11 August 2011

Kepimpinan UMNO peringkat bahagian wajib bersatu - Najib

Najib telah mengingatkan pimpinan Bahagian-Bahagian supaya bersatu dan melaksanakan tugas parti secara bersatu bagi menghadapi pilihanraya yang mendebarkan yang akan tiba beberapa bulan sahaja lagi. Najib mengingatkan pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian ini semasa majlis berbuka puasa dengan sahabat-sahabat semalam.

Apa yang dikatakan oleh Najib itu semuanya benar kerana tanpa perpaduan di kalangan pimpinan bahagian UMNO dan BN akan menghadapi jalan sukar untuk memenangi pilihanraya nanti. Itu adalah asas kekuatan sesuatu parti apabila menghadapi pilihanraya nanti. Perpecahan diperingkat akar umbi pasti akan membawa bencana kepada UMNO.

Perlu di akui yang hanya UMNO sahaja yang masih dan mungkin boleh bertahan sedikit sebanyak dalam pilihanraya nanti kerana parti-parti MCA, Gerakkan serta MIC hampir pasti akan lenyap ditelan arus kebangkitan rakyat menentang komponen BN ini. Tetapi UMNO juga tidak terlepas dari menghadapi persepsi yang buruk dari pandangan rakyat ramai kerana terpalit dengan isu-isu negatif yang membimbangkan rakyat.

Tetapi mujarabkah peringatan pemimpin-pemimpin di bahagian ini? Mampukah mereka (pemimpin-pemimpin bahagian) untuk berbuat demikian? Isu ini merupakan isu yang sangat mendapat perhatian saya kerana ini merupakan nadi kekuatan UMNO dan BN yang telah mati selama ini. Nadi UMNO sudah berkurangan denyutnya. Saya selalu menulis tentang isu ini kerana dari segi hakikatnya UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja.

UMNO tidak lagi melakukan gerakan yang betul untuk menghadapi rakyat. Tiada lagi program-program kemasyarakatan dan tidak ada pimpinan bahagian yang mempunyai kemampuan untuk melakukan pembangunan mengikut kehendak perjuangan UMNO itu. Yang menjadi masalah besar ialah UMNO sudah tidak dipandang tinggi lagi oleh masyarakat. UMNO sudah mula tidak di hiraukan oleh rakyat dan rakyat bukannya sesuka hati untuk tidak menghiraukan parti ini. Ianya bersebab.

UMNO di peringkat bahagian sudah tidak ada kepimpinan. Yang ada hanyalah ketua-ketua yang tidak mempunyai kepimpinan. Bagaimana mereka hendak ada kepimpinan jika cara mereka menaiki kepimpinan bahagian itu adalah berdasarkan kepada siapa yang berbelanja lebih? Apa bila semuanya dibeli termasuk kepimpinan bagaimana hendak mendapatkan kepimpinan yang berkualiti.

Kalau kita hendak makan makanan yang berkualiti, elok kita masak di rumah. Kalau makanan serta lauk pauk yang dibeli dari kedai orang berniaga masakan kita dapat masakan yang berkualiti? Benda yang di beli tidak mempunyai kualiti yang baik. UMNO sudah kehabisan dan kehilangan kepimpinan secara total. Yang ada pada UMNO hanya kuasa sebagai parti yang memerintah.

Sebenarnya UMNO sendiri telah mengakui yang partinya hanya boleh bertahan di desa-desa yang mana pengundi tidak mempunyai access kepada berita yang sebenarnya. UMNO Selangor dua hari yang lepas telah mengakui yang harapan mereka untuk memenangi kawasan-kawasan kampong dan desa adalah cerah kerana pengundi-pengundi di kawasan ini tidak mempunyai access kepada berita yang lain dari sumber dari Utusan Melayu. Mereka hanya membaca Utusan Melayu kata Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Kata-kata ini hanya membuktikan yang mereka yang tidak mempunyai pelajaran sahaja yang akan mengundi BN. Bagaimana seorang yang bertanggunjawab kepada sebaran maklumat UMNO mengatakan orang kampong tidak maju serta memandang rendah kepada orang kampong? Itulah sebabnya saya selalu katakan yang setiap perkara yang di ucapkan oleh pemimpin UMNO akan menjauhkan hati rakyat dari parti itu. Kefahaman terhadap isu tidak ada langsung dan inilah yang membuatkan UMNO itu secara deras telah menjadi parti yang lesu. Dengan kata-kata seperti itu membuktikan yang UMNO tidak berkeyakinan untuk memenangi kawasan-kawasan bandar dan separuh bandar.

