19 November 2012

Kita hanya merancang, Tuhan menjadi penentu

Barisan Nasional tidak dapat meyorokkan perasaan gelabah dan runsing mereka apabila rakyat sudah menyedari yang UMNO itu bukanlah sebuah parti yang ‘invincible’ dan tidak boleh diketepikan oleh sesiapa pun. Malangnya kesedaran mereka (UMNO) sudah agak terlambat kerana selama ini UMNO terlalu lalai dan tidak mengambil tahu yang partinya itu bukannya parti yang tidak boleh diketepikan oleh rakyat. Mereka sudah mula sedar yang rakyat sudah lama memerhati dan menilai mereka dan kini sedang berada di saat mereka untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ dalam PRU yang akan datang ini.

Maka pimpinan BN buat pertama kali dalam sejarah negara tidak berani mengadakan pilihanraya walaupun ia telah dipimpin oleh pengganti kapada penerima mandat Abdullah Badawi dahulu. Inilah kali pertama kita mempunyai seorang PM yang belum mendapat pengesahan rakyat untuk beliau duduk di kerusi PM itu.  Tidak mungkin Najib tidak memanggil pilihanraya lebih awal itu kerana sebab-sebab yang lain. Beliau tidak berkeyakinan untuk berjaya mempertahankan parti yang baru beliau pimpin itu.

Selain daripada masalah kejatuhan sokongan orang Melayu termasuk ahli-ahlinya sendiri, UMNO juga sedang menghadapi masalah dalaman yang semakin hari semakin parah. Keadaan ini sedang berlaku tetapi oleh kerana tumpuan UMNO ialah untuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat maka pergolakan itu tidak terlihat oleh orang ramai secara jelas. Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang tahu dan mampu memberikan penjelasan.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi UMNO jika kita dapat rumusan semuanya ini?

Pertamanya, UMNO terpaksa berhadapan dengan pengaruh PR yang semakin menular di kalangan rakyat. Rakyat sudah sedar, rupa-rupanya bukannya satu tindakan jenayah jika mereka memberikan sokongan kepada pihak lain dari UMNO dan BN itu. Rakyat telah menikmati bukti-bukti yang jelas setelah mereka mencuba-cubanya dengan memberikan ruang dan kesempatan untuk pihak dan parti lain dari UMNO untuk mentadbir negara. Mereka telah nampak apa yang berlaku di empat buah negeri yang ditadbir oleh PR itu mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, jauh lebih baik dari BN selama ini.

Keduanya, UMNO sendiri bermasalah dalaman yang tidak kurang hebatnya oleh kerana sikap Najib yang ‘flip-flop’ dalam banyak hal serta permainan ‘chah keting’ yang menular di setiap peringkat parti itu. Apabila Najib menunjukan kelemahannya, kesempatan telah diambil oleh kumpulan dan pihak-pihak yang sedang menitik air liur untuk mengambilalih tanggungjawab untuk menjadi PM yang ke-7 itu.

Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah keadaan berpuak-puak di dalam parti. Seperti seorang Raja yang sedang gering maka ramailah datang berpusu-pusu untuk memberikan ampuan kepada ‘Raja Muda’ yang mereka sangka akan mengambil alih jawatan tertinggi itu. Saya mempunyai keyakinan dan sedikit ‘authority’ untuk bercakap tentang isu ini kerana saya berada di dalam parti itu selama empat dekad lamanya. Saya dengan mudah sahaja boleh megetahui apa yang sedang berlaku di dalam parti yang sudah uzur itu.

Itulah sebabnya saya sibuk melayani rakan-rakan lama dalam UMNO mendengar rintihan mereka kerana mereka selesa untuk mengadu dengan saya untuk mendengar rintihan mereka. Ramai di antara mereka memberikan kata-kata perangsang kepada saya untuk terus bersama DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka sendiri akan memberikan sokongan secara senyap-senyap kepada PR dalam PRU yang akan datang ini. Hanya mereka ini belum lagi mempunyai kudrat dan keberanian untuk berkata benar secara terbuka.

Tetapi saya tetap berkawan dan bersahabat dengan mereka sebagai rakan yang sudah begitu lama dengan saya. Walaupun saya tidak akan berundur dari keputusan meninggalkan UMNO mereka tetap bersahabat dengan saya dan akan memberikan sokongan kepada saya. Saya bersyukur, di mana sahaja saya pergi dari utara ke selatan begitu ramai sahabat-sahabat lama menunggu saya walaupun mereka masih di dalam UMNO.

