15 April 2010

Bercerai sebelum berkahwin

MIC sedang menghadapi krisis dalam pemilihan calun bagi mewakili BN di PRK Hulu Selangor sedangkan pengumuman calun akan dibuat hari ini.

MIC Selangor telah memanggil mesyuarat khas untuk mendesak pucuk pimpinan BN meletakkan G Palanivel sebagai calun. Bagi MIC Selangor itu adalah calun muktamad dan jika ada pihak yang cuba meletakkan calun melalui ‘jalan belakang’, mereka akan menolaknya.

Pemuda MIC mahukan Mugilan pemimpin Pemuda mereka diHulu Selangor untuk dicalunkan sedangkan MIC mahukan Timbalam Presiden mereka G Palanivel untuk mewakili BN.

Persoalannya sekarang bagaimanakah BN hendak melangkah menghadapi pengundi jika isu calun masih menjadi masalah besar sehingga semalam.

Di Hulu Selangor BN menghadapi masalah yang berganda. Pertamanya MIC sendiri berbalah dalam mencadangkan nama calun mereka.

Keduanya diperingkat BN UMNO sendiri tidak sepakat untuk menerima sesiapa sahaja yang dicalunkan oleh MIC kerana UMNO berminat untuk meletakkan calun kerana kawasan itu adalah kawasan pengundi Melayu.

Ramai berpendapat jika MIC tertewas maka itu adalah jalan yang paling baik bagi UMNO untuk membuat tuntutan kepada BN untuk memperuntukkan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO dalam pilihanraya Umum yang akan datang.

Dalam UMNO sendiri pula, kumpulan Muhammad Taib beriya-iya untuk meletakkan beliau sebagai calun jika UMNO diberikan peluang untuk menjadi wakil BN, tetapi UMNO ada pula calun yang lain untuk ditonjolkan.

Ini semua membawa masalah yang sangat besar kepada UMNO bukan sahaja dalam PRK Hulu Selangor tetapi juga dalam pilihanraya UMUM yang akan datang dimana kawasan-kawasan yang diwakili oleh parti komponen selain dari UMNO.

Persoalannya adakah pembahagian kerusi mengikut ‘semangat’ dan ‘setiakawan’ dalam BN itu akan kekal dan relevan pada masa yang akan datang?

Adakah masalah seperti ini akan memberikan serta menyumbang kepada perpecahan ahli-ahli BN pada masa yang akan datang?

Kalau ini menjadi badi dan masalah kepada BN, apakah alasan yang ada untuk menyakinkan orang ramai yang BN itu kuat dan mantap untuk menyambung mandat rakyat?

Kalau rakyat nampak keretakkan dan perbalahan bagaimana kah mereka boleh meletakkan keyakinan mereka kepada BN seperti yang pernah kita alami dalam tahun 90an….dan sebelumnya?

Keadaan sekarang boleh kita ibaratkan sebagai, 'baru nak tentukan siapa pengantinnya sudah bersedia untuk bercerai'.

Masing-masing berfikirlah sendiri.


Sekian…………………………………….Aspan Alias

5 comments:

taufik said...

masalah..masalah!

Nasib lu lah BN!

taufik

Anonymous said...

those who flirt around will face this kind of problem

Anonymous said...

Sekian lama kita bersabar bekerja untuk MIC, kenapa kali ini MIC tidak mahu berkorban untuk kemenangan BN?

Kali ini terimalah padanya

zainol said...

sibuk mengata PKR berpecah, BN sendiri lintang pukang!

zainol

Quantum Metal Consultant said...

UMNO sudah jadi maknyah.