13 October 2012

Jangan was-was, lakukanlah perubahan

Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.

Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.

Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.

Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.

Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat. Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembenterasan rasuah ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.

Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’ ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.

Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.

‘Attorney General’ sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action) dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara.

Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam ‘regim’ hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini dengan baik dan sempurna.

Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk menukar kerajaan tanpa kekerasan.

Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan rakyat selama lima tahun yang akan datang.

Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya Najib, Mahathir atau sesiapa.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya selalu sebut sebagai ‘legal cheating’ dilakukan oleh pihak UMNO dan BN pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini. Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.

Saya selalu berkata. ‘The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.

Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.

Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was.

15 comments:

Anonymous said...

Pembaca budiman blog AA tolong nyatakan mana satu ke kementerian yg sifar rasuah di bawah line up kabinet Najib?Rasuah menjadi-jadi dari peringkat bawahan ke atas!Kepimpinan melalui teladan.Kenapa rasuah tidak dapat dibendung? Menteri kabinet Najib sekarang tidak tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing!

Kita imbas sejarah. kejatuhan empayar Rome,China,Jepun,India,Sri vijaya dan lain-lain di mana punca utama adalah rasuah!Pemerintahan berasuah akhirnya ranap.

Kita pasti ramai bakal pengundi Malaysia sedar perkara ini.Pengundi se antero Malaysia terutama kawasan luar Bandar mesti disedarkan isu besar ini!ini yg membimbangkan Kerajaan Federal.

Kehebatan Ghani Patail cuma di Putrajaya saja!. Kes batu putih pun Ghani kalah kpd lawyer Singapura!Ghani org Sabah lulusan Universiti Malaya kelas tiga kepujian patutlah kalah.AG Najib terkenal dg ungkapan NFA hanya mempertahankan regim Bee End.

Percayalah Perubahan pasti berlaku dalam PRU 13.Najib sekarang dalam ketakutan melepaskan Putra Jaya.

Anonymous said...

Tn AA,
Boleh tak dalam constitution kita membenarkan pendakwa bebas macam Kenneth Starr dalam kes Monica Lewinsky & Bill Clinton dulu untuk menyiasat dan mendakwa suspek dari kalangan ahli Kabinet?

gengster melayu alaf baru. said...

amat mustahil.ketika ini bicara rasuah bebas campurtangan dr pihak berkuasa kerana rasuah melibatkan kerja lebih dr seorang individu melainkan kita tukar parti yg menerajui kerajaan sekarang...

Anonymous said...

Tuan AA,

- Slogan janji ditepati amat sesuai digunakan umno bn pru 13 ini disebabkan pak menteri sudah kaya raya kerana jawatan/kuasa walaupun kerja tidak seberapa tapi gigih kumpul harta dunia.

- Bodoh2 Pak Pandir tidak akan bina sebuah jambatan mengunakan kos seperti membina sepuluh buah jambatan

- Bijak2 pak menteri umno bn pakat ramai2 rompak wang rakyat.

- A.B.U

Anonymous said...

Macammana nak ubah melalui PRU kalau pengundi hantu masih nwujud? Saya difahamkan di Selangor pemindahan pengudi dan penambahan pengudi baru yang begitu ramai oleh pihak tertentu telah dan sedang berjalan dengan giatnya. Saya tidak yakin PRU boleh mengubahnya kecuali dengan izinNya jua.

Dr Balachandran said...

Pak Aspan.;

MSO kata Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros

Anonymous said...

orang bawahan kata saya ambil sikit saja orang politik atasan ambil lagi banyak jadi mengapa kerjakan orang bawah sahaja .Kita kena buat ethnic cleansing sepenuhnya kerana pemerentah yang ada tidak mampu melaksanakan penghapusan rasuah kerana mereka adalah bapa rasuah.Jalan terbaik hapuaskan kesemua pemimpin politik pemerentah dan lepas itu siasat mereka dan lepas itu siasat orang kerajaan yang hidup melebihi gaji mereka.Kalsu ini pengakuan dan janji pembangkang BN akan tumbang sebulum pilihan raya kerana orang BN bawahan tak bahu di Brand sebagai perasuah perombak. dan seumpamanya.

Anonymous said...

Selagi ada Ghani Petai yang mengencing haring bau petai kat situ..selama tu lah Malaysia ni akan hancing dan busuk.

Dia kat situ kerana berjasa besar kepada Mamak Kutty Mandeliar yang merupakan bpk "syaitan" Malaysia yang menjadi tok dalang sebenar. Posisi strategik pentadbiran Malaysia sekian lama diisi oleh barua barua Kutty Mandeliar demi merialisasikan kepentingan peribadi, keluarga dan kroni.

Kenapa Najib kecutkan Kutty Mandeliar?. Sebabnya kerana telur Najib dalam genggaman si Ghani Petai. Tidak hairanlah jika Kutty Mandeliar bebas berbuat apa saja hatta dalam keadaan dia tidak lagi seorang PM.

Beringat rakyat Malaysia..selagi barua barua Kutty Mandeliar di kementerian strategik tidak di nyah keluar, selama itu lah pentadbiran Malaysia ini boleh dikawal hanya dengan "remote" ditangan si bapak "syaitan" Malaysia.

Kalau ada tanggapan mengatakan Malaysia ditadbir secara auto pilot, memang itulah yang berlaku sebenarnya selama ini.Walau pun Mahyuddin mengganti Najib..tidak ada apa yang mampu berubah melainkan parti "syaitan" itu di humban keluar dari PutraJaya.

Kalau PR telah berkuasa sekarang..pembunuh dan individu yang mengupah pembunuhan Altantuya pasti sudah lama ke tali gantung. Hanya perubahan dan memastikan UMNO BN tumbang saja dapat menegakkan kembali keadilan dan kebersihan dalam pentadbiran negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Anonymous said...

Kepada semua rakyat Malaysia,

Jom kita ubah!

Anonymous said...

Pak Aspan, memang perlu ubah. It's now or never! Kalau 'never' alamat hancurlah Msia ini. Generasi akan datang akan terus menjadi generasi kelas ke 3. Percayalah!. Sekarang pun sudah terpampang siapa yang jadi generasi pertama & kedua. Pertama ; org2 UMNO yg berkuasa. Kedua; juak juak atau balaci balaci UMNO yang mengharapkn makan minum dari UMNO. Dah terlampau penat dah. Dah tak tertanggung dah melainkan diubah!

-anakPodehN9-

George Soros said...

Tuan Aspan,

MSO bagi nasihat pada Hasan supaya berhenti membubuh anak tikus dalam seluar dalam Mahathir

Anonymous said...

ABU.

TTDI said...

Pak Aspan,

Banyak janji BN TIDAK ditepati

Anonymous said...

They want another term to " clean up ".....and move on happily without creating more problems.

Anonymous said...

Di dalam Malaysia rasuah sudah macham Halal sebab banyak pemimpin adalah rasuah yang berugama Islam.

Ramai ramai orang biasa yang berugama Islam adalah bersih dan mengikut pendidikan Islam. So the coming election vote a clean adun free from corruption. You voters have the power ABU..........