Usaha mengenepikan Najib dan
menggantikan pimpinan UMNO dengan Muhyiddin nampakya semakin diketahui umum.
Kepulangan Najib dari luar negara dengan sambutan yang agak besar itu adalah
usaha pihak penyokong Najib bagi menunjukkan yang beliau (Najib) mempunyai
sokongan kuat. Kehadiran ramai itu juga
adalah untuk menunjukkan kepada pihak yang mahu mengalih dan menganjak
kepimpinan dalam UMNO itu supaya jangan cuba-cuba untuk melakukan apa-apa
terhadap beliau.
Dalam ramai-ramai ahli UMNO yang
menunggu itu ada juga beberapa orang yang datang dari kalangan yang melakukan
usaha mengenepikan Najib kerana tidak mahu tindakan mereka dihidu oleh pihak
yang mempertahankan Najib. Yang jelasnya kumpulan yang datang beramai-ramai
menunggu kepulangan Najib itu termasuklah mereka yang telah membaling batu terhadap Najib dan menyorokkan tangan mereka dengan hadir bersama dalam perhimpunan itu.
Itulah yang berlaku di dalam UMNO
menjelangnya pilihanraya ini dan persediaan sudah nampak berlaku untuk
melakukan apa yang telah dilakukan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Jika BN
memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang lebih kecil dari apa yang
di perolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu maka Najib akan
diminta mengundurkan diri dan memberikan pimpinan itu kepada TS Muhyiddin
Yassin. Itulah caranya di dalam UMNO selagi ada seorang yang masih dibiarkan
aktif dan menyibuk dalam politik UMNO itu sekarang.
Tetapi kali ini strategi itu akan
memudharatkan UMNO itu sendiri. Pilihanraya kali ini akan mengakibatkan bukan
sahaja kumpulan Najib terpaksa berundur tetapi yang berkehendakkan Najib
berundur itu pun akan di undurkan oleh rakyat. Jika usaha setengah pihak dalam
UMNO hendak mengenepikan Najib itu hanyalah untuk mengambilalih peranan sebagai
Ketua Pembangkang sahaja kerana keseluruhan UMNO itu nampaknya akan menjadi
pihak pembangkang tidak berapa lama lagi.
Sebenarnya jika Pakatan Rakyat
mendapat mandat rakyat ia merupakan satu hikmah bagi UMNO kerana semasa menjadi
pembangkang itu lah UMNO berkesempatan untuk malakukan introspeksi diri dan
melihat kedalam kenapa mereka di ketepikan oleh rakyat negara ini. Semasa itu
nanti UMNO bolehlah mengambilalih kepimpinan Najib itu dan membetulkan UMNO
seperti yang sepatutnya.
Itu sebabnya ulamak yang muktabar
sentiasa mengingati kita supaya jangan menerkam yang cantik itu kerana di
sebalik kecantikan itu mungkin ada kecelakaannya. Di sebaliknya jika datang
musibah dan yang buruk jangan terus ditolak kerana mungkin ada kebaikan di
sebaliknya.
Dalam kes UMNO ini mereka (UMNO) mesti jangan gusar menerima kekalahan kerana di sebalik keburukan itu sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.Hikmah bukannya dalam bentuk kuasa yang ada ditangan, tetapi hikmah yang sebenarnya ialah berkesempatan bagi memperbaiki diri untuk menjadi parti yang lebih baik dan mempunyai perjuangan yang betul.
Ramai manusia yang takut kepada mati, tetapi apabila mereka mati dalam keimanan mereka akan tahu bahawa hidup di alam yang selepas mati itu adalah kehidupan yang enak dan dan menyejukkan. Itu kata-kata ramai alim ulamak yang mempunyai makam yang tinggi, bukannya kata-kata dari saya.
Dalam kes UMNO ini mereka (UMNO) mesti jangan gusar menerima kekalahan kerana di sebalik keburukan itu sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.Hikmah bukannya dalam bentuk kuasa yang ada ditangan, tetapi hikmah yang sebenarnya ialah berkesempatan bagi memperbaiki diri untuk menjadi parti yang lebih baik dan mempunyai perjuangan yang betul.
Ramai manusia yang takut kepada mati, tetapi apabila mereka mati dalam keimanan mereka akan tahu bahawa hidup di alam yang selepas mati itu adalah kehidupan yang enak dan dan menyejukkan. Itu kata-kata ramai alim ulamak yang mempunyai makam yang tinggi, bukannya kata-kata dari saya.
