29 February 2016

Najib akan menjilat lukanya sendiri

Dalam keadaan politik kelam kabut hari ini, tentunya ada pihak yang sedang menangguk di air yang keruh atau melukah di tempat yang sempit. Siapa yang sedang melukah itu? Tidak lain dan tidak bukan mereka adalah dari kumpulan yang kuat berdrama menyokong Najib dikalangan ahli-ahli Jemaah kabinet.

Kumpulan ini berkeyakinan yang Najib akhirnya tidak akan berjaya mempertahankan dirinya dari isu yang sangat berat yang sedang beliau hadapi. Tidak wajar untuk menuduh ada konspirasi tertinggi yang ingin menjatuhkan Najib dan tentulah mereka cuba hendak memalitkan kumpulan luar dari Kabinet dan lebih spesifik lagi Tun Dr Mahathir Mohammed, Muhyiddin dan lain-lain.

Apa yang tidak disedari oleh Najib yang menyokong secara kuat dengan terbuka terhadap Najib adalah konspirasi sebenarnya kerana ada pemimpin yang sudah pun melakarkan barisan Kabinetnya jika dia berjaya mendapatkan jawatan Perdana Menteri itu. Tidak dapt diketahui berapa kerat kah individu pemimpin yang meyalak menyokong Najib itu yang benar-benar adalah penyokong Najib yang sebenarnya.

Yang pastinya ramai dikalangan mereka yang menyokong Najib yang sebenarnya itu akan terkeluar dari barisan yang telah dirancang oleh seorang pemimpin yang sedang beriya benar untuk mengambil alih kepimpinan Najib itu. Pendeknya Najib sedang tersepit dengan masalah desakan kumpulan yang jelas mahukan Najib berhenti dengan kumpulan disekelilingnya yang secara senyap mahukan Najib itu berundur untuk kepentingan seorang yang tidak sabar mahu mengambil alih kuasa yang sekarang dipegang oleh Najib itu.Musuh yang jelas berada di mata tidaklah begitu merbahaya tetapi harimau atau musuh dalam selimut itu susah hendak dikesan.

Harimau yang menghendap akan menerkam semasa Najib leka dan semasa itu Najib akan kehilangan segala-galanya dan beliau akan menjilat lukanya sendiri. Konspirasi yang saya sebutkan ini bukan tidak mustahil akan berlaku tetapi itu adalah kebarangkalian yang sangat hampir kepada kebenaran.

Oleh itu Najib perlu mempertimbangkan untuk berundur secara terhormat dan menyokong tindakan pengkritik diluar ini bagi menjadikan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan, dan setidak-tidaknya Najib boleh meninggalkan nama untuk bekal dihari muka dalam persaraan. Najib perlu ingat jika beliau dikecewakan oleh rakan yang menyalak memberikan sokongan, ia merupakan satu kekecewaan yang tidak akan mudah untuk diubati dan ia akan terbawa-bawa sehingga akhir hayat beliau. Orang yang memberikan sokongan apabila sudah mendapat apa yang mereka hajati akan berpaling tadah dan semasa itu Najib akan menjadi cemuhan mereka pula.

Ia amat menyakitkan setelah ia benar-benar berlaku. Kehidupan samada baik atau tidaknya ialah semasa dalam persaraan dan seterusnya setelah kita meninggalkan dunia ini. Buat masa sekarang Najib masih sibuk untuk membunuh diri dan jiwanya sendiri.

5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

kita mungkin boleh mengagak siapa yang lebih merbahaya sebenarnya, harimau terluka di luar atau harimau jinak di dalam kandang sendiri.

Harimau tetap harimau, menyerang mangsa dalam senyap.

Situasi ini Najib sendiri lebih sedar dan ia tidak akan berlaku, Najib lebih kenal mana satu harimau sarkas mana satu harimau denak, yang penting semua sudah makan dedak.

Anonymous said...

Saya setuju.
Sejarah kerjaya Tun M sendiri, sarat dengan harimau jinak
yang dilatih untuk mengambil tempatnya. Senyap-senyap dia
buat rancangan memperagakan dirinya untuk dianggap lebih
bagus daripada Tun M sendiri. Bila Tun M sedar, semuanya
sudah terlambat. Bukan senang nak buang harimau jinak yang
dilihat lebih bagus daripada tuannya. Yang nampak jahat,
ialah si tuan.
Saya percaya sejarah akan berulang pula kepada Najib.

Hang Kasturi said...

DSNR will never step down on his own volition. He will lead the BN government till PRU 14. It shall be the will of the rakyat that will replace the BN government.Based on the current circumstances, it is highly unlikely that there will be a coup d' tart against DSNR by his Cabinet colleaques.

Hang Kasturi




Anonymous said...

Najib is not that stupid. Zahid H can remain in anticipation of opportunities that may never materialise. Crooks will always be crooks.

Anonymous said...

apapun orang zahid telahpun bermimpi untuk mengantikan ketua bahagian pemakan dedak najib. pemakan dedak zahid lagi pelahap dari najib..tapi kelemahan ketara pemakan dedak zahid adalah usia yang sudah tua bangka..