Nasihat Najib itu walaupun betul dan benar, tetapi beliau tidak pula menyatakan bagaimana untuk berpadu kerana penyakit berlumba-lumba untuk menjadi calun sedang hebat berlaku. Wakil-wakil rakyat yang menyandang sekarang pula tidak putus-putus berusaha untuk menyambung nyawa politik mereka untuk kekal sepenggal lagi.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai semangat perjuangan mereka akan melakukan sabotaj terhadap parti sendiri jika tidak terpilih menjadi calon. Tetapi tidak juga boleh kita persalahkan mereka kerana UMNO yang ada pada hari ini pun terbentuk atas asas perpecahan ahli-ahlinya selepas pengharaman UMNO yang diilhamkan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri 23 tahun yang lepas.

Benih-benih kepimpinan di setiap peringkat adalah dari mereka yang tidak mempunyai kepimpinan kerana semua yang berkepimpinan tidak diambil menjadi pemimpin pro tem kepada UMNO yang baru di wujudkan semasa itu.

UMNO yang baru itu hanya mengambil pemimpin-pemimpin yang tidak ada kepimpinan untuk menjadi penaja bagi mempastikan mereka yang hanya taat kepada pemimpin negeri dan pusat sahaja yang di terima. Dari saat inilah kepimpinan UMNO mula rendah kerana benih kepimpinan yang tidak baik yang dilantik untuk memimpin UMNO yang baru itu.

Hampir separuh dari yang berkepimpinan di seluruh negara diketepikan dari penaja UMNO itu walaupun mereka merupakan menyandang berbagai-bagai jawatan yang dipilh secara demokratik sebelum UMNO yang asal itu dimatikan.

Najib menghadapi jalan yang amat sukar untuk memilih calun kali ini. Dalam peringatan beliau calun biar pimpinan yang menentukannya. Bagaimana beliau hendak lakukan? Beliau pernah mentakan tidak semestinya pemimpin yang memegang jawatan di bahagian akan menjadi calon. Itu pun kata-kata yang benar.

Tetapi bagaimana dengan pekerja parti? Siapa yang hendak membuat kerja kalau pandangan bahagian tidak di ambil kira? Itulah sebabnya dari dulu lagi banyak pihak yang mengingati supaya UMNO diperbetulkan dari awal sebelum UMNO di banjiri oleh pemimpin yang tidak berkepimpinan.

Tetapi oleh kerana pucuk pimpinan terlalu lemah dan hanya mahukan mereka yang menyokong seseorang pemimpin dengan taat untuk menyambung usia politik mereka semata-mata. Maka wujudlah di dalam UMNO mereka yang tidak serius dan hanya mengambil kira kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Sekarang Najib boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi calon, namun pemilihan itu belum tentu memberikan impak yang baik kerana dari pihak dan kumpulan mana sekali pun pemilihan itu tetap akan tersasar dari matlamat untuk mendapatkan kemenangan itu. Yang diketepikan tidak diterima rakyat yang mengganti pun tidak mendapat sambutan mereka (rakyat).

Sesungguhnya UMNO sudah uzur. Tidak ramai yang yakin parti yang uzur akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab degan sempurna. Itu hakikat dan jika ada sesiapa yang hendak menafikannya, nafikanlah sekendak hati, Yang benar itu tetap benar dan yang salah tetap salah.

Persoalannya sekarang masihkah kita mahu melayani ‘denial syndrome’ ini? Itu terpulang kepada kemahuan masing-masing. Menerima atau tidak kenyataan ini UMNO tetap akan menghadapi jalan yang sangat berliku dalam pilihanraya umum nanti. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam.

Jangan terus marah kepada saya. Fikirkan apa yang diperkatakan. Masa sudah suntuk untuk berbahas.

22 comments:

Anonymous said...

ya ker anda telah menjadi wira DAP?

basar said...

AA,

just for yr infor, UMNO has no suitable candidates in almost every division.

This remains UMNO's serious problem. Damn it, I think UMNO is sinking, everywhere

sulit said...

najib akan buat kejutan winnable candidate di setiap kawasan.

anda tunggu dan lihat. ramai orang lama tajaan paklah dan mahathir akan bungkus.

ramai muka baru. salah seorangnya adik anda sendiri.

