Semalam saya menulis tentang isu
UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk
mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin
menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan
Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di
sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu
berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa
sesiapa.
Tidak kurang ramainya di dalam
UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan
supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan
UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang,
usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah
dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan
peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak
dapat dilaksanakan.
“Siapa yang hendak memberitahu
Najib itu” merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan
saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar
yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu.
Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih
kepimpinan?
Pertamanya jika Najib diundurkan
maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali
kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin
mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada
perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang
sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet
itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyidin ia
bukan perubahan namanya.
Isunya ialah bagaimana hendak
menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap
UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti
itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti
dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja,
sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada
UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih
menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama.
Yang sangat perlu ditukar ialah
wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan
jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam
Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran
ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang
sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang
ada pada hari ini.
Rakyat sudah begitu jelak dengan
isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan
sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna
kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki
lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan
kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu.
Jadi kalau ada usaha dalam UMNO
yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan
politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan
oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah
ada ‘pengarah’nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang
perkara ini.
Itu lah sebabnya saya pernah
menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya
parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam
UMNO itu sendiri.
Dalam posting yang lepas saya
telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini
tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap
UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap
parti itu.
Tiada siapa dalam UMNO yang
sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO
khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar
kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku
mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di
khalayak ramai semata-mata.
Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha
menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat
rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk
menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam
pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang
ada.
Pandangan saya ini tentulah di
bantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya
kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang
tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa
di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama.
PAS mempunyai kerjasama yang
begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan
sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan
yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu.
Bagaimana pun akhirnya ketentuan
Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percaya lah, perjuangan
menetang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan.
21 comments:
Birds of the same feathers flock together. Tiada sesiapa dari kalangan pimpinan UMNO sekarang dapat merubah wajah buruk parti itu. Satu2 nya cara untuk UMNO berubah adalah dengan menduduki kerusi pembangkang untuk seketika sambil melakukan total change. UMNO boleh bangkit sebagai saingan berkualiti untuk check & balance kepada kerajaan Pakatan Rakyat. InsyaaAllah 5-10 tahun lagi rakyat akan di sajikan dengan 2 pilihan berwibawa daripada PR & BN.
The unfounded fear and insecurity of majority Malays will return BN to power....irrespective of the many ills facing the country.
Things got to get worst or at crisis point before the majority of people are prepared to change.
apa situasi pun dgn umeno be end ni,harap rakyat kuburkan depa dalam pru13.Insyaallah.
Akhhhh!!!! Najib atau Muhyiddin sama saja....perempuan cabaret sama saja ...LOW CLASS!!!. Jika P.Ramlee masih hidup begitulah bunyi dialognya....
Kita tunggu saja Muhyiddin mengambil-aleh jawatan Presiden UMNO lalu kita dedahkan the true colour of the so-called Pejuang Melayu UMNO yang menjual tanah-tanah Johor kepada China Singapura semasa menjadi MB dulu.
Kita akan jelaskan kepada umum tentang rakan kongsi beliau bermata sepet yang dianugerahkan projek Perikanan Laut Dalam yang kini sudah bungkus bersama ratusan juta wang kerajaan sewaktu Pejuang Melayu ini menjadi Menteri Pertanian dulu......Mereka semua adalah hipokrit besar yang menyalak kuat kononnya memperjuangkan kepentingan orang Melayu sedangkan hakikatnya mereka bersekongkol dengan taukeh China merembat segala peluang yang ada.
Kita bukanlah anti orang China tapi kiita benci manusia hipokrit yang memperbodohkan orang Melayu!!!
Ahhh...sama saja temberangnya.... Low Class!!!!
Tuan Aspan,
UMNO tidak akan tewas dalam pilihanraya ini hanya kerana tuduhan2 sedemikian. Strategi tuduh menuduh, pembongkaran skandal, caci mencaci ni semua game UMNO. Selagi PR memainkan game yg sama, saya menjangka majoriti rakyat akan tetap undi BN walaupun tidak dengan sepenuh hati. PR kena dilihat berbeza dan guna strategi berbeza yang lebih bertamadun dan beradab. Biarlah UMNO dengan gaya lapuk tu.
