Kalau dikaji dan diselidik
secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini.
Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini
parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis
keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk
memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu
membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ke tahap ini. Dr Mahathir telah
membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di persada
kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu.
Semasa Dr Mahathir meletakkan
jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan
meletup. Perletakan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana
jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau
sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr
Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi
beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu
pecah dan merebak.
Abdullah mendapat mandat yang
tinggi kerana rakyat telah mendapat situasi yang berlainan yang di
tunggu-tunggu oleh rakyat. Maka rakyat buat sementara telah memberikan sokongan
terhadap kepimpinan beliau (Abdullah) kerana selama ini mereka (rakyat) sedang
mengharapkan perbezaan dengan kepimpinan Mahathir sebelumnya.
Tetapi Abdullah mengambil
sokongan rakyat itu sebagi sokongan yang ‘legitimate’ tanpa menyedari rakyat
menyokong beliau itu kerana rakyat mengambil sikap sokong sesiapa sahaja
asalkan bukan lagi Dr Mahathir yang telah duduk di kerusi PM itu selama 22
tahun. Rakyat mahukan berbezaan maka sesiapa sahaja yang menggantikan Dr
Mahathir akan di sokong rakyat ramai.
Abdullah adalah seorang yang
lembut, tetapi dalam kelembutan beliau, Abdullah adalah seorang yang degil dan
tidak mudah mendengar nasihat orang termasuk dari Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Justeru dari saat itulah Abdullah menghadapi masalah kerana Dr Mahathir tidak
gemar dengan beliau kerana tidak mahu mengikut telunjuknya. Abdullah berpendapat
kalau berikan kepada beliau jawatan PM itu, maka jadikan beliau jadi PM yang
sebenarnya tanpa gangguan sesiapa termasuk Dr Mahathir sendiri.
Dr Mahathir terasa terganggu dan
kecewa kerana Abdullah tidak mahu mendengar kata beliau (Mahathir). Rupa-rupa,
seperti yang dijangkakan Dr Mahathir mahukan Abdullah menggantikan beliau
kerana menyangkakan Abdullah akan berterima kasih dan mendengar kata-kata
beliau. Dr Mahathir mahu menjadi 'PM de facto' dan Abdullah hanya untuk beliau
jadikan ‘puppet Prime Minister’ sahaja.
Tetapi keengganan Abdullah tunduk
terhadap tekanan Dr Mahathir itu beliau terus menjadi mangsa cemuhan Dr
Mahathir dan kemarahan serta kekecewaan Dr Mahathir itu tidak dapat di kawalnya
lagi. Dr Mahathir bertindak keluar dari UMNO sebelum pilihanraya 2008 sebagai
tanda protes beliau terhadap Abdullah yang beliau (Mahathir) anggap sebagai
degil itu. Dr Mahathir telah meminta rakyat mengundi calon, bukannya mengundi
parti dalam pilihanraya itu.
Kalau kita nilai sehalus-halusnya
Dr Mahathir ini adalah seorang yang ‘domineering’ sifatnya dan beliau sanggup
menjahanamkan partinya jika partinya tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan
beliau. Beliau memendam rasa dendam yang tinggi terhadap Abdullah dan mahu
melihat Abdullah meninggalkan kerusi PM itu secepat yang mungkin untuk diganti
dengan seorang yang lebih berkompromi dengan beliau (Mahathir). Akhirnya
Abdullah terpaksa meletakkan jawatan setelah banyak pihak yang di perguna oleh
Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah meletakkan jawatan dan di antaranya ialah
Muhyiddin Yassin yang merupakan Naib Presiden UMNO semasa itu.
Muhyiddin menjadi juara dalam
usaha mengenepikan Abdullah kerana beliau ingin mengambil kesempatan untuk
menaikki tangga dan kerusi PM itu secepat yang mungkin.. Muhyiddin mendesak
Abdullah meletakkan jawatan dengan alasan yang sahih dan boleh di terima, iaitu
pilihanraya 2008 itu telah meletakkan UMNO sebagai parti dihujung tanduk dan
hampir terlepas kuasa di Putrajaya. Muhyiddin mahu naik dan terus sahaja
menonjolkan Najib yang ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO.
