Pandangan Haji Hadi Awang yang
parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan
parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan
Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi
Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.
Selalunya satu kumpulan serpihan
itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita
tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya
ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.
Jika kita masih dibuai oleh sentimen
tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang ‘formidable’. Kita belum nampak lagi
ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang
berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik
yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.
Teruskanlah, tetapi berhati-hati
sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab
untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja
kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini.
Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan
keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.
Pakatan Rakyat yang baru ini
wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang
terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti
manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan
Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’
dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka
masalah yang sama akan tetap berlaku.
Kita lihat dalam Pakatan Rakyat
yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara
formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli
itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang
menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.
Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan
Rakyat yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.
Sesungguhnya PAS sekarang ini
tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang
dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan ‘attribute’
asal parti itu yang konservatif. Sememangnya ‘attribute’ asal PAS begitu dari dahulu.
Perlu diingat semasa PAS mencuba
menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit
kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah
corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai
chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan
ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang
baru sedang mendekati PAS.
DAP kecewa dengan PAS kerana mahu
tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi
rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang
ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah
terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa
sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja
dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila
pilihanraya umum tiba nanti.
Walaupun begitu besar publisiti
tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah
menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.
Dengan perpecahan DAP dengan PAS,
kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia
kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan
hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang
identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang.
Contohnya identiti UMNO yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada
semua pihak. UMNO kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang dihinggapi
HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.
UMNO yang dahulunya mempunyai
imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang
telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya menjadi
sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’ sahaja dan
tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang hampir dengan
kuasa sahaja.
Asri Muda merupakan seorang
pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga
oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti
untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS
tetap wujud dan segar sampai kehari ini.
Sesebuah parti itu ciri yang
kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan
ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya.
Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan
berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.
12 comments:
Sy bersetuju dgn komen tuan..
PAS ubah imej atas arahan "dalang" dan dapat "upah". Tak sama dgn pemimpin PAS zaman dulu yg sanggup jual harta untuk PAS. Jadi, aku AMAT TIDAK SETUJU dgn komentar tuan. Jangan nilai durian hanya melihat kulitnya sahaja tetapi kena pandang dari berbagai perspektif.
Ahli wala' kat Presdideng PAS, Presideng PAS pula wala' kat PM...kah kah kah KITA DAH KUAT SEKARANG !
Kerajaan BN dulu kini selamanya...
Masaalah yg dihadapi oleh PAS & umno masa kini ada banyak persamaan, dimana kedua dua parti tersebut berketuakan orang yang tak ada visi yang strategik.
Kedua duanya pulak banyak dikawal oleh penasihat yang kaki ampu...
Setuju dengan pandangan Si Delima Merah, penilaian terhadap pemimpin PAS perlu dipandang dari segenap sudut. Adalah benar bahawa dasar perjuangan PAS itu menepati hasrat rakyat, tetapi malangnya regu pimpinan PAS yang ada sekarang ini telah mencemarkan kemurnian perjuangan itu. Ia bukan masalah dasar parti tetapi lebih kepada masalah pemimpin-pemimpin dalam parti PAS.
Tuan Aspan ada menyentuh mengenai kehebatan Asri Muda yang masih ada penggantinya setelah ketiadaan beliau tetap berjaya meneruskan legasi PAS mendaki persada politik. Apa tidaknya, pengganti yang meneruskan perjuangan PAS tetap berada di atas landasan parti serta melakukan penambahbaikan lagi, umpamanya Yussof Rawa diikuti pula oleh Fadzil Noor disamping dibantu oleh ketokohan Nik Aziz. Tetapi setelah ketiadaan Fadzil Noor serta Nik Aziz, pemimpin PAS yang sedang menikmati nikmat perjuangan pemimpin terdahulu ibarat lupa daratan, sedangkan kejayaan yang dikecapinya itu adalah hasil usaha berpasukan. Mutakhir ini jelas dilihat pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah merasakan diri mereka sebagai abang besar pula, serta jahil dalam gerak kerja berpasukan. Pada masa yang sama, mereka adalah terdiri dari kalangan yang amat lemah bacaan dan sepak terajang dalam politik.
Walaupun demikian, pandangan yang tuan tunjukkan di atas adalah jelas tidak memihak. Syabas tuan.
