30 November 2009

Can MCA be the same again?


MCA members are decisive. The special briefing in place of EGM on the 28th November wanted the election of office bearers within 60 days from the 28th November and they called it as Declaration 1128.

They want to elect new leadership once and for all as the last available choice in their effort to reinstate the sanity of the party and enjoy the regards from the Chinese Community which they have lost almost in total.

With this decision made by the delegates, it clearly reflects the real mood of the members and this atmosphere is not a good pointer for Ong Tee Kiat and he may be voted out in the election if there is anyone who is offering to replace him.

But if the President is to be challenged Liow Tiong Lai is the only person who
is seen as the logical person who is going to take on the mantle.

So far there are already 13 CWC members who follow the mood of the delegates by offering to resign from the CWC and these 13 members are lobbying for the rest to follow suit and resign en-block to reflect that democracy in MCA is still there.

These 13 members are all from Liow’s bloc and they were carried high up by the mood of change if not from the ordinary members at least the delegates showed the intention to change very noticeably.

The 28th November decision is another vote of no confidence like to the leadership of Ong.

I have a number of friends from MCA who were delegates to the 28th November and all were in the mood to see a new President be chosen to give a little prospect of seeing the party to be revamped and to start anew in reclaiming the support of the Chinese which the party has lost for past few years.

It is very logical move as giving the members to decide who they want as their leader is the most authenticated mode of saving the party and consequentially none among their elected leaders in the lineup is to be blame of any misadventure in the later days.

BUT it isn’t that easy to make up to the resolution as Ong is not going to follow the decision made by the delegate.

Ong is now trying to barricade and circumvent the move by saying that it is unconstitutional not to hold the AGM schedule on the 5th of December. Liow’s faction want the AGM not to take place as to him getting prepared to hold fresh election within 60 days from that day should be the priority.

To Liow, the problem now is the leadership and it is always logical to address the issue first rather than playing the game by manipulating constitutional provisions.

The political game that the big names in MCA is very fluid and it all now depends on the real wants of the members.

The 27 other members of the CWC except for a few staunch supporters of Ong and Chua are now take wait and see stand and as time passes by there will be new turn of event to come.

As far as Liow’s team is concerned they confidently believe that the fresh election of office bearers would be tilting well to their side and the team is now seen as the next lineup that would rule and manage the party.

If that would be so, is Ong Tee Kiat going to just let the event sinks his political future at his tender age of 53?

He has the support of a few MCA who are Members of Parliament. If Liow manages to outdo Ong can he be able to take control of all members of Parliaments.

Grouses are widespread within MCA alleging UMNO forcing the solution to the problems without real understanding what the goings in MCA is, and some are blaming Muhyiddin for worsening the issues.

Some who dear to me within MCA are saying that there should be a real new deal and package in our political system of the nation as every party and individuals are going without direction.

The new deal should be based on mutual benefits of all races and this has to be done swiftly. Keeping all issues faced by parties within BN and Opposition unchecked, would only help to put this nation in total disarray and discomfort.

Malaysia is one of the members of International Community and the community is watchful on us. The apprehensions of Petronas to fulfill its obligation to honor the agreement of Royalty to oil producing states add up to the vulnerability of international perception to the nation.

The international community thinks that if the simple and concise agreements which so handy to be comprehend were made complicated and if the Government insists of not paying the Royalty it is not impossible for the agreement to be rescinded.

But UMNO is UMNO; they are the ones who can commit illegal move, but not for others.

But the time for UMNO to work out her normal propose and support is all over. UMNO and its leaders must recognize that the thinkers and the brains are outside the party or at least outside the party leadership lineup.

The years of ruling with iron fist are long over. Now leaders can’t lie or deceive the people any longer.

The voting public is alert set and any attempt to mislead or misinform them would face grave political consequence.

In MCA the ordinary members are looking at DAP or any other party which they consider relatively better for their comfort.

MCA must learn what has happen to MIC; Samy Vellu is soon to become an orphanage Indian leader.

BUT I still think that MCA members are far more responsible to their party than UMNO members to their struggles.

The sooner MCA calls for their AGM to elect leaders they prefer the better for the party and BN as a whole.

GOD blesses you MCA. We hope you won’t face what GERAKAN is facing.


