10 April 2010

Chiew Mei Fun letak semua Jawatan- Tindakkan Terpuji

Chew Mei Fun akhirnya meletakkan jawatan beliau dalam parti dan kerajaan semata-mata untuk mengotakan kata-kata dan janji beliau untuk berhenti jika Chua Soi Lek menang dalam pemilihan pemimpin semasa EGM MCA 28hb yang lepas.

Sekarang beliau tidak lagi seorang Ahli Dewan Negara, Timbalan Menteri dan Ketua Wanita MCA. Beliau hanya sekadar menjadi ahli biasa untuk membuktikan kepada dunia beliau akan lakukan apa yang beliau katak dan janjikan.

Tindakkan berani beliau memang jarang kita dapati dalam kepimpinan mana-mana parti serta kerajaan zaman sekarang, dan pastinya beliau dilihat sebagai seorang yang sanggup berkorban semata-mata untuk membawa pulang satu ‘point’ ia itu tunaikan janji wlaupun mengorbankan kepentingan diri.

Sesungguhnya perbilangan kita ada menyebut, ‘kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya’.

Dengan tidak berdolak dalik Chew meletakkan semua jawatan dan sebelum itu beliau telah menolak perlantikkan untuk mendudukki Majlis Presiden oleh Chua Soi Lek.

Soi Lek menawarkan Chew untuk mendudukki Majlis Presiden untuk menunaikan janjinya untuk mencari perpaduan dalam parti, dan Chew Mei Fun pula membuktikan janjinya dengan menolak tawaran itu dan seterusnya meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sesungguhnya itulah dia semangat demokrasi yang tulin yang diamalkan oleh bekas Ketua Wanita MCA itu dan bagi saya beliau wajar mendapatkan penghormatan tinggi dari setiap ahli MCA dan orang ramai amnya.

Kita wajar belajar dari tindakkan Chew Mei Fun ini kerana disisnilah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.

Tindakkan Chew untuk meletak jawatan jika kemenangan berpihak kepada Chua Soi Lek merupakan manifestasi jelas Chew tidak bersetuju dengan kepimpinan Chua.

Dalam semangat demokrasi Chew telah menunjukkan sikap tidak meyakini Dr Chua dan jika kemenagan berpihak kepada Chua maka adalah tugasan moral bagi Chew untuk meletakkan jawatan.

Tindakkan Chew melepaskan jawatan itu merupakan satu tindakkan yang mesti dilakukannya kerana perwakilan tidak bersetuju untuk tidak menyokong Dr Chua.

Oleh kerana perwakilan tidak memberikan mandate untuk Chew bagi mengenepikan Chua maka meletakkan jawatan adalah jalan yang paling baik untuk Chew lakukan.

Tetapi jika pada suatu waktu nanti Chua masih memilih Chew untuk mendudukki apa-apa jawatan penting dalam parti, masa itulah Chew boleh menimbangkan semula tawaran-tawaran dari Chua. Buat sementara Chew telah mengambil tindakkan yang betul dengan meletakkan jawatan.

Didalam UMNO sikap ini sudah lama tidak dilihat dan diamalkan. Setakat yang saya ingat hanya 3 atau 4 insiden dalam mana pemimpin meletakkan jawatan kerana tidak bersesuaian dengan pucuk pimpinan.

Tun Dr Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jemaah Kabinet Persekutuan semasa YTM Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri kerana isu memisahkan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 dahulu.

Syed Jaafar Albar pernah meletakkan jawatan dri kerajaan kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu pentadbiran Negara.

Tun Dr Ismail walaupun mempunyai beberapa isu terhadap Tunku beliau tetap menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tertinggi sehingga Tunku meletakkan jawatan pada Thun 1970.

Semasa negara ditadbir oleh Majlis Gerakkan Negara (MAGERAN) Tun Dr Ismail menjadi orang yang sangat penting membantu Tun A Razak untuk memulihkan keadaan politik dan keselamatan negara.

Tun Ismail dilantik oleh Tun Razak terus menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas pilihanraya 1974 walaupun beliau hanyalah ahli Majlis Tertinggi biasa semasa politik dan Parlimen digantung semasa pentadbiran MAGERAN.

Selepas itu hanya Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan beberapa hari sebelum beliau menawarkan jawatan Presiden kerana tidak bersetuju cara dan kaedah mentadbir nagara dan ekonomi pada tahun 1987 yang lalu.

Dalam isu–isu perletakkan jawatan ini kita perlu dan harus sedar, jika kita tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan maka jalan yang paling baik ialah meletakkan jawatan kerana menunjukkan sikap tidak bersetuju itu merupakan undi tidak percaya dalam erti kata sebenarnya.

Tindakkan Chew Mei Fun ini bukanlah satu tindakkan yang luar biasa, kerana itu merupakan amalan semangat demokrasi tulin dan jika ini menjadi amalan sesiapa yang mengaku sebagai individu demokratik.

Perletakkan jawatan Chiew Mei Fun ini bukan bermakna beliau akan berakhir segala pontensi masa depan politk beliau kerana politik bukan satu perkara yang static.

Bermacam-macam kemungkin akan berlaku dalam mana beliau diperlukan oleh keadaan semasa seperti Tun Dr Ismail yang menjadi contoh nyata kepada keadaan ini.

Yang penting bagi Chew ialah beliau telah mengotakan janji beliau. Itu yang sangat penting untuk menguji dan menilai kewibawaan kata-kata seorang pemimpin…dan itulah semangat demokrasi yang tulin.