Saudara Aspan
There is a saying which you already aware,mand that is:
IF YOU DON'T TRY, YOU WILL NEVER KNOW. IF THE EXPERIMENT FAILS, THAT IS STILL KNOWLEDGE GAIN.
But to pre-empt the startup of a new idea based on a hypothetical, while an old idea is seen as broken, wouldn't that be one that is seen as a consequence of lack of moral courage. No?
And of course, Hadi Awang would say it, wouldn't he? I would.
Just a thought.
Munkin kepimpinan PAS skg ni kurang kualiti banding dgn Fazil Nor & Yusuf Rawa. Pada masa Asri Muda keluar PAS siapa sangka akan lahir Gazir Nor dan Yusuf Rawa. Skg pun siapa sangka munkin akn lahir kepimpinan hebat nnt.
Ingat Hadi sudah 10 tahun sbg Presiden tapi tidak timbulpun dia lembab. Tapi selepas langkah kakang tiba2 Hadi semua salah.
Adakah kerana sekali kalah dlm pemilihan parti sudah merajuk? Nampak tak profesional langsung. Skg Hafi jadi ketua. Sokonglah ketua. Hadi bukan boleh jadi ketua sampai bila2. Akan sampai masa dia pun akan tak jadi ketua. Kalau G18 sabar dgn kekalahan akan sampai nasa mereka pula akan jadi ketua. Masa tu buatlah sprti yg kifa mahu. Sbb kita dah jafi ketua. Masa tu semua org kena terima kita pula sbg ketua. Jgn pula ada org nerajuk jeluar parti.
Saya sependapat dengan saudara yang sesebuah parti akan berjaya sekiranya ia mengekalkan identiti asalnya dan ia boleh berubah tetapi tanpa meninggalkan asas perjuangannya.Seperti ramai yang lain saya meninggalkan umno apabila halatujunya berubah secara drastik di bawah Mahathir. Nasib Pas seperti yang sdra nyatakan akan menjadi seperti umno hari ini dibenci orang jika pihak2 yang digelar progresif dibiarkan bermaharaja lela meng'dictate' halatuju Pas, sementelah sikap mereka yg lebih mesra dengan Lim Kit Siang anak beranak daripada presiden parti sendiri, seorang ilmuan agama yg diiktiraf dunia islam antara bangsa.Lihat saja tingkahlaku dan kenyataan puak2 bergelar progresif ini apabila tidak terpilih. Pemimpin yg ikhlas tidak sekali2 menyalahkan parti dan jamaah, tetapi mereka akan bermuhasabah diri merenung di mana silap sendiri. Orang tak suka kita mesti ada sebab, sementelah dah berpuluh tahun kita kenal. Dan hari ini telah mula muncul pemimpin2 baru dalam Pas memberi pandapat dan ide2 bernas untuk kesejahteraan rakyat. Pemimpin datang dan pergi, dan apabila diberi kesempatan dan peluang berkemungkinan yg baru itu lebih hebat.Alhamdulillah, dengan ratusan anak muda menjadi ahli baru Pas selepas mukhtamar, it seems Pas had taken the right path after all.
"Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi". (Ghafir 40:55)
Inilah pesan saya kpd ahli2 PAS. Ingat, kejayaan sesuatu perjuangan bukan kita yg tentukan tetapi Allah. Apa yg Allah akan ambil kira ialah usaha kita yg ikhlas utk menegakkan syariat-Nya. Sbb itu kita kena bersabar dlm usaha kita.
Allah juga ingatkan kita bhw org2 kafir tidak akan senang sehingga kita ikut mereka. Malangnya sebahgian ahli PAS telah ikuti mereka. Sbb itu mereka diraikan dgn begitu meriah sekali sehingga ada yg membuat kenyataan akan melenyapkan PAS dari muka bumi ini. Begitulah apabila hawa nafsu menguasai diri, segala pertimbangan waras serta didikan dlm PAS sekian lama boleh berkecai & lenyap. Wallahu a'lam.
Cakap tu biar berdasarkan iman dan akal yang jelas. Bila pula presiden pas wala dgn pm. .
kena beri nas yang sahih yang menyokong hanya pas sahaja jamaah Islam.
Penyokong PAS kena beri nash yang sahih yang menyokong kenyataan hanya PAS jemaah Islam. Jangan ikut hukum politik.
Post a Comment