Setelah kita memahami apakah
masalah-masalah besar sehingga PR tidak mampu untuk ke Putrajaya, sedang UMNO yang memerintah sudah hilang segala pedoman mentadbir negara, apakah tindakan
rakyat untuk memperbaiki keadaan politik tanahair kita. UMNO dan BN hanya
bergantung kepada situasi yang PR tidak akan mendapat dan berjaya ke Putrajaya
itu. UMNO hanya kekal ‘by default of Pakatan Rakyat’.
Kalau kita hendak bertanya, jika
Pakatan Rakyat mempunyai kelemahan yang jelas untuk melayakkan mereka untuk
menjadi parti alternatif kepada BN, apakah formula terbaik bagi memperbaiki
keadaan dan untuk keadilan demokrasi dan semangatnya. Bolehkah DAP dan
mana-mana parti yang ingin berjuang untuk ke Putrajaya dan menjamah kuasa di sana ?
Jika secara ‘direct assault’
terhadap UMNO itu tidak memungkinkan DAP dan PKR mahu pun PAS mampu mendekati
kuasa di Putrajaya, apakah cara yang paling sesuai untuk mencari jalan ke
Putrajaya itu? Seperti yang saya sebutkan dalam posting-posting saya yang
baru-baru ini, UMNO dalam keadaan apa sekali pun tetap akan memerintah negara
walaupun dengan majoriti kerusi yang kecil.
Tetapi ahli-ahli UMNO tidak
mempunyai kudrat untuk menukar kepimpinan mereka yang berimejkan korupsi dan
menyalah gunakan kuasa itu sedangkan ‘urgency’ nya ialah untuk menukar
kepimpinan mereka bagi memberikan keselesaan siasah bagi negara kita. Kita
tidak boleh mengharapkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO untuk menukar kepimpinan
mereka.
Jika UMNO itu amat sukar untuk
digantikan pemimpin-pemimpin mereka, maka kaedah menukar kepimpinan UMNO itu
wajar dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari luar parti itu. Sistem secara
konvensyen yang Presiden UMNO itu secara ‘automatic’ menjadi Perdana Menteri
sudah menjadi ‘obsolete’ dan telah terbukti membawa kehancuran kepada negara.
Lagi pun untuk menggantikan
kepimpinan UMNO dengan memilih barisan kepimpinan yang ada sekarang ini
sememangnya menakutkan kita. Menggantikan Najib dengan Muhyidin, atau Zahid
Hamidi, Hishamudin serta Shafie Apdal, ‘is no change’. Mereka adalah dari
kumpulan dan budaya yang sama, seperti yang saya suka menggunakan istilah acuan
yang sama.
Kita akan dilihat sebagai
bersikap dayus politik jika mereka yang berkuasa ini masih diberikan sokongan
oleh UMNO itu.. Negara kita sedang melalui proses kejatuhannya dan ia sedang
menghampiri keadaaan itu dengan pantas dan deras.
Itulah sebabnya blog ini tidak
jemu-jemu mencadangkan agar kita perlu memulakan politik dan siasah yang baru
semata-mata untuk menyelamatkan negara dari terjerumus kelembah kehancuran yang
begitu ‘imminent’ akan berlaku itu.
Kita terpaksa menerima hakikat
yang kita mesti melakukan tindakan ‘drastic’ dan ‘unconventional’ tetapi yang dibenarkan
oleh perlembagaan negara untuk dilakukan.
Dalam perlembagaan Persekutuan
seorang mana-mana ahli Legislatif Persekutuan yang mendapat kepercayaan
dari dewan yang mulia itu adalah yang paling layak untuk memimpin negara
sebagai Perdana Menteri. Dengan mengenepikan konvensyen biasa yang menetapkan
hanya presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu wajar dikaji semula.
Ini adalah kerana dengan cara
konvensyen biasa itu sudah tidak relevan lagi disebabkan kegagalan UMNO untuk
menonjolkan kepimpinan yang bersih yang layak untuk diberikan sokongan untuk
memimpin rakyat yang sedang dahagakan seorang pemimpin yang terhindar dari isu-isu
peribadi yang menjengkelkan kita semua.
Asalkan yang dipilih oleh Dewan
Legislatif Persekutuan itu adalah seorang Melayu, sesiapa sahaja boleh dipilih
oleh Dewan Parlimen itu seperti yang tertulis dengan jelas dalam perlembagaan
Persekutuan kita sekarang ini.
Pilihan itu mesti dilakukan
terhadap seorang pemimpin Melayu yang ‘viable’ sebagai Perdana Menteri kerana
Melayu itu merupakan rakyat majoriti negara ini. Ini adalah untuk menjaga
kestabilan politik negara agar tidak ada peluang untuk mana-mana pihak untuk
melanggar semangat perlembagaan negara dan realiti politik tanahair kita.
Biarlah yang dipilih itu seorang
yang mempunyai kewibawaan dan berpengalaman serta berkemampuan untuk berunding
dengan semua pihak untuk mewujudkan sebuah negara yang berwajah politik yang
baru dan mewujudkan ‘ambience’ politik yang baru.