Anonymous said...

AA

Kalau dalam PRU 12 dulu calon yang diketepikan membuat protes beramai2 bersama2 penyokongnya mengundi pembangkang, tetapi dengan terwujudnya AMANAH baru2 ini tidakkah ada kemungkinan calon2 UMNO/BN yang diketepikan oleh Najib nanti berpakat untuk bertanding secara beramai2 sebagai calon bebas di bawah AMANAH?

RDA

Juraimi Zainal said...

Tuan AA..

Fact is fact... Mmg byk bahagian2 yg lesu tanpa program2 bersama rakyat.. Macammana nak ada program kalau semuanya mengharap peruntukan pusat..
Pertumbuhan jalur lebar adalah berkadar terus dgn pertambahan maklumat sbnr kpd rakyat luar bandar.
Pd sy kebykan program adalah kosmetik2 shj sbb lesunya UMNO adalah disbbkan pimpinan yg tiada kualiti semenjak 2-3 dekad yg lalu..

zaidi said...

Pak Aspan,

UMNO Baru kini kurang berminat untuk menyelesaikan masalah orang Melayu kerana mereka lebih berminat berpolitik untuk kemajuan diri sendiri. UMNO dahulu kuat kerana mereka dahulu bekerja untuk bangsanya, UMNO kini lemah kerana mereka bekerja untuk diri sendiri. Inilah sindrom bujang tua..duit banyak tapi tak ada faedah untuk orang lain. Usahakan supaya beri manfaat kepada orang, bila kali terakhir UMNO cawangan sama-sama bersih kubur, beri makan anak yatim dan buat kem ibadah untuk anak2 TANPA bantuan agensi kerajaan? Daripada kesusahan ini akan lahirlah pemimpin2 tulin, bukannya anak2 pemimpin yang tidak pernah hidup susah. Alahai bangsaku...

nick said...

Pak,

It occurred to me that our "leaders" (I use the term loosely because right now they are the government whether we like it or not) don't really have us (the rakyat) in their mind and heart, do they? A leader is someone who has the responsibility of the many upon their shoulder BUT it would seem for many decades now, the leaders that was shoved down our throat was only looking after and concerned about their well-being, their pride, their wealth, their family (and friends) and their "power" over the people.

Thus now, these so-called leaders are busy trying to coerce, intimidate, manipulate, lie, cheat and hoodwink the rakyat into giving them another "mandate" when they actually SHOULD step down or step aside gracefully when they realized that the rakyat no longer wanted them to be their leader (a responsible and a true leader of men would know this). It is perplexing that we can see many leaders from other countries did just that (resign or admit their failure and the government resign en mass to let their citizen choose another a the next leader) BUT not here in Malaysia and not UMNO leaders. We have had a leader who cling to power for 22 years and until now still seek ways to perpetuate his dynasty and influence. We have had leaders who were found guilty of corruption and sometime of crime but still WANTED to be a leader.

It would seem that the addiction to power is so strong that even the principle of religion, moral and humanity is set aside in their hope of clinging to power. It would be now that UMNO and it's leaders fit the malay proverb "hidung tak mancung, pipi tersorong2" perfectly like a glove or a diamond ring.

Nick.

GOD bless.

Quiet Despair said...

basar

Tak betul tu. Terlalu ramai nak jadi calon UMNO. Berebut-rebut.
Satu bahagian sekurang-kurangnya 5 orang dicalonkan.
Eh, glamourlah katakan jadi Adun or MP UMNO.
If not there will be no back-stabbings or infightings within the party.
There are no reluctant candidates. All are eager.
Saya rasa our beloved bro Aspan too will be a willing candidate if he is chosen.

Studio 61 said...

'Anonymous' it seems like you have inherited UMNO's denial syndrome.

Aspan Alias said...

Juraimi Zainal,

saya berpandangan yg sama dengan sdr. Tetapi yg lebih besar dari itu ialah sampai bila UMNO menghadapi intra politik yang sebegini. Tidak ada masa untuk berpolitik tetapi menumpukan masa politiking.

Bagi saya, saya tidak mahu terlibat dengan politiking dalam UMNO ini. Saya lebih cenderung untuk membantu Melayu membina kepimpinan dalam parti-parti lain.

Yang penting saya berharap orang Melayu perlu menyokong Melayu didalam parti-parti lain seperti DAP dan PAS.

