16 October 2012

Kasih jangan bertompok-tompok, benci jangan merata-rata

Jika Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk menjadi pentadbir kepada negara, satu isu yang mesti diperbaiki ialah tentang keadilan untuk rakyat bersuara dengan jujur dan telus. Sekarang PR sedang menghadapi ketidak-adilan pihak media dan penguasa kepada media perdana. Berita dan sebaran maklumat sungguh tidak adil kerana sikap media yang terlalu berat sebelah yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak. Kita latih bahagian editorial Utusan dan TV3 untuk menjadi lebih beretika dan professional dengan menyiarkan berita yang seimbang dan adil. Kita hendakkan perubahan ini kerana hendak melaksanakan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika PR mendapat mandat ini merupakan perkara yang paling utama untuk diperbaiki kerana menyiarkan berita dan isu dengan berat sebelah itu akan menjejaskan imej kerajaan itu seperti yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang, kerajaan yang mandapat mandat itu wajar memberi peluang kepada parti pembangkang semasa itu (UMNO) dan lain-lain yang bersekutu dengannya untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas.

Kita tahu bagaimana sengsaranya pimpinan PR untuk mendekati rakyat kerana permainan politik kotor oleh media yang terlalu condong kepada BN hari ini. Jika PR mendapat mandat pemerintah yang baru itu mesti jangan mengulangi kejahatan yang dengan jelas sedang dilakukan oleh BN terhadap kita. Kita mesti tunjukkan perbezaan ini disamping melatih rakyat memahami apa itu demokrasi yang sebenarnya.

Lagi pun kebebasan bagi UMNO untuk bersuara sebagai parti pembangkang itu nanti akan sedikit sebanyak mengajar kita sendiri untuk menjadi kerajaan yang bersih, tanpa rasuah dan menyalahgunakan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN sekarang ini. Inilah indahnya demokrasi jika dilaksanakan dengan telus dan beretika. Rakyat juga yang akan untung jika Putrajaya itu kita jadikan sebagai 'pusaka' bergilir-gilir. Sekarang ini BN patut mengambil giliran untuk duduk di pihak pembangkang. Lagipun UMNO kini sedang berlatih-latih untuk menjadi pembangkang dengan tindak-tanduk mereka yang tidak semenggah hari ini.

Pakatan Rakyat juga jangan sekali-kali berfikir seperti BN khususnya UMNO yang beranggapan yang Putrajaya itu adalah hak milik kekal kepada parti-parti yang memerintah. Putrajaya itu hanyalah TOL (temperary occupancy license) dan rakyat akan terus memberikan kita kuasa selagi kita bersikap adil dan saksama tanpa melacurkan perlembagaan negara kita yang sudah digubal dengan baik itu. Rakyat adalah ‘supreme’ dalam sesebuah demokrasi.

Jangan sekali-kali menghina rakyat dengan membeli jiwa mereka dengan wang ringgit semasa pilihanraya tiba kerana tindakan itu tidak lebih dan tidak kurang daripada menghina dan memperbodohkan mereka (Rakyat). BN sepatutnya belajar daripada kesalahan dan kesilapan sendiri tetapi mereka tidak berbuat demikian. Oleh itu jika PR mendapat mandat pada hari ini pihak PR sepatutnya menjadikan kesilapan dan kesalahan yang sedang dilakukan oleh BN hari ini sebagai pelajaran untuk kita semua.

Sesungguhnya belajar dari kesilapan orang lain itu merupakan cara pembelajaran yang sangat baik dan mudah. Belajarlah untuk menghormati orang ramai dan rakyat jelata. Jangan menghina dan menjadikan mereka seperti kerbau di sawah yang hanya untuk membajak sawah padi sahaja, sedangkan semua hasil padi dibaham oleh tikus-tikus gemuk dalam kepuk padi.

Binalah ketajaman pemikiran rakyat, dan bukannya memenjarakan pemikiran rakyat dan memaksa rakyat untuk mengikut telunjuk dan kehendak kita sahaja seperti yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hari ini. Janganlah mewujudkan projek-projek pembangunan oleh kerana dirancang oleh rakan-rakan dan kroni sahaja kerana melakukan pembangunan cara itu akan membina kelompok kroni yang akhirnya akan membawa kepimpinan ke arah kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika. Jangan jadi seperti UMNO: kasihnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Jadilah sebuah kerajaan yang penuh dengan ‘magnanimity’ serta beretika yang tinggi.

