27 March 2012

Bilalah Abdul Wahub akan muncul? Tak tahan lagi dengan Abdul Wahab dan Abdul Wahib

Lama juga rasanya saya berada dalam UMNO dan pernah bergiat hampir 3 dekad lamanya. Walaupun saya bukan seorang yang pandai dan jauh sekali untuk memandai-mandai, saya dapat banyak pengalaman bergiat dalam parti yang telah diberikan mandat untuk mentadbir negara selama kita mencapai kemerdekaan. Itulah sebabnya saya berani dan boleh untuk menceritakan perkara-perkara yang membezakan diantara UMNO yang dahulu dengan UMNO baru yang baru berumur 24 tahun itu.

Bak kata orang tidak ada yang lama tidak ada yang baru. Keadaan bersalah-salahan itu memang satu keadaan yang natural. Hanya kita sahaja yang boleh memilih untuk memilih salah satu dari sifat berlawanan itu. Kalau ADA lawannya TIADA, begitulah keadaannya. Mana kita tahu yang sesuatu itu panjang jika tidak ada elemen yang pendek. Masakan kita tahu mana yang panas jika kita tidak tahu dan pernah merasakan yang sejuk dsb.

Dalam politik dinihari kita sedang melihat satu politik yang belum pernah kita lihat dan alami sebelum ini. Keadaan ini berlaku disebabkan kali ini merupakan pilihanraya dalam mana rakyat ramai terutamanya gulungan yang muda bersama-sama terlibat memainkan peranan untuk membezakan politik dahulu dan politik sekarang ini. Kali ini juga merupakan politik yang pertama kalinya BN menghadapi pengaruh PR yang sudah pun memegang teraju pemerintahan dilima buah negeri dalam Persekutuan ini.

Salah satu penyebab yang BN menjadi lemah ialah kerana sifat takbur BN yang telah sebati dengan UMNO yang BN dianggap pasti pilihan rakyat. Malahan selalu sangat kita mendengar kata-kata seperti; “kalau bertanding BN, calon tak payah datang berkempen. Kalau wakilkan songkok calon pun dah cukup”, begitulah sombongnya UMNO dalam waktu ia sedang kuat.

Kata-kata yang lain yang selalu kita semua dengar, “PAS dan pembangkang itu hanya parti bermusim. Ianya wujud hanya semasa pilihanraya sahaja” atau pun “Pembangkang seperti PAS itu parti gila dsb”. DAP pula dikatakan parti komunis, rasis, anti Islam dan jika menyertai parti itu kita akan menjadi kafir. Semua momokan UMNO terhadap musuhnya dibantu oleh media arus perdana selama 50 tahun lamanya. Tetapi sekarang mampukah UMNO dan pimpinannya bercakap sedemikian sombong?

PAS telah dihina oleh pimpinan UMNO semasa parti itu masih terkial-kial untuk meyakinkan rakyat, malahan ramai diantara pemimpin mereka dipenjarakan dan disimpan di Kemunting dibawah tahanan ISA. Dr Mahathir marah-marah kerana ada Melayu Islam yang berkeyakinan terhadap PAS, parti yang pernah dicop sebagai parti militan untuk menjarakan orang Melayu darinya. Dr Mahathir pernah dengan sombong bercakap yang Nabi Muhammad SAW tidak bercukur kerana semasa zaman itu tidak ada pisau pencukur.

Mungkin memang benar tidak ada pisau pencukur semasa itu. Saya pun tidak pasti kerana 1432 tahun dahulu saya belum lahir lagi. Tetapi saya dan ramai lagi sekarang ini memang mengakui yang pisau pencukur sememangnya banyak sekarang ini.Pencukur-pencukur inilah yang telah dan masih mencukur harta rakyat sehinggakan negara berhutang sebanyak 53 peratus dari GDP negara..

