Dr Mahathir berkata yang UMNO sedang kehilangan ahli yang mampu menjadi pemimpin. Kekurangan ini disebabkan ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak mendapat tempat kerana mereka takut dengan kehadiran mereka yang berwatak baik, berpelajaran dan berpendidikan professional dalam UMNO. Dalam PRU yang akan datang Mahathir mahukan UMNO menurunkan calon yang baik dan mendapat sokongan ramai.
Saya merasa gembira yang Mahathir mempunyai pandangan seperti ini, tetapi persoalannya kita ingin bertanya kepada Mahathir kenapa dan siapa yang memulakan budaya mengenepikan pemimpin yang berguna kepada rakyat dan membawa mereka yang tidak berguna untuk menjadi orang penting didalam UMNO dan kerajaan selama ini?
Bukankah beliau yang memulakan budaya mengambil dan menaikkan mereka yang hanya digunakan untuk memperkuatkan kedudukan beliau sahaja semasa beliau mula mengambilalih kepimpinan sehinggalah beliau berhenti pada oktober 2003 dahulu?. Budaya menaikkan hanya ‘yes man’ dan ‘yes sir’ bermula dengan jelas semasa beliau memimpin kita. Mahathir dengan begitu sistematik telah berjaya mengenepikan sesiapa sahaja dikalangan pemimpin yang beliau anggap sebagai pencabar kepada beliau.
Budaya yang dibentuknya terus menerus berkembang selepas beliau meletakkan jawatan setelah mengepalai kerajaan selama 22 tahun. Beliau tidak pernah membina barisan pelapis kepada kepimpinan yang baik malah beliau telah membunuh semua mereka yang berpotensi untuk memimpin negara dengan baik. Semasa zaman beliau lah ramai pengampu dan pembodek menyertai parti itu dan menaiki tangga kepimpinan dengan hanya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada beliau.
Mahathir memerlukan sokongan biar pun sokongan membuta tuli. Akhirnya semua tahu yang beliau hanya bermatlamatkan untuk berkuasa dan perjuangan peribadi beliau berjaya sehingga beliau menjadi PM selama 22 tahun. Bayangkan selama 22 tahun kepimpinan negara tidak pernah digilapnya sehingga wujud kekosongan dalam kepimpinan negara dengan begitu ketara.
Yang tinggal hanyalah mereka yang menjadi pemimpin melalui kegiatan membodek dan mengampu sahaja. Jika beliau benar-benar membina pimpinan pelapis dengan serius orang seperti Abdullah Badawi dan Najib tidak mungkin menjadi PM yang hanya memenuhi masa untuk menempelkan kepimpinan yang begitu ‘artificial’
Isu moral, nilai dan etika kepimpinan tidak menjadi alat pengukur lagi untuk menjadi orang penting kepada UMNO semasa Dr Mahathir menjadi pemimpin utama kita. Kriteria untuk menaiki tangga kejayaan politik hanyalah satu; iaitu memberikan sokongan peribadi yang tidak berbelah bagi. Samada seseorang itu adalah perasuah tegar, keperibadian yang tidak semenggah atau tidak ada ‘sisik’ kepimpinan tidak mengapa kepada Mahathir. Yang penting ‘kamu mesti menyokong aku sebab aku hendak menjadi pemimpin kalau boleh buat selama-lamanya’.
Itulah sebabnya setelah beliau mentadbir begitu lama dan terpaksa meletakkan jawatan kerana desakan banyak pihak, Dr Mahathir telah mewariskan kepada kita pemimpin-pemimpin yang tidak memahami bagaimana hendak mentadbir negara. Itu jugalah sebabnya negara kita kini ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw dan persatuan gasing. Tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ yang boleh diyakini oleh rakyat terutamanya kepada rakyat yang bermaklumat.
Kini kita menerima warisan Mahathir yang mana semua sistem dan institusi demokrasi negara yang telah hancur lebur. Sistem kehakiman dan perundangan sudah tidak lagi diyakini bukan sahaja oleh rakyat kita sendiri, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Badan Kepolisisan (Polis) diragui oleh rakyat dan terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap “attorney general” serta bekas ketua polis negara dan segala tuduhan itu tidak pula dibersihkan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh itu.
Dizaman Mahathir itulah kita menyaksikan segala yang telah berjaya dibina telah diporak perandakan. MAS yang semasa sebelum zaman Mahathir merupakan syarikat penerbangan negara yang paling ‘premium’ sekarang ini telah diperkosa dan di‘cannibalized’ oleh kroni Mahathir. Zaman ini jugalah BBMB yang menjadi kebanggaan orang Melayu kini sudah tiada lagi dan dikuasai oleh keluarga yang berpengaruh dalam negara ini.
Apa yang terjadi kepada PERNAS dan banyak lagi kepada semua ‘public companies by guarantee’ kepunyaan rakyat, telah diperkosa oleh mereka-mereka yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir syarikat-syarikat tersebut. Dizaman Mahathir lah terbentuknya budaya orang kaya baru dikalangan mereka yang diberi amanah untuk menjaga syarikat-syarikat kerajaan yang terbang dengan jet-jet eksekutif seolah-olah mereka ini menjadi ‘corporate captain’ di atas kepandaian dan kebijaksanaan masing-masing.
Sekarang ini Mahathir pula yang mengatakan UMNO sudah tiada kepimpinan. Kekosongan pimpinan dalam UMNO bermula dari zaman beliau. Pandangan beliau yang ramai cendiakawan yang telah menyertai parti lain itu bermula dari zaman beliau kerana mereka yang bijak dan mempunyai pandangan yang membangun telah menyebabkan kepimpinan disemua peringkat UMNO itu menolak mereka-mereka (professional) ini.
UMNO kini telah menjadi parti mundur. Mahathir sendiri mengakui tidak berapa lama dahulu yang UMNO itu telah busuk sehingga ke ususnya. Ini kata-kata Mahathir sendiri, bukannya kata-kata mereka yang dari pembangkang. Mahathir telah menyalahkan pembangkang dan membuat berbagai tuduhan dan tekanan terhadap pihak alternatif. Mahathir berkata yang negara akan huru hara jika pembangkang mengambilalih.
Huru hara ini sebenarnya hanya boleh dilakukan oleh UMNO kerana mereka terlalu takut dan gusar dengan arus penentangan terhadap UMNO masa kini. Maklumlah sudah begitu lama berkuasa, apabila kuasa hilang mereka tidak dapat untuk menerimanya. Itulah sistem demokrasi acuan UMNO seperti yang selalu disebutkan oleh Mahathir sendiri. Kemenamgan itu hanya hak UMNO sahaja. Tetapi apabila UMNO itu tidak memberikan keuntungan, Mahathir bertindak keluar dari parti yang beliau tubuhkan sendiri pada tahun 1998 dahulu.
Mahathir boleh keluar UMNO. Orang lain keluar UMNO tidak boleh. Mahathir boleh bunuh UMNO tetapi sesiapa yang menentang UMNO itu orang jahat, melainkan beliau sendiri bertindak keluar UMNO itu.
Sekarang kita lihatlah apa yang sedang diwariskan oleh Mahathir kepada negara ini. Kita berharap Mahathir akan terus sihat walafiat dan hidup lebih lama lagi untuk melihat apa yang berlaku kepada rakyat khususnya orang Melayu hasil dari warisan beliau ini. Kini UMNO tidak mungkin dapat memperbaiki diri sendiri. jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.
Saya yakin Mahathir sangat puas dengan apa yang beliau lakukan selama ini.
77 comments:
Mahathir pernah kata 'Melayu docile' dalam Malay Dilema. Dengan tanggapan menghina kaum kita (orang Melayu) itu, Mahathir merancang pelbagai agenda busuknya satu persatu - bermula dari melucutkan kedaulatan Raja-Raja Melayu hingga menjadikan rakyat di kampung bagai golongan rakyat 'peminta sedekah'.