Thanks…………………………………………………………………………..Aspan Alias

25 November 2009

Nik Aziz tertekan


Nik Aziz mengaku tertekan dengan isu yang mengelilingi beliau akhir-akhir ini.

Bagi beliau ini adalah dugaan besar yang beliau tangani dengan sebaik mungkin dan sebagai seorang yang dikatakan ulamak tentulah beliau akan mencari jalan yang telah ditetapkan oleh Agama lebih-lebih lagi daripada sudut Sunnah Muhammad (s.a.w).

Isu menantu beliau yang sedang disiasat oleh MACC merupakan kemuncak masalah yang dihadapi beliau dan beliau telah pun mengarahkan Abdul Ariffahmi untuk melepaskan jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Walaupun Ariffahmi sudah melepaskan jawatan itu tetapi MACC tetap melakukan penyiasatan terhadapnya dan isu ini sedang cuba diperbesarkan oleh sesetengah pihak kerana poltik.

Media pula memberikan liputan meluas dan merasai kehilangan tokoh Agama ini apabila beliau mendiamkan diri selama seminggu.

Hanya semalam beliau berjaya didekati oleh media untuk mendengar sedikit sebanyak komen beliau tentang isu yang sedang menyelubungi beliau dan PAS.

Apabila ditanya kenapa beliau menjauhi diri dari media massa beliau mengakui bahawa beliau sengaja menyepi seketika kerana tertekan dengan isu yang dilakukan terhadap beliau akhir-akhir ini.

“Apabila kita menghadapi kesulitan dan kepayahan maka kita mestilah mendiamkan diri sekejap seperti mana yang diamalkan oleh Muhammad (s.a.w). Nabi dahulu pernah tidak berjumpa dengan sesiapa selama sebulan kerana menghadapi fitnah yang besar,” ujar beliau.

Kita lupakan politik buat seketika dan kita cerita hal Nik Aziz sebagai individu dan insan biasa yang memberikan tumpuannya kepada cara dan keadah penyelesaian yang dilihat dari sudut Agamanya.

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu benar. Ketepikan politik seketika kerana apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu boleh diambilkira bukan sahaja oleh beliau tetapi juga oleh semua masyarakat awam tanpa mengira kaum dan keturunan.

Yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu ialah salah satu daripada cara Muhammad (s.a.w) mencari penyelesaian kepada masalah perjuangan baginda ialah dengan beriktikaf di Gua Hiraq yang terletak di pinggiran kota suci Mekah Al-Mukarramah.

Baginda menggunakan masa beriktikaf itu untuk bertawassul dan bertawajjuh ke hadhirat Allah bagi mencari petunjuk dan jalan yang benar bagi mencapai keredhaan Tuhan semesta alam.

Ketika itu, tugas untuk mengembangkan makalah Islam dan menggariskan panduan hingga ke tahap mensyariatkan hukum hakam bukanlah suatu tugas yang mudah.

Kita perlu ingat bahawa turunnya Muhammad (s.a.w) ke muka bumi ini ialah untuk menyempurnakan serta menegakkan syariat Agama kita yang suci ini.

Segala apa yang baginda lakukan itu menjadi Sunnah yang menjadi panduan kepada kita bagi menyelesaikan masalah yang kita sebagai indvidu hadapi dalam semua bidang kehidupan.

Bagi umat Islam, kita sentiasa diingatkan oleh Guru-Guru yang Mursyid, oleh Guru-Guru fiqh, ibu bapa kita dan sesiapa yang menyayangi kita supaya sentiasa mengingati Allah pada setiap masa; ibarat kata orang tua-tua, “Ingat sentiasa kepada Pencipta kita; kalau berjalan dijadikan tongkat dan kalau tidur dijadikan bantal dan tidak terlepas daripada-Nya sentiasa.”

Berbalik kepada Nik Aziz, saya ketepikan fahaman politik dan apa yang beliau katakan itu sangat menyayat dan memberikan perangsang kepada saya terutamanya yang serba kekurangan dalam hal Agama dan ketuhanan ini.

Tiada siapa yang ingin untuk menuju kemukmininan akan menafikan bahawa IKTIKAF merupakan sunnah Muhammad (s.a.w) yang paling mustajab dalam penyelesian apa-apa kebuntuan yang baginda hadapi.