Malahan ramai di antara mereka telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan ‘decisive’ kali ini dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ribuan telah berjumpa saya selama ini apabila saya melawat mereka sambil-sambil menerima jemputan ceramah di mana-mana. Apa yang dilakukan oleh BN sekarang wajar kita fahami. Mereka (BN) sedang dalam keresahan kerana selama ini mereka menganggap kuasa itu hanya untuk mereka. Mereka baru sedar yang sebenarnya rakyatlah yang berkuasa bukannya mereka (BN).

Oleh kerana rakyat sudah merasa sedikit kenikmatan hasil daripada pimpinan PR di empat buah negeri maka pengaruh itu telah menyemarakkan niat dan usaha untuk mereka memberikan mandat kepada PR untuk mentadbir Putrajaya. Menyedari inilah yang membuatkan pimpinan UMNO itu terdesak dan melakukan segala kerja-kerja aib untuk menahan kemaraan PR ke Putrajaya.

Seperti yang saya sebut tadi, UMNO mempunyai masalah dalamannya sendiri yang saya rasa akan terbongkar tidak lama lagi. Najib nampaknya keseorangan sahaja dan tidak ramai pimpinan yang nampak bersama beliau kerana ramai di antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan Najib dalam menghadapi tekanan pihak Pakatan Rakyat. Hanya disebabkan mereka hendak menunjukkan yang mereka bersatu, mereka di antara mereka sebenarnya dalam krisis. Krisis ini melibatkan pimpinan atasan dan kegelisahan di antara pimpinan ini berpaksikan yang mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib.

UMNO berpuak kerana mereka sekarang mahukan Muhyiddin untuk mengambil alih secepat yang mungkin, jika boleh sebelum PRU ini. Mereka percaya yang BN akan menghadapi kekalahan dan mereka mahukan Najib tidak lagi mengetuai pilihanraya ini kerana Najib mempunyai terlalu banyak isu yang ada di hadapannya. Perasaan ini turun sampai ke peringkat bawahan seperti di peringkat negeri. Kebanyakan mereka hanya menunggu untuk ‘Raja Muda’ UMNO untuik menaiki tangga kepimpinan negara.

Banyak di antara isu terhadap Najib itu digembar-gemburkan oleh pihak yang mahu Najib berhenti dan bukannya oleh pihak pembangkang. Itulah sebabnya blog ini selalu menyarankan kepada UMNO supaya membersihkan halaman masing-masing sebelum hendak membersihkan halaman orang. Kerja memperbaiki parti mereka lebih afdal dari menempelak pembangkang. Najib patut perhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pemuda juga. Pemuda pun sedang bercelaru dan tidak terperanjat jika ada kejutan berlaku dalam Pemuda tidak berapa lama lagi.

Saya suka mengulangi yang perpecahan dalam UMNO akan lebih jelas sejurus sahaja calon-calon ‘winnable’ UMNO diumumkan dan keadaan perpecahan dalam UMNO itu bukan dilakukan oleh pembangkang. Pendeknya, Najib sedang dan akan berhadapan dengan pembangkang di hadapannya tetapi musuh yang paling merbahaya bagi PM ini ialah dari kumpulan di dalam UMNO itu sendiri.

Saya tidak tahu bagaimana UMNO boleh ‘survive’ kerana musuhnya terlalu besar dan yang lebih membimbangkan mereka ialah musuh-musuh yang berada di dalam selimut mereka sendiri.

Tentu Dr Mahathir tahu apa yang berlaku di dalam UMNO ini dengan lebih terperinci kerana beliau sendiri memainkan peranan untuk menurunkan dan menaikkan satu pihak lain di dalam UMNO yang sudah lusuh itu. Beliau tidak akan berhenti berperanan seperti ini kerana itu adalah sikap beliau yang tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri.

Hanya saya berharap dan berdoa tidak ada pemimpin seperti Dr M ini dalam pihak Pakatan Rakyat kerana jika ada tidak akan terjumpa keamanan seperti yang kita cita-citakan itu. Kita tidak mahu berulang apa yang berlaku di dalam UMNO dan BN itu selepas merngambil alih Putrajaya jika diizin Tuhan.

