14 June 2017

BSKL patut gantung dagangan saham FGV buat sementara

Issue Felda dan FGV sudah berlarutan begitu lama. Hanya ianya tidak begitu dihebohkan sebelum ini kerana negara sedang berhadapan dengan isu-isu yang terlalu besar di bawah pentadbiran sekarang ini sehinggakan isu yang begitu besar pun ditutupi dengan isu-isu yang lebih besar yang tidak pernah dijangka berlaku di negara kita ini.

Isu 1MDB tidak akan surut kerana ianya merupakan satu isu yang begitu jelas sebagai isu penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang tidak terperi besarnya. Belum pun isu 1MDB, SRC dan isu-isu besar seperti GST dan yang lain-lain yang melibatkan tanggungan hidup seharian rakyat isu Felda kembali timbul. Kali ini isu Felda ini sudah menjadi besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti pimpinan negara yang sudah sedia tercemar dengan begitu buruknya sekarang ini.

Kali ini isu FGV dengan pergeseran di antara Presiden syarikat FGV dengan pengerusi Lembaga Jemaah pengarahnya TS Isa Abdul Samad. Merata-rata kedengaran berbagai pihak mendesak supaya Isa meletakkan jawatan termasuk desakan dari generasi kedua Felda yang secara terbuka mahukan Isa bersara daripada memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat gergasi yang disalahurus oleh elemen-elemen yang menjengkelkan yang ternyata tidak boleh dilindungi lagi.

Bagi pandangan orang seperti saya Isa sememangnya patut secara sukarela bersara kerana ia melibatkan kredibiliti Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat itu. Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam pasaran Saham Kuala Lumpur FGV perlu menjaga kredibilityinya sebagai sebuah syarikat awam bagi menjaga kepentingan pemegang-pemegang sahamnya termasuk pemegang-pemegang saham minoritinya.

Setakat ini belum lagi terdengar Bursa Saham bertindak untuk mengendalikan kekusutan syarikat dalam kawalannya. Sepatutnya Bursa Saham Kuala Lumpur menggantung perdagangan sahamnya di BSKL buat seketika sehingga isu ini selesai. Isa pula sepatutnya berundur sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah FGV kerana ia melibatkan intergriti syarikat terbesar ini. Kita bukan menuduh siapa yang bersalah dan yang benar tetapi itulah amalan etika bagi mereka yang menguruskan syarikat awam yang tersenarai di Pasaran Saham di mana-mana sekali pun di dunia ini. Dalam hal ini Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV tidak boleh dikecualikan dari mengamalkan etika yang diguna pakai oleh mana-mana syarikat awam.

Jika pengurusan di bawah kelolaan Presiden syarikat ini yang bersalah ia merupakan tanggungjawab Pengerusi Lembaga Pengarah untuk mengambil ‘accountability’nya. Presiden pengurusannya sepatutnya mengambil ‘responsibility’nya dan Pengerusi Lembaga Pengarahnya mengambil ‘accountability’nya.

Isa tidak boleh berdiam diri dengan desakan untuk beliau berundur dengan bertempek yang beliau tidak bersalah. Ini bukan masalah salah benar tetapi masalah etika dan intergriti sesebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Isa mesti faham yang beliau bukannya pengerusi syarikat kilang padi di kampungnya atau pun syarikat peribadi beliau.

Dalam pada itu BSKL sepatutnya mengambil tindakan pantas dengan menggantung perdagangan sahamnya di BSKL buat sementara ini. Isu FGV ini terlalu besar dan ramai juga yang kehairanan kenapa sahamnya masih didagangkan di Bursa Saham terus-menerus sedangkan syarikat sedang berhadapan dengan isu kredibiliti yang amat serius.

Secara 'parallel'nya rakyat dan pemegang saham terdengar rungutan tentang kerugian besar FGV ini yang mencecah hampir RM13 billion ini dan heboh diperkatakan yang Isa sebagai Pengerusinya telah mengambil tempat seolah-olah beliau sebagai orang yang telah mengambil keputusan-keputusan yang kurang baik dan memaksa pengurusan untuk melakukan tindakan-tindakan yang tidak betul sehinggakan berlaku pergeseran antara beliau dengan pengurusan.

Oleh kerana isu ini sudah sampai ke tahap yang meruncing maka adalah wajar bagi Isa menunjukkan sikap beretikanya dengan berundur dan mengambil ‘accountability’ tadi secara jujur dan terbuka. Itulah sepatutnya amalan yang beliau patut ada dalam menguruskan sebuah syarikat awam. Mempengerusikan lembaga pengarah syarikat awam berbeza dengan cara menguruskan jawatan politik seperti jawatan Menteri Besar atau Menteri yang pernah beliau pegang dahulu.

Walaubagaimanapun yang penting sekarang ini, Bursa Saham Kuala Lumpur wajar menggantung perdagangan saham FGV serta merta bagi menjaga kepentingan pemegang sahamnya terutamanya bagi pemegang-pemegang saham minoritinya.

Rakyat sudah begitu rimas dengan isu-isu yang berkaitan dengan FGV ini. 

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Penubuhan FGV sendiri berteraskan missi dan vissi politik, bukannya teras perniagaan tulin, ia condong ke arah kelepektasi..

Atas teras itu, isa dilantik kerana ia bukan seorang pakar ekonomi atau perniagaan..

Anonymous said...

Credibility, integrity, accountability responsibility and reputation have been flushed down the drain ages ago.

Anonymous said...

Saya sebagai minority share holder minta satu mesyuarat agung tergempar diadakan bagi mendesak Isa Samad meletakkan jawatan.

Anonymous said...

Isa tu satu undi menang dimesyuarat agung tergempar takkan letak jawatan. Kalau dia ada maruah diri dah lama dia letak jawatan.