Hebat juga perbahasan tentang isu
Dr Mahathir menarik balik sokongan beliau terhadap PM Najib Abdul Razak. Ada yang mengatakan Najib akan tersungkur
dengan tindakan Dr Mahathir ini dan ada yang berpendapat yang Najib akan
bertahan dan Dr Mahathir yang tersungkur. Apa pun dan siapa yang tersungkur
dalam isu ini jelas telah terbukti apa yang blog ini tulis sejak beberapa tahun
dahulu sudah sampai kebenarannya. Semasa saya menulis tentang isu ini dahulu,
saya dikritik begitu hebat oleh pihak yang sedang merasakan kebenaran kata-kata
blog ini dan pandangan-pandangan pihak lain.
Perbezaan atau pergaduhan
diantara pemimpin UMNO sesama sendiri ini tidak sepatutnya menjadi kehairanan
sesiapa, kerana bagi siapa yang memahami keadaan, sememangnya UMNO itu diwujudkan
untuk membawa perpecahan.
Kadangkala perpecahan yang bakal
tiba itu sememangnya diketahui oleh pemimpin utama parti itu, kerana perpecahan
yang akan datang itu merupakan ‘survival’ politik bagi sesetengah pemimpin.
Perpecahan itu sangat diperlukan oleh setengah pemimpin yang mempunyai pengaruh
besar dalam politik itu. Mereka-mereka ini bukannya mengutamakan negara dan
rakyat pimpinan mereka, tetapi kepentingan peribadi dan keluarga serta kroni
dan nepotisma mereka.
Dr Mahathir tidak akan menjadi
pemimpin besar tanpa perpecahan dalam UMNO dahulu. Perpecahan dan kelemahan
Najib sekarang ini dianggap oleh Dr Mahathir boleh menjadikan beliau terus relevan
dalam UMNO itu. Kata-kata Tun Musa Hitam yang Dr Mahathir akan hanya berpuas hati jika Dr Mahathir mempunya klon nya di Putrajaya memerintah negara yang berpecah ini.
Tun Musa Hitam dari awal lagi
mengetahui tektik dan strategi politik Dr Mahathir ini, tetapi beliau sendiri
merupakan pemimpin yang merelakan dirinya untuk dijadikan alas kaki oleh Dr
Mahathir untuk merasakan nikmat duduk diatas kuasa itu. Akhirnya beliau
kecundang juga. Tun Musa diperguna untuk menyekat seorang pemimpin lain untuk mara
kerana Dr Mahathir sendiri adalah pemimpin yang sendiri mempunyai kekurangan
kepimpinan semasa itu.
Dr Mahathir mempunyai forbia
besar terhadap pemimpin dibawah beliau yang mempunyai kelebihan dan sentiasa
menjadikan beliau tidak selamat kerana dari awal beliau mahu menguasai kerajaan
sepanjang masa. Mahathir menggunakan Tun Musa untuk mengenepikan Tengku Razaleigh
secara sistematik dan ‘step-by-step’ dan itu pun sebabnya berlaku pertandingan
peringkat Timbalan Presiden UMNO itu pada tahun 1981 dahulu.
Akhirnya UMNO secara
beransur-ansur menjadi lemah dan setelah hampir tiga puluh tahun hasil dari
pecah perintah Dr Mahathir itu, parti pemerintah ini menjadi lemah dengan
warisan kepimpinan yang lemah. Akhirnya UMNO itu dibunuh kerana undang-undang
dan kepimpinan beretika bukannya nilai yang sesuai dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir
mempunyai sistem demokrasi acuan beliau sendiri dan beliau selalu berbangga dengan
acuan demokrasi beliau itu.
Di pendekkan cerita inilah hasilnya
yang kita lihat pada hari ini. Pemimpin samada didalam mahu pun diluar UMNO,
mempunyai nilai dan persepsi yang buruk terhadap politik tanahair kita ini.