Padahal orang Melayulah antara warga negara ini yang paling rajin berusaha. Bangun pagi, selepas solat mereka ke sawah, ke laut atau ke kebun getah. Pagi ke ladang getah, petang ke sawah. Itu sifat orang malas ka? Itulah cara hidup yang diatur oleh penjajah. Hingga kini, orang Melayu masih ditahap itu. Bermakna pemimpin UMNO dan parti ini tidak MAMPU merobah nasib orang Melayu. UMNO sebenarnya adalah 'Penjajah Baru'.
Pak Aspan,
Zaman Dr M dulu semua perlantikan kena malalui dia dulu. Betui tak? Waima jawatan dalam pentadbiran awam pun, sapa pandai2 lantik tak habaq kat dia...sahih naya !!
Tapi depan camera dia kata saya tak taww... depa yang lantik.
786 !!
Mahathir sangat licik orangnya.
Orang Melayu dipecahbelahkan menjadi berpuak-puak dan Melayu di luar UMNO digelarkan Pembangkang dan 'anti-kemajuan dan anti-pembangunan'.
Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan pelbagai penerapan nilai-nilai pemikiran yang bukan Islam sehingga orang Melayu diheret membenci saudara seagama. Padahal, yang mengkafirkan penyokong UMNO ialah Mahathir sendiri.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskan oleh Tun Razak telah diselewengkan oleh Mahathir selepas beliau menerajui UMNO dan Kerajaan. Mahathir memilih pemimpin UMNO yang sesuai untuk diperhambakan oleh beliau secara 'hand-picked'. Taat setia mereka dibeli melalui rasuah sebagai ganjaran menyokong dan memberi beliau kuasa mutlak ala Diktator berkuasa penuh.
Mahathir merancang agenda licin lagi tertib dengan membuang pemimpin Melayu yang sayangkan bangsa. Pada mula pemimpin Melayu seperti Musa Hitam, Ghazali Shafie, Ghaffar Baba dll. adalah pemimpin harapan kita. Begitu juga Anwar. Memang mereka mengetahui rahsia Mahathir. Tetapi mereka telah diugut dan dihumbankan keluar gelanggang. Anwar yang cekal telah dipurukkan ke dalam penjara dan diaibkan.
Mahathir adalah seorang berwatak Machievelli. Beliau tidak jauh beza dari seorang Hiltler atau Stalin.
Mahathir menyemaikan benih-benih ketakutan kepada semua pemimpin UMNO. Apa yang dilakukan keatas Tun Salleh Abas dan DS Anwar Ibrahim adalah antara contoh yang mengerikan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO kecut perut bertabur kencing dalam seluar bila mendengar Mahathir membuang mereka dari kelompok kepimpin UMNO. Ada yang tak senang tidur malam. Akhirnya rujuk semula meminta maaf.
Mahathir dari dulu sudah bertanggapan bahawa orang Melayu sebagai kaum yang pemalas, bodoh, dungu dan berjiwa hamba. Itulah sebabnya Mahathir dengan mudah memasukkan kemerdekaan hasil perjuangan orang Melayu ke dalam koceknya!
Cerita rakyat yang pernah terkenal suatu ketika dulu ialah tentang seorang gembala kambing yang suka menipu orang kampungnya. Cerita itu menjadi popular dikalangan budak-budak sekolah kerana ianya dimasukkan di dalam buku tatarakyat sebagai pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh budak-budak sekolah waktu itu. Iktibarnya ialah kepercayaan seseorang akan hilang ke atas seseorang yang suka menipu orang lain.
Sekarang ialah waktu yang sesuai untuk rakyat semua lihat, cerita yang terkandung di dalam buku tatarakyat itu tidak berkesan kepada barisan kepimpinan UMNO(baru), dipercayai bahawa kumpulan merekalah yang berkuasa waktu buku tatarakyat itu dikeluarkan. Nasib gembala kambing dulu itu serupa dengan nasib yang menimpa Mahathir dan UMNO(baru) sekarang. Oleh kerana Mahathir telah berjaya menipu rakyat dan diketahui oleh rakyat bahawa mereka telah ditipu, maka kepercayaan rakyat sudah hilang dan Mahathir sudah tidak dipercayai lagi. Apabila Mahathir sudah tidak dipercayai oleh rakyat, maka UMNO(baru) pimpinan Najib pun sudah tidak dipercayai rakyat.
Kesannya bukan sedikit, Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap polis akibat dari tipu Mahathir betapa DSAI telah menumbuk matanya sendiri hingga lebam, walhal Rahim Noor KPN itulah yang menumbuk DSAI. Mahathir tipu rakyat betapa dia ada bukti DSAI berkelakuan tak senonoh, tetapi hingga sekarang dia tak kemukakan buktinya di Mahkamah. Kalau nak disebut, banyak lagi yang beliau tipu rakyat. Harga Mahligainya tidak dipercayai rakyat.
Akibatnya, jika sesuatu yang benar pun, apabila ianya dinyatakan oleh Mahathir dan penggangguknya, rakyat tidak akan percaya. Akibat ini amat serius, apabila kes yang dikaitkan ada mempunyai kaitan dengan kepentingan Mahathir rakyat tidak percaya. Biar pun ianya datang dari kumpulan professional misalnya dari doktor pakar di HUKM khasnya, Peguam Peguam di Mahkamah, Polis Polis, SPRM dan SPR. Semua ini sebenarnya pihak yang bebas – sepatutnya-lah. Tetapi kalau pun mereka benar-benar bebas, tetapi apabila mereka terlibat dengan kes yang memungkinkan menjaga survival politik UMNO, maka rakyat tidak percaya badan-badan yang disebutkan di atas itu benar. Hal ini berlaku ialah kerana Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama, kalau Mahathir ialah seorang gembala kambing, rakyat akan biarkan gembala kambing si Mahathir sorang saja yang dibaham harimau, tetapi gembala kambing yang lain akan selamat dan ditolong penduduk kampung selagi dia tidak menipu mereka.
Kini sudah nampak bahawa cabaran wawasan 2020 ialah tidak seperti yang digariskan oleh Mahathir. Elemen bercakap benar juga amat perlu dimasukkan ke dalam cabaran wawasan 2020 itu. Selain dari cerita gembala kambing itu, pepatah melayu mengatakan, “siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”. Dari dua contoh itu, bercakap bohong memang ada hubungan rapat dengan suka mencuri. Apabila pemimpin berbohong kepada rakyat, tidak pelik kalau pemimpin itu juga akan mencuri hak rakyat. Jika elemen bercakap benar atau tidak berbohong itu perlu dijadikan cabaran wawasan 2020, maka perbuatan jahat pemimpin yang suka mencuri hak rakyat juga harus dijadikan cabaran wawasan 2020.
Usahkan sigembala kambing yang berbohong tapi tak mencuri itu tidak dipercayai orang, Inikan Mahathir dan UMNO baru beliau yang bukan saja berbohong tetapi mencuri lagilah tidak dipercayai rakyat.
Nak kata dalam 22 tahun Hang Madey memerintah hebat sangat dan melayu suka kat Hang Madey pun tidak jugak... sebab apa aku kata gitu... sebab sepatut nya rakyat Hang Madey lagi maju dan kaya dari rakyat Singapura... kerana Singapura nak minum pun beli dengan kita.... tapi tukaran mata wang depa sudah jauh meninggalkan kita... sedangkan sebelum Hang Madey menjadi Perdana Menteri mata wang depa dengan kita Sama RM1=SD1... jadi kat mana yang Hang Madey itu hebat?
UMNO/BN sudah kehilangan “public political suppport”.
Pemimpin elit parti gabungan BN sudah tidak lagi mempunyai “the inner dynamics” yang mampu membawa negara ke dunia maju yang mencabar dalam melinium ini.
Keluarga Hosni Mubarak kaya raya di Mesir, keluarga Najib dan Mahathir kaya raya di Malaysia.
Antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.
Di kalangan umat Melayu beragama Islam, yang paling kaya ialah anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua ialah adik Najib, Nazir Razak dan
yang ketiga ialah Tan Sri Syed Mokhtar.