Mahathir tahu jika di tonjolkan
Najib sebagai pengganti, Najib akan mudah di ketepikan kerana Najib
mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan isu terhadap beliau yang terlalu banyak.
Mahathir tahu Najib boleh diketepikan dengan cepat untuk meletakkan Muhyuddin
menjadi PM akhirnya.
Kepada Mahathir, Najib hanyalah PM
sementara sahaja bagi memudahkan Muhyuddin naik menjadi PM. Najib pula tidak
mempunyai tulang belakang yang kuat dan sementara menunggu kenaikkan Muhyuddin
ini Mahathir telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan semua yang beliau
hajati yang beliau tidak dapat semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu.
Sekarang Dr Mahathir telah
mendapat banyak habuan melalui peluang perniagaan untuk anak-anak dan keluarga
serta kroni-kroni beliau. Fakta ini boleh dilihat dengan jelas dan tidak payah
di ulang-ulang lagi. Yang terpentingnya Dr Mahathir berjaya mendapatkan
kehendak peribadi beliau kerana Najib terpaksa berkompromi kerana Najib adalah
seorang yang politiknya seperti resmi air, ‘di mana lekok di situ dia
berhenti’.
Sekarang ini Dr Mahathir tidak
payah lagi keluar UMNO untuk menyampaikan hajat beliau seperti yang beliau
lakukan semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri dahulu. Asalkan sahaja Perdana
Menteri sekarang mendengar kata-katanya beliau sudah berpuas hati. Bagi beliau,
Mahathir tidak kisah jika kerajaan itu rasuah atau tidak. Terpenting bagi
beliau ialah untuk mendapatkan semua yang dihajati beliau termasuk untuk
memastikan Mukhriz, anak bongsu beliau, naik dan naik ke tahap yang tertinggi
dalam kerajaan negara kita di samping memberikan peluang yang luas untuk
anak-anak beliau berniaga.
Mahathir sekarang memberikan
sokongan terhadap Najib dan tidak akan keluar UMNO lagi. Mahathir berpolitik
hanya untuk kepentingan beliau sahaja dan beliau sanggup meninggalkan parti
semata-mata untuk mendapatkan kehendak hati beliau di penuhi. Mahathir hanya
mahu semua rakyat dengar cakap beliau dan meminta pimpinan Bahagian bersumpah
tidak akan mensabotaj partinya lagi seperti apa yang beliau sendiri pernah
lakukan dahulu. Bagi Dr Mahathir, hanya beliau berhak untuk mensabotaj parti,
orang lain tidak boleh.
Kini Dr Mahathir benar-benar
menyokong UMNO kerana beliau dalam keadaan selesa. Yang terpenting bagi beliau
orang Melayu mesti menyokong UMNO kerana sokongan terhadap UMNO itu sekarang
memberikan keuntungan peribadi kepada beliau.
Orang bawah-bawahan hanya
diperguna untuk dijadikan landasan untuk mereka-mereka yang memimpin dan
berpuas hati dengan bantuan BRIM dan bantuan untuk kanak-kanak sekolah sebanyak
seratus ringgit itu. Pegawai dan kakitangan awam diberikan sebulan setengah
bonus untuk memastikan UMNO kekal. Kekal UMNO maka dapatlah mereka itu
mengekalkan budaya merompak serta menyamun Perbendaharaan Negara.
Bagi orang bawahan dan rakyat
biasa, Najib dan kepimpinan mahukan rakyat mendapatkan kuah sahaja. Isu dan
daging pejal-pejal itu hanya untuk pemimpin mereka sahaja.
Kata saya dahulu, orang ramai
masih ada yang tertipu dan berpuas hati dengan bantuan BRIM sahaja. Mungkin
mereka berkata di dalam hati, ‘tak apalah, tak dapat lauk pun tidak mengapa,
dapat kuah pun jadilah. Kuah kari daging pun rasa daging juga. Cukuplah..’
30 comments:
Bang,
Mamat ni SAHIH kuda Dr M!
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ku-nan-insists-umno-is-trustworthy-denies-patronage-label/
Dia suruh kita percaya cakap dia tentang umno (baru). Tapi nama dia sendiri dia tipu!
NAK PERCAYA KER DENGAN MUKA MAMAT NI???
Bang,
Najib panggil 3 EKOR Naib Presiden, 3 EKOR yang Akur!
