BN khususnya UMNO perlu kembali
kepada asas (basic) politik sebenarnya yang telah membezakan kejayaan dahulu
dengan kegagalannya sekarang ini. Tidak munasabah tidak ada kelainannya jika
tidak ada perbezaan dahulu dan sekarang. Jika ia sama seperti dahulu masakan
sekarang keadaan rakyat tidak seindah dahulu.
Benar, lain dahulu lain sekarang,
dan keadaan berbeza tetapi asas perjuangannya jangan sekali-kali berubah. Ia
mesti berdasarkan kepada menjaga perpaduan kaum dan mengisi kemerdekaan negara
dengan pembangunan rakyatnya secara menyeluruh yang berpandukan kepada budaya
dan identiti negara dan rakyat yang kukuh.
Tetapi faktor penyebab kenapa
dahulu kita berjaya perlu diperkaya dan diperkuatkan, itu merupakan tuntutan
zaman dan waktunya. Sebenarya budaya kehidupan termasuk budaya politik merupakan
faktor yang terpenting. Apabila perubahan kepada budaya itu berlaku maka kita
semua harus bertanggungjawab dengan perbezaan dengan dahulu itu, kerana itu
adalah hasil dari perbuatan dan perlakuan kita sendiri.
Hidup ini termasuk politik mesti
mempunyai nilai dan ‘virtues’ yang selari dengan keadaan rakyat dan dalam kes
negara kita ini, budaya itulah yang difahami dengan baik oleh pemimpin-pemimpin
dahulu seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein. Asas kita bersatu diantara
semua kaum contohnya, ia terlandas kepada asas yang sangat sempit dan tidak
boleh dianjak dan dialih dengan mudah jika kita mahu perpaduan itu terus menerus
wujud dan mengamankan kehidupan kita semua.
Tetapi oleh kerana kita dipimpin
oleh seorang atau kumpulan pemimpin yang kononnya hendak melakukan semua perkara
semasa pemerintahannya, maka isu moral dan nilai serta adab dan adat yang ada
kepada kita diketepikan maka kita terimalah badainya sekarang ini. Setiap kaum
dan bangsa ada adat dan cara hidupnya sendiri.
Bermula dari kepimpinan lapan
puluhan, semuanya ini telah diubah diatas nama kemajuan dan kemodenan. Kita hilangkan identiti kita sendiri.
Menganjak dan mengalih ‘paradigm’ yang dilakukan oleh Mahathir dahulu memulakan
perbezaan keadaan siasah negara kita. Mengalih dan menganjak budaya siasah kita
itu telah menghilangkan segala sahsiah politik kita dan ia telah menjadikan
rakyat lupa kepada nilai dan ‘virtues’ yang baik yang ada dikalangan
bangsa-bangsa dinegara ini.
Jika kita baca dan lihat Bab3 Perlembagaan parti pemerintah UMNO itu pun tidak terlaksana. Dalam Bab itu
telah nyata ditulis yang budaya rakyat mestilah budaya keperbilangan kaum yang
berteraskan kepada kebudayaan Melayu. Malahan pemimpin-pemimpin besar pun ada
yang belum pun terbaca Bab ini dan tidak pun memahami kandungan Perlembagaan
parti yang telah menjadikan masing-masing pemimpin yang bernama dan bergelar.
Itu sebenarnya penyakit yang
dihadapi oleh siasah negara kita hasil dari peralihan ‘paradigm’ yang sangat sensitif
itu. Maka wujudlah masalah dalam mana kerajaan terpaksa melakukan tindakan
tanpa perancangan dan tindakan mereka selalu dilakukan secara 'ad hoc'. Masalah
tidak diselesaikan dengan perancangan yang betul. Pembayaran BRIM, bayaran ‘one
offs’ kepada beberapa sektor awam itu semua tindakan 'ad hoc' tanpa perancangan
tersusun. Semuanya ini merupakan tindakan menghilangkan sakit tetapi tidak
pernah berusaha menghilangkan penyakit yang menghinggapi negara.
Semuanya tidak terancang
sehinggakan terpaksa memujuk kaum India
dengan berbelanja puluhan dan ratusan juta ringgit untuk sekolah Tamil dan
berbagai-bagai lagi dorongan untuk kaum India. Begitu juga dengan sekolah
jenis kebangsaan Cina yang disogok dengan pemberian dan peruntukan secara 'ad
hoc' semata-mata kerana hendak membeli jiwa dan raga kaum Cina dalam setiap
pilihanraya.