Seni politik dahulu sudah hilang dan itu sebabnya kita melihat sekarang
pemimpin-pemimpin, baik dalam BN mahu pun di luar BN, mengendalikan politik itu
semata-mata untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
Kalau dahulu pimpinan yang
dikatakan mengutamakan nepotisma itu akan mencari jalan dan usaha untuk menjadi
keluarga meniti ke Putrajaya itu setelah mereka berhenti dan bersara. Sekarang
sudah timbul dengan kenyataan yang jelas budaya itu bertambah buruk apabila
pemimpin utama, mahukan isterinya memegang kuasa disamping menyediakan anaknya untuk
meneruskan penguasaan kepada kerajaan jika mendapat mandat rakyat di masa akan
datang. Bak kata pepatah, ‘jika bapak kencing berdiri anaknya akan kencing
berlari’.
Sekarang kita sedang menyaksikan
UMNO yang sakit dan Pakatan Rakyat yang berpecah-pecah dengan retak seribu.
Semuanya ini bukan kerana rakyat tetapi kerana ragam dan tingkah laku
pemimpin-pemimpin sendiri. Hasilnya rakyat yang bergaduh dibawah sini, saling
sumpah menyumpah serta carut mencarut diantara satu dengan lain kerana mempertahankan
pemimpin-pemimpin pujaan masing-masing.
Memindahkan jawatan dari mereka
kepada isteri atau anak masing-masing, seolah-olah sudah diterima oleh
masyarakat kita yang berbilang kaum ini. Sedangkan kita tahu budaya ini
akhirnya akan menjahanamkan kerajaan pimpinan mereka jika diberikan mandat
dalam mana-mana pilihanraya negara ini.
Jika disebut isu ini, tidak ramai
yang akan percaya ia akan berlaku, tetapi jika panjang umur kita dianugerah Tuhan,
itulah yang akan berlaku dan sama-samalah kita menyaksikannya berlaku sambil
merasakan kepedihannya nanti. Apabila sampai masanya nanti mereka yang
menyokong tindakan salah pemimpin pujaan mereka itu akan bangkit dan mengambil
giliran untuk memberontak terhadap pemimpin yang mereka pernah puja itu.
Kenyataan Tun Musa itu adalah
kenyataan yang tidak mengejutkan orang yang lama seperti saya ini kerana kami
melihat apa yang berlaku pada pertengahan tujuh puluhan sehinggalah UMNO itu
mati terbunuh oleh pemimpin yang tidak setia dengan parti itu. Ada pemimpin besar semasa itu hanya menggunakan
UMNO itu sebagai alas kaki untuk membersihkan niat untuk memperolehi
kepentingan peribadi secara optima.
Tun Musa dan Dr Mahathir itu sama
sahaja kerana mereka berdua pernah melakukan ‘conspiracy’ terhadap pemimpin
lain yang mempunyai kepimpinan yang lebih jujur dan ber ‘consequence’ untuk
negara.
12 comments:
Punya zalimnya Musa Hitam isu memali dia tipu rakyat kata Mahathir ada kat Negara China. Hampir 30 tahun baru dipecahkan telor tembelang yg busuk tu.
Pada PRU akan datang Aden harap Rosmah akan masuk bertanding di DUN Nogeri Sembilan .
Kito ikut trend Selangor yang akan mempunyi MB wanita.
Kobou jantan Den pon dah mulo risau ,kerana kobou tino lobih banyak , mungkin takup tak jadi dominance lagi.
Musa Hitam! Udah udah ler tu... tak habis dengan merajuk dan dendam kecewa beliau...
Kalau Musa Hitam jadi alas kaki Mahathir, Mahathir pun tentu pernah jadi alas kaki juga. Begitu juga Najib pernah jadi alas kaki. Pemimpin2 UMNO semuanya sebelum jadi bos mesti kena jadi alas kaki dulu, takleh elak punya. Jadi jangan perlekehkan alas kaki sebab kalau alas kaki boleh bercakap dia akan bagitau betapa kotornya kaki orang yang pernah letak kakinya diatas alas itu.
Tun Mahathir nak tersungkur macam mana lagi. Dia jadi PM selama 22 tahun dan bersara pada waktu paling sesuai baginya. Tak mungkin dia masih mahu jadi PM semula.
Teguran Tun Mahathir banyak kebenarannya dan ramai ahli Umno serta orang Melayu sependapat walaupun ada berbeza pendapat.
