06 January 2016

Jika UMNO bertukar barisan kepimpinannya kerjasama dengan PAS akan membawa faedah

Dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal. Oleh itu jika benar ada perbincangan yang sudah jauh di antara UMNO dengan PAS itu tidak lah mengejutkan. Itulah politik ala Malaysia yang unik ini. Ini bukan kali pertama persahabatan politik di antara PAS dengan UMNO. Semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri kerjasama ini telah terjalin malahan PAS berada di dalam kerajaan sehingga tahun 1978. PAS telah keluar atau di keluarkan dari BN kerana berpunca dari krisis kedua parti tersebut pada tahun itu.

Tun Razak telah memulakan langkah membawa PAS ke dalam BN setelah parti kerajaan Perikatan kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun 1969, tahun terjadinya permusuhan perkauman selepas pilihanraya itu. Semasa Malaysia di bawah pemerintahan darurat yang dipimpin oleh Tun Razak sebagai pengarah (MAGERAN) usaha mencari titik persamaan dengan PAS berlaku dan akhirnya PAS bersetuju untuk menyertai BN untuk mendapatkan kerjasama bagi memperkuatkan Perikatan yang akhirnya menjadi Barisan Nasional.

Parti Gerakan yang ditubuhkan dibawah kepimpinan Syed Husein Al-Atas yang berjaya menguasai Pulau Pinang dari Perikatan telah juga bersetuju untuk menyertai BN dan bersetuju dengan lambang BN maka bermulalah wadah baru dimana BN wujud dengan keahliannya bertambah dengan penyertaan PAS dan Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Pulau Pinang telah menjadi begitu pesat membangun di bawah kepimpinan Gerakan (BN) seperti yang kita lihat sekarang ini.

Berbalik kita kepada isu hangat kerjasama PAS dengan UMNO sekarang ini, ia bukanlah perkara yang terpencil yang berlaku dalam politik negara. Ia bukannya isu yang pelik, malahan PAS itu adalah ‘off-shoot’ UMNO juga.

UMNO dan PAS saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. PAS tidak selesa dengan Pakatan Rakyat yang di sertainya kerana DAP tidak menghormati perjuangan PAS. DAP mahukan PAS bertukar dan membenamkan asas perjuangannya dengan menjadi sebuah parti yang lebih liberal. Tidak usah kita persoalankan perjuangan PAS yang agak konservertif itu tetapi itulah ‘brand’ parti itu dengan memperjuangkan sebuah kerajaan Islam di negara ini. PAS berpendapat jika di pihak Pakatan tidak membolehkan kerjasama dan bergerak diatas ‘attribute’ konservertif nya maka adalah lebih afdal baginya untuk bekerjasama dengan yang kebetulan sedang dalam keadaan nazak dan hampir hilang segala keyakinan rakyat terhadapnya.

Isu yang lebih tidak menyakinkan PAS untuk terus berada dalam Pakatan ialah kumpulan parti-parti pembangkang ini tidak mempunyai ketua yang sahih. Bagi PAS di dalam BN se busuk-busuk BN itu ‘coalition’ itu ada ketuanya iaitu UMNO. Tetapi dalam Pakatan Rakyat tidak diketahui siapa sebenarnya menjadi ketua. PKR jelas tidak mampu mengetuai Pakatan itu, PAS pun tidak mampu untuk menerajui Pakatan itu kerana tentangan dari DAP. DAP pula tidak mempunyai moralnya untuk mengetuai ‘coalition’ itu kerana parti itu belum dapat membersihkan imej nya sebagai parti yang agak chauvinis Cina.