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/12/pau-2012-najib-gelar-menteri-umno-3.html
Ni ajer ker berani Najib nak melawan semula dgn Dr M (Zahid dan Shafei dua budak belaan Dr M) yang telah hantar Musa dan Deepak CUCUK dia sehari sebelom PAU???
Apa pun, nyata wayang biasa umno (baru) memang susah utk dibaca oleh orang ramai!
Bagi saya, mereka sedang bergolak dalam usaha Dr M nak jatuhkan Najib. Nyawa rakyat akan dipertaruhkan seperti juga pada skrip tahun 1968/9!!
Skripnya sama kerana AUTHORnya sama!!
Saya suka kpd penerangan Ust Azhar idrus bila ditanya tentang BRIM.Tak salah ambik duit rm 500 tu.Umpamanya budak curi duit saya rm 9000.Kemudian dia datang beritahu saya, dialah yg curi duit itu.Dia kembalikan rm 500.padahal itu duit kita! Tak faham lagi, bodohlah!
Cakap tentang kuah dan kuah daging...kuah tu buat apa? tak ada protein! Mereka Madey mamak tongkang Yat sudah dapat projek Petronas berbillion utk anaknya Mokzani.Madey berpuas hati.Dapat makan apa saja!.bukan daging kuah malah lebih dari itu.Madeyy ni sepatutnya dibicarakan kerana dia adalah Pencuri duit Rakyat.Makan enak-enak..
Begitu jugalah dg Dolah Bodowi.Suka sakat dia dapat tender TNB berbillion!Anak Dolah dapat projek waktu dia jadi PM dulu dulu berbillion juga!
Najib pun sama.deepak kata Rosmah akan dapat habuan RM 26 billion hasil dari komisyen projek kerajaan yg telah diberikan kpd kroni-kroni mereka.
Kroni-kroni UMNO hidup mewah di London,Perth,Brisbane,Auckland.Mereka ni dapat makan daging steak tiap hari di sana!.
Rakyat di sini, di Malaysia terpaksa menghadapi kos hidup yg tinggi.Sekarang dg rm 200 saja, apa sangat boleh dibeli di supermarket? Nilai duit kita sudah jatuh meredum!.Ini semua kerja-kerja Madey,Daim,Nur Yaakob yg pelingkupkan duit Rakyat!Najib pula dapat isteri yg jenis boros.Najib jadi PM di mana negara kita menanggung hutang piutang RM 640 billion!
Pemimpin UMNO tidak pernah memikirkan hal rakyat.Mereka fikir cukuplah dg BR 500."Undilah aku wahai Rakyat Malaysia" fikir Najib.
"Najib kami nak bagitau kau...kali ni, kau orang bukan saja nak daging ya..tunggulah PRU 13".Kami Rakyat Malaysia akan ajar UMNO ni kerana engkau orang saja untung makan daging berkuah!Kita tentukan suku sakat madey dari Bangla,India dan Pakistan diharamkan mengundi dalam PRU walaupun mereka sudah dapat Mykad.
Keyang Dot
Assalamu'alaikum dan salam bahagia, saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih di atas tamsilan berfakta ini. Sebab itulah, elok benar jika Mahathir ini dibungkus sahaja daripada arena politik kita, kan? Sebab itulah juga saya tidak teragak-agak untuk melabelkannya sebagai "BAPA SYAITAN 1-MALAYSIA", serta turut bersetuju dengan mana-mana pihak yang melabelnya sebagai Maha-Fir'aun 1-Malaysia. Malah, bukankah pada zamannya inilah juga aqidah umat Islam, khasnya orang-orang Melayu Islam warisan ini semakin sesat-barat sehingga mencabar keteguhan pegangan rakan-rakan dan saudara-saudara seagama yang baru memeluk Islam? Bukankah dengan lidah celakanya yang berani mempertikai hukum-hakam Allah dan mempermain-mainkan sunnah Rasul-Nya yang kemudiannya dipersetujui membabi-buta para pemegang jawatan dalam UMNO berjaya menghalalkan segala hajat peribadinya yang tak kenal kenyang tu? Setidak-tidaknya, di zaman Pak Lah, terdapat juga unsur-unsur penambahbaikan walaupun sesetengahnya masih bersifat kosmetik dan retorik, dan, dari segi dasar perjuangan, masih bertelingkah halatuju dengan golongan profesionalis dan ulama?
