15 March 2012

Najib sedang menunaikan janjinya

Semalam saya ke Pekan, Pahang, berceramah bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato Ariff Sabri di sebuah rumah di Sungai Miang, kalau tak salah saya. Kehadiran yang menunggu kami sangat menggalakkan dan saya agak terkejut juga melihat kedatangan begitu ramaiyang kesemuanya terdiri dari orang tempatan. Saya bergembira kerana bersebab.

Pertamanya kami ditunggu oleh begitu ramai rakyat tempatan dan saya tidak menyangka sambutannya begitu baik dan menggalakkan, kerana kawasan itu adalah kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Tun Razak. Yang hadir itu adalah dari setiap lapisan penduduk di Pekan dan mereka semuanya fokus mendengar apa yang kita perkatakan.

Keduanya inilah pertama kali saya sampai berceramah di Pekan sejak hampir 30 tahun dan seperti di kawasan-kawasan lain, Pekan juga mempunyai rakyat yang prihatin terhadap apa yang berlaku dalam sekitar politik negara. ‘Response’ yang menggalakkan itu menunjukkan yang perkembangan terkini politik negara juga dirasai oleh penduduk bandar di Raja ini.

Tetapi seperkara yang saya tidak enak yang kami alami semasa ceramah tersebut, pihak yang berwajib tidak mengambil tindakan yang seadilnya terhadap pihak yang diganggu oleh pihak pimpinan UMNO bahagian Pekan. UMNO Pekan telah mengadakan pula satu ceramah yang dihadiri oleh 70 orang dikampung disempadan pagar bersebelahan tempat kami berceramah dengan menghadapkan corong pembesar suara mereka betul-betul terhadap kami.

Pembesar suara itu dipasang dengan sekuat-kuatnya untuk mengganggu ceramah kami tetapi mereka yang hadir itu tetap juga mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak kami dengan tekun. Saya merasakan sangat budaya mengganggu kegiatan pihak PR itu sememangnya memberikan lebihan kepada kami dan sesiapa yang hadir semalam diceramah kami telah menzahirkan perasaan marah mereka kerana pihak UMNO berusaha keras untuk memberi peluang orang ramai tempatan mendengar pandangan dari pihak kami.

Tindakan mereka itu pastinya telah memberikan simpati dan menambahkan sokongan dari orang ramai. UMNO tidak mampu lagi berbahas dengan hujah yang meyakinkan, maka mereka sekarang mengganggu kerja pihak lain. Dalam kes semalam ini, pihak penganjur majlis telah menaikkan poster beberapa hari yang lalu tentang kedatangan kami.

Maka bergegas lah cawangan UMNO ditempat kami bakal memberikan ceramah itu membuat program mereka di sebelah tempat majlis kami semata-mata untuk mengganggu perjalanan majlis kami yang telah di atur berbulan sebelum ini. Mereka tidak segan dan silu untuk mengganggu kami dan perangai serta sikap mereka itu amat tidak wajar dalam sistem demokrasi yang negara kononnya amalkan.

Tetapi saya yang hadir didalam majlis itu amat merasakan bahawa UMNO kini sudah hampir ke penghujung hayatnya. Kita bukannya pandai untuk menelaah apa yang akan berlaku kepada UMNO tetapi tingkah dan lakunya sendiri yang menunjukkan mereka yang parti yang mereka pertahankan itu sudah tidak bermaya untuk menghujah sesuatu isu itu dan mereka mengambil langkah terakhir, iaitu dengan menggunakan cara samseng dan menggangu majlis orang lain.

Ini merupakan kali kedua dalam tempuh seminggu saya mengalami gangguan seperti ini. Pada 10hb yang baru lalu ini, kami telah diganggu oleh kumpulan 20 orang di Seri Menanti NS dan semalam saya mengalaminya buat kali kedua di Pekan Pahang. Selepas ini tidak tahu apa cara dan bila pula akan mengalami gangguan seperti itu lagi.