Gubal undang-undang yang tidak membolehkan sesiapa menjadikan isu bangsa dan agama sebagai topik dan bahan politik kerana apa yang BN lakukan pada hari amat merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mahukan kehidupan yang aman dan sentosa tanpa pergelutan dengan isu-isu sensitif ini. Ketegangan dan perasaan curiga-mencurigai semakin menebal di antara kaum dan akan membawa kebinasaan kepada kita semua.

PR mesti serius untuk membendung rasuah terutamanya kerana rasuah adalah kegiatan yang amat hina dan akan menjatuhkan negara dan tamadun kita. Rasuah punca kepada segala-gala kerosakan di muka bumi ini.

Jika semua ini dan yang lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh BN pada hari ini dihindarkan oleh PR yang memerintah nanti, sesiapa sahaja yang menjadi PM tidak akan perlu lagi menjelajah dan mundar-mandir ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mempertahankan diri seperti yang terpaksa dilakukan oleh Najib pada hari ini.

Jika ditadbir negara dengan baik tidak perlu lagi seorang PM itu terpaksa membeli undi dengan agihan BR1M dan sebagainya kerana pemberian itu hanya mampu menghilangkan dahaga tidak sampai seminggu tetapi susahnya sepanjang tahun dan zaman.

Jika PM yang baru dilantik pula, jangan melibatkan isteri keterlaluan dalam hal negara. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin rantau ini yang terkenal tetapi isterinya hanya dikenali semasa isteri beliau itu meninggal dunia 2 tahun dahulu. Itu pun sekarang ini saya dan ramai lagi sudah lupa nama isteri beliau. Ini perlu kerana seorang isteri itu adalah kaum yang perlu dibimbing. Hawa itu datangnya dari tulang rusuk kiri Adam.

Hawa tidak datang dari kepala untuk dijadikan ketua dan pemimpin kepada kita dan tidak juga datangnya dari kaki untuk dipijak dan ditekan. Hawa itu dilahirkan melalui rusuk kiri Adam untuk bersama kita semasa susah dan senang bukannya untuk mempengaruhi ke atas kewajipan kita kerana ia akan menjatuhkan negara dan masyarakat jika kita menjadi pemimpin. Hawa itu untuk dibelai dan dikasihi, bukannya untuk ditakuti dan digeruni.

Saya menulis isu ini kerana saya mempunyai keyakinan yang perubahan bakal berlaku jika tidak ada ‘legal cheating’ dilakukan oleh BN dalam pilihanraya ini. Elok kita ingatkan terlebih dahulu supaya tidak payah ditegur semasa mentadbir negara setelah mendapat mandat rakyat nanti.

Pakatan Rakyat tidak boleh tidak, mesti menunjukkan perbezaan dengan BN dalam mentadbir negara. Masa itu nanti barulah kita tahu berbezaannya dan selepas itu rakyat berhak untuk mengalih dan menganjak siapa yang mentadbir negara mengikut selera dan kehendak rakyat sendiri.

Buat masa ini rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam banyak bidang dengan BN. Sekarang ini saya berkeyakinan yang PR mampu menunjukan berbezaan itu.

16 comments:

Monkey Shooter said...

Salam Sejahtera Tuan Aspan.

Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri adam, kerana itulah kaum wanita perlu dibimbing dan dinasihati dengan selembut-lembutnya kerana struktur tulang rusuk jika dilentur secara kasar maka patah berderailah ia. Tapi berlainan pula rasanya dengan Najib dan First Lady-nya. Rasanya Najib lah yang dijadikan dari tulang pinggul Rosmah bukan sebaliknya, sebab itulah terpaksa ia mengikuti apa sahaja kemahuan Rosmah walaupun tanpa ia mengetahui sebahagian besar rakyat begitu meluat dan terlalu menyampah melihat gelagat dan pemborosan First Lady beliau ini. Dua perkara lagi yang perlu diingatkan kepada kerajaan PR jika memerintah kelak ialah Kedaulatan undang-undang dan ketelusan badan kehakiman di negara ini yang dilihat terlalu rapuh dan mudah dimanipulasi oleh parti pemerintah. Keduanya ialah pihak berkuasa yang menegakkan undang-undang itu sendiri seperti PDRM dan SPRM. Jika selama ini mereka begitu banyak terpalit dengan korupsi dan menjadi alat parti pemerintah, maka suatu Suruhanjaya khas perlu ditubuhkan bagi membaikpulih sistem dan kredibiliti badan-badan penguatkuasaan ini.

Anonymous said...