Satu kelebihan yang ada pada Mahahtir dan Daim, ialah kelicikan mereka dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Inilah sebabnya Mahathir boleh bertahan sampai sekarang.
Bagi mereka yang hampir dengan Mahahtir dan keluarganya, mereka tidak dapat lari daripada merasa kagum atau hairan dengan kekayaan Mahathir. Bagi mereka yang tidak peka dengan penyelewengan Mahathir mereka akan rasa kagum dengan kekayaannya. Tetapi mereka yang peka dengan keadaan sebenar akan tentu hairan bagaimana beliau boleh menjadi begitu kaya.
Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh, sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya. Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng. Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing, sebuah lagi di Country Height (kini diduduki Mirzan) dan yang terbaru ialah di Bukti Tinggi. Rumah di Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.
Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara.Ini termasuklah sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim, sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan, sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri. Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.
Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan hal tersebut kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim berlaku senyap mengenai pemindahan wang tersebut.
Persoalan yang rakyat ingin tahu ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM 30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM 360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM 3.6 juta. Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM 8 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegitu banyak? Di sinilah bukti kelicikan Mahathir. Beliau menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Mokhzani MAHATHIR. Kekayaan yang amat luar biasa untuk seorang yang di lahirkan dalam dunia ini kepada seorang ayah yang berceramah di dalam dan luar negara bahawa korupsi / crony / nepotism sepatutnya tidak di bawa masuk ke dalam parti yang di sanjung tinggi, memberi nasihat kepada pemimpin yang lain bahawa parti sudah busuk ke akar tetapi lupa melihat ke belakang dengan setiap ayat yang keluar daripada dia. Adakah dia lupa bahawa anak anak dia di antara yang paling kaya di negara ? Atau dia hanya melihat apa yang berlaku di mana dia hanya hendak lihat ?
No 15 Paling Kaya di Malaysia 2011.
No 26 pada tahun 2010.
No 20 pada tahun 2008.
Kenapa Tun Mahathir tidak menyatakan bagaimana mereka dapat menguasai begitu banyak kekayaan ? Sampai 400 tahun keluarga mereka tidak perlu kerja ? Dato Seri Anwar Ibrahim pernah ungkit pasal benda ini tetapi nampak nya Tun Mahathir hanya nampak kesalahan orang lain yang mengumpul wang negara dalam jumlah yang begitu banyak. Anak dia semua malaikat?
Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pernah seketika dulu menggelar Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.
Zaman TDM lah Guru Berijazah tak boleh bergiat Politik semata2 nak sekat Anwar (tak gitu En.Aspan?). Betulkan kalu saya salah.
MMM
Mahathir alias Mamak Kutty ini adalah Bapa Perosak Negara. Beliaulah satu2nya PM Malaysia pertama yang telah "merobotkan" UMNO BN dan semua kementerian2 penting dan utama dengan melantik pemimpin2 "Yes Man" bermasalah menerajui jabatan2 berkenaan. Tujuannya adalah agar kerja2 dan perancangan kotornya dapat dijalankan dengan licin tanpa tentangan. Ini telah dirancangnya sekian lama.
Kalau kita teliti satu persatu jabatan2 penting dalam negara kita ini, kita boleh melihat dengan jelas bahawa mereka2 yang menerajui jabatan2 berkenaan adalah kalangan "barua2" yang mendaki kenaikan pangkat secara drastik kerana bersedia menjadi burung belatuk bagi kelicinan kerja2 hina yang dijalankan Mamak Kutty ini.
Mamak Kutty iniselaku PM lebih 2o tahun mempamerkan teladan buruk kepada parti yang dipimpinnya dan keburukan inilah yang diwarisi pimpinan2 UMNO BN sekarang kerana mereka telah dididik dan dibesarkan dalam suasana politik dimana "rasuah" dan "wang" adalah budaya mereka. Contoh mudah ialah kes NFC dimana hampir tidak ada pemimpin2 UMNO BN yang berani berkata benar malah selain PM dan pimpinan tertinggi langsung tidak terkesan melihat jutaan RM diseleweng sedemikian rupa ( ini belum disebut banyak kes2 lain ). Kerana apa ?. Sebabnya kerana "mainan kotor" begini adalah amalan dan budaya dikalangan pemimpin UMNO BN. Bila guru UMNO BN kencing berdiri..anak murid pun kencing berlari. Kutty...siibu ketam tak akan mampu menegur dan mengajar anak2 ketam untuk berjalan lurus. Malangnya..dia hakikat dirinya sendiri ( barangkali kerana dah nyanyuk atau kerana Kutty ni jenis "penyangak" yang tak sedar diri.
Kalau rasa nak lihat Malaysia terus punah ranah dan bangkrap..Pertahankanlah Kutty, UMNO BN dan segala puak2 lanun ini. Menangkan penyangak2 ini dalam GE 13 nanti. Terus relakan diri sendiri diperbodohkan manusia yang entah keturunan melayu apa ini.
Hang memang barua besaq laa Kutty..tunggulah masanya. Tak lama dah...
MAMAK KUTTY MUDAH LUPA ,MELAYU INGAT SAMPAI BILA-BILA ;) KINI DI PENANG GENG MAMAK AMUK MACAM ANJING GILA !
Memang adat resam yang dibudayakan orang Melayu sangat mempercayai sebarang kata seorang kawan maupun lawan. Kerana itu juga, sesungguhnya hari ini, orang Melayu sudah kehilangan segala. UMNO warisan pejuangan “Anti Malayan Union” sudah lama terkubur. Itu bukti nyata. Itu padah orang Melayu terlalu percaya janji “racun bersalut madu”.
Perlembagaan “UMNO Asal” sudah tidak ada lagi. Jika datuk-nenek kita menggariskan kepentingan orang Melayu dulu, kini kepentingan dan harapan orang Melayu sudah dirombak dan dikikis habis-habisan oleh Mahathir keturunan Mamak-Malbari ini, masihkah orang Melayu tak sedar diri?
Mahathir sudah mengubahpinda 100% rohani parti asal itu begitu rupa hingga orang Melayu sudah semakin kehilangan identiti, hak yang sepatutunya diperjuangkan untuk zuriat mereka yang akan datang.
UMNO ciptaan Mahathir menjadikan orang Melayu semacam “orang hanyut” yang tersadai di Pulau Kapas! Badan terkurung sementara mata kalian lepas. Hak kalian turun temurun dirampas. Kejantanan nenek moyang kalian habis kikis ditumpas!
UMNO Asal sudah mati. Pemimpin UMNO sendiri yang berdosa membunuhnya. Tidakkah wajar UMNO/BN dihumbankan?
Mahathir suka memperlekeh orang Melayu – katanya “dari membantu sejuta orang Melayu yang akan gagal dalam perniagaan, adalah lebih berkesan membantu 10 orang ahli koporat Melayu!”. Maka hilanglah semangat Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Tun Razak. Mahathir menukar ekonomi orang Melayu ke tahap “ekonomi warong rojak Mamak”.
Sekarang, apa sudah jadi? Mahathir telah memilih “puaka-puaka” keparat (bukan puak-puak korporat) yang terdiri dari anak-anak, suku-sakat dan Kroni pilihan beliau sendiri. Merekalah yang menerajui korporat-koporat mega. Mereka diberi 1001 macam bantuan asas. Mereka bermewah-mewah melakukan “rompakan bersiri” ke atas hak-hak rakyat.
Kerana nafsu mereka bagitu ganas sementara ilmu mereka secukup ilmu “mamak warong teh tarik” saja; maka kita lihat puluhan billion wang rakyat terhakis kikis untuk membailout mereka. Berkesan dan berfaedahkah Dasar ekonomi Mahathir?
Pak Aspan!
Rakyat marhaen sebenarnya sudah tahu dari dulu-dulu lagi siapa itu Mahathir. Orang UMNO saja yang bebal, bangan dan sombong dan pura-pura tak tahu.
