Khairy Jamaludin merasakan
kekecewaan terhadap Lim Guan Eng kerana menggelarkan beliau sebagai rasis dan
menyamakan Khairy dengan Isma dan yang lain. Saya tidak nampak di mana rasisnya
kenyataan Khairy itu kerana beliau bercakap tentang agenda Melayu dan keistimewaan
orang Melayu sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Bagi saya, Khairy hanya mahu
melangsungkan apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan jika
ada pihak yang mempersoalkan isu ini ia adalah perlanggaran terhadap perlembagaan
persekutuan itu secara ‘head-on’. Itulah sebabnya kadangkala saya bersetuju
untuk mengekalkan ‘akta hasutan’ yang sedang hebat didebatkan sekarang ini.
Lim Guan Eng selalu beretorik
tentang ‘rule of law’ dan tidak henti-henti meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia, tetapi dalam isu ini Lim Guan Eng sudah terbawa-bawa
dengan perasaan prejudis terhadap Khairy atau sesiapa yang bersama dengan
pandangan dan tindakan Khairy itu.
Lim Guan Eng tidak boleh
menyalahkan pihak yang berusaha untuk melakukan sesuatu yang dipandu oleh Perlembagaan Negara. Jika Guan Eng masih memanggil Khairy sebagai rasis ia bermakna
LGE ini sentiasa mencari peluang untuk mengkritik dan meremehkan perjuangan
partinya sendiri.
Ini bukannya masalah siapa yang
benar dan yang salah di antara Setiausaha Agung DAP dan Ketua Pemuda UMNO ini,
tetapi ia melambangkan dan memperlihatkan apa yang ada di dalam pemikiran dan
sikap seseorang pemimpin itu. Guan Eng sepatutnya tidfak menunjukan apa yang
tersirat dalam pemikiran dan sikap beliau terlalu terang yang beliau mempunyai
prejudis besar apabila seseorang pemimpin Melayu yang ingin menjayakan agenda
Melayu yang khas diperuntukan oleh perlembagaan itu.
Dalam isu ini saya lebih
cenderung untuk menyatakan yang Guan Eng lebih rasis dari Khairy kerana membawa
isu rasis walaupun itu adalah isu dalam parti UMNO yang ingin mencari penyelesaian
terhadap peruntukan perlembagaan negara itu.
Jika Guan Eng tidak dapat
menerima pandangan blog ini ia sesungguhnya membuktikan apa yang di persepsikan
oleh orang melayu kepada pemimpin ini sebagai lebih rasis dari mereka yang
rasis.
Guan Eng wajar berpijak kepada bumi
yang nyata, yang negara ini ada peruntukan keistimewaan orang Melayu dan
memberikan perlindungan kepada rakyat yang lain. Tetapi jika isu ini pun
membuatkan beliau merasa marah, maka saya ulangi, LGE ini sememangnya ada dalam
dirinya sifat prejudis yang menebal terhadap orang Melayu, kerana beliau tidak
mahu pun orang Melayu membincangkan dan berusaha untuk membina bangsa Melayu
itu.
Sekarang ini elok Guan Eng
menerima kenyataan yang beliau lah yang sebenarnya rasis. Beliau tidak mahu
melihat bangsa Melayu untuk berbincang untuk kemajuan mereka.
Guan Eng perlu diberitahu yang
bukan kaumnya sahaja yang mahukan kemajuan, orang Melayu pun mahukan kemajuan.
Salah benar cara orang Melayu melaksanakan agendanya itu terpulang kepada orang
melayu untuk belajar, walaupun terpaksa melalui berbagai rintangan untuk
mencapainya.
Guan Eng wajar melakukan
introspeksi pada diri beliau sendiri dari menumpukan pandangan mencari
kesalahan orang lain. Saya tidak mempunyai apa-apa perasaan benci terhadap LGE
tetapi sekadar mengingatkan pemimpin yang sarat dengan publisiti ini supaya
lebih matang dan berhati-hati dalam membuat kenyataan beliau.
Sebagai seorang rakyat biasa,
seperti juga orang ramai yang lain, saya impikan keadaan yang damai dan
harmonis dalam negara yang berbilang kaum ini. Apabila keluar kenyataan seperti
ini dari pemimpin utama sebuah parti besar seperti LGE ia akan membuatkan
setengah rakyat merasa curiga dengan laungan beliau selama ini, iaitu laungan
‘multiracialism’ yang tiada hentinya itu.
Dengan kenyataan beliau itu
tentunya telah timbul perasaan saling tidak percaya dan mempercayai di antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Bagi Khairy teruskanlah perjuangan agenda
Melayu itu jika anda berkemampuan. Saya pun, seperti ramai yang lain menantikan
apakah tindakan susulan yang beliau dan pemuda lakukan selepas ini.
Khairy perlu ingat, anda telah
menerima ‘testimonial’ yang baik terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan secara 'organic' dan jelas dilihat. Yang penting bagi beliau ialah
untuk membuktikan yang beliau adalah berbeza dengan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO di barisan
tertinggi parti itu.
Bertanya kepada yang tahu, dan jangan berpijak di atas awang-awangan. Berpijaklah di atas bumi yang nyata. Jadikan alam yang terbentang luas sebagai guru. Ingat, jika UMNO itu gugur anda sendiri tidak akan kemana-mana.
Bertanya kepada yang tahu, dan jangan berpijak di atas awang-awangan. Berpijaklah di atas bumi yang nyata. Jadikan alam yang terbentang luas sebagai guru. Ingat, jika UMNO itu gugur anda sendiri tidak akan kemana-mana.