Bahagian 2
Dari sekarang elok kita membuat
keputusan dalam pemikiran kita yang isu 1MDB dan tindakan rasuah yang tidak
terperi besarnya itu dilakukan oleh pimpinan kita yang bertanggungjawab keatas
pengwujudan 1MDB itu. 1MDB itu seolah-olah sememangnya dari ‘day one’ telah
wujud semata-mata untuk menyelongkar kekayaan negara kita untuk kepentingan
kewangan dan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang mewujudkannya.
Tetapi sebesar mana sekali pun
isu 1MDB ini kita perlu memahami yang negara kita telah tidak terurus dengan
baik sejak tiga dekad dahulu. 1MDB
hanyalah kemuncak kepada onar dan kesalahan pimpinan sejak tiga dekad itu dalam
memimpin negara dan sikap minum sambil menyelam untuk kekenyangan tompolok masing-masing. Ada pemimpin yang menggunakan rasuah untuk mengekalkan
kepimpinan tetapi jika kita selidik dengan baik, ada pemimpin yang boleh
dirasuah untuk melayakkan jawatan bagi kepentingan perasuah yang mengambil alih
kepimpinan itu.
Sejak tiga dekad dahulu tidak ada
lagi semangat untuk menjayakan misi ‘nation building’ dan disebaliknya
istilah ‘nation building’ itu ditakrifkan pembangunan fisikal dengan bangunan
tertinggi di dunia, jambatan yang panjang-panjang dan tiang bendera yang
tertinggi serta gong yang paling besar didunia yang pernah wujud diperkarangan
angkasapuri suatu ketika dahulu.
Tidak mereka dan rakyat yang
menyokong mereka itu sedar bahawa pembangunan fisikal itu merupakan sebahagian
kecil komponan dalam konsep ‘nation building’ itu. Oleh kerana itu kita sudah hampir
hilang identiti sebagai bangsa-bangsa timur seperti bangsa Melayu. Mereka lebih
mengutamakan pembangunan material sehinggakan bangsa Melayu sudah tidak
dikenali lagi. Mereka mengambil sikap identiti bangsa itu tidak penting kerana
yang lebih penting ialah pembangunan material yang besar kepada setiap orang
khususnya bangsa Melayu itu.
Mereka tidak menyedari bangsa
Jepun bertambah maju tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bangsa Jepunnya. Budaya
mereka tetap kekal walaupun sebesar mana sekali pun perubahan zaman dan
waktunya yang melanda setiap manusia dari dulu hingga sekarang. Tetapi
sebaliknya ciri-ciri Melayu kita sudah hilang hampir kesemuanya kerana mereka
menganggapkan untuk maju kita perlu menghilangkan budaya dan ciri kemelayuan
itu. Tetapi yang dicita-citakan untuk maju dalam segala bidang itu tidak juga
tercapai dan sekarang bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan
bangsa-bangsa lain di negara ini. Akhirnya yang dikendung berciciran dan yang
dicita-citakan tidak juga tercapai.
Yang jelas berkembang ialah budaya
rasuah yang tidak terkawal kerana budaya baru untuk mengumpulkan kekayaan sudah
menjadi budaya kita sekarang ini. Oleh kerana tidak ada kemampuan untuk menjadi
kaya maka mereka menggunakan kuasa dan pengaruh politik yang mereka mahir untuk
mengaut kekayaan itu tanpa memiliki moral dan nilai kemanusiaan yang baik walau
kecil mana sekali pun. Memegang kuasa politik melalui parti politik tunggangan
mereka sudah menjadi perkara yang sudah diterima dan dibudayakan oleh bangsa
Melayu khususnya mereka yang mempunyai otot kuasa dan pengaruh besar dalam
kerajaan. Kedudukan dalam kerajaan dan parti yang memerintah merupakan modal
perniagaan mereka dan budaya rasuah itu adalah budaya yang sangat mudah bagi
mereka mengaut dan membina kekayaan dan kuasa yang tidak terkawal itu.