Mahathir adalah syaitan
Mahathir adalah Iblis
Mahathir adalah Jembalang
Mahathir bukan orang melayu
Mahathir pembunuh Melayu sebab itu dia "bunuh" Musa Hitam. Dia "bunuh" Tengku Razaleigh. Dan sekarang dia masih cuba lagi "bunuh" Anwar Ibrahim .
Mahathir Pak Aspan minta supaya Allah Panjangkan Umur suapaya dapat nonton hasil ushanya. Kita rakyat semua sediakan air kencing kita. Simpan banyak-banyak dan apabila Mahathir mati kita akan jiruskan air kencing yang masam dan hancing ini kedalam kuburnya. Pusara Pahlawan di Masjid Negara tidak layak untuk mayatnya.
Mahathir dan Dasar pentabdirannya sudah memufliskan orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
Dasar ekonomi dan pembangunan Mahathir umpama “Saudagar buluh kasap”!
Adakah orang Melayu masih mahu terpukau lagi dengan slogan “Perpaduan Melayu”? Janganlah kita jadi Pak Kadok dan Lebai Malang. Mahathir dibelakang tirai sedang mementaskan Sandiwara “Mat Jenin” dengan tanggapan kununnya orang Melayu masih BANGANG!
SDR ASPAN,
TERLALU AWAL ANDA NAK MEMUJI DAP LEPAS KIAN LAMA DALAM UMNO.
SEMUA MAKLUM DAP PARTI CHAUVINIS CHINA YANG KUAT SOKONG DUO ZONG.
DAP TAK PERNAH SOKONG DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN.
SAUDARA LUPA PERANAN DAP DALAM MEI 1969 ?
PERNAH SAUDARA BACA ARTIKEL ARTIKEL YANG DI TULIS OLIH PROF KHOO KAY KIM DAN ASS PROF RIDHUAN TEE TENTANG...........
SAUDARA NI MACAM ORANG SEDANG BERCINTA.
SEMASA BERCINTA DGN UMNO SEMUA NYA WANGI. DAN SETELAH MASUK DAP UMNO LAH PALING BUSUK,DAN DAP LAH YANG PALING WANGI. (PASTI jadi MB DAP nanti)
DALAM HIDUP SAUDARA ASPAN SEKIAN LAMA, APAKAH SUMBANGAN DAP TERHADAP KELUARAGA SAUDARA. APA PULA SUMBANGAN UMNO TERHADAP KEMAJUAN PELAJARAN ANANK DAN KERABAT ANDA.
TEPUKLAH DADA TANYA SELERA.
KALAU SESAT JALAN BALIKLAH KEPANGKAL JALAN .
Mamak tu yang kata Melayu Mudah Pelupa... Huh ! Mamak "berak" ditengah jalan..dia buat2 lupa. Memang dasar Kutty tak sedar diri.
Dia buang najis merata2 kemudian canang ke sana sini Anwar yang punya kerja.
Hanya Melayu yang "bengap" jer percaya cakap Mamak Kutty ni selain "melayu eee" yang species dengannya.
Yalah, Tuan Aspan. Hot betul saya dengan Tun M kerana memilih pemimpin tak semonggah (cakap nogori) atau tak segheka (cakap Pahang seperti Anwar Ibrahim.
Memang luculah pilih pemimpin yang artificial like him yang dihelicopterkan ke dalam UMNO.
Kesian Ku Li dan Ghafar kan? Di pijak-pijak kepala mereka kerana blue-eyed boy tak sabar nak naik.
Angkara dia we are split and our beloved country got bad press internationally.
Bila agaknya Mr ex-PM nak minta maaf?
Moh ramai-ramai kita desak dia to say I am sorry, Malaysians.
Salam Sdr Aspan;
ahathir telah diberi peluang untuk melihat sendiri natijah dari tindaktanduk perlakuannya semasa berkuasa.
Rakyat Malaysia dapat melihat perangai orang2 umno yang menumpang kesenangan berlebih2 melalui parti mula tergugat. Jika kita ingat balik sejarah(jika benar)berulang, bangsa Melayu sendiri mengadai negeri kerana tamakkan kuasa dan habuan hidup.
Gulungan Feudal juga dapat dilihat seolah2 mengulang sejarah(jika benar)berpoya2, boros,suka disanjung2,cakap lain buat lain.
Yang diberikuasa untuk menegak keadilan dan kenteteraman juga dibawa menjerumus seperti puak yang berkuasa.
Kunklusinya, orang"Melayu" hanya membaca sejarah tetapi tidak mempelajari darinya, hanya baca dan bising macam tahu tetapi tidak bertindak bijak untuk mengunakan sejarah bagi memajukan negeri.
Yang Cerdik? pun terikut2 untuk mencari kesenangan melalui jalan pintas.
Jadi.... janganlah bangga sangat menjadi orang Melayu...Insaflah, HambaAllah tidak terhad kepada bangsa...Myi
Jawa Johor,
cukup-cukuplah momokan kpd GAP tu. Dah 40 tahun UMNO dan kamu berdongeng. Kalau tak cukup daya pemikiran jgn cuba-cuba nak berbahas bodoh iyu.
Kenapalah Melayu UMNO bodoh sangat ditipu hidup2 oleh seorang Mamak?
Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang akan membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi. DEB tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju.
Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama. Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi. Ini mengakibatkan tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua.
Nama pun Jawa Johor.... sampai negeri nak digadai kepada Singapore pun masih sokong UMNO. Otak bahagian mana yang kamu pakai? Kalau QD tu asyik rindukan jubur Anwar tak habis-habis (maklumlah spesis bapok), yang kamu pula asyik nak marahkan parti yang tiada kuasa dan tak pernah memerintah di negara kamu ni, apa hal? Ada kah otak di kepala lutut kamu tu?
Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk bekerja dan belajar.Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka.
Kalau x silap saya Almarhum Ust Fadhil Noor pernah berdoa agar TDM dipjgkan umur agar dia dpt melihat aper yg telah dilakukan olehnya...nampaknya doa tu dimakbulkan...wallahualam
REALITINYA DAP ADALAH PARTI YANG RASIS DAN CHAUVINIS YANG CUKUP KUAT SOKONG DONG ZONG PERTAHAN SEKOLAH CHINA.
UMNO TU BERSIH.
YANG KOTOR HANYA BBERAPA PEMIMPIN YANG KORUP DAN TAK SEDAR DIRI.
KALAU ASPAN ADA SEORANG ANAK YANG NAKAL, WAJARKAH SELURUH RUMAH DI ROBOHKAN. ATAU ANAK SEORANG INI DIDISIPLINKAN.
SAMA JUGA DGN UMNO, KITA BUANG YANG KORUP DAN KOTOR DAN GANTIKAN DGN YANG LEBIH BAIK.
DAP JUGA PARTI YANG TIDAK SEMPURNA DGN SIKAP ANTI MELAYU DAN ISLAM YANG REAL. PIJAKLAH DIBUMI YANG NATA.
ADAKAH PERNAH DAP PERJUANG KAN KEPENTINGAN MELAYU.
ORANG MELAYU YANG SOKONG DAP AKAN MEMBANTU DAP DALAM AGENDA MENGHAPUSKAN KEPENTINGAN MELAYU.
CUBA GAMBARKAN KEADAAN ANAK CUCUMBER ASPAN DALAM PEMERINTAHAN DAP DALAM NEXT 5 YEARS.
JANGAN TERPERANGKAP DENGAN SIKAP PURA PURA DAP.
BELAJARLAH APA YANG TERJADI PADA MELAYU PENANG N SINGA PURA.
APAKAH TIDA RAUah DALAM DAP ?
ASPAN MUNGKIN dah DALAM POLITIK bertahun TAHUN, TETAPI PEMBACAAN TUAN TENTANG POLITIK NEGARA DIMASA DEPAN KURANG TAJAM.
ARPAN MUNGKIN PERLU A SHARP AND ANALYTICAL MIND. JANGAN BIARKAN EMOSI MENGONGKONG PEMIKIRAN ANDA.