Justeru, elok sekali mereka yang sedang mabuk todi kuasa ini terus berteka-teki menentukan tarikh sebenar PRU agar dengan itu, insha Allah, mereka akan benar-benar dikambus di dalam liang lahad yang mereka gali sendiri sebagaimana Israel sekarang yang menakluki Palestin. Yang penting, kitalah, rakyat bawahan ini yang mereka pandang tak punya apa ni, mestilah berperanan sewajarnya, dan rasanya kini penyertaan kita merupakan suatu kewajipan agar insha Allah setelah itu kita sekalian kembali sejahtera.
Terima kasih dan salam jihad.
Salam Sejahtera Datuk,
Khabarnya sedang bergerak satu "Grand Design" untuk mengangkat anak bekas Mamak Bendahara untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi puak gerombolan UMNO dalam tempuh 24bulan akan datang....AWAS!
Monopoli projek berbillion ringgit masih belum dapat memuaskan nafsu puak gerombolan Mamak Bendahara kerana tanpa kuasa politik kekayaan hasil menyamun khazanah negara masih belum selamat sepenuhnya dalam genggaman. Kuasa politik mesti di perolehi untuk melindungi segala kekayaan gerombolan Mamak Bendahara.
Rasanya elok DS Najib menyiapkan pelan menyelamatkan diri keluar negara. Pilihan terbaik adalah melarikan diri ke padang pasir di Monggolia.
Saudara AA dan blogger
Jika Dr M tidak mendendam, takkanlah dia ni menarik balik royalti minyak rakyat negeri Kelantan. Perasaan dendam masih membara dalam dirinya. Dia masih nak rakyat Kelantan tunduk padanya.
As Salam Tuan AA.
" Mungkin mereka berkata di dalam hati, ‘tak apalah, tak dapat lauk pun tidak mengapa, dapat kuah pun jadilah. Kuah kari daging pun rasa daging juga. Cukuplah".
Memang betul dan benar sekali tanggapan Tuan berhubung majoriti bangsa Melayu yang terkenal dengan perangai bacul dan munafik mereka. Tak perlulah kita nak ke Uttar Pradesh untuk mencari "Pariah", Bangsa Melayu kita kata negara ini pun tiada yang kurangnya perangai "pariah" ini, terutama balaci-balaci UMNO dari dulu, kini dan selamanya.....Pariah!
Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung2 Blok.
Majority rakyat Malaysia yang peka dan berfikir tentang politik/pemerintahan negara mengentahui tentang ujudnya tangan kuasa dibelakang pm sekarang.
Jika difikir2 sa;aah satu faktor merosotnya sokongan kepada bn dalam pri 12 lalu adalah kerana konkongan dalang dibelakang kerajaan ini. Pengundi telah arif permasinan kuasa dibelakang kerajaan dan maklum pm Abdullah akan diganti selepas pilihanraya 12.
Dengan kepekaan yang ada(terutama orang Melayu) terhadap perkara ini,rakyat Malaysia telah membuat bantahan melalui kertas undi pada PRU 12.
Perihal tanggapan PM Abdullah seorang yang lemah adalah satu perkara yang diada2kan oleh orang umno sendiri kerana beliau tidak menuruk kata gulungan tamak dalam umno, mungkin juga ada diantara mereka telah berasa panas punggung jika PM Abdullah ini akan menentang arus umno dalah usaha membersihkan parti dan kerajaan.
Biasalah, bagi yang ingin membuat pembetulan ke atas satu organisasi yang begitu tebal kekotorannya tidak akan disenangi.
Sebab itulah bagi mengubah dan mengajar cara pemerintahan yang baik Malaysia perlu membuat perubahan dengan menukar kerajaan sekurang2nya satu penggal.
Dengan perubahan kerajaan ini dapatlah kerja2 pembersihan,pemulihan dan pembetulah dilaksanakan dengan berkesan.
Sikap berkecuali badan penguatkuasa, perundangan dan pertahanan adalah wajib secara total. Mereka yang memerintah hari ini adalah kerana rakyat meletak mereka disitu bukan kerana mak, bapak, datuk mereka meninggalkan pusaka.
