Setiap hari kita mendengar isu
dan kenyataan perkauman didada akhbar samada diakhbar arus perdana atau
alternatif. Tuduh menuduh diantara pihak yang sedang ‘berperang’ politik
semakin rancak dan sudah menjadi topik harian yang tidak akan berhenti. Najib telah
cuba
untuk memperagakan yang beliau seorang pemimpin yang tidak rasis dengan
memperjuangkan slogan 1Malaysia.
DAP melaungkan slogan Malaysian
Malaysia nya sejak ia ditubuhkan sejak hampir 50 tahun dahulu tetapi masih
terbelit dengan imej parti chauvinis Cina nya. Parti ini tidak henti-henti
membidas NGO-NGO yang mereka anggap sebagai rasis seperti Perkasa dan Isma.
Pemimpin UMNO dianggapnya
memperjuangkan ‘Malay first and Malaysian second’ oleh DAP dan MCA. Mereka
memperjuangkan 'Malaysian first and Chinese second’ dan menggunakan isu
keperbilangan kaum sejak ia mula ditubuhkan. Kita memahami kenapa MCA itu hanya
memperjuangkan untuk kaum Cina. Parti itu sememangnya ditubuhkan untuk
memperjuangkan untuk kaumnya sejak ia ditubuhkan untuk bersama-sama berusaha
untuk mendapat kemerdekaan negara dahulu.
Bagi saya persamaan diantara dua
pihak yang berpolimik ini, dan persamaannya nyata. Hanya yang membezakannya
satu pihak bercakap dan berucap begitu tebal elemen perkaumannya. Di satu pihak
yang lain mereka tidak bercakap tentang kaumnya, tetapi dalam praktiknya
tindakan mereka sangat chauvinis dan tebal perkaumannya. Mereka hanya mahu
berbincang sesama bangsanya sendiri sahaja dan orang Melayu hanya terima sahaja
keputusan yang mereka buat tanpa menyoal apa-apa.
Oleh itu persoalannya bagaimana
hendak menjayakan keperbilangan kaum dalam perjuangannya sedangkan mereka
membuat keputusan hanya sesama mereka sahaja. Malahan ada orang melayu yang di
pandang oleh semua pihak sebagai ahli parti itu, tetapi sampai kehari ini orang
Melayu yang memohon atas desakan mereka yang bertubi-tubi tetapi tidak ada
namanya tersenarai dalam mana-mana cawangan parti itu sampai kehari ini.
Perkara ini secara beransur-ansur
mula difahami oleh sebahagian orang Melayu dan akhirnya nanti akan diketahui
umum yang parti itu tidak memperjuangkan kepelbagaian kaum dengan serius, hanya
setakat untuk pamiran bagi mengelirukan orang ramai semata-mata.
Tetapi oleh kerana kelemahan dan
kebobrokan pimpinan BN khususnya UMNO maka tumpuan rakyat ialah untuk
membinasakan UMNO itu dan melupakan untuk memberikan fokus untuk menilai samada
parti yang mereka gunakan untuk membinasakan UMNO itu betul-betul dalam keadaan
bersedia untuk menjadi parti berbilang kaum.
Dalam perbincangan sesama kami
dibawah ini saya ditanya dengan persoalan ini dan saya tidak mahu berbohong
untuk mempertahankan retorik reput tentang isu keperbilangan kaum ini. Dalam
hati saya bertanya, sampai bila keadaan ini dapat ditutupi dan dilindungi dari
pengetahuan umum yang sebenarnya parti ini bukanlah parti yang berbilang kaum
‘attribute’ nya. Maka jika DAP menuduh Muhyidin sebagai pemimpin yang
memperjuangkan ‘Malay first, Malaysian second’ parti ini pula memperjuangkan
‘Chinese first, the rest second, third and fourth’.
Cukup setakat ini, kerana jika
hendak disambung ia memerlukan artikel yang panjang. Ramai yang tidak begitu
seronok membaca artikel yang panjang.
Dalam posting yang akan datang
saya ingin hendak menyentuh tentang apa yang di sebut oleh YB Khairy Jamaludin,
berhubung dengan isu usaha bukan Melayu untuk menyekat kemasukan kakitangan dan
pekerja Bumiputra dalam syarikat-syarikat besar negara.
Itu isu yang betul dan tepat. Ini salah satu bukti yang perjuangan setengah pihak, 'Chinese first, Bumiputra second'