Kalau kita uruti sejarah yang lampau jika sesuatu pihak yang berkuasa itu bersifat dan berkelakuan seperti ini, tindakan kumpulan seperti selalunya merupakan dalil jelas yang mereka akan kehilangan kuasa yang selama ini mereka perolehi sejak berdekad-dekad dahulu.

Sekuat mana pun kumpulan yang berkuasa, melakukan tindakan yang jenayah seperti ini merupakan dalil jelas yang mereka akan kehilangan kuasa dan akan dipandang sepi oleh rakyat. Bacalah sejarah mana sekali pun ‘consequence’ yang terakhir yang akan dialami oleh kumpulan samseng seperti ini ialah kekalahan dan kerugian yang mereka akan alami.

Tindakan mereka ini hanya memberikan keyakinan rakyat yang UMNO serta BN itu sudah tidak ada cara dan jalan lain untuk mempertahankan kedudukan mereka selain dari melakukan kerja-kerja hina seperti ini.

Saya teringat kepada kata-kata Ketua Bahagian Pekan ini suatu ketika dahulu, “Kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun”. Mungkin cara mereka lakukan terhadap kami semalam adalah salah satu dari cara yang dimaksudkan oleh Ketua Bahagian Pekan ini.

Janjinya yang ini nampaknya akan ditunaikannya. Janji ini nampaknya akan menjanji agenda utamanya.. Salah seorang yang hadzir semalam berkata kepada saya, “biarkan bro. Janji lain sudah lah selalu ‘flip-flop’ biarlah janji yang ini yang ditunaikannya Nak tunaikan janji lain belum tahu lagi kemampuannya untuk menunaikannya” katanya sambil menyindir.

Bagi saya UMNO sudah hilang identiti asalnya serta sahsiah kepimpinan yang tidak mungkin lagi dapat dikembalikan ke dalam parti itu sampai bila-bila.

29 comments:

nahraf said...

sabar jelah , nak berjuang kerana prinsip dan kebenaran memang banyak ranjau dan dugaan, kalau tak harungi mana nak dapat hasilnya, saya ucapkan syabas pada en. Aspan kerana sanggup keluar dari "comfort zone" dan turun berceramah kepada rakyat jelata, bukan semua orang ada kesanggupan nak buat macam tu.
Bila nak turun ke Kedah?, boleh saya datang dengar En. Aspan bercakap

cashtermKJ said...

Salam tuan AA

Beginilah tingkahlaku dan gelagat puak2 umno dari dulu, kini dan selamanya apabila berdepan dengan isu2 yg mereka tidak mampu menjawabnya. Dan kelakuan yang sebegini juga mencerminkan perangai pemimpin2 mereka diperingkat atasan. Ahli bawahan tidak mempunyai ilmu akademik yg tinggi dan keadaan inimenyebabkan mereka akan sentiasa menjadi kaldai suruhan pemimpin mereka secara membuta tuli. Apa yg berlegar dikepala mereka hanya berkisar kepada israel, yahudi, sodomy,amerika dan cerita2 sex murahan yg akan membuatkan mereka cepat terpancut di dalam seluar. Dengan taraf pemikiran seperti ahmad maslan apa yg boleh kita harapkan dari ahli umno kelompok bawahan. Mereka tidak berupaya menggunakan bahasa dengan betul dan sopan kecuali maki hamun dan carutan dan tidak hairanlah mereka tidak mampu untuk berbahas secara berdepan.Mereka lebih suka bertindak samseng dengan mendapat restu dari pehak berkuasa, tidak hairanlah mereka beranggapan undang2 tidak mampu mengekang tindak tanduk mereka sehinggakan ke tahap melakukan perbuatan provokasi terhadap kelumpuk awam yg lain. Mereka ini merupakan puak samseng yg terus menerus mendapat perlindungan undang2 saya tidak dapat bayangkan apakah yg mampu mereka lakukan jika sekiranya mereka kalah di dalam GE13 nanti.