Yang pasti persoalannya sama ada Najib yang boleh bertahan atau tidak. Sebab konsep 1Malaysia sedang memakan diri dan ditolak oleh orang Melayu apabila bangsa lain sedang mengambil kesempatan.
Perkara utama yang perlu kita nilaikan samada "teguran" Mahathir itu benar faktanya atau tidak.
Selepas kita tentukan valuenya..mahathir sudah tidak penting, dia bukan nak hidup 100 tahun lagi.
Apa yang Najib lakukan sekarang ada kaitan secara langsung masa depan kita, anak cucu kita.Itu yang patut kita risaukan.
Sebagai pemimpin dan berpolitik, siapa jadi alas kaki siapa tidak penting kerana setiap seorang dari mereka bertanggungkjawab atas apa yang dia lakukan..bukannya bila silap, menuding kepada pihak lain.
Begitu lah ada nya Ikon PKR, DAP dan PAS.
Mereka teruja perpecahan demi merenggut kuasa mutlak. Malah lebih teruk melibatkan sensitiviti Agama, Bangsa dan Kesultanan Melayu.
Dalam permainan politik kotor kaki-kaki mereka yang bercagu, rakyat dan pengundi mereka di jadikan 'alas penyapu kaki' yang sekarang tidak mahu di gunakan lagi !
Sekurang-kurang nya Tun M itu seorang Tokoh yang di sanjungi sebahagian pemerintah dunia. Musuh yang kekal tetap kepada zionis laknatullah dan 'big brother' nya. Yang nyata, perdagangan dari segi ekonomi tetap berlangsung sehingga kini.
Maka Obama masih ingat, ucap tahniah kepada PM Najib sempena Hari Kemerdekaan kita tahun ini. Berbeza cara Bush senior dan Bush junior yang memusuhi Islam lantas merencana menguasai minyak di Timur Tengah. Mereka pun suka politik memecah belah !
Sedikit renungan : Jika anda bergaji lumayan, siapa dia alas kaki anda ? Tiada ? Anda seorang pembohong !
Mahathir is a fighter.He does not need to divide and rule anymore and create chaos. After all he is like almost octanegerian. He is the man.His place has been immortalised.
Cukup cukuplah hendak promte Musa Hitam.
Apa yang berlaku kepadanya salah dia sendiri!
Songkok terpersuk dek lonjak kita, baju robek dek lenggang kita!
Dunia poltik adalah dunia yang BUAS. Orang suka merajuk merajuk tidak layak masuk dunia tersebut.
Orang gagah seperti TDM yang akan berjaya menjadi PM selama 22 tahun.
Dia turun dari jawatan PM atas kehendak dirinya sendiri.
Saya tahu anda bukan peminat TDM. Tapi bolehkan anda menafikan apa yang telah TDM sumbangkan kepada Malaysia selama dia menjadi PM?
Cukup cukuplah mengkritik TDM. Dia pun bukan lagi PM.
Salah ke dia memberi teguran kalau DSN buat silap?
Saya akan hormati anda sekiranya anda dapat menghujah fakta demi fakta apa yang ditegur TDM terhadap DSN itu salah!
Anon 16:31
To those who understand the truth your comment is impregnated with shits...
Konspirasi Lim Kit Siang dalam parti DAP tuan mengalahkan semua. Dinasti Lim berkuasa berpuluh2 tahun lamanya dan disambung oleh anaknya Lim Guan Eng. Apa terjadi kepada Lee Lam Thye adalah konspirasi Lim Kit Siang, bukankah begitu?
Tidak berlaku dalam parti Umno di mana ketuanya bertakhta selama lebih 40 tahun sepertimana DAP. Umno sudah ada 6 ketua bersilih ganti, DAP? PKR?
Susah nak justify mengapa Mahathir harus tersungkur. Sebab tembakan tak ke arah sasaran betul. Cuba sasar ke DAP, mungkin tuan akan senasib Tunku Aziz.
Benarkah tindakan mahathir memecat anwar adalah satu kesilapan.. Tidakkah tuan punya blog ni silap ketika menyokong an war duly
Too dam
Post a Comment