Kenaikan harga barang menjadi isu
penyebab jika kerajaan sekarang jatuh. Kenaikan harga barangan itu hanyalah
‘immediate cause’ sahaja tetapi isu yang sebenarnya masih belum difahami oleh
banyak pihak. Jika harga barangan benar-benar disebabkan oleh kenaikan harga
yang sebenarnya, keadaan sekarang ini tidak mungkin berlaku.
Rakyat marah kerana dalam kita
sedang berhadapan memerangi isu harga barangan yang melambung naik ini, mereka
mendengar pemimpin tidak berubah juga. Mereka masih dengan berbelanja wang
mereka (rakyat) tanpa had dan ini hanya menunjukkan pemimpin kita hanya mahukan
rakyat berkorban sedangkan mereka tidak mahu berkorban bersama.
Jika kerajaan kita dan
pimpinannya bersih kenaikan harga barangan ini boleh menjadi faktor penyatuan
di antara rakyat dan kerajaan dan bersama-sama memikul tanggungjawab bersama.
Tetapi dengan sikap dan perangai pemimpin kita ini maka rakyat terasakan yang
pemimpin utama kita hanya mahukan mereka (rakyat) sahaja yang berkorban,
sedangkan mereka masih dengan sikap dan laku yang biasa seperti tiada apa
masalah yang sedang kita hadapi.
Pemimpin-pemimpin kita masih
dengan sikap ‘lavish’ mengadakan keraian harijadi dan keraian anak di hotel-hotel besar dan
ternama sehinggakan sekarang di antara rakyat dengan pemimpin adalah di antara mereka
yang ‘beratap nipah dan beratap genting’. Pemimpin kita tidak sensitif dengan
perasaan rakyat yang memberikan mereka mandat untuk menjaga negara yang mereka
sayangi ini. Mereka tidak mempunyai tempat atau negara lain untuk berlindung.
Mereka yang telah memunggah harta
rakyat semasa berkuasa itu sememangnya boleh memilih negara lain untuk hidup
setelah tiada apa yang tinggal di negara ini. Mereka boleh keluar negara hanya
untuk melihat matahari naik di tahun baru di dua tempat di dunia ini, sedangkan rakyat
tinggal di kampung masing-masing berperang dengan kenaikan harga barangan
keperluan yang sedang mengganas sekarang ini.
Dengan keadaan ini maka rakyat
telah merasakan tersisih daripada kerajaan dan pimpinan mereka. Rakyat merasakan
yang mereka hanya dijadikan kaldai untuk memunggah harta benda mereka sendiri
untuk dikendung dan dibawa lari oleh pimpinan yang mereka telah mandatkan untuk
menjaga negara kita ini. Lebih dari satu trillion ringgit telah dibawa keluar
secara sistematik tetapi haram itu, oleh mereka yang berkuasa dan kroni yang
berhampiran dengan mereka (pemimpin).
Saya katakan wang kita dibawa
lari secara sistematik kerana kita boleh menelah cara yang akan digunakan oleh
mereka (pemimpin) ini. Ia boleh dilakukan dengan mengadakan dan syarikat yang
boleh memberikan nasihat dari luar negara dan memberikan mereka upah yang
dinamakan ‘consultancy fees’ kepada mereka dan melalui syarikat ini boleh
memberikan kembali wang yang dibayar oleh pemimpin kerajaan itu.
Pimpinan yang rasuah dan tidak
boleh dipercayai boleh menerima wang rasuah ini bukan sahaja dari pembelian
barangan kelengkapan pertahanan dan sebagainya, ia juga boleh diterima dari
mereka yang memberikan perkhidmatan dan nasihat dari syarikat antarabangsa. Itu
sebabnya kita melihat harga dan kos yang diberikan oleh konsultan luar negara
mencecah sehingga berbillion ringgit. Bukan semua wang itu didapati oleh
syarikat konsultan itu. Sebahagian besarnya kembali ke tangan perasuah tegar itu.
Pendeknya setiap apa yang
dilakukan untuk memberikan khidmat kepada pimpinan itu merupakan saluran yang
sangat mudah untuk mendapatkan wang rasuah itu. Malahan ini lah kaedah ‘money
laundering’ yang sangat mudah untuk dilakukan. ‘Money-laundering’ ini boleh
dilakukan dengan membeli intan berlian dari negara luar dengan harga yang
tinggi.
