Hari ini telah dispekulasikan
sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah
menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard,
“saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah” Siapa kita untuk mengetahui perkara
penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta
berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.
Bagi saya samada pembubaran itu
dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk
melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah
karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa
sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya
selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan
merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib
di Kuching semalam.
Najib merayu untuk BN di berikan
sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan
sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah
negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak
pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat
ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun
telah berpenggal-penggal mentadbir kita.
Sebenarnya Najib masih belum
berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen
sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa
membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan
sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib
memilih untuk berbuat demikian.
Tidak ada sebab untuk Najib
tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan
Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang
tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan
Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung
bulan April nanti.
Tindakan Selangor untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai
sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk
menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan
kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri
Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri
Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.
Kerja dan tugas UMNO yang penting
sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut
peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan
PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai
tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN
jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.
Tidak salah untuk UMNO bertahan,
tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin
mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai
banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri.
UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan
rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.
Puak Dr Mahathir memberikan
sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk
memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir
ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan
Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras
pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.
Satu isu yang terbesar akan
mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika
Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang
tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik
Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah
berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan
senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.
Tidak tahu lah kita samada Najib maklum
tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap
Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita
samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok
besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke
persimpangan.
UMNO tidak mempunyai jalan selain
dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak
mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang
di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO
tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu
mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak
berkuasa lagi.
Mahathir tersangat takut jika
Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit
masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa
dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO
hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa
menghadapi Anwar jika Pakatan menang.
Jika UMNO menang dengan tipis
sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga
menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil
tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO
tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong
sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam
UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan
mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka
itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah
mereka dukung dahulu.
UMNO sudah tidak ada lagi
pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi
amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja
Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir
hayat.
Najib sekarang memang tidak boleh
bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja
boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti. Hakikatnya Najib akan lebih selamat jika pembangkang mendapat mandat dari orang lain dalam UMNO itu mengambil alih kepimpinan beliau.
Najib tahu Mahathir tidak akan
membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika
UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali
ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.
8 comments:
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Syukur ke hadhrat-Nya yang telah menaqdirkan kecelaruan sebegini terhadap parti yang kini bolehlah dinamakan sebagai the United Mungkarat Number One ini. Nah, itu baru di sini; golongan penzalim dan bersalah berasa begitu gelisah lagi gundah-gulana, bagaimana pula nanti setelah dibangkitkan di Mahsyar? Justeru, dengan keresahan mereka khasnya para dajjal di atas tu yang didalangi Mahathir tak berhati perut ini,jelas membuktikan firman Allah yang bermaksud: "Dan mereka merancang tipu-daya, sedangkan Kami (Allah) turut merancang; dan ingatlah, sesungguhnya perancangan tipu-daya Allah adalah yang terbaik." Justeru, apa kata, dengarkanlah lagu ini:
"kini tiba saatnya, pilihanraya,
Semua warga Malaysia bersiap siaga;
Mengundi yang dipercaya dan bertaqwa,
Bukan mereka yang janjinya tak ke mana ..."
Terima kasih dan salam jihad.
Tiap-tiap hari Najib melalak di semua TV Perdana.Dia mengunkit-ngungkit projek yg dia telah luluskan.Hoii....Najib! Itu bukan duit bapak engkau atau tok Noh engkau! itu bukan duit BN! Itu duit rakyat juga.Tak payahlah nak ungkit-ungkit!
Najib ni belajar tak habis kat Nottingham! Najib x rural study tak faham-faham kehendak rakyat peasant/petani!Itulah dia. dia cuma tahu buruk siku sahaja!Najib tak habis-habis dg sepenggal lagi kpd dia.Senanglah dia buat dan angkut duit lagi.
Buatlah bila nak diadakan Pilihan Raya?! hujung Februari ? Hujung March ? ke April....Rakyat Sabah kata ini kalilah! Rakyat Semenanjung kata pergi jahanam dg UMNO. Mahathir diktator mirip 120 % KOMUNIS!
Najib,silap silap hari engkau pun hanyut !
Orang KEDAH
Lebih baik Najib berkata " Berilah saya sepenggal jadi Ketua Pembangkang....kan lebih baik!he he
Pekan
Maklumat dari kawan yang hadir program perpaduan melayu di DBP yang Raja Nazrin berucap dan resmikan: para aparat gomen serta pencinta umno sedar dari maklumat risik, mereka akan kalah!
Sebab itu PRU 13 tertangguh2!! (Tapi ini official news dari mereka (gomen) untuk juak2 mereka (aparat dan pencinta umno).
Namun apakah yang tersembunyi/tersirat??)
Bang,
Selepas tekanan demi tekanan diberikan oleh geng2 dari dalam umno untuk pastikan Najib TURUN (kerja berahem yang melemahkan Najib serta melalui Musa Hassan dan Deepak yang masih berterusan berlaku) sebelom membubarkan parlimen supaya Muhideen boleh naik gantikan beliau untuk KUNUNNYA memacu umno memenangi PRU 13, kita kini sudah dapat lihat Muhideen sudah relaxx, banyak senyummm dan paling tak boleh tahan, paling banyak membuat ucapan2 serta komen2 seolah2 sudah mula kuat 'menyokong PM Najib'!
Inilah BUDAYA serta GAYA wayang pemimpin2 umno ciptaan Mahadeii!!
Tapi kan Pengerusi SPR dipetik sebagai berkata PRU 13 tidak akan berlangsung sehingga berakhirnya LIMA di Langkawi pada akhir Mac 2013!
Maka nampak gayanya parlimen akan dibiarkan terbubar secara OTOMATIK!!
Persoalannya:
Adakah Najib takut kalah?
ATAU
Adakah Najib buat DEGIL terhadap mereka2 yang mahu ketepikan dia?
In the face of a defeat, the PM could do a lot of good for the country eg. transformation - you cannot expect to achieve results overnight, it takes decades.
He could be remembered by history as the greatest PM to lay the foundation to save the country from decades of rampant corruption, bad leadership etc..
Najib lebih baik bagi jalan pada Mahyudin. Imej Najib terlalu teruk dan tidak terbawa kepada kemenangan BN.
Tukang kipas spt mat maslan kata dpt 2 per 3 majoriti. Teringat kisah khir toyo kata pru12 dulu pmbangkan sifar di sngor. Last dia sendiri kena sapu dr post mb. Jgn takbur bn. Usia mu dah tamat. ABU.
Post a Comment