Isu Deepak ini tidak akan kemana pun. Saya menjangka Deepak ni berpusing juga. Cukup2 lah dengan hal Raja Petra yg kerap berpusing pusing tu.
MOSES KATA: POK LI gua setuju, jadilah pembangkang, byk perkara baru dpt dipelajari, membuat perubahan dan terutamanya memandang apa yg telah kita buat kesalahan selama ini, macam ibu bapa apabila anakx tak dgr cakap duduk sebentar dan fikir apakah kesilapan yg telah kita lakukan. ABU utk PRU 13
Taktik mamak mahadey...supaya nampak ada beberapa penganti beliau sebagai presedin ameno dan perdana menteri malaysia sebelum mentabalkan muhkriz sebagai pm...
Dengan duit dan sokongan individu lain...mahadey menjangkakan bahawa muhriz sebagai pm bukan disebabkan beliau..kerana telah terdapat penganti beliau..tetapi teruk..
Mamak ini yg pandai menggunakan peluang untuk memputar belit keadaan agar rakyat senang lupa akan rancangan pengkianat negara iaitu mahadey sendiri...
Pak Aspan,
Sebagai ahli UMNO yang telah lama menyepi jauh dari pertubuhan ini, seikhlasnya saya melihat pertubuhan Melayu ini yabg telah lama menyimpang tidak mungkin akan kembali ke landasan asal sekali pun Najib dipinggirkan dan diganti Muhyuddin.
Kebobrokan dalam UMNO BN adalah kebobrokan kolektif dimana pemain pemain utama dalam parti Melayu tertua ini adalah kalangan individu yang materialistik, tamak haloba dan cuma berjuang untuk kepentingan peribadi. Penyatuan kolektif ini hanya berlaku kerana kelompok utama dalam parti ini mempunyai matlamat yang satu iaitu masing masing mementingkan kekayaan peribadi daripada kesejahteraan masyarakat Melayu umum.
Dengan yang demikian sosok dan pemain utama dalam parti UMNO ini sejak sekian lama WAJIB dipinggirkan dulu sebelum pembersihan secara menyeluruh boleh dilakukan. Saya melihat UMNO tidak mungkin berupaya untuk terus mendapat kepercayaan kaum Melayu selagi perosak parti berkenaan, Mahathir Mohamad masih tegak berdiri di situ dan kekal dalam parti berkenaan. Perlu diingat bahawa Najib berada dipuncak kuasa adalah kerana caturan Mahathir setelah Abdullah disingkirkan. Dan kali ini. Danlaluan untuk Mahyudin berada dipuncak UMNO ketika ini sebenarnya dibuka oleh Mahathir sendiri. Remote control ditangan Mahathir sekian lama..arah tuju UMNO BN ditangan beliau....sambung di bawah:
Pak Aspan,
Sebagai ahli UMNO yang telah lama menyepi jauh dari pertubuhan ini, seikhlasnya saya melihat pertubuhan Melayu ini yabg telah lama menyimpang tidak mungkin akan kembali ke landasan asal sekali pun Najib dipinggirkan dan diganti Muhyuddin.
Kebobrokan dalam UMNO BN adalah kebobrokan kolektif dimana pemain pemain utama dalam parti Melayu tertua ini adalah kalangan individu yang materialistik, tamak haloba dan cuma berjuang untuk kepentingan peribadi. Penyatuan kolektif ini hanya berlaku kerana kelompok utama dalam parti ini mempunyai matlamat yang satu iaitu masing masing mementingkan kekayaan peribadi daripada kesejahteraan masyarakat Melayu umum.
Dengan yang demikian sosok dan pemain utama dalam parti UMNO ini sejak sekian lama WAJIB dipinggirkan dulu sebelum pembersihan secara menyeluruh boleh dilakukan. Saya melihat UMNO tidak mungkin berupaya untuk terus mendapat kepercayaan kaum Melayu selagi perosak parti berkenaan, Mahathir Mohamad masih tegak berdiri di situ dan kekal dalam parti berkenaan. Perlu diingat bahawa Najib berada dipuncak kuasa adalah kerana caturan Mahathir setelah Abdullah disingkirkan. Dan kali ini. Danlaluan untuk Mahyudin berada dipuncak UMNO ketika ini sebenarnya dibuka oleh Mahathir sendiri. Remote control ditangan Mahathir sekian lama..arah tuju UMNO BN ditangan beliau....sambung di bawah:
Saya sangat yakin jika sosok " kotor " seperti Mahathir dan kelompok kelompok pimpinan utama yang menyokong bekas PM ini ditendang keluar, barulah UMNO BN mampu dikembalikan ke landasan asal. Sayugia diingatkan selaku ahli UMNO BN yang telah lama hilang kepercayaan terhadap pertubuhan Melayu tertua di Malaysia ini, saya sama sekali tidak terbayang parti ini mampu berubah dalam masa terdekat melainkan UMNO ini ditumbangkan dalam GE 13 nanti.
Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak, dengan sendirinya pertubuhan UMNO BN ini akan melalui proses pembersihan secara drastik kerana watak watak utama jahat dalam UMNO BN selama ini akan terpelanting dengan sendirinya oleh tindakan kerajaaan baru Pakatan Rakyat yang sudah pasti akan membuat reformasi pentadbiran dan disusuli dengan pembongkaran " dosa dan noda " yang telah dilakukan oleh pimpinan utama UMNO BN selama ini. Dan saya yakin manusia dan watak tamak haloba dan kejam seperti Mahathir, Najib serta kroni kroni yang bersekongkol dengan Si Kitol ini turut terheret dan terhukum oleh undang undang Malaysia yang lebih berintegriti selepas ini. Saya percaya sebilangan watak watak hitam dalam UMNO BN termasuk Mahathir akan mengangkat kaki ke luar negara sebaik Anwar Ibrahim menjadi PM.
Kekalahan UMNO BN dalam GE 13 tidak berarti UMNO BN akan musnah terus atau cuma kekal menjadi pembangkang. Sebaliknya parti ini akan menjadi lebih baik dengan hadirnya pimpinan pimpinan baru yang lebih bertanggungjawab dan berwibawa dan sistem dua parti secara automatik akan terbentuk di Malaysia. Dan ini sebenarnya sangat baik untuk negara kita Malaysia.
Cuma pesan saya...jangan sesekali benarkan legasi Mahathir untuk terus berada dalam parti ini walau pun setelah UMNO BN menjadi pembangkang di persekutuan. Adalah satu kesilapan besar kaum Melayu jika Mahathir dan legasinya terus dibenarkan menjadi pucuk pimpinan kepada orang Melayu kerana individu ini adalah kelahiran semula Madeliar dan Si Kitol seperti mana yang tercatat dalam sejarah Melayu. Walau pun Mahyuddin mahu dinaikkan namun laluan untuk Mukhriz harus ditutup sepenuhnya. Dan Mahyuddin harus akur keadaan ini kalau beliau benar benar mahu UMNO BN kembali berada dilandasan asal.
Dan kerana saya masih menyayangi pertubuhan UMNO..maka wajar semua ahli ahli UMNO yang tulus ikhlas mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu agar memastikan UMNO BN tumbang dalam GE 13 supaya pembersihan berskala besar dalam pertubuhan ini dapat dilakukan. Hanya dengan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim diberi peluang berada di Putrajaya, maka pembersihan UMNO BN secara total dapat dilakukan. Manusia manusia yang mempunyai sikap buruk, pembelit dan pendendam seperti Mahathir Mohamad sebenarnya tidak layak untuk terus diberi kuasa memimpin Melayu dan Malaysia amnya. Kekuasaan Madeliar dan Si Kitol dalam UMNO selama ini harus ditamatkan walau dengan apa cara sekali pun.
Dengan ini saya yang menjadi sebahagian ahli UMNO bahagian Pendang merayu pada rakan dalam UMNO yang masih sayangkan pertubuhan ini agar membenarkan UMNO BN ditumbangkan dalam GE 13. Ada rasionalnya parti ini harus tumbang untuk UMNO BN terus bernafas dan kemabali kepada perjuangan asal selepas GE 13 nanti.
- PW -
Siapa kata kezaliman itu akan tewas. Mahathir kata kuasa ala Yahudi akan kekal lama. Malaysia akan kekal di bawah kuasa kerajaan zalim lagi 50 tahun kerana rakyat sudah lali dengan tipu helah UMNO sampaikan apa UMNO buat/kata semua betul.