Kemenangan ramai calon pembangkang dalam pilihanraya yang lalu ialah kerana kebencian rakyat terhadap UMNO yang tidak mempunyai nilai perjuangannya dan terpalit dengan persepsi rasuah dan salah guna kuasa yang membimbangkan rakyat. Untuk mengharapkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari BN, dari Pakatan pembangkang adalah ibarat mimpi disiang hari kerana tiada kesatuan di antara parti-parti pembangkang di negara ini. Contohnya DAP lebih benci kepada PAS dari UMNO dan sekarang ini DAP juga tidak berapa sehaluan dengan PKR di Selangor. Itu sebab saya selalu katakan parti tidak lagi relevan dalam memilih pimpinan kerana masing-masing parti tidak mempunyai 'attribute' yang mampan untuk menjadi kerajaan yang benar-benar kuat dan disenangi rakyat.

Itu jugalah buat sementara ini terpaksa memilih seorang pemimpin yang datang dari mana-mana parti sekali pun untuk memulakan politik yang lebih meyakinkan. Isu ini saya tidak jemu mengulanginya selagi ia tidak tercapai. Mungkin ramai yang jemu dengan pandangan dan idea ini, tapi apakan daya ia merupakan satu-satu nya pilihan yang ada jika kita serius untuk memulakan ‘environment’ politik yang baru yang lebih diyakini oleh rakyat jelata.

Bagi PAS ia mempunyai hak untuk mempertahankan perjuangannya dari ancaman parti rakan yang bersama dalam pilihan raya dulu. PAS bukannya kali pertama menghadapi krisis seperti ini tetapi ia tetap wujud dalam keadaan yang kuat apabila tiba masanya. Malahan di akhir-akhir ini lebih ramai orang Melayu Islam telah menyertai PAS dan keahliannya bertambah dengan agak drastik.


Bak kata seorang ahli PAS kalau bekerjasama dengan UMNO ada juga bau-bau Islamnya dibandingkan dengan kerjasama dengan parti lain di kalangan parti-parti pembangkang yang begitu tegar menentang undang-undang Islam. Segala yang ada di dalam Islam itu salah bagi mereka. PAS pun ada juga maruah sedikit sebanyak, bukan?

Yang penting nya UMNO itu perlu menukar barisan kepimpinan terlebih dahulu. Barulah kerjasama itu membawa faedah. Kalau bekerjasama dengan kepimpinan hari ini dalam UMNO tidak mustahil PAS akan jatuh bersamanya.

24 comments:

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [7116] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 970 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D

Anonymous said...

Kerjasama politik ni macam juga perkahwinan, Kalau bekerjasama secara ikhlas dan jujur insyaAllah kerjasama akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.Kalau kerjasama yang tidak jujur dan ikhlas, hasilnya pun tak akan jadi baik

Anonymous said...

Yang penting nya UMNO itu perlu menukar barisan kepimpinan terlebih dahulu. Barulah kerjasama itu membawa faedah. Kalau bekerjasama dengan kepimpinan hari ini dalam UMNO tidak mustahil PAS akan jatuh bersamanya.


SETUJU SANGAT.
Ramai yang terfikir, PAS adalah alternatif kepada UMNO.
Tetapi bila PAS ambil keputusan bekerjasama dengan UMNO,
semuanya berkata, sudah tiada harapan lagi.
Tapi, kalau barisan kepimpinan UMNO sekarang ditukar,
harapan tetap ada untuk kami, pengundi Melayu.
Otherwise, kami simpan saja UNDI KAMI atau kami undi BEBAS.

albert magic said...

umno tetap umno dulu kini dan selamanya menipu dan mejual bangsa mwlayu.

Anonymous said...

Kerjasama umno-pas tu boleh, bukan tak boleh.Nama harum pas belum busuk lagi,tapi nama harum umno sudah membusuk tersangat2.Kalau dikepung dgn dinding pelambum (lead)setebal 6 inchi,radiasi radioactive Uranium U238 tak boleh tembus,tapi bau busuk umno boleh tembus sebab ianya terlalu busuk tersangat2 busuk.

Saya cadangkan bila umno-pas sudah pegang tampuk kuasa memerintah,sedikit demi sedikit nama umno di`hilangkan`, banyak demi banyak nama pas di`dominant`kan.Lama2 seluruh pemimpin umno termasuk najib dan zahid yg memerintah malaysia atas nama parti pas dan bukan lagi atas nama parti umno ......nanti akhirnya nama BUSUK umno semua rakyat akan boleh dilupakan .... orang ramai akan mula perasan yg memerintah ialah PAS walaupun najib dan zahid masih wujud dalam kabinet.