Anonymous said...

sy dah dgr en aspan berceramah di seri menanti. -org rembau

Kocak-kocak said...

Salam Saya dari blog Tanjak Tinggi pernah menulis berhubung dengan gangguan-gangguan ceramah pakatan rakyat dari samseng-samseng Umno. Cuma harapan saya jangan dilawan provokasi mereka, sebar-sebarkan dalam blog-blog pro pakatan berhubung dengan gangguan tersebut semoga rakyat maklum. Semoga apa yang dicita-citakan dan doa kita dimakbulkan Allah swt. Amin.

Anonymous said...

DEBAT
-Najib setuju dengan pendapat orang bahawa 'DEBAT' adalah budaya barat.Itu pendapat orang,mana dia pendapat diri sendiri,setakat mengiyakan pencacai saja.

BUDAYA KELENTONG
- Boleh jadi juga orang barat kata 'KELENTONG' adalah budaya timur.Macam mana tak 'kelentong' kerana LYNAS, negara akan jadi tempat pembuangan sisa radioaktif itu pun gerembolan kata selamat.

TAHUN 50AN - 2012
Zaman sudah berubah, zaman sekarang ini bukan semuanya dapat dibeli dengan duit dan bukan semua boleh dijadikan duit.Kalau dari dulu tidak pentingkan kemajuan 'bangsa malaysia' sampai bila kita tidak akan maju kerana apa yang berlaku sekarang ialah surival parti gerombolan hanya bergantung kepada sentimen perkauman.

....ABU...

Anonymous said...

teringat nabi muhammad s.a.w macam2 tindakan kafir quraisy buat pada baginda masa baginda menyampaikan kebenaran sehingga peringkat perancangan membunuh baginda tetapi akhirnya Mekah dan Madinah dapat ditawan dari kaum kafir quraisy.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA. Bukan setakat ceramah dan perhimpunan PR mereka akan provokasi, tetapi blog pro PR pun mereka akan ganggu juga. Kalau tak percaya, bacalah komen mereka sebentar lagi. Bersabar aje lah Tuan AA, kerana nak menyedarkan golongan tali barut (munafik) ni memang amat sukar, apa lagi setelah 54 tahun mereka dilatih oleh Kepala-Kepala Munafik yang begitu banyak wang hasil rompakan ke atas rakyat. Rasullullah SAW sendiri hingga ke hujung hayatnya pun mengakui amat sukar bagi baginda menghadapi golongan ini daripada menghadapi kaum kafirin. Moga dengan pertolongan Allah sahaja mereka ini akan dapat dilenyapkan dari sejarah ketamadunan manusia.

MAHApenipu said...

Dah menguasai media massa,mahkamah,polis,sprm dll agensi kerajaan,masih lagi mengganggu ceramah2 PR.Ini petanda UMNO BARU adalah sebuah parti yg lemah.Pemimpin2 mereka hanya pandai berucap cara syok seorang dlm TV.Bila ajak berdebat,Mamak kata rakyat Msia belum matang.1/2 abad memerintah rakyat masih tak matang,menunjukkan UMNO gagal memajukan minda rakyat Msia,terutama bangsa melayu.Atau pun nak elak berdebat,bertujuan menyembunyikan kebodohan2 mereka.Rakyat tak matang atau UMNO memang tak matang2 macam terencat?

Masih lagi mengamalkan budaya samseng mencerminkan keperibadian UMNO yg telah jauh ketinggalan zaman.Begitu sempit sekali fahaman
demokrasi mereka.Jika dikaji secara halus dan mendalam,rakyat tidak dibenarkan menyokong parti2 lain selain UMNO/BN.

Kalau benarlah'Peminta2 Maaf' ni berjiwa besar dan hebat yg selalu terjerit-jerit slogan demokrasi berilah satu saluran berbayar diAstro utk PR dan NGO2 bebas menyampaikan perancangan2 mereka utk Msia.PR pun mewakili jutaan rakyat Msia,bukan BN shj.Atau pun takut TV1,TV2 dan TV3 kehilangan penonton2 melayu?