Muhyiddin akan menggantikan Najib? sama saja! Kedua-dua ni penyamun!.Muhyiddin lagi hebat dari Najib.Muhyiddin team up dg Mokhtar Bukhary. Sekarang dalam pasaran ada dua team MM(Muhyiddin Mokhtar).Moktar juga kroni Mahadey.Dah kenalah!Muhyiddin orang no kedua terkaya di Malaysia selepas Mahadey.
Sekarang apa jua dalam kehidupan harian kita tidak boleh boleh lari dari 2M.
Pagi-pagi minum kopi/teh kena beli gula.Gula itu kepunyaan 2 M....CSR Sugar.
Minum kopi O kena makan roti.Roti itu juga 2 M...Gardenia.
Tengahari makan nasi kandar.Nasi itu juga 2M...Bernas.
Petang balik dari kerja guna proton.Itu juga 2M...Proton/DRB Hicom.
Sebelah petang singgah beli buku anak sekolah ...itu juga 2M ...MPH Stores.
Draw duit kat bank itu juga 2M....Bank Muamalat.
Kehidupan kita telah dikuasai oleh 2M..Muhyiddin/Mokhtar Bukhary.
Selain itu 2 M juga memiliki :
MMC
Malakoff...IPP
Johor Port
Senai Port
Tg Pelepas Port
Penang Port
SEKARANG 2 M nak ambil alih RTM,KTMB dan Bank Islam.Apa sudah jadi ni??
Muhyiddin pandai! Dia guna Mokhtar Bukhary ke depan tapi remote kontrol di tangan Muhyiddin.Orang Johor heboh juga Muhyiddin telah buka cawangan baru.
Walau apa pun UMNO diterajui oleh siapa?...siapa lagi jika tidak Muhyiddin..sama saja.UMNO dah nak rebah ketika ini.
Kemungkaran UMNO menyapu bersih kekayaan negara ini telah terbongkar.
Keyang Dot
selama 22 tahun mahadey menjadi pm.. dan selepas meletak jawatan masih menjdai pm tidak rasmi...dengan kekayaan sendiri serta sokongan duit dari kroni mahadey..mahadey masih boleh mengawal dan membeli seseorang..dan juga pengundi hantu..cuma mahadey tidak boleh beli takdir...jika takdir menentukan bn akan kalah dlm pru nnti..
Kasihan dengan mamak mahadey yg tua masih kehulu kehilir mengeluarkan kenyataan yg rakyat tau benar atau tidak..kan bagus beliau bertaubat dan meminta maaf pada rakyat atas kesalahan semasa beliau berkuasa dulu..
mamak mahadey sememangnya menongkat langit...dan rakyat tau ameno/bn tidak relevan lagi kerana tidak sesiapa dlm ameno dan bn yg dpt mengstopkan mamak mamadey..kalao naji sayangkan parti..mamak mahadey sepatutnya di tuduh,bicara dan dipencarakan..begitu juga pemimpin bn yg lain...
Saya andaikan bahawa masih ramai ahli dlm umno dan kuncu2 mhadir yg sedia berkhidmat dan berkorban utk beliau..jika benar kekayaan dgn 40b..mcm2 blh jadi...
Sy Ahli UMNO ttp sy tidak pernah ambil pusing akan no keahlian sy krn sy tidak pernah mengundi mereka sejak sy layak mengundi..Sy pun hairan mengapa sy tidak dipecat atau memang nama sy perlu disimpan dlm senarai ahli bg tujuan membuktikan kpd kepimpinan peringkat atasan bahawa cawangan UMNO di tempat sy masih bernyawa...Ermm...
Sejak peristiwa Memali,ibu bapa sy telah berubah 360 darjah dan kekal bersama PAS sehingga kini..
Namun mereka bersikap terbuka dan tidak menghalang sy dari aktif bersama UMNO ketika itu..Namun peristiwa pemecetan Saudara Anwar Ibrahim telah menodai kepercayaan sy terhadap UMNO krn maksud tersirat disebalik peristiwa ini adalah Legasi Mahathir menguasai UMNO dan tidak akan memungkinkan UMNO berubah wajah sehingga kini..
UMNO tiada pemimpin pelapis yg radikal yg berani menongkah arus..
Yg ada hanyalah lalang2 yg akan hanya mengikut dan setia kpd sesiapa yg berkuasa sahaja..Itulah wajah UMNO dan kepimpinannya..Mereka tidak lansung mempertahankan UMNO ttp mempertahankan Presiden mereka..Bg mereka mempertahankan imej Presiden mereka sama dgn mempertahankan negara..