Kita hanya merancang, Tuhan sahajalah yang menjadi penentu terhadap segala-galanya. Kita wajar mengakui hakikat ini jika kita benar-benar berTuhan dan beragama. Kita wajar akur dan mengakui yang kerja Tuhan  penuh misteri. Tetapi jika didasarkan kepada hukum akal Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kemenangan.

Jika DIA berkehendak semuanya boleh berlaku.

22 comments:

Anonymous said...

Impian tuan hanya sia-sia. Kembalilah kepangkal jalan. PuteraNS.

Anonymous said...

salam pak AA,

ambo setuju bonar dengan pendapat tuan, sebenornya mereka telah merintis zaman kejatuhan sejak dari PM yang ke 4 lagi....mereka tak sedor-sedor sampai la ni, sobab fahaman syaiton yang mereka anuti...

Anonymous said...

Dalam UMNO masing-masing ada impian besar. Berkhidmat untuk rakyat cuma wayang semata-mata. Disebabkan sudah memerintah lebih 5 dekad maka niat mereka dah melencong ke tempat lain.

Bikinpeduli

Anonymous said...

Umno sekarang ibarat wang kertas yg bangsa cina gunakan masa bakar mayat..ada angka tetapi tidak bernilai..hidup segan mati mau..kerana jati diri umno sudah tidak bernilai lagi..

Berpunca dari mahadir,bangsa melayu mulai sedar akan kerosakkan perjuangan umno..sekarang telah jelas sejak dahulu mahadir cuba untuk membuat legasi yg berkait dngn dia melalui mukhriz,sekarang banyak mamak pegang jawatan penting supaya akan mendokong mukhriz menjadi pm,seolah olah mamak yg majaroti atau dominan dlm umno..

Kalo umno telah ketepikan bangsa melayu..tinggalkan perjuangan bangsa dan teruskan dlm perjuangan menegakkan islam..

Bangsa melayu telah ramai sedar,mahadir la punya segala masalah yg dialami melayu..dan umno telah menggunakan bangla,pakistan,myanmar,nepal dan pendatang asing sebagai talian hayat umno..biarkan biarkan siluncai terjun dgn labunya..bersatulah org melayu di luar umno...

Anonymous said...

Sewaktu Dewan Ulamak parti umno asal keluar parti itu kerana membantah pemimpin2 mereka yg banyak meremehkan hukum2 agama Islam, mereka lemah dan diperkecilkan! Malah mereka dihina dgn dikatakan gagal merebut jawatan dalam pertandingan!

Kini rakyat sudah melihat kebenaran teguran mereka kerana ternyata umno yg telah bertukar kulit itu amat jauh terpesong sifat2 mereka dalam urusan membela agama.

Insya'Allah istiqomah mereka akan Allah swt anugerahi dengan kuasa diserahkan kepada mereka selepas PRU 13 nanti.

Gabungan dewan ulamak umno asal ini berserta rakan2 baru mereka akan berjaya akhirnya.

Sekian

Gheng lama

P/s - Paklah kenal betul tokoh2 ulamak umno asal sebab mereka terdiri dari ayah dan datuknya.

Komen TGNA bahawa umno (baru) menolak ulamak mereka sendiri adalah tepat dan Allah swt juga menjadi saksi cemuhan itu!

Anonymous said...

Kalau sekarang mereka hina Pas maka usahlah kita heran dengan perangai cicit2 mereka ini. Mereka hanya melakunkan tabiat tegar moyang2 mereka yg terdahulu!

Cuma cicit2 ni tak tahu 'sultan tua' yg merampas kuasa dengan menipu tu jelas sekarang bukan dari bangsa asal mereka. Dan 'Tengku Mahkotanya' mahu ditabalkan secepat mungkin!

Aspan Alias said...

PuteraNS,

Terima kasih kerana memberi komen terhadap tulisan saya.

Saudara suruh saya kembali kepangkal jalan kerana impian saya tidak akan tercapai.

Saya hendak bertanya sikit. Dalam kerajaan sebegini di mana pangkalnya jalan itu?

Keduanya apa impian saya yang saudara tau? Menag atau kalah PR impian saya tetap tercapai kerana impian saya itu sebenarnya ialah untuk melakukan perkara yang saya anggap benar.

Apa yang saya lakukan sekarang merupakan impian saya dan telah pun tercapai.