Diberinya gelaran parti pembangkang tetapi tak boleh bangkang penyelewengan pememerintah.Dituduhnya pula pengkhianat agama,bangsa dan negara.Sememangnya pengundi2 PR inginkan pembangkang yg kuat supaya BN tidak bermaharajalela tetapi dikatanya pengundi2 yg silap.Memang bodoh sombong pemimpin2 UMNO BARU.

Kepada penyokong2 kebenaran,kita tong sampahkan budaya kenang budi,bodek membodek,rasuah merasuah,perniagaan monopoli,mementingkan perut sendiri,salah gunakuasa,mencuri duit rakyat/negara dll kemungkaran yg akan menghancurkan negara Msia.

Kesusahan yg akan dialami generasi akan dtg adalah kesilapan kita di masakini.Dan perlu diingati selalu,tak kira BN atau PR yg menerajui Msia,kita sebagai rakyat adalah majikan/
pembayar gaji mereka.Jika bagus bekerja kita kekalkan,jika tidak kita singkirkan.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Those paid hooligans disturbing PR's ceramah only proved that the NEW UMNO is truly desperate to cling to power.Their many dirty tactics only reflect their immature and low IQ leaders.They are not propagating democracy but dictatorship.By their barbarian supporters behavior we can conclude that BN is no longer the party for the future.They should be sent to the history channel in Astro this coming GE.

On The Line said...

Sekiranya timbul keturunan2 Abu Lahab menggangu blog2 pencari kebenaran,ingatkan saja pada kata2 Imam Al-Ghazaly iaitu:

"Abaikan orang2 yg bodoh sombong"

Dulu UMNO sekarang tinggal NO

School Of Tots said...

Dulu aku rasa macam tak logok DS Najib boleh jadi Ketua Pembangkang lepas PRU13 nanti, tapi rasanya makin lama makin logik la pulak...ish ish.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Mohd. Sabu pasti tidak kecewa mahupun terperanjat dgn layanan 'mesra' ini. Inilah antara aktiviti yg menyebabkan UMNO bertahan lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Majoriti pengundi yg lebih pentingkan diri sendiri tidak peduli dengan ini semua. Ini bukan cerita baru, cuma mungkin pengalaman baru buat bekas orang kuat UMNO. Teruskan tuan, alang alang mandi biar basah.

Anonymous said...

Shame on you, UMNO/BN people.

Sanggup mengganggu ceramah orang hanya kerana perbezaan politik? So low class and hati busuk lah!

UMNO/BN have only themselves to blame for the continuous losing of support from the rakyat.

--ziggy

Anonymous said...

Bro, ada video ceramah bro di Pekan 2 hari lepas? Nak juga saya dengar. Saya jumpa video Sak and Mat Sabu saja.

Suara Akarumbi said...

Apa yang dibuat oleh Umno menunjukan mereka sudah mati akan terhadap kebangkitan Rakyat.Sya percaya Rakyat akan menghukum mereka di Mahkamah Rakyat pada PRU 13 INI.

badin mat, UM said...

Bro AA,
dulu saya memandang DAP sebagai parti yg buruk, tetapi saya berubah persepsi saya kpd parti ini.

Sejak bro AA menyertainya saya dan ramai lagi sudah berubah pandangan terhadap parti ini dan saya mengucapkan syabas kepada bro AA kerana membuka minda kami yang masih belum kenal apa itu real politics.

Baru saya kenal diantara batu dgn permata. Yg ku sangka permata dahulu rupanya tidak lebih dari kaca-kaca yang berbisa dan menyakitkan.

Saya doakan bro AA.

Anonymous said...

Dato seri Najib suruh fikir diluar kotak. Fikiran yg sedang saya fikir sekarang ialah "TAK MUSTAHIL PR AMBILALIH KERAJAAN PERSEKUTUAN"

Anonymous said...

Pemerintahaan Khulafah Arishidin pun berakhir ...apa istemewanya pemerintahan UMNO/BN.