Inilah trend yg mereka tunjukkan dari dahulu lg..
Isu2 agama bg mereka hanyalah utk political milage mereka dan bkn krn agama pun..Mereka sibuk dgn Isu Kalimah Allah ttp mereka sendiri telah menukar Hukum2 Allah seperti rotan,rejam kpd denda dan telah meng"kristiankan" penguatkuasaan Syariat dgn mengenakan bayaran denda atas kesalahan2 Syariat..Sama seperti penebusan dosa org2 Kristian..
Merekalah pelaku Bid'ah yg terang lg nyata..
Sebab itu sy memandang mereka dgn sinis dan tidak pernah memberikan ketaatan kpd mereka krn mereka bkn org2 yg hendak menegakkan hukum2 Allah dimuka bumi ttp mencari duit dgn dosa2 manusia..
UMNO tidak akan dpt diubah oleh sesiapa pun yg masih berada didalam Perti nazak itu ttp UMNO itu akan diubahkan sendiri oleh ketentuan Allah jika Allah s.w.t tidak lg berkehendak kpd mereka utk menguruskan Kerajaan Malaysia..
Nk harap Org2 didalam UMNO sendiri yg itu adalah harapan yg sgt mustahil krn Firaun Mesir yg kufur(Amnihotib 2)itu ada penggantinya yg bernama Amnihotib 3 (Akhnaton) yg dikatakan beriman..Sedang Mahathir pun tiada pengganti yg radikal,malah bertambah menjadi-jadi dgn milikan saham Arak St.Meguel...
UMNO perlu mengalami kejatuhan krn kejatuhan itulah yg menjadi guru yg selayak2nya mengajar mereka tentang salahlaku2 mereka..
Salam Sdr Aspan,
Walau apapun, UMNO yang perjuangkan bangsa melayu adalah sesat.Nabi kita pun tak berjuang untuk bangsa arab!
Pada sesiapa yang sayangkan pertubuhan yang haprak tu..elok tinggalkan la.
ALLAH jadikan kita berbangsa dan berpuak,bukannya untuk menubuhkan parti membela bangsa itu sahaja! kalau dah namanya pertubuhan melayu,mengapa mesti UMNO itu dalam bahasa inggeris.sinipun dah nampak munafik!Nabi tidak mengajarkan kita mesti ada parti perkauman seperti UMNO.
Tengok dan pandang negara jiran kita,tak ada parti yang berbangsa seperti UMNO,tapi kualiti politik mereka lebih mantap dan maju.selepas pilihanraya mereka tidak berpolitik tapi menjalankan amanah yang diberikan.tapi yang namanya UMNO ni..rakyat susah dalam bencana ALAM pun mereka masih berpolitik!
UMNO adalah pertubuhan elit,bukan nak bela rakyat marhaen!semua yang dicanangkan bersifat fatamorgana sahaja.
Teliti lah,lebih 70 peratus pendapatan orang melayu dibawah RM1500!apa yang UMNO buat selama 55 tahun memerintah?
Sebab itu lah MUNAFIK nya UMNO ini.
Pok li,
birds of same fathers normally flock together,it's natural, but at time it does't ,so it's become more venerable of being attacked by their enemy .
Assalamu'alaikum dan salam bahagia, saudaa Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan terima kasih saya dahului di atas analisa penuh berfakta ini. Malah, saya benar-benar terharu dengan ulasan seorang rakan kita yang masih ahli UMNO; semoga doanya itu akan dimaqbulkan, insha Allah. Malah, daripada 17 ulasan yang sempat saya tinjau, majoriti nampaknya sependapat dengan kita, bahawa, pengganti Najib ini adalah daripada spesies yang sama; yang dicaturkan oleh "remote control" mereka, bapa syaitan itulah, kan?