Duduk bertarawuf, bertawajjuh dan bertawassul kepada Tuhan dan Rasul-Nya adalah satu-satunya cara yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah peribadi dan kepimpinan jika kita inginkan keredhaan Tuhan semesta alam.

Saya mengakui IKTIKAF itu adalah kerja tubuh, tetapi kita perlu ingat Syariat itu adalah mercu kepada Hakikat.

Wallahualam.


Sekian……………………………………………………………………..Aspan Alias.

24 November 2009

Kota Siputeh : Kecuaian ADUN BN memakan diri

Kota Siputeh akan berhadapan dengan pilihanraya kecil (PRK) dan sekali lagi akan terkumpul semua pemimpin dari seluruh negara untuk berpesta pilihanraya.

ADUN kawasan ini, Datuk Abu Hassan Sarif, didapati melanggar tatacara dan undang-undang tubuh Negeri Kedah kerana tidak menghadiri Persidangan Dewan Negeri selama 2 sesi dengan tidak memberi alasan dan sebab yang munasabah.

Kecuaian ini menyebabkan BN menhadapi risiko untuk dikalahkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang sudah pasti berhempas-pulas untuk merebut kerusi itu dari tangan UMNO/BN.

UMNO telah membuat rayuan untuk mengekalkan kerusi itu kepada BN dengan niat tidak mahu menghadapi PRK yang berisiko sangat tinggi itu tetapi hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan tersebut.

Dalam isu ADUN Kota Siputeh ini dapat kita pelajaran yang sangat berguna kerana ianya membayangkan kelalaian kita di dalam UMNO adalah perkara yang sudah menjadi kelaziman dan saya berpendapat UMNO sepatutnya tidak payah merayu ke Mahkamah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

UMNO sepatutnya menerima sahaja keputusan Mahkamah untuk mengosongkan kerusi itu kerana UMNO mesti mengambil kesempatan untuk mencari tokoh-tokoh lain yang tidak lalai terhadap kehendak parti dan rakyat yang diwakili oleh beliau.

Datuk Abu Hassan sudah jelas bukanlah calon yang sesuai dalam politik UMNO pada hari ini.

UMNO sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk membayangkan kepada rakyat bahawa parti kita ini adalah serius dalam usaha untuk memperbaiki diri dan sesuai dengan kehendak rakyat yang kian hari kian sofistikated.

Kali ini kita terpaksa menunjukkan sikap kepimpinan UMNO yang terbaik disebabkan oleh isu luaran yang menyelubungi BN khususnya krisis kepimpinan dalam MCA sedikit sebanyak memberikan impak yang negatif terhadap patern sokongan pengundi di kawasan itu.

Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah sikap yang magnanimous bersesuaian dengan sikap parti yang memerintah negara majmuk yang merdeka seperti Malaysia ini.

UMNO perlu berusaha untuk mempamerkan conduct yang boleh memberikan keselesaan kepada pemikiran pengundi dan cuba jauhkan sikap menunjuk-nunjuk yang tidak berpatutan, seperti memamerkan kereta-kereta besar dan pakaian-pakaian yang mahal-mahal dan apa-apa kelakuan yang tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan.

Untuk mengekalkan kerusi ini bukanlah mudah disebabkan Kedah adalah negeri yang ditadbir oleh PAS pimpinan Ustaz Azizan, seorang yang tidak banyak kontroversi peribadi berbanding dengan ramai pemimpin UMNO yang banyak masalah peribadi dan persepsi rakyat sudah sebati dengan keadaan itu.

Sebagai parti yang memerintah PAS mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan UMNO yang merupakan parti pembangkang di DUN Kedah.

Ustaz Azizan, sebagai Menteri Besar merupakan seorang yang sederhana dan mudah dihampiri oleh sesiapa termasuk pemimpin UMNO sendiri dan UMNO tidak mampu untuk membuat isu yang besar terhadap beliau.

Imej beliau ini boleh membantu PAS mendapat sokongan pengundi dan kebaikan ini merupakan cabaran besar kepada UMNO untuk memenangi hati rakyat khususnya di kawasan ini.

