11 May 2013

Kabinet Najib atau kabinet 'warlords'

Apa yang ‘unthinkable’ yang Najib perlu lakukan selepas menang tipis dalam PRU 13 yang baru selesai ini? Saya bermaksud untuk Najib mengeluarkan imej kerajaan dari imej yang ada pada hari ini sebagai salah satu dari banyak pertimbangan untuk melakukan ‘the unthinkable’ itu.

Pertamanya, dari segi struktur kabinet lantikan beliau mesti berbeza dari yang kita lihat selama ini. Merubah penampilan kementerian kepada rakyat itu boleh memberikan imej baru kepada apa yang ingin beliau lakukan jika beliau mempunyai pemikiran yang betul dan jujur.

Keduanya, barisan kabinet lantikan beliau nanti wajar mengeluarkan mereka yang telah tercalar dengan rasuah didalam parti atau pun kerajaan. Jika masih ada ahli jemaah menteri yang masih mempunyai stigma rasuah itu bukannya membantu Najib tetapi akan menghancurkan kepimpinannya sendiri. Untuk melakukannya, Najib perlu mempunyai keberanian yang luar biasa kerana tindakan beliau untuk melakukan perubahan itu akan mendapat tentangan dari ‘warlords’ dalam UMNO itu sendiri.

Apa yang perlu Najib ketahui, jika terpengaruh dengan tekanan ‘warlords’ ini Najib sendiri akan bersara sebagai seorang bekas pemimpin negara yang dicemuh dan dinesta rakyat sampai ke mati. ‘Warlords-warlords’ ini tidak akan ambil peduli terhadap Najib setelah mereka mendapat kehendak mereka. Mereka-mereka ini akan mengelilingi dan menjunjung pemimpin yang baru yang menggantikan beliau itu nanti. Bukankah itu budaya lama UMNO yang tidak akan dapat dihakis lagi?

Najib tidak boleh ada ‘obligation’ keterlaluan dengan melantik mereka yang berimej kotor walaupun mereka itu penyokong kuat beliau kerana jika dilakukan juga maka rakyat akan memberontak lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Jika Najib serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan maka nama-nama busuk tidak boleh berada dalam kabinet beliau. Jangan pula terpaksa melantik Ali Rustam, misalnya semata-mata memberikan tempat kepada beliau kerana beliau kalah di Bukit Katil baru-baru ini. Semua orang tahu siapa beliau dalam pemilihan parti beberapa tahun dahulu.

Maksud saya jika Najib serius, beliau perlu melakukan pembaharuan secara ini kerana mereka inilah yang membuatkan UMNO tidak lagi dihormati oleh rakyat. Jika masih ada lagi nama-nama seperti ini tersenarai dalam kabinet Najib, maka itu merupakan satu petanda buruk yang akan dihadapi oleh UMNO tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah letih dengan imej rasuah UMNO ini.

Pembentukan kabinet kali ini mesti dan wajib melambangkan yang Najib serius untuk memberikan barisan kabinet yang meyakinkan rakyat. Najib mesti memenuhi ‘obligation’ terhadap rakyat, bukannya ‘obligation’ terhadap kroni atau mengambil kesempatan untuk membalas budi kepada individu yang berimej buruk yang membantu beliau dalam politik.

Pemimpin-pemimpin gantian mesti datang dari mereka yang bersih dari imej rasuah dan berpengalaman untuk melakukan pelan pembaharuan yang sebenarnya. Ini sahaja peluang yang ada kepada Najib untuk memulihkan imej beliau dari seorang yang penakut kepada yang berani dan mampu menghadapi risiko dan tekanan dari mana-mana ‘warlords’ di sekeliling beliau. ‘Warlords-warlords’ ini mungkin tidak berapa selesa tetapi di sebaliknya beliau akan disokong rakyat yang ramai.

Selalunya ‘warlords-warlords’ ini bukan ikhlas untuk memberikan nasihat dan pandangan. Pandangan dan nasihat mereka itu adalah untuk kepentingan mereka semata-mata dengan menggunakan pengaruh Najib itu. Segala bala dan petakanya Najib yang akan menerimanya.

