Penerbangan Malaysia (MAS) yang
dalam kesusahan meneruskan operasinya kerana kerugian yang berganda-ganda sejak
syarikat penerbangan itu di ambilalih oleh Tajuddin Ramli. Kerugian berada
dalam angka yang berbillion-billion ringgit dan sejak itu berbagai-bagai usaha
telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang kadang kala adalah usaha yang
diibaratkan seperti tikus memperbaiki labu.
Apa yang dihadapi oleh
syarikat-syarikat yang berstatus ‘public companies by guarantee’ ini,
operasinya tidak dapat dilakukan mengikut kehendak dan keperluan ‘professionalism’
dalam pengurusannya.
Ini adalah disebabkan
syarikat-syarikat seperti ini selalu di ganggu oleh elemen politik oleh pihak
yang berpengaruh dalam negara. Syarikat-syarikat seperti ini selalu diambil
kesempatan oleh keluarga yang berpengaruh untuk kepentingan mereka semata-mata
tanpa mengira kepentingan pemegang saham terbesarnya iaitu rakyat
keseluruhannya.
Siapa pun tidak dapat
‘comprehend’ bagaimana MAS sekarang dipaksa untuk menanda tangani perjanjian
dengan Petron (dulunya Esso Mobil) yang sekarang di kuasai oleh seorang ahli
keluarga Dr Mahathir untuk membeli bahan bakarnya dari syarikat Petron ini.
Bukankah kita mempunyai syarikat petroleum kita sendiri. Petronas?
Pakatan Rakyat telah meminta
Putrajaya memberikan keterangan lengkap kenapa sebuah syarikat yang penting
untuk negara sekarang dikuasai oleh keluarga Dr Mahathir itu? Sehingga sekarang Putrajaya masih belum memberikan jawapan kepada pertanyaan dari pihak Pakatan
Rakyat itu.
Ianya tidak boleh lari dari
tuduhan rakyat yang perjanjian perniagaan ini hanya boleh dilakukan oleh kuasa
dan pengaruh seseorang dipihak yang sedang dalam keseronokan berkuasa. Saya
percaya jika Mirzan dan adik beradik itu hanya anak kepada seorang penoreh
getah ‘deal’ seperti ini tidak akan dapat diperolihi dengan cara yang terlalu
istimewa ini.
Begitu besar sekali ‘subsidy’
perniagaan yang diperolehi oleh keluarga ini. Kita harapkan orang-orang ini
membina perniagaan yang kecilan kepada konglomerat yang besar-besar tetapi mereka
hanya mampu untuk mengambil alih perniagaan yang sedia ada dengan membelinya
dengan harga yang rendah unuk kepentingan mereka sendiri.
Berapa orangkah diantara rakyat
yang dilahirkan dalam keluarga berpengaruh seperti ini. Itulah sebabnya rakyat
begitu bingung dengan sikap pemimpin besar atau bekas pemimpin negara yang
tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat. Ramai diantara yang dibawah ini
adalah anak-anak peneroka dan penoreh getah dan buruh kasar. Saya sendiri
hanyalah anak seorang mata-mata. Peluang istimewa ini hanya diperolihi oleh
anak-anak bekas pemimpin politik besar negara.
Mereka ini berniaga hanya
menggunakan politik keluarga mereka sahaja. Kepandaian bukan setara mana tetapi
oleh kerana kuasa dan pengaruh politik keluarga mereka ini secara automatik mereka
menjadi seperti orang pandai. Bagaimana nak kata mereka tak pandai?...sedangkan
mereka ini sentiasa berpeluang untuk berniaga secara monopolistk. Kalau
diberikan peluang ini kepada anak buruh kasar pun perniagaannya akan berjaya jika
diberikan keistimewaan sebegini.
Kadang-kadang kita bertanya juga,
bagaimana kah anak-anak orang lain untuk maju kerana segala-galanya disuapkan
dengan sudu emas kepada ahli-ahli keluarga yang berpengaruh seperti ini. Apakah
hikmahnya dengan kewujudan keadaan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi
jika kita menggunakan akal fikiran kita yang tidak seberapa ini mungkin
hikmahnya ialah akan berlaku pertukaran pimpinan negara melalui parti-parti
yang lain dari parti yang memerintah sekarang ini.
Lebih membingungkan
pemimpin-pemimpin ini jugalah yang bercakap bergegar-gegar kononnya hidup kita
perlu berbakti secara jujur dan telus seperti yang di seru oleh pemimpin yang
berada dalam satu acuan seperti bekas pemimpin negara ini?
Keadaan ini sedang berlaku dan
akan terus berlaku selagi mereka boleh menggerakkan mata dan tangan mereka.
Tentulah segala yang dilakukan oleh mata dan tangan ini digerakkan oleh elemen
apa yang ada dalam sanubari mereka itu.
Seperti yang kita tahu, kita
hanya memilih satu diantara dua elemen yang bertentangan dalam jiwa kita, iaitu
yang benar dan yang bathil. Tindakan tangan dan mata serta anggota-anggota lain
itu berpunca dari arahan dalaman seseorang itu.
Jika yang bathil itu lebih
mempunyai pengaruh di dalam dalaman kita maka perkara-perkara seperti ini akan
terus berlaku. Untuk memerangi elemen-elemen kebathilan ini ia memerlukan
proses perjuangan yang cekal dan bukan mudah untuk melawan elemen-elemen bathil
itu.
Kata ulamak-ulamak yang muktabar,
cara yang mudah untuk mengalahkan elemen bathil ini ialah untuk memperkuatkan
elemen-elemen yang haq di dalam diri kita. Tetapi untuk mencapainya kita terpaksa
bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhan secara intensif dan
terus-terusan. Kata bahasa ulamak ia bermaksud yang zuhud, usaha itu memerlukan
istiqomah yang tinggi.
Usaha itu tidak boleh berhenti
setengah jalan. Bukan mudah untuk memecahkan ruyung yang tebal ini untuk sampai
ke sagunya.