Najib tidak mahu berundur
sedangkan rata-rata rakyat mahukan beliau meninggalkan jawatan beliau diPutrajaya
itu dan disebaliknya beliau melaungkan yang beliau disokong oleh partinya
dengan kuat dan tidak ada sebab beliau untuk meletakkan jawatan. Beliau berkata
yang beliau dipilih oleh rakyat tetapi itu tidak benar. Sesungguhnya beliau dipilih
oleh parti-parti dalam komponen BN yang rata-rata memiliki budaya rasuah yang
besar. Mereka lebih selesa untuk memilih seorang Perdana Menteri yang mudah
dirunding tentang hal rasuah dan penyalah gunaan kuasa itu.
Belum lagi ada sejarah yang
seorang Perdana Menteri dipilih secara ‘direct’ oleh pengundi-pengundi dalam
persekutuan ini. Itu sebabnya amat mudah
bagi seorang Presiden Umno untuk mengekalkan kuasa kerana yang perlu
dilakukannya ialah dengan menekankan pengaruh dan kuasa kewangan yang
diperolehi melalui rasuah itu untuk memegang dan mengekal jawatan Presiden UMNO
itu. Bangsa-bangsa lain seperti bangsa Cina dan India serta dayak dan bidayuh
tidak pernah mempunyai peluang untuk memilih seorang Perdana Menteri di negara
ini. Hanya segelintiran Melayu Umno yang boleh dibeli dan disogok sahaja yang
berkuasa untuk menentukan siapa Perdana Menteri itu.
Itu sebabnya UMNO itu merupakan
parti yang penting untuk dibersihkan kerana Presiden parti itu secara otomatik
menjadi Perdana Menteri jika BN diberikan mandat dalam pilihanraya umum negara
ini. Sekarang ini Umno telah gagal untuk mengenengah dan menonjolkan pemimpin
yang dihormati dan boleh diyakini rakyat ramai yang sentiasa memerhati dan
meneliti tingkah dan laku kepimpinannya. Sekarang Umno itu tidak lagi menjadi
pembela rakyat malahan parti itu merupakan parti yang memusuhi rakyat kerana
pimpinan parti itu sentiasa melakukan onar terhadap rakyat termasuk terhadap
ahli-ahli partinya yang sentiasa memberikan sokongan kerana kenaifan mereka
untuk memahami keadaan negara yang sebenarnya.
Umno tidak boleh lagi menjadi
tunjang pemerintahan selagi pimpinan hari ini tidak dialih dan dianjak. Hanya
dua pilihan sahaja yang ada kepada rakyat khususnya orang Melayu. Pertamanya
menurunkan pimpinan hari ini secepat mungkin dengan menggunakan apa sahaja ‘instrument’
yang boleh digunakan atau pimpinan itu sendiri berundur. Satu lagi pilihan
ialah dengan menolak Umno terus dan jangan dibiarkan menjadi tunjang
pemerintahan negara lagi.
Ramai pimpinan UMNO yang
menyokong Najib secara membuta tuli berkata yang Najib akan hanya boleh
diundurkan jika rakyat melakukannya dalam pilihanraya. Tetapi dengan cara ini
bermakna mereka sendiri sudah tidak mahukan UMNO lagi kerana UMNO akan ditolak
untuk menjatuhkan Najib dari terus memimpin negara. Jika mereka penyokong tegar
UMNO sekarang ini, ‘argument’ seperti itu adalah ‘argument’ yang amat bodoh
kerana mereka sendiri akan hanyut bersama Najib dan partinya nanti.
(bersambung)
4 comments:
Adakah berjuang untuk agama bangsa dan negara satu 'argument' yang bodoh?
"So what they (existing leaders) do is recruit people who are more stupid than them. And when this leader dies, this someone who is more stupid than them will take over... now we have a party with three generations of such leaders. It is now a stupider party."
Jika begitu, siapakah pengasas PPBM? Memaku dulang, paku serpih!
Agama bangsa dan negara?..hahaha...nk pecah perut aku gelak..
Kita berhadapan dengan kumpulan dan pemimpin yang dah hilang pertimbangan kerana dikawal olih matlamat material dan kuasa demi menjajaga udang yang terlalu besar jika gagal mereka2 terlibat akan menjadi sejarah hitam dan akan termasuk kumpulan ASNAF . Mereka dah retak dan terus kekalkan tekanan kerana mereka tak ramai pun.....
Amat menghairankan kemana perginya suara para mufti, alim ulamak (diam menikus) yang sepatutnya menentang kemungkaran yang sangat dahsyat diabad ini.
Post a Comment