Multiracialism tidak dapat di elakkan dinegara kita ini. Kepada saudara saya mencadangkan supaya lihat Melayu di dalam DAP. DAP tidak chauvinis seperti MCA> It's multiracial party and has high level of discipline.

Tkasih

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Saya setuju dengan pandangan tuan supaya menyokong Melayu di dalam parti lain.Umno dah terlalu lama memerintah sehinggakan mereka lupa untuk muhasabah diri (check and balance) sehingga membuat orang meluat dengan tindakan tindakan yang di ambil(terbaharu mengarahkan GLC menarik balik saman mahkamah ke atas Tajudin Ramli.Apanak jadi ni?Kabinet bertindak seperti kerajaan 'kepala bapak dia' punya.Sesuatu perlu dibuat untuk menyelamat negara ini dan seterusnya menyelamatkan Islam dan Melayu itu sendiri.
Janganlah kita mendabik dada hanya Umno boleh memerintah.

Aspan Alias said...

Orang Seremban,

Saya sukacita yg saudara mmahami apa yg sadr hendak buat dalam keadaan Melayu kehilangan kepimpinan pada hari ini.

Kita tengok contoh orang India. Walaupum penduduk India kecil dan MIC berpecah belah tetapi kaumnya mendapat banyak tempat di Parlimen dan DUN-DUN di negara ini melalui MIC, DAP, PPP. PKR dan lain-lain.

Jika kita hendak melihat ramai orang Melayu di Dewan Parlimen maka orang Melayu mesti menyokong Melayu di dalam parti-parti itu dan jika boleh berama-sama menyertai parti itu sebagai ahli.

UMNO sudah tidak lagi membina kepimpinan tetapi hanya membina pengampu dan apple polisher semata-mata. Yang berkepimpinan dan yang bersuara akan dibenci dan di ketepikan.

Saya tidak nampak bagaimana UMNO akan pulih dari kehilangan semangat dan moral yang sedang dihadapi sekrang ini.

wahid said...

AA

Saya ada beberapa formula untuk membuang undi;

1) Melayu BN dengan PAS...saya undi PAS
2) Melayu BN dengan Melayu DAP saya undi DAP.

3) Cina MCA dan Cina DAP saya undi DAP

4) BN dengan bebas, saya undi BN.

Nak undi UMNO? sorry bro.

Aspan Alias said...

nick,
Thanks for visiting me again. Besides being less honorable leaders of to day (government) are disconnected with the rakyat.

The period during the first until the 3rd PM rakyat were consulted in every program proposed by the government directly, I mean direct to the rakyat under the lowest level of the admin i.e the JKKK.

The ordinary folks were consulted through civic courses conducted by district information department. By doing so the information officers in every district would be able to get the feedback from the people and that information were attended by the relevant authorities and did corrections to any defect of those policies.

The people fee; they are part of government decision making. That was why there were less complains from the people at the grassroots.

But those are all gone as any decision is top bottom flow and the rakyat do not feel they are part of any decision making.

That is why the rakyat are now detached from the government. The younger generation is not aware of this defective approach of the government.

Both the government and the policy makers appreciate this issue these days. So the rakyat remain detached from the ruling gov.

Anonymous said...

hmm perpaduan bahagian tu penting sebab nak pertahankan jawatan, itu maksudnya

"Takdir" said...

Kalau takdir UMNO memang akan jatuh, maka pelbagailah musibah akan menimpa batang tubuh UMNO/BN dan pemimpinnya.

Bab Gay(sungguhpun berita di internet dah melebar luas, tetapi tiada penafian dari yang Menteri dan Penyanyi terlibat yang dah tersebar itu),

Bab kesahihan pengundi berganda dan Mykad, pihak SPR dan JPN masih mendabik dada tanpa perasaaan bersalah menganiaya negara dan rakyat rakyat negara ini,

Bab kroni, korupsi, nepotisme, agama, kesusahan rakyat, along, judi, arak, dadah, pelacuran dll, habis diputar belitkan seolah-olah negara ini Bersih dan terhindar dari gejala tersebut.

Inilah tanda-tanda kejatuhan pemerintah dan sekutu-sekutu yang sama waktu dengannya.

Sebabnya adalah "YANG MAHA ESA".

"Takdir"

komando said...

Manusia ini semua mudah lupa,
mereka ingat mereka yang berkuasa,
alangkah sedihnya.