MARILAH SOKONG UMNO DAN SUCIKAN UMNO DARI DALAM.
MARILAH KITA IKHLLAS DALAM PERJUANGAN MERTABATKAN UMNO DAN BANGSA MALAYSIA.
JANANLAH SOKONG DAP YANG SUDAH PASTI ANTI MELAYU.
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA.
DAP ITU RASISI DAN CHAUVINIS.
KPD JAWA K SELANGOR,
CUBA CUBA LAH BACA ARTIKEL TULISAN DR KHOO KAY KHIM DAN DR RIDHUAN TEE.
MUNGKIN IANYA DAPAT MEMBANTU ANDA BERFIKIR
SEJENAK.
CARI, GALI DAN FAHAM KAN TULISAN MEREKA INI.
MEREKA ADALAH CHINA YANG FAHAM AKAN KARENAH ORANG CHINA.
DON'T BE EMOTIONAL, WE ARE TALKING ABOUT THE FUTURE OF THE MALAYS IN THEIR OWN LAND.
SAYA SOKONG UMNO PATUT DI"refurbish".
Jawa Johor,
Tak boleh refurbishlah UMNO ni. Don't be so naive lah bro. Kiata sama-sama jawalah!
Mahathir tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno. Mahathir hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa mengira apa apa yang dia perlulakukan bersama panglima UMNO untuk merealisasikan kemahuannya ini.
Mahathir akan melakukan apa sahaja walaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz? Inilah sebabnya perbuatan beliau tidak akan berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno hingga sekarang.
Majoriti orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun setelah 55 tahun Umno "berjaya" (gagal) mentadbir.
Orang bukan Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup. Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan Umno BN.
Begitu juga dengan orang Melayu. Mereka yang tidak mendapat manfaat secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti daripada mereka, juga sudah semakin bosan. Ramai mula mengundi pembangkang dan adalah dijangka lebih ramai yang akan berbuat demikian.
Apabila Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih boleh mengawal perjalanan kerajaan menerusi 'kawalan jauh'. Tetapi apabila ianya tidak berjalan seperti apa yang dia mahu, Mahathir terpaksa menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib.
Abdullah Badawi tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia tetapi apa kurangnya Najib?
Selama ini, daripada memberikan bantuan, Mahathir terus mencampuri urusan negara. Mengganggu urusan pentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah bersesuaian dengan era masa kini.
Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?
Hanya tinggal lapan tahun tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk.
Sistem pendidikan tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan. Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN.
Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap.
Wahai JawaJohor ;
Tiga sebab ABU (bukannya Abdul), aku tak boleh sokong UMNO :-
Prinsip perjuangan UMNO sebenarnya bertentangan dengan prinsip perjuangan Rasulullah S.A.W...Rasulullah memperjuangkan islam bukannya bangsa.
UMNO tolak hukum Allah...dalilnya Kelantan pernah cadang kepada Kerajaan pusat supaya dilaksanakan hukum islam tapi malangnya Kerajaan pusat menolak.
Maksiat Berleluasa...sebabnya UMNO memerintah gaya sekular bukannya gaya islam..Kesannya??..Nah lihatlah gejala sosial yang sedang parah membarah dalam masyarakat malaysia.
Jawa Johor, tok sahlah ikut cara Mahathir. Be original lah sikit.
Orang melayu sudah sekian lama ditipu bulat-bulat oleh Umno/BN melalui media mereka bahawa DAP itu parti Cina. Bukan sekadar Cina, malah mereka menambah lagi garam dengan mengatakan bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Raja, chauvinist, mahu menjadikan Perdana Menteri dari orang Cina dan pelbagai lagi.
Melayu ditakut-takutkan sejak sekian lama dengan kenyataan yang tidak berasas. Seolah-olah negara ini tiada perlembagaan, dan orang-orang DAP tidak tahu menghormati perlembagaan!
Perkara biasa yang kini hampir basi ialah kedudukan Raja, Islam dan ketuanan melayu. Minda rakyat terutamanya melayu dikongkong dengan sentimen basi ini.
Mereka yang tidak pernah di ajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat kemelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.
Orang Melayu disajikan dengan orang Cina nak rampas tanah Melayu. Orang Cina akan buang hak-hak Melayu. Tanah orang Melayu akan dirampas oleh Cina. Sokong parti pembangkang orang Melayu akan musnah.
Orang Melayu terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kampung Berembang. Orang Melayu dihalau bagaikan anjing. Apakah itu tidak cukup memperlihatkan betapa buruknya Umno?
Umno hanya mempergunakan sensitifiti orang Melayu untuk mengekalkan kuasa mereka dan terus-menerus mengKAYAkan sanak-saudara mereka.
Mahathir telah meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa taat kepadanya. Beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli oleh orang-orang yang berpengaruh. Beliau telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.
Mahathir menggunakan politik perkauman yang menjadi kegemarannya bagi mengelak dasar dan salah lakunya daripada terdedah.Beliau meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka. Beliau menyimpan habuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah benar. Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap kaum-kaum lain.
Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh. Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali diketepikan.
betul mana boleh umno nak refurbish, umno leader like rubbish, kuat rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, mengkayakan keluarga, kroni, pemimpin hidup dan kaya dgn komisen dan menghancurkan melayu. 54 tahun perdana menteri orang melayu tapi orang melayu masih ketinggalan dalam ekonomi masih ramai org melayu susah. mana pemimpin2 umno yang tak kaya-raya, satu penggal jadi wakil rakyat atau menteri dah kaya-raya sampai anak cucu cicit tak habis makan. orang umno bawahan jadi hamba pada pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka dan terus merompak, menipu, megkayakan keluarga masing2.sedarlah orang umno kena sedar diri sikit, ahli umno tak berjawatan dpt lah duit sikit, susah jumpa bos dpt lah sikit tapi bos sapu jutaan. jgn lah jadi hamba pada perasuah sebab kita jugak akan makan duit rasuah yg dibagi oleh pemimpin sbb duit hasil rasuah kalau duit titik peluh tak semudah itu mereka bagi. ingat lah kematian sebab kematian akan datang bila2 masa samada muda atau tua. cukuplah dah 54 tahun rakyat bertambah susah dibebani dgn harga barang yg melambung, pemimpin tak ada masalah sebab mereka banyak komisen masuk... buat perubahan utk kesejahteraan, keadilan dan jauhi dari orang2 yang rasuah...... insyaallah
ZAMAN TUN MAHATHIR BERLAKU PERKARA2 BERIKUT:-
RASUAH, PENGSWASTAAN PROJEK, KRONI, BAIL OUT, BEREBUT UTK JAWATAN, PEMIMPIN TAK AMANAH, MEROMPAK WANG & HARTA NEGARA, SISTEM UNDANG HANCUR, UNDANG2 BOLEH DIBELI DGN WANG, PEMIMPIN2 KAYA-RAYA, MENGAMPU & MEMBODEK, FITNAH, PEMBOHONGAN, KOMISEN. SEMUA BERLAKU PADA AWAL TAHUN 80AN SEHINGGA SEKARANG.
Refurbish kepala bapak apa lagi ?. Kalau dah kepala segala penyamun, perompak, pembelit dan pendusta dah menguasai UMNO BN dan disokong pula oleh anak2 dan bakal pewaris penyangak2 ini..nak refurbish macam mana oii ????. Habaq mai sat !!!
Timbalan Pengarah SPRM sendiri dah kata...belambak siasatan dan kes rasuah melibatkan kepala2 penyamun berkenaan dibawa ke atas, sampai ke EG, langsung dibakul sampahkan. Sesama penyamun saling bekerja sama melindungi diri masing2. Kalau yang membawa kes2 samun tu adalah SPRM sendiri malah juga polis peringkat tertinggi..namun masih tak juga jalan...cara jadah apa lagi korang nak refurbish UMNO BN tu...main jampi ka ????????.