Sesudah mendapatkan barangan itu,
barangan itu boleh dibawa kembali ke negara asalnya dan mengembalikan semula
intan berlian itu dan mendapatkan kembali wang pembayaran intan berlian itu
dengan diskaun untuk penjual yang telah memberikan kerjasama tadi. Dengan cara
ini penjual itu akan mendapatkan kembali intan berlian yang dijualnya tadi dan
dapat pula banyak diskaun diatas kerjasama pembeli yang rasuah tadi. Semua ini
telah berlaku dinegara ini dalam jumlah yang terlalu besar untuk diterima oleh
rakyat yang memahaminya.
Dalam masa yang sama rakyat yang
rata-rata susah tidak dapat lari dari himpitan kenaikan harga barangan tadi. Ia
tidak dapat diselesaikan dengan memberikan bantuan BRIM semata-mata tetapi ia
wajar diselesaikan dengan tindakan yang drastik oleh rakyat sendiri melalui
saluran-saluran yang ada secara sah dan ‘legitimate’ mengikut sistem demokrasi
kita yang kita amalkan ini.
Itu sebabnya pembangkang mendapat
sokongan dari mereka yang marah-marah ini, dan mereka bukan berpindah kepada
pembangkang kerana pembangkang itu boleh menyelesaikan masalah-masalah itu.
Tidak ada jaminan yang
pembangkang boleh memberikan penyelesaiannya kerana pimpinan yang diunjurkan
oleh pembangkang untuk mengganti yang ada pun merupakan penyumbang kepada
masalah ini semasa mereka tidur 'sekelambu' dengan pimpinan hari ini suatu ketika
dahulu. Budayanya sama, gayanya serupa dan sikapnya tidak menunjukan perbezaan
dengan yang ada hari ini.
Jika kita teliti sehalus-halusnya
UMNO tiada apa yang boleh mereka harapkan lagi selain dari penolakan dari
rakyat. Selagi UMNO tidak memberikan penampilan yang utuh dengan barisan
kepimpinannya selagi itu lah UMNO tidak lagi perlu bersusah payah kerana apa
yang mereka akan alami adalah ‘predictable’.
Mereka boleh terus menjahanamkan perbendaharaan kerajaan dan bermain
politik perkauman dan agama seperti yang mereka lakukan sekarang ini.
Sesungguhnya yang membantu
pembangkang untuk mara kedepan hari ini ialah UMNO dan BN itu sendiri dan
bukannya oleh sesiapa yang lain. Kepada UMNO kita hanya hendak memberitahu,
‘sendiri buat sendiri tanggung’.
Yang pentingnya semua isu yang
kita alami kini wajib diselesaikan. Kita tidak sabar menunggu waktu kita akan
kembali harmonis di antara kita.
8 comments:
Tuan,
Dalam keadaan sekarang kita berhadapan dengan 2 pilihan sahaja. Pilihan pertama ialah terus kekalkan UMNO/BN dan terima sahaja keadaan yang semakin tak masuk akal ini dan tunggu sahaja 3ndingnya yang mengerikan. Keadaan di bawah UBN ni amat jelas kerana siapa sahaja yang mengantikan Najib sama sahaja. Masaalahnya ada political animal yang bernama UMNO BARU.Pilihan ini amat jelas dimana kesudahannya bak matahari ditengahari.
Pilihan kedua ialah memperjudikan nasib dengan memberi mandat kepada pembangkang. Pilihan ini masih memberikan kita 2 kemungkinan tidak 1 kemungkinan seperti pilihan pertama.
Kita masih mempunyai peluang keadaan n3gara kita berubah. Paling-paling terukpun kita akan kembali dengan keadaan sekarang. TETAPI KITA MASIH MEMPUNYAI PELUANG...
Betul kata tuan, keberangkalian keadaan sama juga boleh berlaku kerana dalam barisan pembangkang pun ada bekas gerombolan mereka. Tetapi inilah dinamakan risiko yang ada berbanding dengan keadaan yang pasti dengan pilihan pertama.
K3mungkinan 3x-gerombolan ini akan men3ruskan perangai lama dalam UMNO BARU memang ada. Tak siapa bol3h kata dengan pasti s3jauh mana nanti penangan ex-gerombolan ini.
Di satu angle lain, k3mungkinan ex-gerombolan ini sudah berubah setelah melalui kepahitan berada diluar . Jika mereka insaf p3ngalaman m3njadi gerombolan dahulu adalah berguna.
