Harga petrol dan diesel naik lagi
hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh kerajaan sebanyak 0.20 dua
hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima pengenalan GST tidak berapa
lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga bahan api sebanyak 0.20 bagi
setiap litre.
Kita bukan tidak menerima hakikat
yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat mengelak dari penarikan kembali
subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan diwaktu subsidi ini perlu dikekalkan
buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam kesusahan yang keterlaluan
sekarang ini.
Dalam keadaan harga minyak dunia
sedang dalam keadaan menurun sejak beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga
‘retail’ bahan api ini tidak henti-henti. Ini bukan masalah kita mahu subsidi
itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan cara harga bahan api ini
dinaikkan.
Sejak 2009 begitu banyak subsidi
telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk
menambah pendapatan untuk menyelenggarakan negara dengan kadar yang baik dan
terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan menarik balik subsidi bahan api ini.
Kini rakyat bukan meminta
tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu di peringkat yang ada
kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan berjuang untuk
mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini.
Kerajaan sepatutnya buat
sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan kesempitan ini
dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah kerajaan yang
boros dan tidak berbelanja dengan telus seperti yang difahami oleh ramai
sekarang ini.
Apabila kerajaan bermasalah
sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan kerajaan menguruskan
perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah menyedari yang rakyat telah
berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini ditarik balik beberapa kali
dalam tempoh setahun dua ini.
Yang bermasalah sekarang ini
bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah kita mempunyai
pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita semuanya adalah dari golongan
yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana mereka berada di atas sana dan memimpin kita dan
negara.
Kita tidak ada ‘planner’ yang
baik untuk menyusun dan mengendalikan isu kekurangan pendapatan kerajaan
dengan mencari sumber lain selain dari memberikan tumpuan menarik balik subsidi
yang sudah begitu besar sejak beberapa tahun yang lepas ini.
Najib sepatutnya berhenti buat
seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa negara ini kepada sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan rakyat di bawah ini sedang
bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan memeritkan ini. Najib lebih
mementingkan populariti peribadi beliau daripada menangani masalah rakyat yang
lebih dari 70% yang berada di bawah purata pendapatan RM3000 sebulan ini.
Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi, buat sementara ini
masih lagi cerita dongeng Najib ‘and geng’ yang begitu sarat dengan dongengan
itu.
Najib sepatutnya bercakap
mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri dari hanya berucap tanpa
mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita bakal menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya memimpin negara dengan
bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan untuk membuat perancangan baik
untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada populariti beliau di dalam UMNO
sahaja.
Najib jelas mempunyai lidah yang
terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya sekarang berdiri di atas
pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya untuk menguruskan negara
dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam serba serbinya dan mengumumkan
apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan.
Jika beliau menyedari keadaan
itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih dan bersara, maka
semua barisan kepimpinan di bawahnya juga sepatutnya turut serta bersara dan
memberikan rakyat membuat pilihan yang lain.
Kerajaan sekarang tidak
sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga bertahan dengan memaksa
rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak
berapa lama lagi. Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu
subjek ‘which he knows too little’.
Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini.
Takkanlah kerajaan sekarang hanya
mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik
subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.
Kita tidak tahu apakah peranan
yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua
Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya
itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak bolehkah mereka yang berada
di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik dan berani
untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat yang sangat
terhimpit kehidupan mereka ini?
Tidak adakah di kalangan mereka
ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk membantu rakyat yang dalam
keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang
malam?
Najib, Muhyidin dan lain-lain
di atas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban bukan hanya dengan memegang
jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan negara juga adalah pengorbanan.
16 comments:
PM kita ni dari keluarga bangsawan.. dia boleh bayangkan bagaimana orang susah/miskin, tetapi tidak boleh membayangkan bagaimana kemiskinan dan kesusahan itu sebab dia tidak pernah merasai semua itu....