Kita jangan lakukan seperti seorang pemimpin yang pernah berjanji untuk meletakkan jawatan jika ada walaupun sedikit desakkan rakyat untuk berbuat demikian dalam perhimpunan agung UMNO pada tahun 1981 dahulu.

Pemimpin itu tidak menunaikan janji beliau walaupun beliau tahu ramai rakyat yang tidak mahu beliau menerajui negara lagi.

Malah beliau telah merosakkan segala institusi-institusi penting negara semata-mata untuk kekal menjadi pemimpin dalam jangka masa yang terlalu lama.

Hasil dari tindakkan pemimpin itu sedang kita alami sekarang, tetapi kesalahan itu dialihkan kepada seorang pemimpin lemah yang dinamakan Pak Lah. Pak Lah pula tidak langsung cuba untuk berbuat sesuatu untuk membersihkan imejnya kerana beliau sentiasa mengantuk dan nyenyak tidur dimana-mana beliau pergi.

Semua kesalahan diletakkan kebahu Pak Lah dan pemimpin sebelumnya bersih dan terlepas dari tuduhan orang ramai berhubung dengan isu-isu kotor yang menyelubungi negara, walau pun semuanya sudah begitu jelas dilakukan oleh pemimpin sebelum Pak Lah itu.

Itulah cara politik dinegara kita. Pengakhir kata saya mengucapkan tahniah kepada Datin Paduka Chiew Mei Fun yang telah mengambil tindakkan yang terpuji itu.



Sekian………………………………………Aspan Alias

10 comments:

Anonymous said...

WOI
Apa yang dibuat olih pompuan ini
adalah bijak.

bayangkan si valentino chua di dalam
'pants' mei fun.

tentulah mei fun tak mahu dengan si
gatal tu -dahlah bini oreng pula

mei fun always chun di hati saya

moktar cifut

Anonymous said...

Kakak CMF ni, rasa2nya next GE naik balik. Tak lama kalau lepas jawatan pun, sama mcm OTK. Tunggu next GE, perkara2 yang berlaku sekarang ni, tak lebih dari undur beberapa langkah untuk berlari dan melompat longkang je. Tapi cara dia tu.. hmm.. wa tabik.. berani dan secara "gentle lady" kot, kata lidah melayu.

Anyway bab, Ex-PM yang seorang tu, malas nak cakap apa2 dah, sebab dia dok atur "penasihat" dia yang dok dalam penjara untuk membetulkan "LAW" untuk cover salah dia... hehehe... dah ada Tun, tapi kalau kena anak2 dia, habis la jugak... Tak kebal juga rupanya dia.. selamat maju jaya TUN...

...adioss....

Anonymous said...

Walaupun bukan Islam, mereka lebih tinggi moralnya dari pemimpin yg mengaku Islam.

zulkipli said...

Kalau betul pemimpin UMNO itu benar-benar islam kenapa rsuah berlaku macam hari hujan?


zulkipli

Anonymous said...

Ηello, І think уour blοg might be having
bгowѕeг compatіbіlity iѕsues.

Whеn I looκ аt your blog in Ie, іt looκs finе but whеn opening in Internet
Explοrer, it has some ovеrlapρing.
I just wanted to gіve уοu а quick heads
uρ! Otheг then that, aωеsome blog!


my blog рost: saving money at disney

Anonymous said...

Hello there! This iѕ mу 1st commеnt
here ѕo Ι just wantеd tο give а quick shout out
anԁ tell you І genuinely enjoу rеadіng thrοugh youг aгticles.
Can you гесommend аny other blogs/websites/forums
that go ovеr the same ѕubjects? Thanks a ton!



My site: battery operated cars for kids

Anonymous said...

Thаnkѕ for а marvеlous ρosting!
Ι quite enjoyed rеaԁіng it, you happеn to be a
greаt author.ӏ ωіll make certaіn tο boοkmark
your blοg anԁ wіll often come back lаteг on.
I want tо encourage you contіnuе уour great wrіting, havе а nice wеeκend!


My web sitе: natural breast

Anonymous said...

Hmm it seems like your blоg аte my first сommеnt (it
waѕ ѕupеr long) so I guеss I'll just sum it up what I wrote and say, I'm thoroughly enjoying your blog.
I as ωеll am an aspіring blοg writer but I'm still new to everything. Do you have any points for newbie blog writers? I'd genuinеly aρpreсiate іt.



Αlso vіsit my webѕite - holistic yeast infection treatment

Anonymous said...

Gοod daу I am ѕo ԁelighted I founԁ уour site,
I really found you by асcident, whіle I waѕ
browsing on Goοglе foг something еlѕе,
Anyways I am herе noω аnd would ϳust
liκe to sаy thаnks fοг a tгemеndous post and a all rоund enteгtaining blog (I alsо loѵe thе theme/ԁeѕign), Ι dοn’t havе time
to look over it all at the minute but I have sаvеԁ it and
аlѕo included уour RЅS feеdѕ, so when I havе time І ωill be back to rеad a lot more,
Pleasе do keeр uρ the fantastic work.

Feel free to ѕurf to mу website - Random musings

Anonymous said...

Fascіnating blog! Is уour theme custom made or did you download it from somеwhere?
A theme likе yours with a fеw simplе tweeκs ωould really makе mу blog
jump οut. Рlease let mе
κnow where уou got your ԁesіgn.
Thank yοu

My blog - bigger dick