Ku berdoa agar negara kita sentiasa dipilihara oleh Yang Maha Kuasa melalui pimpinan yang bersih dan kuat pegangan perjuangannya.
Kenaikan harga barang sebenarnya bukan disebabkan faktor cuaca dengan hujan dan panasnya tetapi kerana adanya pemimpin 25persen!
Sdr Aspan,
Semuanya ini berpunca daripada ramai pengundi di Sabah dan Sarawak yang masih kurang tahap kesedarannya akan kesan dan akibat memilih BN dalam PRU. Satu ketika nanti apabila timbul kesedaran itu, maka UMNO akan dimuziumkan. Kesedaran itu akan hadir disebabkan oleh tindakan UMNO sendiri, antaranya seperti masalah yang ditimbulkan UMNO sekarang ini. Walaupun terdapat sebilangan rakyat yang masih beranggapan bahawa UMNO masih lagi popular, tetapi mereka terlupa hakikatnya bahawa hayat UMNO ditentukan oleh pengundi dua 'kuntum' negeri itu. Sebelum terlupa, jika digantikan Najib dengan Ahli Parlimen UMNO dari Sabah sebagai PM, mungkin situasi tidak menentu ini setidak-tidaknya dapat dikurangkan. Dari Sarawak kita ketiadaan Ahli Parlimen UMNO untuk dibuat cadangan.
Pak AA.
Saya melihat kuasa UMNO/BN kena dilucutkan dan penggantinya yang sedia untuk bertanding tiada pilihan lain buat ketika ini iaitu PR.
PR jika berkuasa patut bijak mengekalkan kuasa dan pengaruh.Kerajaan2 negeri yang PR berkuasa patut diperkukuh dan keyakinan rakyat patut dijaga dan dipertahankan, korupsi dan penindasan dan penipuan dibenteras, rule of law dilaksana sepenuhnya, kuasa ekseukutif dan kehakiman mesti bebas dan tidak memihak serta tiada pilih kasih, kewangan negara dikawal dengan rapi dan ketat.
Penting juga kuasa dan pilihan raya diperingkat majlis perbandaran/tempatan dihidupkan semula supaya kuasa membuat keputusan diperingkat negeri/daerah/tempatan ditetepkan oleh rakyat setempat dan tidak dipengaruhi oleh parti politik/orang politik.
Dasar imigresen bagi pekerja/orang luar dikaji dan dikawal dengan ketat.
Rombakan besar-besaran bagi pasokan keselamatan polis/tentera/jabatan2 awam mesti dilakukan dengan rapi bagi mengembalikan integriti dan amalan perkhidmatan amanah dan adil.
Perkar dan lain hal dubah untuk kebaikan dan kesejahteran bersama.
Anonymous26 January 2014 19:04:00 GMT+8
-kenapa salahkan pengundi Sabah/Sarawak pula saudara. Tahukah saudara bahawa contoh ketamakan calon PKR terutamanya bekas calon BN Datuk Lajim telah mengucar-kacirkan pengundi bilamana dia mencatur calon pilihannya sendiri sedangkan dlm mesyuarat pilihan berat kepada calon PAS. Semua ini salah Anwar sbb terlalu percaya pada ayam tambatan BN suatu ketika dulu. Yang buat taik tentulah MT PKR
saya setuju dgn anon 20:42. Kegagalan PR ke putrajaya banyak berpunca dari DSAI yg banyak campurtangan dlm pemilihan calon & kebanyakannya malaun exBN/UMNO!!! mcm la kalau tak pilih lanun-lanun tu PR lingkup... pilih pun hancur juga! ditambah pulak kecoh kepala-kepala parti dlm PR... DAP kutuk PAS, PAS kutuk PKR, PKR hentam semua... jadi... untuk PRU 14... kepala-kepala ni elok la berundur. Berilah kepercayaan kepada orang muda. PAS ... jgn pilih 'ayam' Damansara walaupun ada status menantu sbb berpotensi jadi anak hantu. Pengkhianat PRU 13 MESTI dinyahkan dari parti!!!! kalau tak... sama la macam 'kangkung'.
Anon 20:42 & 22:25
Pengundi2 itu hanya masih kurang tahap kesedarannya sahaja tertakluk kpd beberapa faktor. Sekiranya UMNO terus2an begini mereka akan sedar bahawa penolakan kpd UMNO/BN akan merubah nasib diri serta generasi masa depan. Diperingkat permulaan ini pemimpin2 PR masih dlm proses synchronization yg hampir muktamad.
Post a Comment