Jangan jadi bengap dan cuma pandai cakap nak refurbish saja. Dalam siatuasi macam ni...hanya kuasa rakyat melalui UNDI yang dapat benamkan para penyamun dan sarang segala penyangak negara iaitu parti UMNO BN.
Cakap pandai...refurbish konon. Awak siapa ??? Sehebat Anwar, Kit Siang dan Hadi yang menegur UMNO BN pun tak jalan..awak yang selekeh tanpa kuasa apa nak lakukan "refurbish" ???. Sedar diri laa oiii ! PILIHAN RAYA JER PILIHAN YANG ADA. Humbankan UMNO BN biar dia belajar dari kegagalan yang kelak baru menimbulkan kesedaran.
Aku pun ahli UMNO BN tapi tak la sentimental melulu macam hang !
Kalau Najib seorang pengecut berdebat dengan DSAI, apa nama suruh Mahathir pula berdebat dengan DSAI?
Dari dulu saya tak percaya Mahatir mamak Kerala. Walaupun saya juaga mamak.
Ha ha ha..
Jawa Johor...aok me ni tak sedor lagi ke..Yang Jadi Anak Nakal tu dah pandai Pijak Kepala Bapak dah...ha ha ha..Macam mana Pak Aspan nak rotan..ha ha ha.
Tapi yang peliknya ada lagi Perent yang masih dok puji anak nakal tu...pasai apa..pasai dema SANGGGATTTTTTTT bergantung harap pada ANAK yang nakal tu ..tak gitu Jawa Johor..ha ha ha...tak sedor bahawa ANAK NAKAL dah curi geran nak jual Tanah kat Jiran Sebelah...ha ha ha.
Kalo' kome ler..tangkap aje dihumban ke dalam Caruk aje ..bior merenih dalam Carok tu..tak gitu QD..ha ha ha..
JANGAN GUNA BAHASA YANG KESAT.
KALAU TAK SETUJU OK.
YANG PENTING HATI MAU BERSIH, TUJUAN MAU IKHLAS DAN TEGURAN KERANA LILLAHITAALA.
KEJAYAAN ANAK ANAK KU ADALAH KERANA PERJANAN UMNO, DAN BERKAT DOA.
AKU BERSYUKUR KERANA KEENAM ENAM ANAKKU SEMUA MENJADI PROFESSIONAL BERJAYA.
SEMUA MEREKA AHLI UMNO.
AKU DIDIK MEREKA SUPAYA PANDAI BERSYKUR,DAN BALAS BALIK SUMBANGAN KERAJAAN UMNO.
MEREKA DIDIDIK SUPAYA KUAT BERUHGAMA DAN JAUHKAN RASUAH.
ALHAMDULILLAH MEREKA TAK LUPA DARATAN, DAN BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI UMNO DARI DALAM.
AYUH, KALAU KITA SEMUA SAYANG KAN BANGSA, UGAMA,DAN NEGARA MARILAH KITA SOKONG USAHA MURNI INI.
JAUHKAN DIRI DARI DAP, KERANA PASTI SEMUA FAHAM AKAN BAHAYANYA KPD MELAYU.
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.
INSHALLAH KALAU KITA BERAZAM KUAT DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN DAN BERKAT DOA KITA AKAN BERJAYA................INSHAALLAH
TAK PAYAH BERKASAR BAHASA, NO ONE GAINS.....
Mahathir kalau tak tau lagi ialah ULAR JELMAAN!
Jangan marah nyamuk kelambu DI bakar.
Bakar nyamuk sajalah.
Tajam Dan pedas sungguh peribahasa melayu kan !
Ghg
ANON 11.11
KITA semuakan sama, kerdil hamba TUHAN.
Kamu lupakah, orang yang marah itu KAWAN SYAITAN.
JANGAN marah banyak kan istighfar...............
Wahai anon 13:56;
Ni bukan al kisah seekor nyamuk.
Ni pasal satu titik nila, tak kan lah susu sebelanga tetap boleh diminum?
Kalau satu belanga susu bertukar biru, humbankan lah satu belanga susu tu.
Masih tetap boleh buat satu belanga susu yang baru untuk minuman orang ramai.
Janganlah racunkan orang ramai kerana masih tetap nak selamat belanga yang susunya yang telah berwarna nila!
Wahai anon 14:06,
Setuju orang yang marah itu kawan syaitan.
Tahukah anon yang syaitan itulah yang mendorong seseorang itu jadi marah?
Tak kanlah nak berkawan dengan syaitan?
Syaitan itulah yang membuat Melayu marah selama lebih 50 tahun dan sepatutnya dihumbankan jauh-jauh secepat mungkin!
Melayu, bangsa yang kaya dengan budi, mewah dengan bahasa. Melayu juga yang selalu kena ‘badi’ dan Melayu juga yang cepat layu pabila dipuji. Melayu akan bangkit pabila dikeji dan Melayu juga yang kerap tewas apabila diuji.
Hari ini UMNO menjadi parti Melayu yang mencatat dairi padat dengan penipuan, pendustaan, penindasan, pengkhianatan dan kesombongan yang maha dahsyat.
UMNO telah menyebabkan bukan hanya Melayu yang jatuh ke lembah kehinaan, malahan UMNO telah mencalar dan memusnahkan keagongan Agama Islam, ketuanan Bangsa dan Bahasa Melayu serta kedaulatan Negara.
UMNO cemar dan musnahkan segala impian murni rakyat Malaysia lantaran tindak-tanduk pemimpin mereka masakini yang rakus dan haloba.
Watak utama yang meragut keindahan budaya Melayu dan keharmonian bermasyarakat rakyat Malaysia, tidak lain adalah Tun Mahathir bin Mohamad, bekas presiden UMNO.
Perlakuan Tun Mahathir jelas menonjolkan kebiadapan dan terlalu bercanggah dengan budaya Melayu serta peradaban rakyat Malaysia!
Wahai Tun Mahathir, kamulah insan berketurunan Mamak yang telah dinobatkan sebagai Melayu oleh UMNO dan kamu juga telah bertindak seperti peribahasa Melayu “Kacang yang lupakan kulit”. Kesombongan Tun telah mencapai tahap yang boleh merosakkan agama Islam, bangsa Melayu serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tuan Aspan,
Apa pun yg tuan serta rakan2 penjenguk blog ini berasa marah atau terasa hati dengan kelakuan Tun M, sesuatu yg pasti bahawa beliau adalah satu agen perubahan yang cekap berbanding tuan Aspan, saya dan juga rakan2 yg lain.
Samada berubah dari elok kepada hodoh atau dari hodoh kepada elok itu terpulanglah kepada persepsi setiap individu. Keindahan akal ciptaan Allah ini mewarnai kehidupan dengan kepelbagaian pemikiran.
Yang pasti, tidak pernah saya dengar Tun M berbahasa kesat serta sumpah seranah. Muka yg manis dan mulut beliau tetap tersenyum walaupan tangan beliau memegang pisau yg akan beliau gunakan tanpa ter agak agak untuk tujuan yg beliau yakini tanpa mempedulikan apa yg org lain akan fikir.
Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan.
Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno.
Didalam sesuatu isu Ada BAIK Dan buruknya.
Kala tak SUKA UMNO, BUKAN semuanya TIDAK BAIK.
KITA KENA BERSIKAP ADIL. Yang BAIK tu BALIKLAH, BOLIH diaper tingkatan, yan TIDAK tu PERLU DI betulkan. INGAT JANGAN sesekali tolonganjing tersepit nanti..........
Baru berjinak DENGAN DAP dah puji melambung. That is not wise.
Setelah keluar UMNO, Dari A ke.......Z tak bagus. That is not wise either !
Muhasabah LAH diri.
Mahathir sangat pakar dalam hal-hal psikologi rakyat Malaysia. Dia gemar pergi menjelajah seluruh negara setiap kali berlakunya krisis. Lihat sajalah kempen Semarak yang dikendalikan semasa krisis-krisis 1980an. "Semarak" kononnya bererti "Setia bersama rakyat" tetapi lebih tepat kalau digelar "Setia bersama Mahathir dan anak-anak". Tujuannya adalah untuk meraih simpati dan menyakinkan rakyat biasa bahawa pandangannya sajalah yang betul.