Biarlah Najib ambil mereka yang mengkritik beliau asalkan sahaja mereka boleh memberikan bantuan dan sokongan kepada beliau untuk melakukan perubahan yang dicita-citakan oleh Perdana Menteri itu.

23 comments:

Anonymous said...

Salam Dato' masalah utama dalam UMNO lebih ramai yang yang bergelumang dgn rasuah dan yang bersih pun saya rasa tak sampai sepuluh jari kalau dikira. Apatah lagi ketua UMNO iti sendiri yang sememngnya kita tahu akan "track record" nya. Tak payah diungkit apa yang mereka buat. Adakah UMNO itu sendiri boleh membersihkan mereka itu semua.? Saya rasa memang skeptikal sekali pandangan saya kerana rasuah itu telah jadi darah daging merek dulu kini dan selamanya! Tapi apakan daya keputusan PRU 13 masih belum memihak kepada PR. Sekiranya keputusan PRU 13 lalu lain hasilnya, saya adalah rakyat biasa yang pertama yang akan menziarahi mereka di Sungai Buluh .InsyaAllah.

-anakPodehGhombau-

Anonymous said...

Salam, saya rasa pelantikan MB terengganu pun dah menampakkan pendirian PM kerajaan minority hari ini.

Anonymous said...

salam tuan,

bagaimana nak laksanakan.. bila calon yg dikemukan dah dikira teruk dan calon2 ini menang dan jadi MP. ini bukan kalangan calon biase - ini kira yg senior contoh macam ISa felda...
tak mungkin,,,,

Anonymous said...

Pak AA...
Najib mampu ke pilih pemimpin yg bersih?
Bersihkah UMNO ?
Paling utama... Najib ni bersih ka?
Jadi kita tunggu PRU 14 untuk tolong 'bersihkan' puak ni!!!
tq.

Anonymous said...

Ya saya setuju dengan tuan Aspan, beranikah Najib melakukan sesuatu yang "unthinkable " salah satunya bak kata perpatah - buang yg keruh ambil yg jernih, baru BN (UMNO ) akan kembali pulih. Yg teruk....buang saja jangan takut.

Anonymous said...

Kabinet warlord ? presiden perkasam akan dilantik sebagai menteri perpaduan.yang tak pandai mengira pun dilantik apalagi yang kalah bertanding pun ada harapan.

SHAKEYZ.BLOGSPOT.COM said...

Tahniah, propaganda PR telah berjaya mainkan persepsi rasuah itu teruk seteruknya sedangkan maksiat mungkar seperti liwat dan zina tidak diendahkan. Inilah jadinya dengan kaum melayu liberal. Ya lah, kebanyakan yg undi PR tergolong dalam golongan yang samada tidak heran dgn zina kerana mereka sendiri amalkan budaya yang sama atau golongan satu lagi yang percaya bulat2 dakyah PAS yg kata setiap tuduhan perlukan 4 saksi walaupun ada bukti video.

Moreover Aspan, i seriously dont like your general insinuation like the one you said about Ali Rustam. Its grossly unfair especially to readers who dont know anything about Ali Rustam.. If you have proof, just blurt it out. But you chose to create a perception that he is bad person without really able to provide the evidence.

This is utmost cowardice act on your part. Shame on you.

Anonymous said...

Tak perlu nasihat Najib lagi. Seluruh Umno BN adalah korup dan barah yang sepatutnya dicantas. Kalau Najib waras dari ditikam belakang oleh Mahathir dan Muhyiddin, eloklah dia bersama 40 orang MP berhijrah ke Pakatan Rakyat dan serahkan jawatan PM kpd Anwar utk melakukan proses pembersihan pentadbiran Negara. Itu cara terbaik utk Najib menebus perbuatan menipunya 505! JS Meru

sizzly7761 said...