So, to all of you who strongly support and uphold umno including its pm and ministers kena lah berkorban sebab nama umno sudah terlalulah busuk ... memang busuk busuk sangat.

Anonymous said...

Dua2 parti tu dah basi, buruk di mata majoriti. Jadi sama saja, tak membawa faedah, samada tukar atau tak tukar kepimpinan.

Man said...

Imej Pas sebagai parti Islam tergambar dari sudut sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. KeIslamannya dari sudut kemanusiaan (hablum minannas)tidak nampak. DAP lebih berperikemanusiaan daripada pas. Perjuangan membangun kemanusiaan dap lebih dipercayai walaupun dalam diam. Hidup dap.

Anonymous said...

PAS umpama besi buruk dan UMNO umpama kayu buruk.Tak ade gunanya bergabung cuma kelebihan mereka bergabung ialah cepat sikit kedua-dua parti buruk ini dilenyapkan sekaligus dalam PRU. Seorang penipu dan seorang lagi pencuri...

Anonymous said...

Baik aku undi DAP cina kapir yang jujur dan bertanggungjawab dari aku sokong parti islam melayu yang korup dan pembohong...wahai orang melayu sekalian...bila nak sedar lagi...its not the race or religion...its the moral values...

Anonymous said...

In my DUN and parliamentary seat I had given my votes to DAP, thinking that the party can accommodate Islam principles, though they never accept Islamic principles. Both seats were won by DAP. However, observing their views, and actions against Islamic principles and law, which PAS is the major proponent, I can conclude that they (at least Lim Kit Siang and his Chief Minister's son) do not respect Islamic laws. Thus, I shall not vote DAP anymore in these DUN and parliament, although I do not like Barisan.

Unknown said...

Akupun berangan nak masuk jadi calon bebas kerana geram ngan kedua parti malayu ni tapi takut nanti tumbuh ramai pati bebas tumbuh disatu kawasan saja, itupun x dikira yang ditaja umno,umno juga yg untung baik bagi mampuih pasumno

Anonymous said...

Sebut saja nama dua parti ini mengingatkan saya kisah warisan pak kaduk dan lebai malang.Kepada sesiapa yang percaya bahawa dua parti ini boleh berkerjasama, fikirlah banyak kali.ingat2lah kisah mat jenin, jangan nanti berangan-angan macam mat jenin.

tulangkering said...

Ramai di kakangan orang melayu berada dlm keadaan berdebar debar andai PH betul2 menewas kan BN dlm PRU14 nti..kita bakal melihat inilah peluang DAP melunas hajat yg selama ini terpendam..sy sudah 7 kali mengundi dan tidak pernah mengundi BN..tapi kali ini sy dpt melihat bahaya besar pd org melayu andai PH memerintah....sesuatu yg jelas akan terjadi ialah cina melalui DAP akan me untut kerusi TPM 2 atau 3..ingat lah DAP hanya bertanding 47 kerusi perl8men sahaja tak nmungkin menerintah msia secara sendirian...tapi apa yg akan berlaku ialah jika DAP memenangi semua kerusi yg di pertanding kan..DAP akan mempunyai kuasa super power dlm PH...pikir lah apa yg bakal terjadi..sy sebagai seorg melayu menyeru supaya berhati hati ..jgn sesekali memberi kemenangan kpd PH ini.

tulangkering said...