Mahathir bukanlah seorang "gentleman". Mahathir lebih cenderung mengambil pendekatan konfrontasi dalam menghadapi kerenah pihak istana. Apa sebab agaknya Sultan Johor memberi nama jolokan "Mamak" kepada Mahathir? Jika gelaran "Mamak" ini dikaitkan dengan pelakon cerita yang amat popular suatu masa dulu yang pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, mendiang MG Ramachandran tidaklah mengapa kerana MGR selalu berlakon jadi hero.Mungkin Tuanku lihat kelakuan Mahathir seperti Ketua Samseng ala cerita Hindustan/Tamil agaknya.
Masihkah korang ingat tentang penggantungan Tun Salleh yang menurut Mahathir adalah kononnya Seri Paduka murka terhadap perutusan para hakim.
Penggantungan Tun Salleh dilaksanakan juga walaupun Majlis Raja-raja telah mengesyorkan supaya Tun Salleh dikembalikan kepada jawatannya.
Sebuah Tribunal Kehakiman telah ditubuhkan untuk menentukan nasib Tun Salleh. Keahlian dan kesahihan tribunal berkenaan menimbulkan kesangsian tentang niat sebenar penganiyaan Tun Salleh.
Pertama, bilangan anggota tribunal sepatutnya angka ganjil supaya tidak berlaku sebarang keputusan tergantung (deadlock). Akan tetapi enam orang hakim telah dilantik menganggotai tribunal ini.
Kedua, pemangku jawatan Ketua Hakim Negara yakni Tan Sri Abdul Hamid tidak wajar menduduki tribunal tersebut kerana mempunyai kepentingan secara langsung terhadap kes yang akan didengar.
Ketiga, menurut norma-norma keadilan sejagat anggota tribunal hendaklah terdiri dari mereka yang sekurang-kurangnya sama taraf dengan orang yang hendak dihakimi.
Daripada enam ahli tribunal ini hanya seorang ahli sahaja, seorang warga Sri Lanka, yang menepati tuntutan keadilan yang disebutkan. Bantahan yang dikemukan oleh peguam Tun Salleh tidak dihiraukan sama sekali.
Akhirnya Tun Salleh didapati bersalah di atas tuduhan menghina kredibility Kerajaan dengan membuat andaian bahwa pihak Eksekutif tidak menyakini kebebasan badan kehakiman.
Tribunal anjuran Mahathir ala mahkamah kangaroo selesai membicarakan Tun Salleh hanya dalam masa kira-kira empat jam sahaja!
Pastinya suatu rekod yang membanggakan Mahathir ketika itu sebelum dipecahkan oleh kes-kes Sukma dan Dr. Munawar.
Maka lengkaplah penghinaan Mahathir kepada kebebasan institusi kehakiman dengan pemecatan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara.
Selepas tersingkirnya Tun Salleh dari jawatan tertinggi itu maka tidak menghairankan sedikit pun apabila tindak-tanduk kepimpinan badan kehakiman negara mencerminkan mereka ini hanyalah sekadar menjadi orang suruhan Mahathir. (Ingat Lingam?)
Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?
Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir tidak layak untuk mendabik dada mereka sebagai pejuang nasionalis.
Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata.
Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara.
Mahathir bukan hanya menghina ahli Umno. Beliau juga menghina dengan menyatakan pelajar Melayu tidak cemerlang dan dalam masa yang sama mendabik dada bahawa beliau adalah ahli politik yang bijaksana.
Bukankah jika benar lulusan Melayu lemah, AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) memberi sumbangan untuk memalapkan daya fikir dan daya kritis di dalam membantutkan cara berfikir pelajar Melayu.
Adakah benar pelajar Melayu lemah? Jika ini benar pejuang bangsa Melayu iaitu Umno dan Perkasa wajar berdiri di barisan hadapan untuk mengatasi masalah ini. Jika ini tidak benar mereka perlu menangkis penghinaan Mahathir dan bukan menikus.
Bila Mahathir yang membuat kenyataan (akhbar Sinar Harian 27 Januari 2012) menghina pelajar Melayu, Umno dan Perkasa membisu ibarat tiada pegangan diri.
apa yang perlu kita sedari juga bahawa sesuatu pembohongan itu walau dalam bentuk apa sekalipun akhirnya kebenaran akan datang. Malah sejak di dunia lagi manusia tidak dapat menerima pembohongan. Kebenaran itu adalah yang hakiki dan Allah tidak akan redha serta akan ada manusia yang berjuang untuk menegakkan kebenaran walaupun ia akan memakan masa yang lama. Kata pepatah Inggeris, “ You can cheat some people some times but not all people all the times – Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesuatu masa tapi tidak semua orang setiap masa.”
Amat malang sekali bagi seorang tokoh negarawan seperti Tun Mahathir menulis memoirnya mempertikaikan sejarah. Beliau seolah-olah cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya dari kaca-matanya sendiri yang menjadikan memoirnya sangat kontrovesial. Ataupun memang beliau sengaja mencari kontrovesi.
Dari kontrovesi yang tercetus itu adalah amat malang sekali bagi beliau dalam usia lanjut melihat dan memikul persepsi buruk yang bertimpa-timpa pada hasil kerja buatnya yang terdahulu.
Beliau menjadi seorang tua yang berhutang pada sejarah hidupnya sendiri dan merasai penuh kekesalan dan kekecewaan, lantas cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya melalui penulisannya.
Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen.
Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.
Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.
Kelambu patut dibakar kerana sudah tidak berguna. Langsung tidak dapat menahan nyamuk dari masuk menghisap darah orang.
Tuan yang santun mantun dan pandai pasal refurbish tu..tolong berikan cadangan dan cara "refurbish" UMNO BN yang paling berkesan.
Apakah tuan rasa perlu hantar Najib ikut pergerakan tabliq, hantar Mahathir ikuti pengajian hadis di Mekah, hantar Nazri Aziz ke sekolah tahfiz, hantar Ku Adnan ke majlis2 usrah ABIM atau suruh semua malaun2 yang ada tu ikuti kelas mengaji Nik Aziz ?.
Kemudian minta Mufti Harussani mentarbiah semua2 mereka yang "bermasalah" tu ikuti qiamullail dan sesi taubat nasuha. Agak2 tuan beginikah caranya.
Mohon tuan yang mencadangkan UMNO BN di refurbish tu tunjukkan jalan yang tepat untuk baiki parti kesayangan ramai ni.
UMNO, Dulu, Kini & Selamanya.
Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.
Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.
Munculnya kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.
Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.
Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.
mahathir manusia...bukan Nabi..psti ada salah dan silap...Berani jika kita katakan kita tak mendapat nikmat dari pentadbiran dan usaha Mahathir?Yup..he is not perfect..Tapi compare dengan DAJJAL ANWAR dan DAP laknatuallah...Mahathir much better...Lim Guan Eng Ditaktor...Anwar...power crazy...so kalau nak jadi MB DAP pun...jgnlah semua busuk....
Bahaya UMNO ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.
Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Penasihat Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?
Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangkan Melayu tulen.
Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.
Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.
Rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong UMNO? Menyokong UMNO kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin UMNO sahaja!
Jawa Kuala Selangor, Jawa Johor dan yang bukan jawa
Ce you all buat cara QD. Datang sini smash sikit, lepaih tu blah. Tak pernoh dia bergaduh macam korang. Kot dia bapok ke seperti yang dituduh oleh seorang anon kat sini, dia ada stail tersendiri.
Tak yah gaduh-gaduhlah pasal pemimpin negara. Semuanya kong kali kong.
Kita mesti bersatu.