Pemimpin-pemimpin skg, tak kira yg kecil atau besar... kebanyakannya datang dari keluarga yang senang, belajar tak pandai, tapi berpeluang utk masuk sekolah berasrama penuh, senang masuk ke IPTA,senang dapat kerja kerajaan dan senang dapat biasiswa kerajaan... kerana kebanyakannya menggunakan kabel kawan-kawan dan kabel politik.... sedangkan ada diantara mereka yg dapat keputusan UPSR,PMR,SPM cemerlang kerana mampu membeli soalan bocor (telah berlaku sejak 30-40 thn dulu lagi)...
Dulu MARA/MRSM mengambil anak-anak dari kampung dan luar bandar yg pandai walaupun keputusan tidak begitu baik (sebab kemudahan pembelajaran sukar di kampung/luar bandar).. tetapi sekarang anak2 kampung yg pandai pun belum tentu boleh masuk... sebab takde KABEL... perhatikan skg di sekolah berasrama penuh semasa ibubapa menghantar atau mengambil anak2 mereka di asrama... BMW, Merc, AUDI dll...
Hasilnya sekarang kita mempunyai pemimpin2 yang tidak memahami kesusahan rakyat, tidak ade belas terhadap orang miskin, tamak dan yang teruk sekali tidak mempunyai kefahaman agama yg cukup.
Kenaikan minyak adlh 9.5% dari harga asal....Ekonomi berkembang 6.5%...BLR naik....
Lebih tinggi dari GST...6%..inilah nikmat dari kerajaan penindas rakyat.
depa yg berkuasa ketika ini, apa rakyat boleh buat, kena tunggu 2018 saja la. payah2 dapat kuasa, mana boleh senang2 letak jawatan.
jgn bimbang , belanjawan tahun ini gerenttiii yg terrrbaek.
setiap tahun terbaik tk pernah tak baik.
jgn bimbang ekonomi tahun ini pasti berkembang gerafnya. tidak pernah kuncup.
setiap tahun ekonomi pasti terbaik.
pembohong tahap apa BN ni?
penyokong BN? aduh... ungka dihutan lebih merdu suaranya.
burung pipit lebih merdu kicaunya.
Nampak naik rm0.20 jer tp sebnrnya kos pd rakyat adalah rm0.20 x 55 liter iaitu rm11 setiap kali mengisi penuh setiap 3-4 hari. So sebln...dkt rm100 tambahan.
Itu total impact...bkn tgk kenaikan seliter je sbb mana ada keter guna seliter je.
Ramai menteri2 dan ketua2 umno peringkat Bahagian pun asalnya dari orang kampung.Masalahnya apabila mereka dah dapat pangkat dan kedudukan mereka jadi lupa daratan. Kalau sebelum dipilih mereka melagukan kasidah konon nak membela rakyat dan bangsa sendiri yang miskin dengan janji2 manis. Tapi apabila mereka diangkat oleh orang2 melayu miskin ini jadi ketua mereka lupa segala jamji dan pejamkan mata terhadap kesusahan mereka yang memilih. Yang mereka kejar ialah kereta mewah, rumah banglo dan wang ringgit.Apa mereka peduli lagi terhadap orang2 kampung; bila nak diadakan pimilihan dan pilihanraya umpan orang2 miskin ini dengan barang dan wang tak seberapa supaya kekal berkuasa. Di negara ini mana ada akauntabiliti dan pertanggunjawaban seperti negara2 lain? Meminta mereka meletak jawatan kerana tidak tahu mengurus negara samalah menyuruh untu masuk ke dalam lubang jarum!!Sdra Aspan. Apa boleh buat kerana mentaliti orang2 melayu segaja dimundurkan ke belakang supaya puak2 ini kekal berkuasa.
"Takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara."
TAK BETUL!!!
Ada lagi kemahiran kerajaaan.......saman ekor, saman dari polis, saman dari JPJ.......tak mahu bayar?? TANGKAP!!!
Sama je pd 2018. Sistem PRU Msia senang sangat di "fabricate". Lagi pun Melayu cepat lupa macam budak2 kan. Beri gula2 je senyap lah segala2 nya. Kalau x percaya tengok lah PRU 13 dulu
Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:
http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html
Mungkin terlalu banyak wang telah dilaburkan semasa PRU13 dan PRK-PRK yang lain. Jadi, inilah masanya bagi BN untuk mengutip kembali wang yang telah dilaburkan itu. Akibatnya, semua pihak menerima kesan akibat daripada 'pelaburan' tersebut.