Tolonglah jalankan tugas dengan adil dan cekap. Jangan takutkan orang yang ada kuasa padahari ini, kerana meraka tidak kekal. Sungguhpun mereka diberi mandat memerintah, hak rakyat maseh kekal dan tugasan yang diamanahkan kepada tuan2 adalah amanah rakyat. Tuan2 juga ada tempoh hayatnya, sampai masa tuan2 juga aakan pergi. Janganlah bila dah jadi rakyat biasa barulah nak memekik itu ini tak betul.
Takutkan akan ALLAH kerana semua ini adalah milikNya yang dipinjamkan kepada kita hambaNya.
Yang main kuasa dari belakang juga akan pergi,saya orang biasa ini menyeru ,INSAFLAH jangan duduk gelodak negara yang sekangkang kera ini.
Harta tidak akan habis di kumpul, takakan pernah merasa cukup. Lagi banyak dikumpul lagi jauh kita dariNya, lagi tebal ketidakadilan dapat dilihat.
Jangan duduk kejar sangat matlamat negara maju 2020 itu kerana yang maju bukan kita.
Cuba fikir semula alangkah indahnya jika kita berfikiran maju.Dengan itu raamai umat dapat berkongsi pemikiran kita........wslm..
salam waghih,
kadang-kadang kuah lobeh sodap daripado isik eh.
kalau isik tak ompok, kuah la yang hito hirup!
boto tak?
jangan lobeh sudu daripado kuah, dah la!
Salam Sdr Aspan,
Saya nampak poster ceramah di Alor setar, akhirnya tercapai jugak hajat saya nak dengar Aspan Alias ceramah. Terima kasih kerana sudi datang dari jauh untuk ceramah disini.
Kuah je yg tingal leni. Slh mri lambat. Isi bos mkn doh dgn org kuat . OKU. Nasib r. Takdir... Org Melayu bkn Bodo. Mereka ni jenis ikut je yg bg mkn. X kira Bos jahat ke jnji blh mkn. Pemimpin berebut isi. Wat kampung sokong jugok baham Bodo. Puok ni duk gila Kuasa je. Rakyat Susah tobat x ambil tau. Kejor projek dgn Jawatan je. Ckp nk bantu Kaum Melayu. Ape jd dgn Melayu. Org Melayu Merempat Mengemis di Bumi 1malaysia. Semua gila Kuasa dan Harta. Jgn jd HAMBA dunia yg BUSUK. SHIT. INSAFLAH.... Biar JAHIL xpe. Jgn JAHAT.
Dlm pilihanraya akan dtg,pihak pakatan mesti menitik berat mengenai pengundi hantu yg terdiri dari pendatang asing..kerana dengan cara tersebut bn akan menipu..kerana mahadey yg akan ajar caranya..
Dlm keadaan mahadey sekarang yg tidak berubah..sampai mati beliau akan menipu..umno sekarang seperti parti syaitan..yg menggunakan perbagai cara yg salah untuk kekal berkuasa...
Mahatir. Rumah kata pergi Kubur kata mari. Taubatlah sementara masih ada masa yg singkat ni.
Kuah pon kuahlah sodap jugo ,mana kan cukup kobau saekor makan sekamopong mano nak cukup.
Den tak kiro kauah pon den rembat jugo.
Bro, nik aziz lebih 22thn jadi MB, jadi mmg dh kena tukar la, bru ada perubahan. Mcm bro mmg terbaik,,,sebab melayu masuk DAP,,,mmg lahanat la melayu... AA bukan melayu,,,tapi meloya
Bang,
Lawak terhebat tahun ini!
http://dinmerican.wordpress.com/2012/12/05/joke-of-the-year-2012/
Kursus Gani Petail dan Pak Kasim ini akan pastikan mereka dapat lebih daging halal!
Daging segar pun nanti dihalalkan bang!
Fokuskan arah kemenangan dan bila dah menang laksanakan ethnic cleansing keatas puak2 umno dan juga pegawai kerajaan yang mengambil kesempatan dari jawatannya .Kalau ini bolih dilaksanakan saya yakin segala perompak akan lari lintang pukang tapi nak lari kemana ?Saya dah nampak orang melayu dah sedar bahawa mereka ditipu tetapi masih ramai yang tak sedar dan menerima kesusahan mereka telah ditentukan jadi dia redha .Saya nampak orang umno totok diperengkat bawahan ni dah melatah kerana tak dapat patahkan hujah sahabat2 mereka dalam umno dulu kini berhijrah.Kalau kita tanya sahabat lama kita dalam umno dulu berkaitan NFC dan rm40 juta tentu sekali mereka malu dan tersinggung kerana tak ada jalan keluar untuk jawab dan orang saya yakin akan keluar jika betul caranya...