Well writen, saudara Aspan. Alot of things you have said should already be on the back of the minds of PR leaders. It will not be easy for the 3 Partys (PKR, DAP & PAS) to deliver their promises if they start going their own ways and doing just what UMNO/BN have been practicing all this while. SO, PR LEADERS TAKE HEED, IF PR WANT TO BE THE GOVERNMENT OF THE DAY IN PUTRAJAYA, THEN YOU SHOULD START TO"WALK THE TALK" RIGHT NOW FOR THE PEOPLE TO GIVE PR THEIR VOTES.

Anonymous said...

Jika pakatan rakyat memerintah,dapat kan semula duit rakyat yg disonglap..

Dakwa mereka yg melakukan penyelewengan,rasuah,salah laku pegawai kanan kerajaan serta ahli perniagaan yg korup..

Lebih terapkan nilai nilai islam..yg sekarang ini di kg kg arak dijual secara terbuka di 7-11 dan sebagainya..

Berikan kehidupan yg berkualiti kepada rakyat terutama dlm perumahaan..

Mengindahkan lanskap kawasan supaya rakyat jelata dpt menjalani kehidupan teratur..

Menutup lubang lubang yg terdapat dlm semua agensi penguatkuasa undang undang negara..

Anonymous said...

Tuan Aspan, saya benar benar berhajat sekiranya PR memerintah pertama sekali yang perlu dilakukan selain mendidik TV3/4 & Utusex ialah humbankan Awang Selamat(kolumnis Utusex) biar dia tak Selamat lagi! Destinasi menghumban tu dekat jambatan ke 2 tertinggi di Msia iaitu jambatan jalan Kuala Pilah- Seremban. Awang inilah sebenarnya yang jadi macai UMNO paling tak bermaruah


-AnakPodehN9-

Anonymous said...

Maaf Saya ni orang nya tak berapa pandai.Adakah istilah FLOM itu bermakna Filthy Lady Of Malaysia ? Saja ingin tau.

Anonymous said...

AA,

I am truly excited reading your writing.

embi

Anonymous said...

Kita mahu jika PR mengambilalih Parlimen dan Putrajaya, langkah berikut pasti menarik perhatian Rakyat :-

1. kita biarkan Utusan dan TV 3 menjadi suara pembangkang.

2. Mahathir ,Nur Mohd Yaakob dan Daim Zainuddin mesti dibicarakan di Tribunal Rakyat.Kesalahan mereka kerana membazirkan wang pembayar cukai!

Mirzan Mahathir kena bayar balik wang rm 2 billion dg interest sekali

3.PR pertingkatkan modal insan dg skill vacational dan sokongan kewangan utk Rakyat menuju ke arah keusahawanan.Rakyat Malaysia boleh berdikari.PR tidak memberi BRIM tetapi knowledge dan banking support.

4.Kita tidak mahu Rakyat mempunyai MISKIN JIWA.Mereka digalakkan memberi idea dalam forum speaker's corner di setiap negeri.

5. Hapuskan ISA dan OSA.Rakyat mesti tahu kemana wang dibelanjakan dg telus dan keterbukaan.

6.Semua projek kerajaan adalah open tender.Tidak ada kroni dan pilih kasih.

7.Rasuah tidak ada kompromi.Hukuman berat pasti dikenakan.

Mereka-mereka yg mengkorup fikiran rakyat dgn penipuan bogus degree mesti didedahkan kpd Rakyat dalam media tabloid
8. First lady tidak boleh membazir wang rakyat!

Dengan langkah yg positif pasti rakyat dapat menikmati lanskap politik yg baru

Anonymous said...

Lama ya budak QD tak masuk sini. Rindu pulak fikiran bodoh dia. Tapi dia baik dan reti hormat orang.

Waris said...

Itu pun kalau umno hidup lagi waktu tu. Kalau dah kojol tak boleh nak buat apa dah.

Anonymous said...

Empowering and protecting the rights of ORDINARY PEOPLE with strong institutions and rule of law......whoever governs is secondary.

Auditor-General said...

Sir,

What kind of flyover build in Malaysia?

Anonymous said...