Berbelanja secara ‘impulsive’ ini
membebankan rakyat. Jumlahnya berbillion-billion ringgit. Kita bernasib baik
kerana kita ada Petronas yang ditubuhkan oleh pimpinan masa dulu yang sentiasa
dijadikan sumber kewangan bagi kerajaan berbelanja seperti membelanjakan wang
datok nenek mereka sendiri. Selain dari itu sumber wang rakyat yang lain
seperti KWSP dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dan yang lain-lain terpaksa menjadi bahan gadaian untuk
kepentingan politik parti yang kian hari kian lemah.
Sumber kekayaan dari Petronas itu
jika ada di negara Scandinavia atau negara Eropah
yang lain kita tidak dapat bayangkan bagaimana kemajuan negara-negara tersebut.
Tanpa sumber asli seperti minyak itu pun negara-negara tersebut telah menjadi
negara yang mempunyai pe kapita pendapat yang lebih tinggi dari negara G8
sendiri. Disebaliknya disebalik kekayaan yang kita ada kita masih ketinggalan
dengan banyak negara, waimma dari negara-negara jiran kita sendiri.
Cara Najib dan barisan
pimpinannya berbelanja tidak memerlukan orang yang cerdas. Sesiapa yang
diberikan kuasa seperti itu boleh berbelanja. Bak kata setengah orang, ‘nothing
to shout about’. Pengurusan kerajaan bukannya seperti pengurusan khairat kematian. Bagi Najib, wang yang dibelanjakan itu bukannya wang beliau,
tetapi wang itu adalah wang rakyat. Kerana apa keadaan ini berlaku? Jawapannya
kerana mereka bukannya ‘planners’ atau perancang yang berkemampuan. Itu sebab
semuanya dilakukan kerana kepentingan politik peribadi dan kepartian
masing-masing.
Apabila negara di urus secara tidak
tersusun dan baik, maka wujud kesan sampingan seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan tanpa had. Di tambah pula dengan kefakiran jiwa
kepimpinan itu maka rasuah menjadi cara hidup dan siasah negara.
Politik menjadi kacau bilau dan
parti-parti politik yang mana sekali pun tidak dapat diyakini. Kekeruhan
perhubungan diantara kaum semakin menjadi-jadi dan polarisasi kaum bertambah
nyata. Tidak ada satu kaum pun mempunyai rasa percaya dan mempercayai diantara
satu dengan lain.
DAP yang memperjuangkan
keperbilangan kaum di negara ini juga tidak melaksanakan apa yang mereka
laungkan dan parti ini telah menggunakan kaum Melayu dan India sebagai penampal poster
sahaja. Tetapi tidak boleh di salahkan DAP semata-mata kerana parti itu tidak
percayakan orang Melayu.
Maka DAP meletakkan semua kaum
Cina sebagai calon di Pulau Pinang dan mana-mana negeri sekalipun dan hasil
dari kejayaannya sejak akhir-akhir ini. Parti itu nampak lebih angkuh dengan
berbagai-bagai kesalahan seperti yang berlaku dalam mana-mana parti dalam BN
juga.
Elemen tamakkan kuasa sudah
terlalu jelas dan tidak dapat dibayangkan bagaimana sikapnya jika Tuhan izinkan
parti ini bersama-sama berkuasa di Putrajaya selepas PRU 13 yang lepas.
‘Attribute’ terlalu 'kecinaan'nya tidak dapat dinafikan kerana sekarang kita
boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri hasil kerja parti itu dalam PRU
yang lalu.
Laungan parti itu tidak lagi laku
kepada keseluruhan rakyat dan ini merupakan kejayaan yang optima bagi parti
itu. Selepas ini dijangka parti itu akan menghadapi zaman menurunnya ditambah
pula dengan masalah dalaman yang sangat besar yang sedang wujud di dalamnya.
Semuanya ini kerana kerakusan.
Tidak akan kekal lama sesebuah parti yang dikuasai oleh segelintiran atau satu
keluarga sahaja. Walaupun parti itu bukannya parti yang bersifat ‘mass
movement’, ia mudah di fahami oleh rakyat termasuk ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya
sendiri.
DAP telah gagal untuk membuktikan
yang parti itu adalah ‘multiracial’ dalam PRU yang lalu. Yang nyata parti itu
tetap parti Cina dan jangan ada yang menafikannya. DAP tidak boleh menyorok di
sebalik telunjuk atau disebalik pelita yang terang.
'Once a liar, it remains a liar'…and
forever.