Sekadar berkongsi fakta: Harus diingat, setelah kekebalan dan kedaulatan raja-raja Melayu berjaya diperkosa parti nasionalis ini dengan perintah sang buta hati Mahathir ini, kerajaan Johor pula pada tahun 1995 telah menukar cuti mingguannya daripada Jumaat kepada Ahad; kononnya kerana banyak syarikat dan agensi berurusan pada hari Jumaat. Terkini, ADUN yang mencadangkan kerajaan Johor melaksanakan Hudud tersingkir daripada menjadi calon plihanraya kali ini. Walaupun peristiwa kedua ini tidak melibatkan beliau (Muhyiddin), namun, apa yang menjadi kemusykilan ialah, inikah dia yang dikatakan "pejuang Islam"? Lagipun, harus diingat, ketika si Mahathir bangang ini dengan semberono menafsir hukum-hakam Allah serakus nafsunya, tak ada pun menteri hatta agamawan dalam UMNO yang berani bersuara, sekaligus menambah kesesatan umat? Oleh itu, terus-terang saya nak katakan, tak payahlah; elok UMNO ni dikambuskan sahaja dalam PRU ini dan duduklah sebentar di kerusi "PEMBANGKANG" yang mereka geruni dan benci itu, k?
Dengan itu, saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya dan kita semua, sekali lagi, agar berhujjahlah denga ilmu dan kematangan. Kepada rakan kita yang menyifatkan PR bermain dengan sentimen caci-mencaci, maki-hamun dan sebagainya, sedarkah saudara, bahawa, jemaah yang saudara sokong ini adalah jemaah maksiat? Adakah saudara redha dan rela tersumbat ke dalam neraka kemudian bergaduh dan dakwa-mendakwa dengan jemaah dan kepimpinan yang saudara sokong itu? Tepuk dada, tanyalah iman. Apapun, saya memohon ampun dan maaf seandainya ulasan ini menyinggung mana-mana pihak. Cuma, saya berasa benar-benar sedih dan kecewa bilamana saudara seagama sendiri gagal menunjukkan contoh dalam membezakan yang haq dan batil kepada insan seperti saya, hanya kerana sentimen ketaksuban terhadap jemaah. Oleh itu, benar sekali seperti yang salah seorang rakan kita katakan, kalau ya kita patut berbangga dengan parti yang bersifat nasionalis, dah lama Nabi SAW malah Allah SWT sendiri meminta seluruh umat manusia tunduk kepada bangsa Arab, kan? Apapun, bersamalah kita renungkan; yang baik itu sudah pasti daripada-Nya belaka, dan, mana-mana yang tak sesuai tu, bolehlah disunting atau dibuang agar perbincangan kita ini bersifat ilmiah, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Sahabat,
Berdo'alah agar ALL Yang Maha Esa menjahanamkan yang batil dan zalim dan menaikkan yang benar dan adil tak kira la sapa pun. Biarlah Negara yang aman makmur ini ditadbir urus oleh meraka yang berkemampuan dari segi akhlaq ukhrawi dan duniawi. Puak yang terang-terang menjadi Syaitan mesti ditolak ke tepi seterusnya dibongkarkan segala pengkhianatan dan penyelewengan yang berlaku. Harta benda mereka selayaknya disiasat dengan teliti dan dirampas jika ada unsur yang meragukan... KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA tanpa mengira batasan Agama, Bangsa dan Pangkat. Setiap rakyat berhak mendapat haknya di dalam negara ini seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Rakyat kena faham, jangan menuntut sesuatu diluar hak yang telah ditentukan. Hiduplah secara harmoni.
Dalam PRU13 nanti pilihlan pemimpin yang boleh memimpin bukannya pemimpin yang 'di pimpin isteri' semata-mata.
Pemimpim umno tadok sekor molek.. Dari atas spai ke jkkk semua ada masaalah. Menteri sapu Projek A.. Ketua Bahagian sapu tanah.. Wakil Rakyat Baham Tanah.. Jkkk sapu projek repair Atap Biru... Rumah PPRT pun tipu ibu tunggal. Anak yatim.warga emas semua pakat makan komisen.. Puok Umno ni patut pupus doh.. Umur doh tua... Pakat g sejid r... Jadilah org yg bemoral.... Insaflah...
Semua dah terlewat, rakyat dah bosan dan tak nak lagi parti bangsat untuk perintah...sudah cukup di tipu selama ini...cukup lah setekat ini sahaja...hujung nya jatuh kedalam lubang yg digali sendiri, bukan salah orang lain,,...sendiri bikin punya barang...sendiri jawab dan pikul..rakyat dah cukup prihatin sekarang...boleh berambus sahaja UMNO dan BN.....
Post a Comment