Salam Pak AA, lontaran idea Pak AA sangat baik dan perlu difikirkan oleh PM Najid. Tapi masalahnya di sini PM kita ni jenis tak reti dan tak cerdik nak berfikir sebab dia tidak pernah melalui kesusahan dalam mencapai tahap sekarang. Dia hanya pandai tunjuk jari telunjuk dan sebut perkataan 1 Malaysia aja! Itulah satu2nya idea yang dia boleh fikir dan lontarkan. Semuanya nak di 1malaysiakan. Kalau suruh dia fikir, nanti adalah idea 'pandir' dia....mungkin akan ada gagasan idea 'Isteri 1Malaysia',Mati 1Malaysia, kubur 1Malaysia! Inilah langkah 'unthinkable' yang najid boleh buat!

zahirudin said...

Shakeyz.blogspot.com,

I m the side of Pak Aspan bro. You want the proof of the corrupt act of Ali Rustam and it's not hard to give at least one. He was disqualified to cotest as Dep President of UMNO coz of corruption and money politics.Remember?

muaz, kg pelangai said...

Aspan, You are right there. But would Najib able to do the cleaning up exercise? If Najib is able to do it, I shall be the strongest supporter of him. I'll show up to him and kiss his hands.

BUT I don't think so.

Anonymous said...

Shakeyz .blogspot
Pembetulan ayat anda yg memang bangang tak habis.
Kebanyakan yg undi PR adalah rakyat yang celik dan tahu membezakan antara susah dan senang. Antara harapan dan khayalan TAPI kamu lebih terarah kepada liwat, zina . Memang sah anak diidikan Umno Dan Utusex!

-anakPodehGhombau-

Anonymous said...

I hope our PM is not giving a losing Umno candidate in the cabinet.
he must change bro.

ordinary malaysian said...

Apakah dapat Najib membentuk sebuah kabinet - selain dari kehendak kehendak warlord warlord masing masing - yang tidak bermasaalah? Ini kerana persepsi orang ramai terhadap Najib diri sendiri adalah kurang baik, dipercayai beliau diri sendiri terlibat korupsi. Apa jua bentuk kabinet yang Najib mendatangkan nanti, ianya tidak akan menyakinkan orang ramai selainkan Najib menyingkiran diri sendiri dan ini tidak akan menjadi.

Anonymous said...

persempadanan kawasan mengundi direka khas utk mengekalkan umno sebagai pemerintah... dgn hanya perolehi undi popular sebanyak 35% dari keseluruhan para pengundi, umno masih boleh menang dan jadi pemerintah...itulah hakikat 'demokrasi' ala malaysia...

maka, akibat dari 'demokrasi' ala malaysia itu, saya yg merupakan rakyat malaysia yg tak menganggotai mana2 parti kian amat berputus asa......disanubari rakyat seperti saya ini, hakikat nya adalah.....telan mati ayah, muntah mati emak...... ubn/dsn ataupun pr/dsai
berkempen2 sekadar hanya utk mendapat sokongan
rakyat dan seterusnya mempergunakan rakyat......iaitu
penyokong2 ubn sekadar anggota yg akan
diper'tolol'kan dan penyokong pr pula sekadar anggota
'pendemo jalanan'.....maka di pru 14 kelak, saya akan
boikot pengundian....kerana ubn akan tetap menang
dan pr akan tetap pembangkang jua.... the outcome
is predictable....... di malaysia fungsi pru adalah semata2 utk menyatakan kpd dunia yg malaysia adalah
negara demokrasi.....

Anonymous said...

Salam Pak AA,
Susah pak untuk Najib nak putuskan ahli kabinetnya.
Petama,semua yang menang telah disahkan bersih olih Macc,polis dan apa jua institusi negara.Semuanya layak dan sediaberkorban demi rakyat diutamakan.
Jadi Najib kena rujuk kapada yang lebih arif hal hal lantikan ni...TYTM Mamakutty.

nick said...