Knpe perlu tukar nik aziz. Adakah dia perompak.penyamun.perogol.pembunuh.perasuah dan banyak lg... Mcm Pemimpin UBN..Fikir sendiri...22thn jd MB x ada apa dia ambik.. Jgn Main ckp sedap je. Psl pak Aspan dia nk msuk parti apa pun x hal. Dia tukar Parti je Bkn Tukar Agama. X slhkan msuk parti mne. Jgn ikut Parti SETAN di Kenali je. InsyaALLAH Selamat.. INSAFLah ketika masih ada waktu. Ingt kita akan di hitung d padang Masyar. UBN x dpt tlg Kamu. Jgn ikut Setan di Kenali. AWAS.... Jangan terpedaya jnji SETAN..
Gue mohon Allah panjangkan umur madey kutty...... sehingga segala gejala2 jahat madey kutty disedari oleh semua rakyat Malaysia.
Gue mohon Allah agar rakyat Malaysia bertambah matang dan dikurniakan pemerintah yg baru yg boleh mensejahterakan seluruh rakyat Malaysia.
Gue mohon Allah agar melindungi pemerintah Malaysia yg akan datang dan diberi hidayah2 yg baik2 utk menjadi pemerintah yg baik2 belaka.
Gue mohon Allah agar pemerintah Malaysa yg akan datang adalah Pakatan Rakyat.
Aamiiiin......
Bang,
Si Bujai dan si Tebing Tinggi ni jenis melayu yang nak tipu melayu pakai skrip tahun 1948! Jenis2 ni akan takut bila fakta2 diberi.
Kalu kita berdepan dengan orang2 umno (baru), mereka paling takut bila orang2 melayu diberi fakta sebenar. Mereka selama ini sudah bebas menipu bangsa melayu ikut acuan mereka.
Tu sebab, si Anon 22:17 terus hilang akai dengan komen yang dia beri ni. Fakta2 yang tuan beri dalam blog ini sudah tak terjawab. Komen2 yang menyokong gambarkan pemikiran melayu sudah berubah dan akan tidak menerima logik akai ala mahadeyyy yang sering mereka guna. Maka keluarlah bahasa dan kata2 kesat lagi bengap ni!
Abis diaorang kata mereka parti PILIHAN ALLAH? Bab diorang menipu guna SPR pun Allah beri laluan jugak? Bab diaorang KALAH kat Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang BUKAN KEHENDAK ALLAH jua???
dah terlalu jauh bang melayu2 ni menyimpang!
Ainon 22:17
janganlah meroyan
Janganlah histeria
Janganlah gila
Janganlah hilang akai
Janganlah tak tentu arah
Janganlah marah
Janganlah ikot pe'el setan!!
Relaxxx aaahh
Mekaseh!
Pak Aspan,
Bila kerja bodoh umno (baru) tersebar, maka keluarlah PapaGomo dengan video! Ini rutin tetap!
Kerja mamat bodoh ni nak cover kerja2 bodoh lagi halal REALpolitik mahadeyyy sahaja.
Satu donia tahu PapaGomo budak Mahadeyyy. Dan satu donia jugak tahu hubungan Deepak dan Najib serat Rosmah adalah seperti isi dgn kuku! Tetapi TIBA2 jer, Deepak bantai Najib dan Rosmah terang2. DAN tetiba jer jugak, PapaGomo dapat jumpa Deepak untuk buat interview MENCURI RAKAM? ANDA HERAN??
Nampak jelas, kalu Deepak buat pendedahan ini TANPA sesiapa dibelakangnya, takkan dia nak jumpa PapaGomo dengan begitu mudah? Siap sebut nama DSAI, Nurul, Sivarasa, Surendran lagik! Dia takkan tak takut tindakan dari Najib atau Hisham (yg jaga Polis)?