Tuan Aspan,
Setiap kali Tun M bercakap mengenai DSAI, setiap kali itulah beliau sepatutnya rasa bersalah kerana timbulnya DSAI dalam UMNO hingga hampir2 menjadi PM adalah hasil dari usaha Tun. Jika benar DSAI ini peliwat tegar, maka orang pertama yg patut mohon ampun dari rakyat Malaysia adalah Tun M. Lalai dan culas benar Tun ini dalam memilih pengganti. Beliau gagal melatih pengganti.. Tun Musa, Tun Ghafar, DSAI, Tun Lah ini semua pewaris yg gagal pada mata Tun M.. Inilah 'keistimewaan' Tun M yg tebal kulit dan keras hatinya.
Apapun saya tetap menganggap Tun M adalah ahli politik terbaik yg tidak dapat ditandingi oleh ahli politik lain termasuklah DSAI, PM kita, Nik Aziz dll. Adakah Tun M ini benar, ikhlas & jujur dalam memimpin kita? Jika namanya ahli politik, 20% janji mereka ditunaikan pun dah cukup bagus. Hidup kita urusan kita.
saalam tuan
pada anon 11.11..baik sungguh hati tuan..barangkali kita sehingga hari ini pun tidak mampu mengenali diri kita sendiri..inikan bercerita pasal syaitan..perangai syaitan ada kat kita..janganlah tuan beranggap diri tuan baik sangat..itu cerita dunia yang kita sama-sama terlibat dan terganggu..kalau tuan nak cerita pasal syaitan..kita buka forum pasal kukum halal dan haram..ini soal agama dan bangsa yang menjadi mainan orang politik yang sembahyang dan pegi haji macam kita tapi pada yang sama memporakperandakan masa depan anak bangsa..kita ini sama sahaja terperangkap dalam baik dan jahat..hakikatnya sesiapa yang menjadikan diri mereka orang politik semuanya bermuka-muka dan suka membohong..dan itulah tuntutan doktrin politik..
INGAT.....
POWER CORRUPTS,
ABSOLUTE POWER CORRUPTS ABSOLUTELY.
IT APPLIES TO E V E R Y B O D Y,
EXCEPT FOR THOSE WHO ARE GOD FEARING.
KALAU TAKDE KUASA SEMUA SALAH, DAH ADA KUASA SEMUA BOLIH - RASUAH , LIWAT , ZINA, CHINA DOLL, SIAMESE DOLL.
BETUL TAK. ?
salam tuan
mahathir ni jenis manusia yang sungguh licik dan seperti lagu kegemarannya MY WAY..amati lirik lagu tersebut..itulah jenis manuasia bernama mahathir..absolute command bak kata musa hitam..mahathir mengunakan arwah ghafar baba untuk mengagalkan cita2 musa hitam dan beliau sendiri telah menetapkan jangkahayat arwah tun ghafar dengan mempromosi anwar yang beliau juga tahu bagaimana untuk menamatkan jangkahayat anwar..dan juga paklah yang di letakkan untuk jangkahayat 1 penggal dan beliau tahu mereka yang beliau letakkan itu semua ada masalah kronik yang beliau simpan dalam buku rahsianya..dengan teori MY WAY nya iaitu absolute command rahsianya tersimpan walaupun orang tahu keburukannya.. dan kini di letakkannya najib yang sudah sememangnya LAUKNYA dan bila-bila masa boleh dibakulsampahkan..kesimpulannya generasi baru sudah tidak perlukan pemimpin yang macam ni yang mengganggu kehidupan rakyat malaysia yang mempunyai halatuju yang dinamik.siapa berani di kalangan pemimpin umno yang berani membakulsampah mahathir ini once and for all..please leave the stage because we are so fed up and tired to see your face.
MAHATHIR IS THE BEST PM WE EVER HAD.
LEE KAN YEW PUN SCARED OF HIM. TETAPI ORNAG MELAYU YANG SELEKEH SAJA KUTUK TUN.
HANYA TUHAN SAJA YANG TAU HATI TUN..........NO BODY DOES.
WHY DON'T WE STOCKTAKE OURSELVES.
Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR (SPRM) dan SPR.
Jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya.
Ha ha ha..
Sorry Wak Johor..ha ha ha..Caruk/Carok tu bukanye MENCARUT..tapi tempat Ulu (atau tempat alor air turun dari bukit/gunung) wehhhh..tak percaya tanya QD...aokme belajo bahase YB Najib.ha ha ha..
BDW, Kalau dalam Rumah ada anak-anak nakal, dan Mak Bapak dah tak boleh jaga..Mula menyusahkan penduduk kampung sampai Ketua Kampung dia tak boleh kawal..memang kita tak boleh bakar Rumah tu..tapi sekurang-kurangnya Pulaukan Rumah tersebut sudah cukup...Atau Lari dari rumah tersebut macam Pak Aspan buat.
Tapi paling malang kalo' Anak yang Nakal terbut hanya ANAK ANGKAT..ha ha ha.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Allahu akbar! Alhamdulillah! Tepat lagi bernas! Nah, memang tepat tanpa bersuluh: Mahathir mamak itulah puncanya, kan? Sebab itulah, saya sedari sekolah menengah lagi, khasnya setelah tragedi berdarah Memali, 1985, sememangnya hilang kepercayaan kat dia, tau? Juga, saya turut mengikuti walau secara tak langsung, sidang UMNO 1987-88 seperti yang saudara sebutkan dalam beberapa kiriman artikel saudara sebelum ini. Malah, sebenarnya doa saudara itu telahpun diungkapkan oleh seorang tokoh Ulama soleh terkenal negara suatu ketika dulu, dan alhamdulillah, kini kita sedang menyaksikan akan mustajabnya doa Allahyarham itu.
Baiklah, andainya saudara telah menyebutkan tentang dasar-dasar negara seperti penswastaan sektor kerajaan dan GLC yang dimiliki kroni berkepentingan serta bercelarunya fungsi ketiga-tiga struktur utama pentadbiran (Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman) dan pelbagai lagi contoh lain, sememangnya semua itu terbukti bercelaru dan hancur. Bagaimana pula jika dikecilkan skopnya, sekadar pelaksanaan dasar pendidikan yang kini ternyata merugikan, PPSMI. Bukankah sekaran kedapatan di dalam jemaah "corupt" ini bergema suara-suara mendesak agar subjek Sains dan Matematik ini diajar semula dalam bahasa kebangsaan? Juga, bagaimana pula dengan kebongkakannya memperlekeh hukum Allah dan menghina sunnah Rasul-Nya? Justeru, maaf, kalau tak melampau, saya simpulkan begni aja: UMNO kini ialah: "Untuk Mahathir, No Obstacle ...", "Untuk Melayu, Never Oriented"; "Untuk Membodekku, Number One" dan Unified Muslim, NEVER&OBSOLETE!!!"!!!
Menutup bicara emosi ini, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas penyiaran ulasan-ulasan saya selama ini, serta jutaan ampun maf dipohon kepada semua. Namun begitu, tidak dinafikan juga, kita turut mencapai sedikit sebanyak zaman kegemilangan di bawah pentadbiran kuku besi sistematiknya ini, namun, apalah gunanya kini; akhirnya yang mengaut untung serta melakukan kerosakan, terdiri daripada majoritinya saudara-saudara seagama lagi sebangsa bertaraf warga Malaysia. Insafilah, Allah sekali-kali tak akan biarkan kemungkaran dan kerosakan dilakukan oleh golongan fasiq ini walaupun mereka kelihatan senang dan mewah kini; bimbang ia menjadi "istidraj" yang akan menyebabkan mereka mati tergelupur lagi tersiksa abadi di hari kemudian.
Terima kasih.
anda sendiri menngunakan capital letter semasa berhujah nampak lebih kesat! jangan menuduh phk lain jika hujah 'kotor'
Salam, manusia, makhluk ciptaan Allah Taala, ada buruk ada baiknya. Jadi baik kalau ikut Allah dan Rasulnya. Jadi buruk kalau ikut iblis, nafsu dan syaitan. Mahathir dan Anwar keturunan manusia, tak tahulah aku kalau keturunan makhluk bukan manusia. Hilang manusia dari mukabumi nie, hilanglah masalah. Sekadar berfikir sejenak!
Post a Comment