Ramai di kakangan orang melayu berada dlm keadaan berdebar debar andai PH betul2 menewas kan BN dlm PRU14 nti..kita bakal melihat inilah peluang DAP melunas hajat yg selama ini terpendam..sy sudah 7 kali mengundi dan tidak pernah mengundi BN..tapi kali ini sy dpt melihat bahaya besar pd org melayu andai PH memerintah....sesuatu yg jelas akan terjadi ialah cina melalui DAP akan me untut kerusi TPM 2 atau 3..ingat lah DAP hanya bertanding 47 kerusi perl8men sahaja tak nmungkin menerintah msia secara sendirian...tapi apa yg akan berlaku ialah jika DAP memenangi semua kerusi yg di pertanding kan..DAP akan mempunyai kuasa super power dlm PH...pikir lah apa yg bakal terjadi..sy sebagai seorg melayu menyeru supaya berhati hati ..jgn sesekali memberi kemenangan kpd PH ini.

tulangkering said...

Ramai di kakangan orang melayu berada dlm keadaan berdebar debar andai PH betul2 menewas kan BN dlm PRU14 nti..kita bakal melihat inilah peluang DAP melunas hajat yg selama ini terpendam..sy sudah 7 kali mengundi dan tidak pernah mengundi BN..tapi kali ini sy dpt melihat bahaya besar pd org melayu andai PH memerintah....sesuatu yg jelas akan terjadi ialah cina melalui DAP akan me untut kerusi TPM 2 atau 3..ingat lah DAP hanya bertanding 47 kerusi perl8men sahaja tak nmungkin menerintah msia secara sendirian...tapi apa yg akan berlaku ialah jika DAP memenangi semua kerusi yg di pertanding kan..DAP akan mempunyai kuasa super power dlm PH...pikir lah apa yg bakal terjadi..sy sebagai seorg melayu menyeru supaya berhati hati ..jgn sesekali memberi kemenangan kpd PH ini.nauzubillah

zaman said...

Setiap parti ada jangka hayatnya, maka sekarang giliran PAS utk dikuburkan kerana mempunyai peminpim yg ego dan keras kepala macam Taliban.😃

Anonymous said...

apa takut ketuanan melayu hilang ke?. jangan cepat melatah.kita tengok dahulu.....buat masa ni pun cina dah perintah...dapat kontrak beri kat Cina buat, melayu ambil comisen je, modal tak ada..melayu berniaga buluh kasap je yg tahu ..dapat hujung pangkal lesap

kusufian write said...

When the enemy is dying kill them. Too harsh.. Capture them.. Stupid for PAS to even cooperate with meno.

Unknown said...

usah dikenang barang yang lepas....lain orang lain padang ..buang yang keroh ambil yang jernih demi survival agama dan bangsa...TAPI dengan syarat presiden umno dan kebinet dan mt.ketua2 bahagian yang menyokong pimpinan sekarang ditukar insyaallah pimpinan melayu islam akan merentah malaysia lebeh berjaya berlandasan sistem islam

Unknown said...

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna....saya pon nampak bahaya tersebut..satu altinatif...semua melayu pangkah pas...dan pas MESTI..tanding.semua kerusi baik perlimen atau dun...JIKA pimpinan umno tidak bertukar....sama2 berdoa agar malaysia terselamat dari pemerentahan liberal dan unsur2 komunis

JinKerjaKacauKampong@J3K said...

...x dak nak bawa paedah apa aaih...kalau kata Pas/Umno...bala dgn azab dunia ada bgi kerakyat jelata....

Yoptanjung said...

Orang Melayu mcm aku udah meluat dan jemu dengan cerita seram dan fantasi dari pimpinan UMNO dan kini dari pemimpin PAS. 50 tahun dahulu, cerita seram hak Melayu dirampas oleh bangsa lain bolehlah juga orang terima; tapi hari ini, ternyata yang menganiayai orang Melayu ialah kerajaan yang terdiri oleh orang Melayu itu sendiri. Walahhualam

Anonymous said...

Dibawah hj hadi pas sanggup ditelan
umno.segala penyelewengan umno,
pas tutup mata saja.hj hadi tinggalkan
segala perjuangan arwah Nik Aziz

Anonymous said...

Tak berganbung tapi Cuma beri isyarat. Apa2 keputusan boleh dibuat pada Bila2 masa sj..Bergantung pd jumlah kerusi yg dimenangi