Apa yang dikatakan oleh Dr
Mahathir yang UMNO itu sudah terbalik semakin nampak kebenarannya. Kita lihat
sahaja telatah Presidennya dalam Perhimpunan Agung yang baru selesai petang
semalam. Beliau menuduh Dr Mahathir telah memecah-belahkan UMNO sedangkan isu
yang berbangkit adalah isu yang beliau lakukan sendiri. Persoalan tidak satu
pun dijawab tetapi beliau mengakui dirinya di pihak yang benar.
Beliau tidak berani menyaman WSJ
kerana berita tentang skandal 1MDB dan yang berkaitan. Tidak terasa malu pula
apabila tidak berani untuk menyaman New York Times atau Sarawak Report yang
melaporkan semua tindakan Najib yang tidak betul pada pandangan akhbar
tersebut. Tuduhan tidak berjawab tetapi yang bersalah Dr Mahathir pula.
Kenapa tidak berani menyaman akhbar-akhbar tersebut jika beliau berada di pihak
yang benar dan kenapa menyalahkan Dr Mahathir pula. Dr Mahathir bukan
keseorangan, malahan jutaan rakyat Malaysia menunggu-nunggu bila Najib akan
bersara.
Hishammudin berkata Muhyiddin
sepatutnya meminta maaf kerana menyentuh isu 1MDB. Yang belum menunjukkan dan
membuktikan ia tidak bersalah ialah Najib sendiri. Selagi tiada jawapan dari
Najib tentang isu 1MDB dan derma politik sebanyak RM2.6 billion itu, Najib
tetap tidak dapat lari dari persepsi buruk yang beliau menerima wang sebanyak
itu secara haram dan sekali gus tidak melayakkan beliau secara etikanya menjadi
pemimpin negara.
Sebuah negara berdaulat tidak
boleh dipimpin oleh pemimpin yang telah terjejas imejnya di mata masyarakat
dunia. Pendeknya, yang melakukan kesalahan meminta yang menegur untuk memohon maaf
pula. UMNO sudah terbalik. Yang salah dikatakan benar, dan yang menegur dan
tidak terlibat dengan isu kesalahan itu diminta memohon maaf pula atas sebab
memecah-belahkan parti. Yang menyebabkan isu ini menjadi besar ialah kerana
Najib mahu beliau terlepas tanpa diambil tindakan di atas segala kesalahan
beliau. Maka diterbalikkan isu dengan meminta Muhyiddin memohon maaf pula.
Sesungguhnya ketakutan Najib
kepada rakyat sudah jelas dengan cara beliau mengupas isu yang besar terhadap
beliau. Beliau seorang yang besar dan beliau takut kepada orang ramai kerana
beliau tahu apa kesalahan beliau. Najib ibarat Gajah. Gajah adalah haiwan yang
sangat besar, belalainya pun besar dan panjang tetapi ia takut dengan semut.
Najib bertindak menggertak mereka
yang tidak bersalah. Najib mahu bertindak terhadap mereka yang sayangkan parti
dan negaranya dan mereka yang tidak dituduh seperti tuduhan yang beliau hadapi.
Najib jelas sudah tertutup hijabnya untuk melihat kebenaran dan beliau sedang
bergelumang dengan elemen racun hidup yang berbisa ia itu ‘Greed. Anger. And
Foolishness’. Najib sudah hanyut dalam ketidak-jujurannya dan juak-juaknya
sedang melakukan apa sahaja untuk menegakkan benang basah Najib.
Apa pun selagi beliau tidak
menjawab dengan jelas tentang isu 1MDB, lebih-lebih lagi tenat isu RM2.6
biilion itu, Najib tidak terlepas dari menghadapi hukuman rakyat kali ini. Najib
boleh pilih untuk terjun seorang diri atau membawa UMNO itu terjun bersamanya ke lembah
yang sangat dalam itu.
26 comments:
No retreat. No surrender. Siapa berani, mari yeah!!!!! Somebody has to make a citizen's arrest or sue Najib.
Nampak gaya ia pilih nak jatuh berderai, berkecai bersama pembodek2nya dalam Umno....macam taik burung jatuh dari udara ke tanah. Perangai dia sekarang ni mengalahkan iblis, sebab iblis takut dengan tuhan. Dia ni nampak tak takut mati, confiden je..atau buat2 confiden? Tak tau la...orang munafik memang susah nak tau apa dalam hati,cakap lain dalam hati lain.