Anonymous said...

Dulu DAP aku lihat macam Parti Komunis tetapi sekarang saya gunakan kuasa minda berfikir diluar kotak seperti yg di suruh oleh Najib baru aku rasional orang melayu boleh menjadi pemimpin dlm Perti DAP yang aku anggap dulu Parti Cina. aku tak boleh masuk MCA atau MIC sebab aku melayu......TQ bro Aspan telah buka minda katak bawah tempurung aku.

mad said...

baru kelmarin saya melihat gambar didalam malaysian insider aung san su kyi, pejuang demokrasi ternama dari myanmar, sedang memberi ucapan didalam televisyen kerajaan negara itu. parti beliau merupakan parti pembangkang dinegaranya. nampaknya myanmar telah mendahului negara kita dalam mengamalkan sistem demokrasi.

Anonymous said...

salam bang,

nak komen dan bercerito lebih banyak lagi pun dah maleh dan meluat bonar tentang umno baru ni. bagi esey umno dah memerintah 54 tahun ingat cukuplah pemimpin yg sedia ado dah kayo-rayo dan harta & duit yg ado sudah cukup utk belanjo smpai cucu-cicit atau bahaso yg mudah sampai mati tak habih.kito rakyat mesti berani buek perubahan kalau tidak penyamun2 akan terus merompak.kalau dulu di adun juaseh lotak berok jadi calun umno pun boleh monang tapi rasonya skrg susahlah sikit, elok lah kito kuburkan umno dalam pru 13 ni..... insyaalah

nick said...

My oh my, dear or dear, how scared UMNO Pekan must be, resorting to childish and low I.Q tactics frequently used by the Ali Rustam "me no spekee inggeris" lahabau gang when they are unable or more to the point impotent to counter any argument or point raised by others (just like some people we know, who frequent this blog). Over here in Melaka, we call those set of people "bangang tak boleh di ajar, pandai (membelit) yg tak boleh diikut". Me, personally I think all of UMNO are infected with a disease...the mad cow disease where buying condo is normal and acceptable practice in a cow rearing business and it's not politically immoral for a Prime Minister to lavish his guest with wagyu beef (that comes from Japan not NFC Gemas) at his daughter wedding banquet incurring the cost of RM400,000 (where did he get the money or did he pawned his wife Birkin bags just to pay for that banquet, I wonder?) but I digress!

The main question we should ask our selves is this..has UMNO always had this terrible streak of undemocratic behavior and thuggish attitude or was it the result of diminishing support and fear of punishment? Ladies and gentlemen, the answer is UMNO always had this attitude and behavior right from its inception in the 80's (yes, I'm talking about UMNO baru not the dead and buried Dato' Onn UMNO). This undemocratic behavior and attitude was purposely seeded by TDM, its founder simply as a means to prolong his rule and to perpetuate his hegemony (through UMNO). UMNO baru is synonymous with thuggish and undemocratic behavior as it is synonymous with corruption. UMNO baru exist on three pillars which are corruption, might is right (thuggery and hooliganism) and the end justifies the means (to UMNO, democracy is just a means, not the aim!).

We can see these behavior clearly during the monarchy constitutional power crisis, the daylight robbery of the Terengganu oil royalty payment and of course the ever present ill treatment and economic discrimination by the Federal government on the State and constituencies that are governed by anyone other that UMNO and BN. UMNO does not believe in true democracy. It never has and never will. It's true nature is barbarism and corrupt hegemony. That's what we are seeing right now and that's the baser instinct of UMNO when confronted with it's mortality. When everything else failed, UMNO cannot but resort to it's basic nature which is a barbaric beast lashing at everyone and everything in it's death throes. That is the real face of UMNO Baru under the many mask of democracy, Ketuanan Melayu, Hadhari and now the masterless polong 1Malaysia.