Sesungguhnya PRK kawasan Kota Siputeh ini merupakan satu tanda arah besar terhadap nasib masa depan UMNO di negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Jika UMNO mampu mempertahankan kerusi ini, UMNO belum boleh mendabik dada dengan kemenangan ini kerana ianya hanya setakat mempertahankan kubunya sendiri sahaja.

Sebaliknya, sekiranya PAS berjaya merampas kerusi ini ianya bermakna UMNO tidak mungkin mendapat sokongan keseluruhan rakyat dalam PU13 nanti dan ianya juga akan mempengaruhi pemikiran pengundi-pengundi di kawasan dan negeri-negeri lain di semenanjung ini.

Rekod buruk yang ditunjukkan oleh Datuk Abu Hassan akan menyumbang kepada kepercayaan sesetengah rakyat bahawa UMNO mempunyai tabiat mengambil tanggungjawab sambil lewa justeru menambah perasaan tidak yakin kepada UMNO walau siapa pun yang akan dinamakan sebagai calon dalam PRK kali ini.

Kegelisahan antara pemimpin-pemimpin di Kedah boleh mencacatkan usaha UMNO untuk mempertahankan kerusi ini.

Pengambilalihan kepimpinan UMNO Kedah oleh Datuk Shafie Apdal jelas menjejaskan perpaduan UMNO Kedah. Keretakan di kalangan pemimpin Kedah tidak payah dinafikan dan sekarang adalah waktu untuk memperbaiki keadaan.

Jika tiada calon di kalangan pemimpin Bahagian yang boleh diterima ramai maka UMNO perlu mengambil serta menerima calon dari luar kepimpinan Bahagian.

Yang penting calon yang ditonjolkan mestilah orang yang diterima rakyat dan marketable kepada semua pihak.

Sekarang bukan masanya untuk mereka mengaku, ‘Aku Ketua Bahagian, aku Ketua Pemuda’ atau apa-apa jawatan sekalipun untuk merebut peluang menjadi calon.

PRK ini amatlah besar ertinya kepada survival UMNO di negeri jelapang padi ini.


Sekian………………………………………………………Aspan Alias

15 November 2009

Royalti bukan Wang Ehsan

Saya berasa senang hati untuk menulis tentang isu ini kerana banyak pihak yang menuduh saya sengaja mencari helah untuk mengkritik kepimpinan hari ini.

Saya berminat dalam isu ini kerana saya telah mengikuti perkembangan bidang ini disebabkan oleh penubuhan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) pada tahun 1974 dahulu adalah satu kejayaan Negara yang tidak tertera besarnya.

Lagipun pada tahun 1974 saya sudah pandai membaca dan menulis sikit-sikit dan saya seperti juga orang lain faham apa-apa yang tertulis di mana-mana tentang isu ini.

Penubuhan PETRONAS juga telah dengan cepat memberikan rangsangan pembangunan ekonomi Negara, khususnya dalam bidang pembangunan industri petroleum bukan sahaja kepada Negara kita malahan juga kepada industri ini di peringkat serantau.

Mewujudkan Petronas bukanlah satu usaha semudah membaca ABC tetapi ianya merupakan usaha yang terpaksa melalui kepayahan dan kerumitan oleh kerajaan lebih-lebih lagi kepada insan-insan yang terlibat dalam penubuhannya.

Penubuhannya memerlukan kemahiran dan kepakaran dan ditambah dengan kesedaran politik yang kuat dan segala yang diputuskan adalah disandarkan kepada kepentingan Negara dan memastikan rakyat mendapat faedah yang optima daripadanya.

Semasa itu tekanan kuasa-kuasa asing untuk menggagalkan usaha kerajaan bukannya kecil kerana mereka tidak mahu melihat usaha kerajaan dan PETRONAS itu berjaya.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Junus Sudin merupakan 2 orang pengarah pertama Petronas.

Setelah penubuhannya diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan maka pengarah yang lain seperti Rustam Hadi, Dato' Wan Ismail dan Dato' Manan Othman sebagai Setiausaha menyertai Lembaga Jemaah Pengarah Petronas pada tahun 1974.

Semasa penubuhan Malaysia masih ada beberapa isu yang tidak diselesaikan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Sarawak telah menyaman kerajaan Pusat untuk menidakkan kuasa kerajaan Pusat dalam hal penguasaan minyak di dalam negeri itu.

Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh menyelesaikan perselisihan antara Sarawak dan Kerajaan Pusat dalam isu minyak dan gas ini.

Hasil daripada usaha Tengku Razaleigh itu maka wujud persefahaman dengan Sarawak dan segala perkara yang melibat isu minyak ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Bermula dari waktu itu semua kerajaan negeri termasuk Kelantan yang menjadi isu hari ini menyerah semua hasil minyak yang ada dalam kawasan dan perairan negara adalah hak milik Petronas dengan wujudnya Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan kelulusan penuh Parlimen.

Antara yang terkandung di dalam Akta ini ialah ‘Pemberian Hak-Hak, Kuasa-Kuasa, Kebebasan-Kebebasan dan Keistimewaan-Keistimewaan’ berkenaan dengan petroleum kepada Petronas.

Dalam surat cara itu, Kerajaan Negeri-Negeri, ‘Memberikan untuk selama-lamanya dan memindahak dan meletakhakkan kepada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan, eksklusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum yang berada di pantai atau di luar pantai Malaysia. Pemberian, pemindahhakkan dan perletakan ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuatkuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya.’

Setiap kerajaan negeri telah menanda tanganinya dan isi kandungan surat cara yang sama.

Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian ini pada 9hb Mei 1975 antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Kerajaan PAS semasa itu, Dato’ Haji Mohamed bin Nasir.

Setelah menandatangani surat cara itu maka satu lagi perjanjian ditandatangani dengan kesemua kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Kelantan. Dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ‘Vesting Deed’.

Perjanjian ini juga ditandatangani pada 9hb Mei 1975 antara Dato’ Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan dan PETRONAS.

Dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga dengan mana-mana Negeri, sebagai balasan kepada pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan mengenai petroleum yang diletakhakkan oleh Kerajaan kepada PETRONAS maka PETRONAS bersetuju dan menandatangani perjanjian yang diringkaskan; antaranya seperti berikut:-

1. PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS, agent atau kontraktornya.

2. Nilai pembayaran dikira atas harga f.o.b dan dilakukan 6 bulan sekali oleh PETRONAS atau agentnya.

3. Pembayaran tunai mengikut perjanjian ini akan dibayar 2 kali dalam tempoh setahun. Segala minyak yang dijumpai, digali dan dijual dalam setengah tahun yang pertama mestilah dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan Negeri pada atau sebelum 1 September setiap tahun dan segala minyak yang dijumpai dan dijual pada setengah tahun yang kedua mestilah dibayar pada atau sebelum 1 Mac tahun berikutnya.

Itulah diantara intipati perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri dan kalau kita kaji sedalam-dalamnya tidak timbul isu 3 batu nautika dan sebagainya.

Perjanjian ini adalah perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bukannya perjanjian antara PETRONAS dan UMNO negeri itu.

Sebagai rakyat negara yang berdaulat dan merdeka, hasil mahsul negara ini adalah kepunyaan semua rakyat negara tanpa mengira anutan agama, bangsa, budaya mahupun fahaman politik.

Sesungguhnya, perjanjian itu adalah perjanjian antara PETRONAS dan rakyat Malaysia yang diwakili oleh kerajaan negeri masing-masing.

Maksud yang lebih jelas ianya merupakan perjanjian antara PETRONAS dengan ‘Government of the Day’.

Dalam persetujuan-persetujuan itu tidak ada cerita tentang Wang Ehsan atau sepertinya yang lain.

Wang Ehsan itu hanyalah political invention oleh pemimpin yang tidak gentleman yang lama-kelamaan akan dilihat dan diadili oleh rakyat.

Rakyat sekarang bukan mudah untuk menerima apa-apa bentuk deceiving acts oleh mana-mana pihak kerana rakyat kini sudah pandai hasil usaha kerajaan memberikan mereka pelajaran.

Saya berhenti di sini. Terpulang kepada semua untuk menilainya. Saya mengaku saya bukan orang yang bijak pandai tetapi saya bolehlah membaca dan menulis sikit-sikit dan berfikir sedikit sebanyak.

Jika ada kebaikan ianya datang dari Allah swt dan jika ada kelemahan ianya pasti datang dari saya yang bersifat baharu ini.


Sekian…………………………………………………………Aspan Alias