Itu ada lah satu pandangan dan nasihat yg baik buat PR kerana sepanjang pemerintahan Bee End kita dapati banyak penyelewengan wang rakyat dan salah laku yg d lakukan olih pemimpin2 tertinggi Bee End yg tidak di ambil apa2 pun tidakan ke atas mereka, sebaliknya org yg melapurkan penyelewengan d ambil plk tindakan. Ini menyebabkan majoriti rakyat Malaysia marah dgn tindakan tersebut,tambahan plk Bee End Umno membebankan rakyat dgn harga barangan keperluan naik mendadak dan berbagai2 lg cukai yg menekan rakyat.
Akhhir2 ini plk kita d kejutkan dgn pemasangan kamera olih pihak JPJ d atas arahan kerajaan Bee End Umno bg tujuan untk mengesan pemandu yg memandu lbh had laju sehinggakan d tmpt yg tanda kelajuannya 35KMJ pun d pasangkan kamera. Ini semua ada lah untk mendptkan wang rakyat dgn cara yg ZALIM dan tidak berperikemanusiaan.
Kini tiba lah masa nya rakyat memberi peluang plk kpd PR untk mengtadbir Negara kita supaya segala kepincangan dpt d perbetulkan demi untk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yg memerintah, maksud sy kerajaan PR InsyaALLAH.

Ismailmkk said...

Sabenarnya utusan msia/tv3 ni dah lamà nak meñyiàrkañ berita yg terkini dan SABENAR . Tetapi almaklumlah sapa BOSS. Klu nak siarkan berita yg tulus dan mulus sya syorkan PRU 13 ni hangpa pangkah PR.

Formula Untuk Menukar Kerajaan said...

Tuan Aspan,

Factor to consider when voting

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih! Nasihat dan tadzkirah bernas, ditambah kreativiti menggunakan tamsilan nan merdu didengar lagi sejuk mata menatapnya ... Ya, benar sekali segala saranan saudara itu. Malah, ia terkandung juga menerusi firman Allah pada ayat 8, Surah Al-Ma-idah yang jelas menasihatkan agar keadilan ditegakkan serta hak semua pihak tidak dizalimi hanya kerana sentimen kebencian, sekaligus ia jelas berlawanan dengan arus politik UMNO dan BN sekian lama. Juga, sejarah telah membuktikan ketika peristiwa Al-Fat-hu Makkah, Baginda Rasulullah SAW hanya menghukum para pesalah yang layak dan membebaskan majoriti yang lain sekalipun musuh Baginda sekian lama. Di samping itu, PR juga perlu melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi yang memenuhi keperluan, khasnya keperluan asasi rakyat terbanyak, memupuk kembali nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan persefahaman yang terjalin antara pelbagai agama, kaum dan etnik, dan jangan lupa juga untuk mendedahkan nilai-nilai demokrasi sebenar meskipun dalam ceramah atau kuliah agama di masjid dan tempat peribadatan agama masing-masing. Insha Allah, Malaysia tercinta ini akhirnya akan beroleh rahmat dan berkat.

Menutup ulasan, saya sekadar ingin berkongsi pandangan, dan saya harap ia tidak mengguris rasa mana-mana pihak. Pada hemat saya, sememangnya kedapatan rakan kita yang telah lama tidak muncul menghantar ulasan; apapun, rasanya adalah lebih beradab dan bersopan kalau dia tidak dicemuh atau dihina hanya kerana pandangannya yang berbeza, dan sepatutnya kita menjawab kembali pandangannya itu berdasarkan iman, ilmu dan fakta. Insha Allah, dia juga akan faham akhirnya. Lainlah halnya dengan para pelaku maksiat, penderhaka dan penceroboh kebenaran seperti para pemimpin atasan kita hari ini; yang tu, eloklah kejahatan dan kemungkaran mereka didedahkan semaksimanya agar mereka juga akhirnya akan insaf, insha Allah. Ini kerana mereka punya media massa perdana yang dikawal ketat teramat daripada berlaku adil dalam penyampaian maklumat, apatah lagi yang sememangnya mereka tahu akan salah dan dosanya, kan? Justeru, saya sekali lagi berpendapat, elok kita mempersilakan rakan kita ini kembali menghantar ulasan untuk dibincangkan bersama. Akhirnya, yang baik dan sempurna itu hanya dipunyai dan datang daripada-Nya, manakala yang lemah lagi kekurangan ini adalah kelemahan dan kekurangan sya yang masih cetek dan perlu mengaji lebih banyak.

Terima kasih dan salam jihad.

idrisfaizal said...

Kita kena dapatkan balik apa yang telah diselewangkan dan kemudian kita kena memaafkan untuk kita bergerak kedepan membina kembali Malaysia.Estate keempat,satu cabang tak rasmi demokrasi perlukan petunjuk untuk halatuju kerana sekian lama kita hilang pedoman hingga lupa rasanya apakah bentuk media yang bebas itu...Pak Aspan terpikul dipundak anda semua pemimpin PR untuk jadi Negarawan(Statesman)yang mengutamakan masa depan generasi akan datang Malaysia lebih dari segala yang lain