Pak,

Terengganu MB "the spoilt child" Ahmad Said intends to punish the Terengganu voter for exercising their rights to freely choose their representative. Amusingly, UMNO and Najib still wonders why the majority of Malaysian are rejecting them and have deep resentment towards UMNO (ABU)! Najib defense of Utusex immoral and criminal editorial titled "Apa lagi Cina mahu" (I have never read anything so "kurang ajar" from a so called "free" press than this) provided deep insight and understanding to malaysian that their choice to reject UMNO and Najib WAS a correct one!

UMNO and Najib still after many decades failed to understand that being elected (even fraudulently) into government DOESN'T mean that they are lord and masters of the people. On the contrary, it simply means that they have the responsibility as the servant who are answerable to the people and one is NOT allowed to threatened and blackmail the electorate. Ahmad Said and Najib both showed the symptom of what ails UMNO and that disease is arrogance tempered with stupidity!

The Malays (about 4 millions plus of them) totally rejected UMNO and even voted for DAP which would signal that in the malays mind, DAP is considered more democratic and just than UMNO, a party that is populated by "Malays" and "Muslim"! UMNO and Najib should feel ashamed at themselves for their contemptuous behavior which does not resemble the action of a malay and worse, of a Muslim.

Will Najib then be able to form a cabinet that would truly reflect his rhetoric and slogan of 1Malaysia and 1everythingunderthesun? Sadly for Malaysian (and especially for Terengganu for having a childish and immature MB) we will have nothing of the sort simply because at their core, both najib and UMNO still do not understand that becoming the government is NOT the prize of winning an election but a heavy responsibility and trust to justly and honestly manage the affair of this country on behalf of ALL Malaysian.

As long as Najib and UMNO still doesn't get this fact, they will be rejected by more Malaysian and sooner or later, they will lose the seat of government and when (not if) they lose the seat of government, UMNO will forever lose the trust and allegiance of Malaysian. And that is WHY ABU is widely accepted by All Malaysian (not just by Chinese). In short, the current form and behavior of Najib and UMNO is unwanted by Malaysian and unless this changes, Malaysian will keep on rejecting them and ABU will still remain a relevant political objective. ABU? Yes, definitely!

Nick.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan.

Untuk membersihkan BN, perlu dihidupkan kembali idea 16 September yang lalu. Dengan penghijrahan 23 MP Sabah, BN terus bungkus. Kalau nak harapkan PRU yang bersih sammpai kiamat takkan berlaku selagi SPR di kuasai oleh barua-barua umno. MP Sabah perlu melakukan "national service" untuk menyelamatkan Malaysia. Walaupun dari segi moral ia tidak bermaruah, adakah kerajaan yang menang dengan penipuan di kira lebih bermaruah?

Hakikatnya Najib hanya menjadi PM Malaysia kepada 47% undi popular, berbanding Anwar dengan 53%. Saya tidak mahu di perintah oleh kerajaan minoriti sebab kerajaan minoriti adalah "Kerajaan Haram" dan tak bermaruah!

Anonymous said...

KABINET MALAYSIA TERDIRI DARI PEMBUNUH ,PENGKHIANAT, PENYANAYJ, PENYAMUN,DAN PENIPU DALAM PRU

wonder why said...

What happened to the frogs that has been polishing Najib balls. All this frogs are koyak, and Najib needs to offer new frogs to be his Cabinet members. Ayohlah so sorry poor Najib.

Anonymous said...

Harap menteri amaran tidak dilantik semula

Anonymous said...

Pandangan tuan aspan sesuai dengan statusnya iaitu empunya blog. Aku duk bukit baru kenal la siapa ali rustam. Mmg la buat kemajuan banyak. Jkkk kampung aku pun kalau bg peruntukan buat gak projek. Tapi menguruskan projek yg bnyk dia gagal. Hutang tak terkawal. Projek takda imbangan impak kewangan negeri. Belanja ikut suka. Uruskan negeri bukan mcm urus kampung bang. Taksub tak sudah..

Anonymous said...

LOL... ppl are claiming PR is clean? what kind of poison have u guys taken? kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...

Congrats tu PR for the ability to embed such perceptions in the supporters mind...

It is amzaing that to the PR supporters their leaders are so clean... maksum gitu... dasyat la u all... I'm amazed... really amazed..