Dalam keadaan politik kelam kabut
hari ini, tentunya ada pihak yang sedang menangguk di air yang keruh atau
melukah di tempat yang sempit. Siapa yang sedang melukah itu? Tidak lain dan
tidak bukan mereka adalah dari kumpulan yang kuat berdrama menyokong Najib
dikalangan ahli-ahli Jemaah kabinet.
Kumpulan ini berkeyakinan yang
Najib akhirnya tidak akan berjaya mempertahankan dirinya dari isu yang sangat
berat yang sedang beliau hadapi. Tidak wajar untuk menuduh ada konspirasi
tertinggi yang ingin menjatuhkan Najib dan tentulah mereka cuba hendak
memalitkan kumpulan luar dari Kabinet dan lebih spesifik lagi Tun Dr Mahathir
Mohammed, Muhyiddin dan lain-lain.
Apa yang tidak disedari oleh
Najib yang menyokong secara kuat dengan terbuka terhadap Najib adalah konspirasi
sebenarnya kerana ada pemimpin yang sudah pun melakarkan barisan Kabinetnya
jika dia berjaya mendapatkan jawatan Perdana Menteri itu. Tidak dapt diketahui
berapa kerat kah individu pemimpin yang meyalak menyokong Najib itu yang
benar-benar adalah penyokong Najib yang sebenarnya.
Yang pastinya ramai dikalangan
mereka yang menyokong Najib yang sebenarnya itu akan terkeluar dari barisan
yang telah dirancang oleh seorang pemimpin yang sedang beriya benar untuk
mengambil alih kepimpinan Najib itu. Pendeknya Najib sedang tersepit dengan
masalah desakan kumpulan yang jelas mahukan Najib berhenti dengan kumpulan
disekelilingnya yang secara senyap mahukan Najib itu berundur untuk kepentingan
seorang yang tidak sabar mahu mengambil alih kuasa yang sekarang dipegang oleh
Najib itu.Musuh yang jelas berada di mata tidaklah begitu merbahaya tetapi
harimau atau musuh dalam selimut itu susah hendak dikesan.
Harimau yang menghendap akan
menerkam semasa Najib leka dan semasa itu Najib akan kehilangan segala-galanya
dan beliau akan menjilat lukanya sendiri. Konspirasi yang saya sebutkan ini
bukan tidak mustahil akan berlaku tetapi itu adalah kebarangkalian yang sangat
hampir kepada kebenaran.
Oleh itu Najib perlu
mempertimbangkan untuk berundur secara terhormat dan menyokong tindakan
pengkritik diluar ini bagi menjadikan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan,
dan setidak-tidaknya Najib boleh meninggalkan nama untuk bekal dihari muka
dalam persaraan. Najib perlu ingat jika beliau dikecewakan oleh rakan yang
menyalak memberikan sokongan, ia merupakan satu kekecewaan yang tidak akan
mudah untuk diubati dan ia akan terbawa-bawa sehingga akhir hayat beliau. Orang
yang memberikan sokongan apabila sudah mendapat apa yang mereka hajati akan
berpaling tadah dan semasa itu Najib akan menjadi cemuhan mereka pula.
5 comments:
kita mungkin boleh mengagak siapa yang lebih merbahaya sebenarnya, harimau terluka di luar atau harimau jinak di dalam kandang sendiri.
Harimau tetap harimau, menyerang mangsa dalam senyap.
Situasi ini Najib sendiri lebih sedar dan ia tidak akan berlaku, Najib lebih kenal mana satu harimau sarkas mana satu harimau denak, yang penting semua sudah makan dedak.
Saya setuju.
Sejarah kerjaya Tun M sendiri, sarat dengan harimau jinak
yang dilatih untuk mengambil tempatnya. Senyap-senyap dia
buat rancangan memperagakan dirinya untuk dianggap lebih
bagus daripada Tun M sendiri. Bila Tun M sedar, semuanya
sudah terlambat. Bukan senang nak buang harimau jinak yang
dilihat lebih bagus daripada tuannya. Yang nampak jahat,
ialah si tuan.
Saya percaya sejarah akan berulang pula kepada Najib.
DSNR will never step down on his own volition. He will lead the BN government till PRU 14. It shall be the will of the rakyat that will replace the BN government.Based on the current circumstances, it is highly unlikely that there will be a coup d' tart against DSNR by his Cabinet colleaques.
Hang Kasturi
Najib is not that stupid. Zahid H can remain in anticipation of opportunities that may never materialise. Crooks will always be crooks.
apapun orang zahid telahpun bermimpi untuk mengantikan ketua bahagian pemakan dedak najib. pemakan dedak zahid lagi pelahap dari najib..tapi kelemahan ketara pemakan dedak zahid adalah usia yang sudah tua bangka..
Post a Comment