Hanya saya berharap impian saya yang sudah tercapai ini akan membawa pencapaian impian rakyat yang mahu berubah dan hidup di dalam luar penjara pemikiran yang di kenakan oleh UMNO kepada rakyat dan orang Melayu amnya.

Boleh saya tahu apa pula impian saudara?

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Sudah lama Mahatdeyy merancang, sebenar2nya sejak 'Summer of 1968'!

Tapi adakah Allah swt akan menunaikan hasratnya?

Sekian,

Gheng lama

P/s - ramai termangsa dan tersungkur akibat kerakusan perancangan dia. Bermula dari Tunku > Razak > Hussein > Ghazali Shafei > Abdullah Kok Lanas > Musa > Ghafar Baba > Ku Li > DSAI > Paklah > TGNA > TGHA > Syed Husin Ali > Marina Yusof > Kit Siang > Karpal > Mat Sabu > LGE dan akan tergolong sama, Najib!

Tunggu sahajalah wayang belakang tabir. Hari ini dia sudah buat apa? Mencari kebenaran di sebalik peristiwa 9/11 dgn mempersoalkan kuasa2 barat?

Hero donia ketiga? Tag yg diberi oleh utusex dan TV 3/4?

Ahhlahaaaii!!!

Anonymous said...

Tadi terbaca KPN buat upacara perpisahan resmi PDRM utk Datuk Ramli Yusof. Datuk Ramli adalah bekas Pengarah CCID yg termangsa bersama 5 pegawainya. Mereka sudah terbebas dari lebih lima tahun mainan xkpn-ag.

Datuk Ramli diberi peluang berucap dlm majlis tu. Habis dia tibai musa dan gani petail!

Montri Dalam Negori endorse ker upacara resmi ni? Tentulaaa. Ucapan menibai dua insan tu direstui menteri? Entahlaa

Bila dua insan kena tibai, maka X-Boss besau dua insan pun 'kena sindir' laaaa? Iyolaaaa tuuu!

Hebat bonar yo wayang si sepupu montri aka PM tu!

Kita tunggu gandingan Datuk Ramli-Datuk Mat Zain menyaman dua insan tu! Panaslaa x-boss bosar nanti!

Geng Lama Kg Baru said...

Siapa tidak kenal putera Bugis yg bernama Najib?.Dalam sejarah ,Najib diberi carpet merah utk memegang jawatan tertinggi UMNO.

Bermula sbg Naib Ketua Pemuda.Tiada siapa dalam UMNO berani menentang Najib.Najib anak mantan PM kedua.Fahaman feudal begitu kental dalam kotak pemikiran Ahli UMNO.Najib menang jawatan Ketua Pemuda tanpa tanding.

Najib melonjak ke Naib Presiden, seterusnya ke Timbalan Presiden dan Presiden.Najib hendak menang mudah.Najib is afraid to loose.

Oleh itu Najib berfikir-fikir lagi tentang tarikh PRU 13.13 ni bahaya.kemungkinan UMNO kalah dalam PRU kerana angka 13!

Najib menghadapi keadaan yg merisaukan.Ahli UMNO menunggu ibarat api dalam sekam atau gunting dalam lipatan!Ahli UMNO yg sudah fed up dg mamak kerala dan Bugis ini akan membiarkan UMNO menjadi Pembangkang.

Sekarang ni pun berapa byk MYR (Malaysian Ringgit) telah ditukarkan ke USD (US dollar) oleh UMNO yg berkuasa.Mereka takut jika UMNO tidak lagi memerintah!

Geng lama Kg.Baru

Anonymous said...

Macam macam dah diusahakan..ceramah sudah, bongkar rasuah BN pun sudah, baru baru ni doa dan sembahyang hajat ramai ramai siap dengan doa BN ko..BN ko..

Orang tua saya pernah menasihati saya jangan berlaku zalim pada orang lain..kerana doa orang zalim akan dimakbulkan Allah..sedangkan binatang pun jangan dianayakan, kerana dah banyak kes terjadi bayi cacat kerana dikatakan terkenan dengan binatang yang dianiayakan.

Kalau standard zalim zaman Firaun, ramai bayi lelaki bangsa Yahudi akan dibunuh oleh Firaun kerana ditakuti seorang Nabi kelak akan menewaskan Firaun, Kalau ikut kezaliman Hitler,6 juta bangsa Yahudi dibunuh dengan kejam, kalau ikut kezaliman Stalin berjuta orang bukan kominis telah dibunuh dan berjuta juta meringkuk dalam penjara.