Pemotongan subsidi itu memang satu langkah yang betul dalam ekonomi.
Namun, yang menjadikan rakyat tidak boleh terima adalah mereka tidak dibantu untuk menangani kesan pemotongan subsidi tersebut yang menyebabkan harga barangan naik dan melonjakkan kos sara hidup.
Pemimpin Kerajaan dan kuncu-kuncunya termasuklah ahli keluarga pula masih lagi dengan lagak seperti orang kaya membelanjakan duit kerajaan sewenang-wenangnya seolah-olah duit tersebut milik peribadi mereka. Ketirisan (yang sebenarnya kebocoran) dalam perbelanjaan masih lagi berlaku.
Apalah salahnya pemimpin Kerajaan bersama0-sama dengan rakyat merasai susah payah rakyat, tentulah terasa kurang bebanan rakyat. Janganlah rakyat disuruh berjimat segala sedang pemimpin Kerajaan menjalani kehidupan sebaliknya.
budak jawa
Sempena Menyambut Hari Raya Qurban nie,..
Orang UMNO digesa membawa USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB @ AH JIB GOR..
USUL TOLAK KEPIMPINAN NAJIB YANG MERUGIKAN MELAYU BUMIPUTRA..
Macai2 Tak Payah lah Nak Backup Ah Jib gor...
Mungkin Kepimpinan BARU TS Muhyiddin dan Dato Seri Ahmad Zahid boleh memberi lembaran, semangat dan Harapan Baru untuk Melayu Bumiputra dan UMNO..
Kekalkan Najib.. Konperm PRU14 BN-UMNO jadi PEMBANGKANG...
INGAT jangan TAK INGAT
Najib mana tak mampu fikir rakyat susah hanya dapat brim 1-2 kali dalam 5 tahun tapi menghadapi kos sara hidup disebabkan kenaikkan harga minyak setiap hari.belum lagi menghadapi gst pada tahun depan.Secara ringkasnya pemikiran najib beri brim hari ini dan esoknya mesti pangkah umno, inilah mentaliti pemimpin umno.
Sekiranya dlm pembantangan belanjawan pada 10 oktober ini PM tiada jwspan yg jelas kpda masalh penarikn sabsidi yg tiada sudahnya ini seolah menyamakan taraf hdup rakyat malaysia setarap singapura ini bermakna PM dah bosan dgan jawatanya dan istilah simpanan tetap kpda sabah sarawak adalah satu penghianatan yg dahsyat dan memalukan bgi rakyat kdua ngeri ini yg berakal.
Pandai sikit cakap...
Nak naik harga petrol kenalah bagi harga kereta turun baru sejajar. Ni bayar installment tapi tayar tak pusing pun dah kena bayar fixed asset tiap bulan. Kena pegang sampai 10 tahun untuk langsai utang.
Macamana teknologi nak maju mcm ni. Kalau 5 tahun sekali orang tukar kereta, proton akan lebih maju dari segi teknologi, bank akan bagi loan selalu, vendor otomotif pun maju, 2nd hand dealer pun boleh turnover lebih kerap, scrap yard pun untung. Bodoh semua yang dok di PMO, MOF, MITI dll.
Yang miskin melayu, kereta buruk melayu, masuk hospital gomen melayu, yang merempit melayu, rumah murah melayu, goreng pisang melayu, bisnes kerepek melayu dll low class melayu.
Dah 57 tahun merdeka... melayu yang rugi. Yang bodoh undi BeEnd melayu. BODOH!
Releks aa Pak Aspan...
la ni depa dok penaik harga semua barang...
esok gst laksana harga barang tak naik depa buleh kata kat kita...
hangpa mai tengok sat...
160 negara lain laksana gst semuanya harga barang naik...
negara kita satu-satunya di dunia yang harga barang tak naik masa laksana gst...
Malaysia Buleh!
Post a Comment