Sekarang dalam keadaan tersepit pun UMNO masih sombong. UMNO sekarang masih bercakap tentang membantu orang Melayu, isu yang lama yang dimainkan sejak berdekad-dekad dahulu. Melayu tidak kemana juga. Dalam keadaan hampir lumpuh pun UMNO masih bercakap besar tentang isu yang sama. Janji-janji yang sama dibuat sejak dahulu sampai sekarang.

Sekarang ini UMNO (Najib) mundar mandir membuat janji dan kemana sahaja beliau pergi beliau telah membayar sedikit komisyen kepada rakyat. Beliau telah berjanji yang rakyat akan dapat banyak lagi komisyen jika mereka mengundi BN. Malahan beliau begitu terdesak sambil berkata “Lu tolong gua, gua tolong lu”. UMNO tidak habis-habis dengan membayar komisyen kerana kuasa kepada mereka adalah perniagaan.

Kalau ini caranya mentadbir, negara akan bankrap dan ini tidak mengejutkan kerana salah seorang dari jemaah menteri negara pun pernah berkata yang negara kita akan bangkrap pada tahun 2019. Sikap Najib tidak ubah seperti watak Sadiq Segaraga dalam filem Tiga Abdul.

Dalam keadaan hendak kena lelong pun masih hendak membayar komisyen lebih tinggi, iaitu sebanyak 25 peratus jika rakyat tidak melelong UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat berharap akan ramai lagi watak-watak Abdul Wahub untuk mengajar pemimpin-pemimpin tamak haloba seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib seperti yang dipaparkan oleh filem 'Tiga Abdul' itu.

Rakyat berharap akan timbul seorang Abdul Wahub dalam isu politik negara kita ini. Kalau muncul Abdul Wahub peluang untuk mencari keadilan akan sampai. Selagi ada watak-watak Sadiq Segaraga yang sentiasa mengambil komisyen dan ketamakan Abdul Wahab dan Abdul Wahib, selagi itulah segala harta rakyat dibolot mereka.

11 comments:

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Seingat saya yang meminta komisyen 25% adalah Tuan Penasihat dan bukannya Sulaiman Akhlakan. Sulaiman Akhlakan adalah seorang peguam pembela yang memegang amanah bapa Abdul Wahub....

Anonymous said...

Salam Tn Aspan, bukan Sulaiman akhlakan, Lawyer tu nama dia Kassim Patalon

Raison D'etre said...

Pak Aspan,
Bukan Sulaiman Akhlakan tapi Kassim Pantalon.

Sulaiman Akhlaken lawyer terhormat yang menyimpan harta Ismet Ulam Raja diluar nagara termasuk Kongostan, Turkestan, Go head Gostan.

Makcik saya cukup kuat sokong Umno sampaikan masa Kedah jatuh dulu di marahnya kaka saya sebab kata nyokong PAS.

Penyokong tegar memang susah nak convince sebab depa tak mau nak dengar benda2 buruk yang dibuat.

Tapinya; saya nak juga tanya satu: Tak kan la takdak lansung orang dalam Umno la ni (bukan Umno lama no) yang tak rasa macam "This is all so wrong" dan terfikir yang duit negara bukannya personal purse PMNTR untuk dibedak sesuka hati.

Tak dak lansung ka good men (and women) dalam Umno la ni dah?

matpenang said...

Pembetulan.

Yg dok bayar komisyen tu sadiq sigaraga.
Sulaiman akhlaqeen tu loyar pemegang amanah.

Sadiq sigaraga tiga abdul tak takut bini tuan aspan!

Aspan Alias said...

Minta maaf saudara semua kerana salah nama-nama pelakon yg saya sebutkan tadi. Saya sebenarnya confused kerana banyak sangat filem P Ramlee ini.

Walau bagaimanapun sdr sekalian faham maksud saya.

T Kasih

MAHApenipu said...

Melayu tak akan mati tanpa sokongan UMNO...tapi UMNO mampus terbeliak tanpa sokongan Melayu.