BN dah lebih 50 tahun memerintah. pemerintah yang zalim saya rasa dah berjuta orang akan dibunuh dan dipenjarakan, bukan begitu. Orang tua saya pernah berpesan, kalau pemerintah zalim perlu ditentang, tapi kalau pemerintah bagus, jangan pulak berdoa untuk mendapat pemerintah yang baru, kerana mungkin sebab doa kita tadi akan dimakbulkan oleh Allah dan memberi kita pemerintah yang zalim pula.

Macam zaman TDM, orang marah kerana sikap autokratik beliau..jadi ramai orang berkempen agar memilih Pak Lah kerana dikatakan lebih Islamik dan lebih bersih.Apa dah jadi? Doa dimakbulkan...Yang nampak Islamik dan yang nampak bersih, dalam jangkamasa yang pendek dah tak nampak pulak Islamik dan bersihnya.

Batu Ronson

Anonymous said...

wow Pak Aspan... cayalah. PuteraNS... apa plak impian anda? nak tahu juga di mana pangkal jalannya UMNO itu. nak tambah sikit... sbg PEJUANG KEBENARAN ... kalah atau menang bukan ukuran tetapi istiqomah dlm perjuangan itulah kepuasannya. Perkara ni tadak dlm UMNO/BN yg takut kalah sbb takut hilang kuasa dan wangringgit...

Anonymous said...

Cukup ramai lagi org umno tak faham perkara asas dlm bernegara contohnya kemudahan sebagai pembangkang dlm negara demokrasi. Elok tuan huraikan asas seperti gaji dan elaun sebagai ketua pembangkang yg digaji oleh kerajaan. Dato najib calon ketua pembangkang lepas pru13 layak dpt elaun dan gaji. Perkara ini perlu biar senang hati rakyat yg jahil sistem kerajaan berparlimen dan demokrasi.

Anonymous said...

Sahabat2 saya dalam UMNO didalam bahagian seremban yang selalu jumpa puluhan tahun hampir semuanya dah tak bersemangat kerana kata apa2 pun yang dicakapkan olih umno orang dah tak mahu dengar lagi kerana terlalu banyak keburukan dilakukan yang terus dichop tak bolih dipercayaai lagi.Sekarang ni orang tengok calun dan tak tengok parti tapi kalau tengok parti pasti umno tumbang kerana umno dah hilang credibilitynya.Jadi kalaulah ada orang cadangkan Aspan balik kepangkal jalan saya cadangkan pencadang itu eloklah berhijrah kerana nak tunggu apa lagi semuonya dah dikobeh kek orang yang kito sanjung dulu .Kalaulah mereka tak nampak apa yang berlaku mereka itu lebih teruk dari katak bawah tempurung .I am going for two party system so that in long run kito sebagai rakyat get the most bukan sekarang they got the most.Kalau PR gagal kita carilah parti baru dipr 14 nanti.Kalau orang sabah bolih tukar kerajaan ngapo kito sini takut sangat nak tukar kerajaan.Kalau pas dan dap kalah berterusan 12 pilihan raya takkanlah umno kalah sekali pun tak bolih ?Lagi umno tak mahu undur lagi ramai rakyat mahukan umno tumbang , jadi sama2 kita tunggu ...

Peminat P Ramlee said...

Apapun Alif Mim Nun Wau = SIRKIS.
Badut yang paling popular dalam SIRKIS ini telah membawa virus MADDEATH.

Apa Virus MADDEATH tu...?
Dulu sesiapa yang dah terhinggap lama dengan Virus MADDEATH ni, dah takde penawar lagi. Kini Vaksin imunitinya telah dicipta oleh sekumpulan PAKAR. Cara ULTIMATE pelupusannya ialah = GILA DULU BARU MATI. Kini Virus penyakit MADDEATH ini sudah tidak menular lagi. Terima kasih kepada PAKAR.

Heran juga, Siapa PAKAR ni heh...?
Sebenarnya PAKAR adalah gemblengan cerdik pandai dari golongan PAKATAN RAKYAT yang bertungkus lumus mencari Vaksin untuk menghapuskan Virus MADDEATH tersebut.

Apakah hasilnya?
Menurut hitungan Pak Pelalang, sedikit masa lagi, Negara ini akan kembali normal dan bertambah maju dengan banyak pelaburan baru kenegara stan-stan-stan tanpa ancaman MADDEATH lagi.

