada kerugian yang akan ditanggung (sementelahan kereta yang ada itu pun bank yang pegang).
Namun, kalangan bukan mokmin (BM) meskipun ramai yang menjadi pengikut iblis tetapi apabila membabitkan kerugian, tidak mungkin mereka semudah itu tertelan hasutan IP. Lagipun BM ada banyak kerja yang belum langsai dan banyak projek baru yang menanti (anugerah pemerintah PR dan BN).
Lagipun BM sedar sesungguhnya kalau berlaku insiden a.k.a 13 Mei, merekalah yang paling banyak menanggung itu dan ini. Silap-silap hari bulan, kalau sekarang bermewah-mewah dengan seluar dan baju pelbagai saiz dan jenama, last-last badan tinggal sekeping dan harta yang tinggal hanyalah sehelai sepinggang.
Atas sebab itu hasutan IP ini tidak akan disambut dengan tangan terbuka sebaliknya mungkin disambut dengan jari tengah saja. Sebagai pihak yang kecintaannya condong ke arah keduniaan, BM tidak akan rela berputih mata dan apatah lagi berputih tulang.
Dalam kata lain Parti Pungguk Rindukan Bulan bolehlah palu gendang satan dengan harapan sekutu mereka (BM) akan menari mengikut rentak Timur Tengah tetapi BM tidaklah sekemaruk itu untuk meniru tarian ala Timur Tengah (tarian gelek) kerana mereka sedar ada gelekan tertentu yang mampu memberikan tekanan luar biasa terhadap tulang belakang.
Kesimpulannya, BM lebih rela dituduh mudah patah semangat daripada garang menonong-nonong. Kalau patah tulang jari hantu ada juga ampunnya tetapi kalau patah tulang tongkeng alamatnya barang tidak naik. Jadinya kepada IP, terimalah jari tengah untuk anda dan 4 jari lain untuk kedamaian.
kah! kah! kah!
Tuan Aspan., Mengapa pula Israel menjadi negara haram. Does it mean that there should be no Israel.
Najib dah kata dia akan pertahan Putrajaya walau tumpah darah...statement ni macam yg pemimpin kat Tunisia, Mesir dan Libya dok nyatakan.
Namun kalau rakyat dah tak bersabar lagi semua yg kat negara Arab dan Afrika itu akan berlaku di Malaysia.
Masa akan menentukan. Yg nyata pemimpin UMNo/BN bertambah kaya dan mengayakan kroni dan bini serta banyak penyelewengan masih berlaku.
Rakyat masih dok tengok tapi meluat benar benar cuma tunggu masa saja.
Kalau ada sesiapa saja pemimpin atau bakal pemimpin yg boleh menjamin semua yg terlibat ini dibicarakan mengikut pengadilan yg sebenar (bukan mahkamah dicucuk hidung UMNO/BN) saya rasa dia akan berjaya. Rakyat sedang menunggu semua ini...
Awang Kamal
Anon 15.26
Dibicarakan menurut pengadilan yg sebenar? Bukan mahkamah yg dicucuk hidung umno/bn?
Yg macam mana yg betul? Yg mcm mana dikatakan cuck hidung? Bagi contoh
La..jgn main sebut dan tuduh aja...
Tuan aspan,
sebab busuk seruas, buang seruas,busuk dua ruas buang dua ruas tulah yang dah jadi 53 tahun! nampak gaya tak boleh jadi macam ni... kena tarah semua sekali tanam balik semula!baru semua nak sedar kot...
Najib kata rakyat perlu amnil iktibar....Rakyat kata Najib perlu ambil iktibar dari peristiwa timur tengah....
Post a Comment