So bila Deepak berani jumpa PapaGomo (blogger TERSOHOR Mahadeyyy & Son, Mukriz) maka LOGIKnya sonang jo! Iaitu Deepak, PapaGomo dan Mahadeyyy sekapal! Mesra alam gitu! Satu geng!
Pendek kata, dgn pendedahan Deepak hentam Najib dan Musa katok kapla Hisham ni, Mahadeyyy sudah jatuhkan hukum Najib kena turun jawatan Presiden umno (baru) yang dia punyai DAN kenalah Najib berhenti jadi PM Malaysia!
Beginilah jadinya negara Islam Malaysia. Senang2 jer Perdana Menteri boleh disergah, ditakut2kan, ditekan! Tetapi kerja PapaGomo alihkan tumpuan sahaja!!
Mana ada dalam dunia ni dalam sesebuah negara, Perdana Menteri boleh kena main sebegini rupa? Tentu orang yang duduk teratas dalam web jahat ni berselirat balachee2nya.
Aku nampak Mahadeyyy ni sudah ketagih membuat perencanaan ikut suka hati dia sahaja. Sepandai2 dia, apa pun, kita akan saksikan kerja2nya akan jadi sia2. Insya'Allah!
Siapa PM Malaysia?
Siapa Presiden Umno (baru)??
http://www.malaysiakini.com/news/215962
Deepak dah bersuara, Musa sudah bersuara. Katanya akan ada lagi pendedahan lebih panass!!
Maka kenalah Najib KOWTOW kepada pilihan dia!
INGATT SEMUAA, DI DALAM MALAYSIA AKULAHH YANG PALINGG BERKUASAAA!!...hahahahahha.
Pak AA,
Pak AA telah berjaya memberikan gambaran sebenar orang-orang penyokong UMNO ini. Betul pak, saya masih ingat PAK AA kata penyokong tegar BN inihanya di jadikan lembu-lembu dan kaldai untuk kepentingan perut pemimpin-pemimpin mereka. Prof-Prof kangkang universiti pun jadi lembua belaan.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi. Kali ini, saya minta jasa baik saudara untuk membongkar sketsa peristiwa berdarah terbaru beberapa hari lepas pada siri Ceramah Jejak Merdeka di Gombak. Rasanya, itu sahaja sudah menjawab secara jelas lagi terperinci akan perangai para ahzab syaitan dan Iblis 1-Malaysia ini serta para penyokong tegarnya yang masih terus dibanggakan sesetengah kita, malah sanggup dengan tangan tak berlapiknya memaksa TGNA berundur dan memperlekehkan selaku O K S akan penyertaan saudara dalam DAP. Walhal, hakikatnya, majoriti kita dah bagaikan begitu loya dengan penzahiran serangan sebegitu. Justeru, dalam hal ini, saya bersetuju 100 % dengan nasihat rakan-rakan kita agar kepimpinan nan takabbur lagi bergelumang dosa ini segeralah bertaubat sebelum liang lahad nan sempit itu memaksa mereka memasukinya, serta mengajak kita sekalian memerangi ahzab syaitan ini seupaya kita pada PRU akan datang. Menutup bicara, kepada yang masih tegar membodek dan mengampu, berhati-hatilah terhadap tutur katamu; jangan nanti menangis tersedu-sedu lantaran sikap dan pilihanmu.
Terima kasih dan salam jihad.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah sekali lagi. Apapun, kali ini, saya ingin sekali berkongsi dengan kalian akan satu sumber artikel serangan samseng yang menjijikkan itu, iaitu: "KEADILAN Kecam Serangan Umno, Polis Kata Terkawal? (VIDEO)" daripada blog Jalan Pulang. Semoga dengan "clip video" yang disertakan itu turut menjadi input berguna kepada saudara dalam penganalisaan tragedi ini, lantas, seperti yang saya katakan sebelum ini, dalil sahih yang tidak perlu dipertikaikan lagi, siapakah sebenarnya pencabul undang-undang, kan? Lantaran itu, dengan terus-terang, saya mendoakan agar kekebalan regim ahzab syaitan ini akan terlungkup jua pada PRU akan datang, insha Allah. Perkenankanlah, duhai Yang Maha Perkasa lagi Maha Sempurna.
Terima kasih dan salam jihad.
