Perhimpunan agong UMNO kali ini
merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang
boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini. Persoalannya adakah UMNO akan
menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun
perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana
pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar
dan bergegar-gegar yang di selangi oleh lawak-lawak jenaka bodoh oleh pelawak yang datang dari seluruh negara.
Banyak resolusi dan ketetapan
telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu
seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk
melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.
Adakah perhimpunan kali ini masih
seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak
henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat
dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk
tangan diatas kepala masing-masing?
Adakah perhimpunan seperti dahulu
juga, yang tiada mempunyai ‘substance’ yang boleh membawa perbezaan dari
sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi
mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?
Jika benar perhimpunan agong itu
membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia
bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah
ini?
Jika perhimpunan ini benar-benar
menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk
persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah?
Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara
satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah
itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang
menghimpit UMNO kini.
Bolehkah perhimpunan kali ini
menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui
mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong
parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap
perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan
mereka sahaja.
Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh
mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat
yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah ‘variation’
di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut
dan dijawab oleh pimpinan parti itu
dalam perhimpunan itu.
Apakah asas-asas yang mewajarkan
usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling ‘controversial’ itu di
Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai ‘equity
value’ yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang
berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan ‘mitigations’ yang betul
dari tindakan pemimpin yang ‘deceitful’ seperti Najib dan rakan-rakan yang
menyokong beliau.
Saya bersetuju dengan pandangan
ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana
pelaburan 1MDB dalam bidang ‘equity’ ini merupakan pelaburan yang tersangat
tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan
berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.
Inilah yang di ceburi oleh
kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa
hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan
rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.
Saya mempunyai sedikit minat untuk menulis tentang isu ini, kerana
ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan
dan kita semua akan menjadi mangsa ‘devilish leaders’ yang kita ada hari ini.
1MDB ini merupakan ‘financial
scandal’ yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat
untuk melakukan ‘scandal’ besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang
dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk
berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka
yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.
Kita lihat nanti dalam
perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh
isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di
(high table) dihadapan mereka nanti.
Kita akan memerhati situasi dalam
perhimpunan agong tahunan UMNO, parti yang kian reput dari hari ke hari itu.
10 comments:
tak payah nak pikir lah pasal perhimpnan umno tu. Dah tau dah jawapan dia. jawapan dia sekor haram pun tak akan bersuara pasal 1MDB tu. Dah kena suap siang2 lagi.
1MDB sounds interesting Pak Aspan. Perhaps you could spill more beans on this matter.
more information mail me
manoj@q8living.com
Pas Aspan
It seems obvious that the delegates would laud 1MDB as it's part of Najibnomics.
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI; HARAPKAN UMNO, UMNO ITULAH PENCURI;
HARAPKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI, AHLI MAJLIS TERTINGGI PELAKON WAYANG TINGGI;
HARAPKAN PERWAKILAN BAHAGIAN DAN NEGERI, PERWAKILAN BAHAGIAN DAN NEGERI MENJAGA PERIUK NASI SENDIRI;
Tuan Aspan.
Tidaklah perlu berharap. Parti yang pernah tuan sertai dan yang masih saya sertai ini tidak akan berubah.
Perhimpunan Agung UMNO adalah tempat untuk berhimpun perwakilan UMNO. Tidak lebih atau kurang dari maksud berhimpun iautu berkumpul beramai ramai. Cuma ianya perhimpunan 'halal' sebab bukan di jalanan.
Najib (serta UMNO) akan kekal bertahan selagi pembangkang berketuakan sampah terbuang dari genetik UMNO.
Masanya akan tiba saat kejatuhan UMNO cuma yang kita kena risau adalah tiada ertinya UMNO itu jatuh jika keadaan sudah jadi abu.
Terlalu sukar untok menjatuhkan UMNO. Dan ianya hanya menjadi satu mimpi.
Kenapa?
Apakah pilihan untok orang melayu?
PR? Apakah orang melayu boleh bergantung harap kepada PR?
Dalam PR dilihat parti melayu terlalu takut kepada DAP. Pas sentiasa dipersalahkan.hinggakan DAP sanggop mengajar ahli Pas menukar presidennya. Dengan keangkohan DAP, cina kinu swmakin biadap.
PKR pula sebuah parti yang entah apa dasarnya. Demi mengekal jawatan sanggop menjadi barua cina dan DAP. Hinggakan DAP naik tongcang.
Dap pula sudah menunjok the true color of chinease. Dah mula berani menghalau melayu. Dan mula bwrani mempeetikaikan islam.
Akhirnya, orang melayu tiada pilihan ,melainkan UMNO. Sejahat mana pun umno, PR dilihat lebih mengancam kuasa melayu.
apa erti jika PR memerentah ,adil?
Adakah keadilan akan berlaku kepada orang melayu? Sedangkan ternyata dalam PR dap yang berkuasa. Kerna melayu dalam PR sanggop laku apa sahaja demi jawatan dan imbuhan.
Pemikiran perwakilan umno telah dibangapkan tak usahlah nak letakan harapan .
PERHIMPUNAN UMNO:-
Ikan Siakap Ikan Senohong
Banyak Cakap Banyak Bohong
Pandai betul. Yang berjuang orang Melayu untuk Melayu. Dua puloh lima tahun yg memerintahnya Melayu. Nak hancur nampaknya Melayu kerana akibat pemimpin Melayu. Silap silap sekarang baru lu tahu....
Post a Comment