Yang jelas, barisan pemimpin2 umno sekarang semuanya bangang belaka, future tak bright kalau dorang continue jadi kerajaan. 1thing for sure i'll not vote for BN anymore...bye2 UMNO.
i like your statement " najib dah tertutup hijabnya sebab itu tiada rasa malu lagi...." . rasanya najib tak akan menyertai outdoor activities or events, dikhuartiri dipanah petirkerana azab Allah akan turun pada bila2 masa saja. harap2 najib cepat sedar....
Tuan Aspan, finally you are back in the blog!!
saya pun. malu baca berita bahagian World surat khabar luar negara report ttg perhimpunan umno. malu. orang luar tengok kita sekilas tahu kita melayu trus ckp ttg corruption,donor 2.6billions. sy jwb itu melayu umno. sy bkn melayu umno. penat nk defence.
Jin tak dapat Dan tak boleh tipu Haron Din tapi Haron Din boleh tertipu oleh mamat ni yang agaknya lebih hebat dan dasyat dari Jin.
All out war to fight Najib & his cronies!!
Yg mmengarutnya tiada seorang umat Malaysia yg berpendirian ke atas perilakunya melainkan dgn membiarkannya.. So tamatkan pergolakan sangkaan terhadapnya..ibarat sekeping gambar yg di simpan sekian lama telah memberi keberangsangan otak mengingati kenangan gambar tersebut tetapi bila Kita dapat berbicara dalam media watsap kenangan tersebut terus terhenti secara langsung tanpa kesinambungan kenangan lama ..mengapa gitu sebannya bila di delete Sana dengan jadi Kita tentang sesautu yg tidak menyenangkan ianya hilang entah kemana tanpa boleh di pungut semula..so fikir fikirkan lah rakyat Malaysia yg terlalu taksub berbicara tanpa sebarang tindakan yg segar Dari hukum ALLAH.
Anon 23:12
Najib refuse to consider himself malay and rightly so said he's bugis! Anyway desperado bugis is to a level that he's not enjoying his food, not quenching his thirst when drinking...he's probably cannot pass just as easy going to the toilet!
Reason? Well, when he's so stubborn that he's got to a point of no return. He will take the whole ship to sink with him ie. UMNO despite throwing a hawser but was basically ignored and gets a 'smirked' from PAS!
And, people haven't really shifted to the 42 million that went into the bugis account from SRC! This could be a bigger killer albeit a much smaller amount because,
-it cannot be loosely deem as DONATION,
-PERSONAL DONATION
-funds as POLITICAL DONATION
-funds assistance to fight DAP
-money to fight ISIS
-cash for being the torch-bearer of AWSJ
and from a SINGLE generously crazy arab-unta to PENDERMA PENDERMA crazy arab-unta to MEREKA MEREKA adalah orang bersangkutan dengan KERAJAAN mereka!
Bugis juga kata 2012 DERMA mesti dimasuk kan ke account PARTI-PERTUBUHAN atau ia nya menjadi RASUAH! Sendiri cakap sendiri buat, apa lah manusia macam nih jadi PEMIMPIN?
Kita tidak perlu berdebat dengan macai bugis, dengan dengan hanya ayat yang Bugis sendiri sembur RASUAH sudah boleh memakan diri mereka!
MLN
Najib x tahu malu...apatah ag nak pertahan maruah diri.
Mana boleh seorang penipu, korup dan tiada integriti mengistiharkan dirinya dengan besarhati menghulurkan tangan persahabatan kepada mangsanya? Kenalah mengaku kesilapan, perbetulkan keadaan, resign dari jawatan PM dahulu dan terima hukuman barulah boleh mengharap rakyat memaafkan. Orang melayu kecewa keadaan ini tidak berlaku semasa PAU tempoh hari maka janganlah harap sokongan dari the silence majority. UMNO tidak akan kecundang selagi ahli-ahlinya ikhlas, berterus terang dan sentiasa mempertahankan kebenaran.
Tuan Aspan dengan komentar yang agak baru dan lebih berani. Tidak seperti sebelumnya yang memberi komen seperti di awang-awangan dan tidak sesuai serta tidak jelas dalam mencapai motif penulisan.
Tahniah! Semoga anda bangun dan berlari mengikut blogger lain seperti Shahbudin Hussin dan MSO (lebih menyerlah maksud dan berani berubah).
Nasib badan lah malaysia...satu malaysia kene KANCING...