Rakyat jelata tak kisah makan kuah sbb dah biasa makan tak berlauk. Pucuk2 kat luar rumah pun banyak. Paling tidak botol kicap bersusun menambah selera anak2.
Anak2 yang ada, tua muda sama saja. Kena mau ingat. Sampai sudah masa d nanti.Doa mak tetap diteruskan sampai mati.Takkan sanggup lagi membiarkan pelapis bangsa terus makan kuah seperti mak kita dulu2.
Zaman dah berubah, anak2 pun dah bercambah dimuka bumi menjadi somebody. Tunggu apa lagi, hanya berbekal sebatang pensil, jatuh bangun UMNO ditangan anak2 mak.UMNO wajib dbersarakan.
Jangan biarkan mereka terus-terusan menipu bangsa dan tanah air tercinta,
Jangan jadi sitanggang yang lupa pada budi mak, memuja bintang dilangit, padahal rumput dibumi terus mencengkam.
Selamat mengundi.
Puas Doh mkn Kuah dgn Tulang. Lama doh kena pelihara mcm Anjing Buru.. Salak Bukit. Sekampung Salalk ingt Tuan Org Baik. bg mkn sokmo xtau Tuan Penyamun. Anjing dlu salak je sebab mkn Tulang segar. Tp Anjing leni x kira sape nk kekoh je. Tuan Besar bg mkn apa xtau r. GANAS sgt Anak Melayu pun abis di terkam. Bg mkn Natang Benda Puok ni.. Mkn Frishkies Ba..B kut. jd JAHAT mcm Rotweller ni. Mcm x Akal doh leni. Inilah golongan yg ckp PEJUANG MELAYU.. X pyh nk Konden lah. Klau Buta Hati. Jgn Berkawan dgn SETAN walau pun di kenali. Saya tau siapa diri kamu UBN.. Muka manis.Mulut Baik. HATI BUSUK.. INSAFLaH Kawan kawan ku Geng 80an. BerTAUBATlah sementara masih ada waktu... Renungkan Kejahatan lalu. Buatlah Kebaikan untuk KeAMANan Rakyat dan suluruh Warga Malaysia. Cukup Sudah apa yg pernah kita lalukan kpd PAS dan ISLAM.. Knpe Benci Mereka. Adakah mereka Jahat. Apa yg PAS lakukan. Mereka tidak merompak atau membunuh sesama Rakyat. Knpe Kamu UBN dr dlu Benci kpd Pas. Adakah kamu dari golongan yg Benci dgn AGAMA yg di bawa oleh PAS. Dlu mmang kami percaya Pas guna Agama. Kami semua Jahil.. Lahir dlm keluarga Pejuang UMNO kampung. Sokong nk Mampus. Hampas pun tadok. Apa ada dgn MELAYU. Kita bangga ke org Melayu msuk TV 1/3 suku terima sedekah mengemis di Bumi sendiri. Ni warga 3M. Miskin.Merempat. Merana.. INSAFLAH.. Jgn kna TIPU lg kwn. Teruskan Bongkar pak. A.A. Teriiimaaa Kaseeh..
Januari tahun 2013..akan ada kemasukkan beramai ramai pendatang bangladesh..yg kononnya akan akan bekerja di sektor perladangan seperti perjanjian MOU hisyamuddin dan duta bangladesh baru baru ini...
Apa rasional nya pendatang ini dtg beramai ramai..jika tidak ada rancangan serampang 2 mata ameno...ada kah bangla ini akan digunakan sebagai pengundi hantu?? adakah bangla ini akan digunakan untuk bergaduh dengan melayu pakatan??
Bagi mahadey..bangla ini amat berguna untuk menjadi ahli ameno..supaya muhkriz botak dpt menjadi pm??
Bangsa melayu bukan bodoh untuk ditipu oleh mahadey lagi..
Macai-macai UMNO Gombak telah mendapat lampu hijau dari Hishamudin.Hishamudin mengarahkan polis Gombak jangan ganggu macai-macai UMNO nak berperang pada malam PR berjumpa Rakyat.itulah macai-macai pemuda UMNO bila dah dpt habuan.ini menunjukkan Pemuda UMNO tidak ada otak utk berfikir.Pemuda UMNO Gombak nanti tahu bila UMNO jadi parti pembangkang!
Gunung Keyang
Post a Comment