ALLAH swt SAHAJA yang maha besar dan maha berkuasa sebenarnya!

malay gentile said...

Apabila kuasa telah sampai penghujung & dimurkai, Allah akan memperlihatkan keaiban, kejahatan serta salah laku satu demi satu...

"UMNO telah tewas dan tidak lg relevant di alaf ini....UMNO penyebab segala kemungkaran"

Anonymous said...

Aspan,

Memang betul UMNO cuma mengharap pada sibodoh (saperti siAnonymous diatas) dan sipenerima rasuah untuk mengundi UMNO....

Tapi saperti negara negara timur tengah sibodoh tak akan selama lama nya bodoh. Kemungkinan mereka akan celik masih cerah, jadi harap kan siperasuah duit sahaja lah untuk dapat undi.




Joe Black

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Maaf saya lari tajuk. Sudah hilang selera nak bercakap hal kemelut dalaman UMNO. Saya risau dengan pertemuan kepimpinan PAS dengan Gereja pada 16 Ogos ini. Saya tidak nampak munafaatnya dari pertemuan ini. Biarlah JAIS jalankan tanggungjawabnya dan kemudian biarlah sistem perundangan kita menentukan keputusannya.

lebaikudin said...

Assalam Tuan Aspan,

1.Jika ketua bahagian tidak dipilih sebagai calon,jentera pilihanraya tutup kedai.Oleh itu gantikan ahli yang belot dengan pendatang2 yang diberikan kerakyatan,yang terbukti kesetiaannya kpd parti pemerintah.Sistem biometrik akan mempastikan 1 0rang,1 undi,tidak kira orang itu rakyat yang sah ataupun yang baru 'diputihkan'.

2.Andainya peruntukan ibupejabat parti tidak sampai atau dipotong,poster2 dan banner akan dilonggok di pintu masuk surau/masjid/pasaraya ala flyers MLM.Gantikan dengan kempen di MSM,Astro dan tidak ketinggalan wujudkan blogger2 yang bergaji tetap.RM1.5 juta untuk satu facebook tidaklah mahal sangat,memandangkan ia dibayar menggunakan duit rakyat.Kotak susu bantuan sekolah dan buku teks akan dihiasi logo parti.

3.Sekiranya mahukan 'winable candidate',maka kerahkanlah mereka yg popular seperi Ustat Akhil Hayy,Prof Izi Hj Ali,Waheeda,Mawi,Aznil,Senario.
Untuk mengekalkan kuasa perlu memperkenalkan undi SMS yang sudah pasti dimenanginya kerana kuncu2 banyak di telcos yang memang boleh 'kaw tim'.

4.Kalaupun ramai yang makin meluat ngan pemimpin ini atau tak ada orang datang dalam program2 yang dirasmikannya,beliau akan mengerahkan segala kenderaan kerajaan digunakan untuk mengangkut peserta.Terbaru,selepas raya akan diadakan Perhimpunan Sejuta Pendatang sebagai menghargai sumbangan mereka kpd pembangunan negara dan kesinambungan kuasa parti.

5.Menafikan mengenali seorang peguambela Perancis yang di tangkap di l/trbg dan dihantar pulang kerana sedang menyiasat rasuah kapal selam.Untuk mengelakkan kejadian berulang,semua rekod keluar masuk Imigresen akan dipadam termasuk tah berapa puluh kali bini dia ke Africa mengajar buat kuih bahulu dan menganyam ketupat.Semuanya dgn peruntukan 'First Lady'

Tinta Hitam said...

Saudara Aspan

UMNO sendiri yg merungkaikan segala kekuatannya.Lepas itu mereka cuba pul amenyalhkan pAS dan DAP terhadap segala kelemahan mereka.Kekutan dtgnya dari keadilan dan saksama serta manah menlaksanakan tugas.Ianya tidak dtg hanya dgn melaungkan slogan slogan melayu shj.Hanya slogan shj.BIla tiab melaksanakannya hampeh,habok pun tarak.

UMNO sebenarnya meminta subsidi sokongan(sokongan percuma) dari org org melayu/Yg sanggup bagi subsidi tu hanyalah org org yg tidak berpelajaran di ceruk ceruk kampung. JIka hanya org org kampung aje yg sanggup sokong mereka kit aboleh mengagak kualiti UMNO setakat mana.JIka UMNO nak bercakap pasal globalisasi dan persaingan,mereka tak layak.Sbb mereka hanyalah parti subsidi