Biarlah pemimpin yang dipilih
oleh Dewan yang mulia itu mampu untuk memahami masalah negara dengan sebenarnya
kerana jika pemimpin itu tidak tahu apa masalah sebenarnya tidak akan ada jalan
keluar untuk membetulkan keadaan buruk itu. Negara kita telah terbiar oleh
pemimpin yang lalai terhadap tanggungjawab mereka.
Kelalaian pimpinan kita sejak tiga
dekad yang lalu telah menyebabkan negara kita berada dalam situasi seolah-olah
kita tidak mempunyai kerajaan lagi, kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang
memimpin negara seperti pemimpin persatuan sepak takraw sahaja. Tidak
dinampakkan ‘seriousness’ mereka untuk mengharmonikan kehidupan rakyat berbilang
kaum di negara ini.
Isu perkauman merupakan isu yang
sangat besar yang jika tidak diselesaikan dengan segera ia memungkinkan kita
berhadapan dengan perkelahian di antara kaum yang amat kita takuti. Selain dari
itu dengan memulakan sebuah negara yang ditransformasikan politiknya dengan
besar-besaran maka isu yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak
juga boleh dibawa bersama untuk mencari penyelesaiannya.
Oleh kerana isu yang sedang
dihadapi oleh negara begitu besar maka memilih kepimpinan yang berwibawa untuk
membawa perubahan ini wajar dilakukan tanpa segan dan silu lagi.
Alangkah baiknya jika dapat
diketemukan semua parti-parti politik yang berbeza untuk bersama-sama
membangunkan politik dan negara. Jika semua pemimpin politik dari parti-parti
PAS, DAP, PKR serta parti-parti di Sabah dan Sarawak
diketemukan dengan jujur maka sekali gus dapat diusahakan penyelesaian segala
kemelut negara kita.
Dengan memilih pemimpin yang
benar-benar mempunyai kemampuan untuk membawa semua pihak duduk dan bersembang
secara serius bagi membina negara dengan politk dan siasahnya yang baru dengan
‘ambience’ yang baru yang menyegarkan.
8 comments:
Sangat bersetuju sekarang ini kita perlukan pemimpin yg boleh diterima rakyat tanpa kira parti politik. Tengku razaleigh dan tan sri khalid ibrahim dilihat mampu memainkan peranan ini. Kedua2 tokoh ini mempunyai track record yg baik di mana ku li pernah menerajui kem.kewangan dan khalid mb selangor. Mereka mampu membetulkan semula proses atau prosedur utk kemajuan negara. Kedua2 tokoh ini lebih dikenali sebagai pemimpin yg membina kekuatan institusi bukan populariti.
Turun najib, naik kan lah Ku Li.tq
Tentang yang ini susah hendak komen.
Paling baik bertawakkal dan serah semula kepada Allah SWT. Melayu sekarang, berdegar-degar, ekor bergelumang tahi. Ada keupayaan tetapi tiada kekuatan.
Silap nya Umno, membawa masuk 'orang' yang bukan ahli nya, menjaga majoriti Melayu yang di anggarkan mencecah 70% dalam tempoh sepuluh tahun akan datang
Sepatut nya pembangunan ekonomi Melayu sudah melepasi sasaran 50% dan berdaya saing dalam kelompok- kelompok bidang masing-masing. Professional Melayu makin bertambah. Sayang nya sumbangan mereka amat minima kerana kesedaran kepada membela bangsa dan negara telah di racun dari awal. Melayu Pas, Melayu Pkr, Melayu Umno dan beberapa Melayu Dap sebenar nya masih terlerangkap dalam 'kekeliruan identiti'. Ini yang bahaya kepada pembangunan ummah.
Perlu nya kepada transformasi pendidikan yang lebih mapan.
Langkah masuk naik ke putrajaya bukan langkah satu hari, ianya perlu masa dan tenaga sama jua langkah keluar turun dari putrajaya ianya telah memakan masa bertahun2 berlaku kerosakkan sehingga tidak mampu diperbaiki lagi.umpama buah yang sudah masak jatuh sendiri.
Alahai kalau hendak pilih individu kena ubah kepada pilihan raya presiden tapi kena melalui parti juga.
Kita boleh meneutralkan kuasa UMNO dengan politic Sabah and Sarawak. Timbalan perdana menteri sepatutnya dari Sabah/Sarawak yang kurang bersifatkan kekauman.
Harahan saya, Kita dapat skip generation dan membenarkan pemimpin generasi baru yang lebih berfikiran modern untuk mengambil alih pucuk kepimpinan seperti Khairy, Safuddin Abdullah, Tony Pua, Gobind Singh etch. Apa yang ada untuk menggantikan Najib sekarang memang tidak boleh diharapkan.
Yang kecewanya , money politic dalam UMNO sekarang tidal membenarkan penonjolan pemimpin yang berwibawa, tapi yang paling corrupted akan dapat kuasa.
DAP? Orang yang suka Oktoberfest? Yang suka maksiat? Sorry
Post a Comment