Jangan berasa terlalu kecewa jika
kali ini UMNO mengambil giliran untuk membangkang, kerana membangkang itu boleh
membina pemikiran dan menajamkan perjuangan mereka. Semasa duduk sebagai
pembangkang itu UMNO akan lebih mudah untuk menolak pimpinan yang selama ini
dianggap tidak baik untuk perjuangan parti itu. Semasa itu nanti Dr Mahathir
bolehlah menaikkan Muhyiddin dan menurunkan Najib kerana menaikkan dan
menurunkan pimpinan itu adalah ‘forte’ dan kekuatan Dr Mahathir.
Semasa itu nanti Dr Mahathir
bolehlah menaikkan Muhkriz untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO untuk membantu
Muhyiddin mengambil kembali mandat rakyat dalam pilihanraya yang berikutnya.
Itu pun jika rakyat mahu UMNO kembali menjadi parti kerajaan.
Tetapi mungkin semasa itu nanti
UMNO akan dapat merasakan nikmatnya sebagai parti pembangkang.
13 comments:
Tulisan Tuan kali ini bersifat pessimistic pulak dengan memberikan scenario jika BN menang dengan majoriti tipis, sedangkan sebelum ini tuan sering menulis BN telah ditolak rakyat majoriti.
Jadi secara iklasnya, adakah Tuan masih belum yakin bahawa BN dapat ditewaskan dalam PRU13?
Kepada saya jika pilihanraya benar-benar bersih, BN pasti tewas kecuali Allah berkehendak sebaliknya. Dalam penilaian saya BN hanya akan memenangi PRU13 sekiranya semua kaedah penipuan yang sedang dirancangkan oleh SPR sekarang ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Di sinilah saya mengharapkan "devine intervention" di mana sejak lebih 3 tahun yang lalu, sebelum isu doa di stadium Kelantan tiba-tiba meletup, saya telah berdoa setiap kali selepas solat memohon kehancuran ke atas regim korup UMNO/BN.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Benar tanpa bersuluh akan segala peringatan yang saudara sebutkan ini, walaupun ianya adalah dipetik daripada kata-kata golongan ilmuan. Apa yang lebih penting ialah, sememangnya hidup ini berbanding hari kemudian sebenarnya terlalu singkat; cuma, ketika ini, kita sahaja yang rasa lama benar, malah ingin terus kekal, kalau boleh ... Justeru, UMNO kini suka atau tidak "WAJIB" menerima hakikat sebagaimana yang tersebut pada ayat 26-27/78, Surah Ar-Rahman (s55/114), Juz 27/30. Kalau mereka dan para penyokong tegar mereka tak faham atau buat-buat OKU penglihatan dan pendengaran akan peringatan itu, bersiap-siagalah untuk diazab sedari dunia lagi, lebih-lebih lagi di sana nanti, k?
Terima kasih dan salam jihad.
Nobody can save MCA, MIC and other smaller parties....they are a huge baggage/burden to UMNO too.
But UMNO, with a younger and new team, in opposition for a term can come back very strongly with new component parties.
Kalau UMNO ditakdirkan menjadi pembangkang ,semoga ia menjadi pembangkang yang bemoral dan bemaruah tidak seperti yang terdapat sekarang.
'A good government does defend on good opposition'
orang umngok mana tahu quran!
salam TA
1. nampak semacam TA masih sayang kat UMNO
2. mcm wp jadi pembangkang nanti, TA masih mengharapkan UMNO buat pembaikian
TA
1. pada firasat sya lah , sekali kalah , UMNO akan ambil masa yg sgt pjg , mungkin 500 tahun lagi baru boleh bangkit semula
ATAU
2. UMNO akan terus pupus buat selama2nya
3. kerana ketika itu nanti UMNO akan disumpah seranah mcm mahsuri & lagenda langkawi nya
4. tapi , utk UMNO pulih semula spt kata TA utk jaga nya perlu kos yg besar ,,,,sama juga utk pulih nya kos ny tersangat besar sekali
5. lebih baik dilupuskan saja , dpd dibuat PPM
Jika ditakdirkan UMNO kalah dalam pilihanraya nanti,lalat dan langau dalam UMNO akan berterbangan lari mencari tempat baru untuk mencari makan.Hati-hatilah....
jika UMNO menjadi pembangkang,tak ada sorang pun kelapak nak jawatan PRESIDEN UMNO yg tidak ada apa-apa kuasa.Muhyiddin pun for sure akan mengundurkan diri.Siapa lagi ? Hishamuddin ? Zahid ? Shafie ? tiga-tiga ekor ni akan lompat ke PR ada....Najib dg rela melepaskan jawatan. Kemungkinan PRESIDEN UMNO baru Mukrizlah kot...bapa dia ada USD 44 billion.Makan sampai anak cucu cicit pun tak habis!