UMNO adalah ibarat seorang yg masa mudanya sangat kaya tapi sombong dan kedekut.Bila dah nak kojol barulah minta maaf dan memberi macam2 manisan utk fakir miskin.Tapi malangnya sifakir miskin tidak memaafkannya kerana mengetahui kekayaannya adalah hasil rompakan dari org2 miskin.

apanama pun boleh said...

Sekiranya bangsa Melayu ingin maju kehadapan mereka mesti bebaskan minda mereka dari cengkaman doktrin2 sempit UMNO.

Anonymous said...

Salam perjuangan semua,

Saya adalah pencinta tegar UMNO. Saya sedar bahawa UMNO adalah didalam keadaan tenat. Kepada rakan2 yang cinta pada UMNO, kalau kita betul2 sayangkan UMNO, saya cadangankan hanya satu cara yang paling tepat, berkesan, mudah & cepat untuk memulihkan parti UMNO yg kita cintai ini dgn memberi laluan kpd parti pembangkang sekurang2 satu penggal untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin2 kotor & perasuah dgn bersabitkan jenayah & mempenjarakan mereka yg selama ini mengkhianati perjuangan asal UMNO supaya yang tinggal nanti adalah mereka yg bersih, cekap & amanah untuk mempertabatkan UMNO berlandaskan perjuangan yang asal.

~ I am a loyal supporter of UMNO. I am aware that UMNO is in critical condition. To all supporters of UMNO, if we truly love UMNO, may I suggest a fast, easy, effective & the ONLY way to resurrect UMNO that we love by giving way to the opposition at least one term to clean UMNO of its dirty & corrupted leaders who has betrayed UMNO's original cause by criminalizing their wrongdoings & imprisonment, so that what is left within UMNO are those who are clean, efficient & trustworthy to uphold UMNO's original cause.

With kind regards,

~ LD

Anonymous said...

ustaz ibrahim libya mati dlm peristiwa memali sehinga saya dan ahli keluarga maseh tak puas hati walaupun kedah dah jadikan umno pembangkang. saya puas hati apabila nanti dato najib razak jadi ketua pembangkang.

Anonymous said...

Jangan mimpi untuk temui watak umpama Abd Wahub dalam UMNO BN selagi parti UMNO BN ini tak diajar cukup2 agar kalah total dalam GE.

Parti pimpinan Najib ini harus dikalahkan dulu supaya semua pimpinan didalamnya bersedia muhasabah diri bila berada diluar kekuasaan. Kemenangan sekian lama menyebabkan mereka takbur dan sombong dan merasa orang ramai tidak dapat tidak akan terus bersama UMNO BN. Sayangnya kepercayaan majoriti rakyat dipersiakan golongan ini. Malaysia yang didakwa sebuah negara kaya dengan hasil bumi gagal dimenafaatkan untuk kebajikan rakyat sebaliknya hanya menguntungkan segolongan puak kroni saja.

Kata orang..bapak borek anak rintik. Guru kencing berdiri, anak kencing berlari. Dalam UMNO BN..pemimpin atasan sebat jutaan ringgit, penyokong bawahan makan sekupang dua. Bukan UMNO BN..telan air liur saja.

Bila dah pemimpin sendiri seleweng juta2...teladan baik kejadah apa yang boleh pengikut dan penyokong bawahan ikut ???.

Tak kan lahir Abd Wahub di dalam UMNO sekarang ini melainkan UMNO BN ini dikalahkan teruk dalam GE 13 nanti. Bayang2 atau jelmaan Abd Wahub tak akan lahir dari pimpinan parti bukan UMNO kerana pucuk parti ini hanya bagai enau dalam belukar, masing2 mementingkan perut diri, keluarga dan kroni terdekat saja.

Selagi UMNO BN masih berkuasa...Abd Wahub hanya boleh ditemui dalam filem 3 Abdul saja dan tidak di Malaysia.

Anonymous said...

Salam Tuan, betul kata P Ramlee dalam filem tu, Sadiq Segaraga adalah PENCACAI PENGANGKAT NAJIS!