UMNO doesn't deserves our support as a democratic political party and when it's basic principle is corruption and barbarism, UMNO certainly doesn't deserve to be elected as the government of a democratic nation. UMNO doesn't deserve anything apart from a swift kick on it's fat and flabby behind. UMNO democratic, my foot!

Nick.

Malay Gentile said...

Tuan,

Jika kita ditakdirkan mempunyai umur yg panjang insyaallah kita boleh sama2 menyaksikan bagaimana UMNO tumbang. Regim UMNO akan tumbang, luluh dan hancur didalam keadaan yang mengaibkan sama dengan regim2 zalim yg lain iaitu regim Edi Amin, Shah Iran, Morcos,Suharto, Mubarak, Ben Ali dan yg terbaru Regim Bashar.

Allah is the best knower...

Anonymous said...

Sdr Aspan, tak perlu kita bersungguh-sungguh lagi mencerminkan watak UMNO masakini. Mereka sudah menjadi penghibur dan meluatkan perasaan masyarakat. Orang upahan seperti hamba abdi yang diupah akan bertindak ikut arahan. Implikasinya mereka tak hirau. Biarkan siLuncai terjun dengan labu-labunya.

Anonymous said...

Sesebuah kerajaan adalah permulaan, kegemilangan dan kemerosotan. Tdak kira betapa hebatnya satu kerajaan, ameno dah sampai ke satu tahap yang tenat...

Anonymous said...

Salam Pelayar Blogger.

Itulah,orang tua pesan taknak dengar,belajar biar sampai khatam, mengajar biar sampai habis.
Buat satu2 kerja biar habis. Nak Bela lembu takde ilmu, bila sawan lembu menjadi tiada lembu ahli yang dijangkiti.
Sejak tahun tujuhpuluhan memang umno tidak mempunyai moral lagi, sekarang memakan diri tunggu masa mati....

Quiet Despair said...

Najib telah menunaikan janjinya. And then some. Infact did more than promised.
Yang tidak pernah menunaikan janji ialah Anwar. Jangan kata sedang. TAK PERNAH.
Tuan, nak dengar ucapan saudara di Pekan. Please post it like Sakmongkol did.
From now on please broadcast on U-tube your ceramah okay. Thanks.

Anonymous said...

Kalau nak kenal UMNO BN, pimpinannya mahu pun para penyokongnya...anda boleh perhatikan sendiri tindak tanduk mereka2 itu.

Mengganggu ceramah dan majlis orang itu sendiri sebenarnya perbuatan "kurang ajar" dan "biadab" tapi hakikatnya itulah juga yang dilakukan oleh pimpinan dan penyokong parti UMNO BN tanpa rasa segan dan malu malah langsung tidak merasa dosa dan bersalah.

Nilaikanlah wahai pembaca. Parti serta pimpinan beginikah mahu kita beri amanah untuk memimpin negara untuk sekian lama. Sah dan jelas..UMNO BN ini umpama parti samseng..tak mengenal lagi sopan santun, budaya sendiri malah termatlah "kurang ajar" dan "maha biadap".

Maka janganlah hairan kalau dikebanyakan kementerian penting negara...orang2 "biadap" ini juga diberi amanah oleh pimpinan UMNO BN untuk kendalikannya. Nah...keraguan orang ramai tentang skandal jabatan peguam & polis makin terbukti kerana UMNO BN memang tidak ada kemahuan langsung untuk meletak individu yang jujur dan berintegriti di posisi2 penting kerana mereka memerlukan orang2 bermasalah untuk terus lakukan honar di Malaysia.

Ubat paling mujarab...humban UMNO BN ke longkang sejarah dalam GE 13 nanti.

Anonymous said...

What a stupid comment. low class thinking. Anwar don't have money to build a nation because his pocket money is not enoughlaa. Ask BN leaders, are they really use their own money or own party for build a nation? Berbeza dgn pemimpin BN yg duit kerajaan, claim duit BN aka duit sendiri. Bagi mandat pada PR, InsyaAllah duit rakyat akan diuruskan dgn baik. That't is logical thinking.