Buah Kote mamak
Tebing Tinggi,
Saya juga mengharapkan jika UMNO menjadi pembangkang ia akan menjadi pembankang yang baik diperingkat nasional walaupun UMNO tidak mempunyai pengalaman dalam hal ini sebagaimana Pakatan tidak mempunyai pengalaman menjadi kerajaan persekutuan.
2. Walaubagaimanapun kedua belah pihak mempunyai sedikit pengalaman sebagai kerajaan negeri dan pembangkang peringkat DUN di beberapa negeri.
Walaupun tak sama skalanya antara memerintah kerajaan persekutuan dan negeri, satu pihak agak berjaya mengendalikan kerajaan negeri dimana paling-paling terukpun performa mereka masih lebih baik dari kerajaan negeri yang mereka ganti. Ini disahkan oleh lapuran-lapuran ketua audit negara.
Manakala performa UMNO sebagai pembangkang di peringkat DUN di 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan agak mengecewakan dengan performa yang paling mengecewakan ialah di negeri Kelantan.
3. walaupun performa UMNO sebagai pembangkang di 4 negeri Pakatan agak mengecewakan, performa pembangkang di parlimen sejak merdeka hingga tsunami 2008 juga tidak jauh bezanya.
Performa pembangkang di parlimen agak padu dan tersusun setelah pembangkang-pembangkang bergabung di bawah Pakatan Rakyat. Itupun setelah hampir 50 tahun dalam keadaan lemah.
4. Jadi kesimpulannya, Tebing Tinggi tidak perlu risau dengan performa UMNO di parlimen nanti sekira di takdirkan UMNO menjadi pembangkang. apatah lagi apabila UMNO terpaksa memainkan peranaan baru yang asing samasekali sejak dari merdeka dulu. UMNO perlu melalui satu keluk pembelajaran yang agak lama seperti ditunjukkan oleh parti-parti pembangkang sebelum tsunami 2008....50 tahun beb!, masa belajar, itupun masih biasa-biasa lagik.
bat8
Saya setuju dg pendapat buah kote mamak.Cuma satu keluarga warlord yg layak mengambil jawatan PRESIDEN UMNO pembangkang ialah anak-anak Madeiyy Kerala.Anak-anak dia semuanya taikun.Mirzan..sdgar arak dan petron.Mokhzani sdgar samun minyak Petronas.Mukriz dah sah Presiden UMNO parti pembangkang.
Cuma satu sj permintaan Rakyat Malaysia.Semua kontrek yg disapu bersih oleh anak-anak Madeiyy ditarik balik.PR ,mesti bicarakan Madeiyy dan kembalikan duit Rakyat
Jerlun
As Salam Tuan Aspan.
Betul seperti kata dan pendapat Beruk Mok Yea (Tebing Tinggi)yang di atas tu:
"Kalau UMNO ditakdirkan menjadi pembangkang ,semoga ia menjadi pembangkang yang bemoral dan bemaruah tidak seperti yang terdapat sekarang". Sebagai
contohnya Pembangkang di negeri Pulau Pinang, Kedah. Kelantan dan Selangor.
Memang bijak dan betul sangat pendapat kamu tu Beruk Mok Yea (Tebing Tinggi). Rasanya dia ni adik tiri Batu Ronson....Sebab tu otak mereka duduknya terlalu rendah.
BN harus dimusnahkan hingga hilang dari muka bumi politik negara sehingga ahli baru yang beramanah dan berkaliber muncul. Anggaplah sebagai 'spring cleaning' untuk membersihkan parti kerajaan ini dari menteri-menteri sekarang yang penuh korupsi serta anak-anak menteri yang sedang berair liur hendak menjadi menteri telah tua kerepot dan tidak dapat memasuki langsung bidang politik.
jangan yakin sangat yg BN akan kalah, mereka akan menipu dlm pilihanraya nanti
Post a Comment