Peminat P Ramlee

Budaya tak baik said...

Tuan Aspan,

Menjawab persoalan tuan tentang impian;

Impian UMNO ialah ketuanan Melayu.

Anonymous said...

Batu Ronson,

TANYA SKIT BOLEH??.

SIAPA YANG KATA PAKLAH BERSIH DAN ISLAMIK?? SIAPA YANG CERDIK SANGAT BERI TAGLINE itu????

LGE kah?
Kit Siang kah?
TGHA kah?

atau Zul Kulim?
Jahren?
Hassan Ali?
atau berghaim ahlee??

atau Amitabh Bachann??
OR DATUK Shah Rukh Khan kah?

kahkahkahkahkah

AWAT BAGHAL SANGAT BATU RONSON???

ITU KAN KER STANDARD UMNO (BARU) SENTIASA BERI TAG2 TERTENTU UNTUK JUAL PEMIMPIN!! MACAM KATANYA NAJIB BERSTATUS PAKAR EKONOMI UNIVERSITI NOTTINGHAM!!!

HANG MARAH PAKLAH? ATAU HANG KOMPOMKAN BAHAWA MEMANG KERJA UMNO (BARU) MENIPU RAKYAT DENGAN BERBAGAI1 TAGLINE DAN SLOGAN???

ekeleh

Tapi kan batu ronson, sebenarnya rakyat terpesona dengan tag paklah bersih dan Islamik tu, sehingga rakyat beri kemenangan PALING BERSEJARAH dalam sejarah pilihanraya negara.

SEHINGGA MAHATDEYYYY TERUS TAKUT! SEBAB ITU DIA MULA CARI SEBAB NAK BELASAH PAKLAH, SEHINGGA DIA SANGGUP KELUAR UMNO (BARU)!!

hehehhehehehh

Gheng lama

p/s - kalo ada sifat bodo, simpan2lah skit batu ronson oooiiii!!!

Unknown said...

Assalamu'alaikum dan salam bahagia, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Memulakan ulasan, saya ingin mengucapkan selamat ma'al hijrah 1434 kepada saudara dan rakan-rakan Muslim sekalian. Semoga dengan ini, kita benar-benar mampu berhijrah ke arah yang lebih baik, termasuk, memiliki pemerintah yang jauh lebih telus, cekap lagi amanah, insha Allah.

Tertarik saya dengan kenyataan yang, jutaan ampun dan maaf saya dahului, kalau tak melampau untuk saya sebut, lambang kesombongan dan keegoan dua rakan pengulas kita yang tidak bersetuju dengan saudara dan majoriti rakan kita yang lain. Untuk Saudara PuteraNS, adakah saudara pencipta Saudara Blogger kita ini? Pangkal jalan yang mana yang saudara nak paksa dia kembali? Adakah saudara turut ingin bersekongkol dengan regim yang telah terbukti kemungkaran dan kedajjalannya sekian lama? Tidakkah dengan itu menunjukkan saudara daripada golongan O K S lagi O K U? Akhirnya, adakah sama golongan yang berilmu dengan golongan yang jahil lagi ego?

Kepada Saudara Batu Romson pula, memang benar, mendoakan kemusnahan dan kehancuran orang lain, haram. Tetapi, tidakkah saudara memerhatikan dengan mata zahir dan mata hati dengan penuh keterbukaan, masih ramai lagi golongan tertindas di bumi Malaysia yang serba mewah kurniaan Allah SWT ini? Tak payah banyak: apa dah jadi dengan FELDA yang sahamnya semakin menjunam, sanggupkah saudara menutup mata atau menyumbat telinga sekaligus menumpulkan aqal dan mata hati bila saudara-mara saudara peneroka FELDA itu menangis dan merintih kelaparan? Tidakkah saudara memerhatikan, bagaimana nasib kami, golongan OKU, didiskriminasi, walaupun terdapat sesetengah ahli masyarakat yang prihatin, serta pelbagai langkah bersifat retorik golongan berkepentingan yang saudara sembah ini? Memang, secara dasarnya, saudara tidak bertuhankan mereka, tetapi, tergamaknya saudara melontarkan idea sebegini rupa, seolah-olah saudara berbangga dengan segala yang dimiliki, yang mereka (UBN) ini sering mendabik dada, kononnya semuanya datangnya daripada mereka, menyebabkan kita saban waktu dipaksa mengundi mereka? Tidakkah segalanya ini, kalan berdua perhatikan?