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya“ (QS. Nisa: 48)
"Pemimpin itu adalah perisai memerangi musuh rakyatnya dan melindungi mereka. Jika pemimpin itu mengajak rakyatnya kepada ketaqwaan kepada Allah dan bersikap adil maka pemimpin itu bermanfaat bagi rakyat, tetapi jika dia memerintahkan selain itu maka pemimpin itu merupakan
musibah bagi rakyatnya." (Hadis riwayat Muslim).
"Aku khabarkan kepadamu tentang pemimpin “. Auf berkata : Apa itu ya Rsulullah? Nabi menjawab : “ Kedudukan itu nanti merupakan sesuatu yang dapat membuat engkau hina. Kedua, kedudukan itu nanti akan memberikan penyesalan. Ketiga, kedudukan itu akan menjadi penyebab siksaan di hari akhirat, kecuali jika orang yang mendapat kedudukan itu dapat bersikap adil, tetapi bagaimana mungkin seseorang itu dapat berlaku adil dengan kaum kerabatnya." (Hadis riwayat Bazar, dan Thabrani)
"Satu hari keadilan seorang pemimpin lebih baik daripada ibadah selama enam puluh tahun, dan jika seorang pemimpin menegakkan hukum dengan adil itu lebih utama daripada nikmat turunnya hujan selama empat puluh hari." (Riwayat Thabrani).
"Ketahuilah bahwa Allah tidak menerima shalat pemimpin yang tidak adil dan amanah." (Riwayat Hakim)
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Alloh dan taatilah Rosul (Nya), dan Ulil amri (orang yang memegang perkara) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Alloh (Al-Quran) dan Rosul (Al-Hadits/sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Alloh dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (QS. An-Nisaa', No. Surat: 4, Ayat: 59).
Tuan Aspan, persoalan ni kena tanya Rosmah. Rosmah pula akan tanya ' bomoh2 ' yang dibawa oleh sekor Hindu Dato Eswaran. Mereka2 ni akan menentukan Najib. This may sound absurd but for starters please consult Dr Harun Din to vetify it. Thnks
Thaniah. Kupasan yang sangat bernas.
Salam Tuan Aspan,
Disaat PM Najib semakin bercelaru dengan skandal penipuan wang rakyat ada orang yg mengaku ulama sanggup menjadi terompah kayu kpd PM Najib bagi meredah segala kekotoran penipuan yg dilakukan PM Najib.
Dunia akhir zaman, banyak tanda tanda kiamat berada didepan mata kita sekarang ini.
Wallahualam.....
Salam Tuan Aspan,
Disaat PM Najib semakin bercelaru dengan skandal penipuan wang rakyat ada orang yg mengaku ulama sanggup menjadi terompah kayu kpd PM Najib bagi meredah segala kekotoran penipuan yg dilakukan PM Najib.
Dunia akhir zaman, banyak tanda tanda kiamat berada didepan mata kita sekarang ini.
Wallahualam.....
Nagib Razak nak jatuh berderai.....
Tak lama lagi jibby tu.. ehehe
Assalam Tuan. Teringin nak baca artikel Tuan berkaitan kerjasama Umno dan Pas.
Najib akan jatuh lagi 2 Kali pilihanraya umum. Sebab 2.6 billion cukup utk mengelapkan mata pengundi . silap org Malaysia ni masih memerlukan duit utk jangka pendek tanpa menghiraukan jangka panjang.
Apa yg engkau tulis ni ek? Ayat tergantung. Cerita merewang2. Macam dlm mimpi aje. Bahasa engkau tinggi sangat. Boleh rendahkan tak supaya orang bawahan macam kami boleh faham. Maaf.
Agak2nya kan, orang2 Bugis kebanyakan berbangga ke punya warisan semacam ini? Tetapi bila diteliti sejarah Bugis, memang sifat perantau2 mereka terok2,macam yg Dato' Najib paparkan! Ampon...
Jatuh terhempas kepala babi ko la...ko la yg patut mati terhempas ikut la perangai iblis keling kutty ,sampai la fitnah dan mainan persepsi nya satu pun tak betoiii. Yg rakyat tau keling kutty yg kayakan kafir2 laknat dan tembolok sendiri...baca sini la http://www.malaysia-today.net
Biasanya "terkejut" gajahlah akhirnya dan jadi bengong sepanjang lepas tu for a long2 time. Itu bagi yang tak mahu menjujurkan situasi dan yang tak berani berterys terang.
Post a Comment