Akhrnya, saya faham, ulasan ini begitu emosi. Tetapi, saya rasa, daripada berdiam diri kononnya mahu bersikap diplomaik dengan anasir-anasir yang jelas haram, lebih baik saya beritahu terus-terang. Soal apa tanggapan kalian, itu terserah; saya memang tak berhak memaksa. Apapun, seperti yang saya sering tegaskan, sebaiknya kita berdebat dan berhujjah, biarlah dalam suasana harmoni didasari iman, ilmu dan fakta, bukan dengan mekanisme lain yang akhirnya menyebabkan perasaan saling membenci antara satu sama lain. Paling penting, makhluq insani, tiada yang sempurna dan bersih dosa kecuali para Nabi dan Rasul; justeru, janganlah kita terlalu taksub akan sesuatu golongan sehingga kebenaran pun kita bakul-sampahkan. Akhir kata, sekali lagi, saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada kalian, dan kepada Saudara Aspan, seandainya ulasan ini tidak sesuai, saudara berhak membuangnya agar tidak menjadi bahan fitnah.

Terima kasih, selamat ma'al hijrah dan salam jihad.

Kunta Kinte said...

Salam Latok,

Apa yang saya dapat rasai sejak kebelakangan ini adalah suara kebangkitan penyokong dari golongan yang mahukan pembaharuan (suara pembaharuan). Jumlah puak2 ini didapati melebihi dari mana2 penyokong parti baik dari parti memerintah maupun parti pembangkang.

Mereka tidak menganggotai mana2 parti dan mereka adalah penentu bagi PRU13 yang akan diadakan bila2masa dari sekarang.

Mereka adalah golongan dari "silent majority" yang akan bertindak secara rasional bagi menghumban mana2 parti yang dirasakan tidak tidak lagi relevant dimasa kini.

Parti yang dimaksudkan itu adalah parti "Barang Naik"

Anonymous said...

PAS ada hak untuk doakan sedemikian.
Allah yang memutuskan dan menentukan segala.
Semua urusan di pulang kapada Allah.
Sama ada Allah terima atau tidak doa PAS ,itu adalah hak Allah.

Dan UMNO juga,atau sesiapa pun berhak mengadu dan mohon kehancuran musuh nya.
Tiada apa larangan.
Soal nya siapa musuh PAS,siapa musuh UMNO siapa musuh BN ?

Allah saja yang mengetahui kebenaran.


UMNO,empat huruf, rengkasan nama,merupai pertubuhan ,satu entiti di cipta, berasas kan sijil pendaftaran dari ROS,pendaftar pertubuhan.

Maka UMNO bukan manusia,tidak ada nyawa tiada roh.
Hidup dan mati atas ihsan ROS, bersyarat hantar laporan tahunan dll.
Maka mustahil pertubuhan bolih murtad, sebab pertubuhan tidak bolih beriman dan angkat syahadah.
Serupa macam video klip ,youtube,internet,,mereka adalah lah BESI, maka tak bolih jadi saksi....
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Tuan AA,

PAS dari dulu memang bijak berdoa bagi kemenangan nya dan terbaru doa kehancuran UMNO.PAS tidak pernah dulu mahukan ketua mereka menjadi PM.PKR dan DAP tidak pernah mahukan sesiapa pun dari PAS menjadi PM atau ketua pembangkang. Malah PR tidak punyai satu leader pun yang layak selain dari Mahabijak dan Mahaguru DSAI.Kenapa pulak PAS mahukan Hadi sebagai PM ? sedangkan Hadi tidak bersedia malah di satu ketika Hadi ada pernah berkata beliau tidak mahu bertanding .Isu PM sekira PR menang megikut LGE dan DAP top brass dan PKR adalah hanya untuk mahahebat DSAI sahaja.
Sekarang kita serahksnlsh dahsjs pilihan silent majoriti macam biasa selama ini.Maaf, sekira tuan tuan semua terkedu apabila PR tidak kemana pun ya.May the better party win and i think it will be BN.Silakan ..Cheers !

Batu Giling

Anonymous said...

Bebudak Mahadeyyy nak ganyang Najib. Cer settlekan hal ni dulu, boleh?

Ahakkss!