29 April 2010

Chinese is not up for sale

Saya membuka e-mail saya pagi ini dan ramai yang bertanya kenapa kaum Cina tidak memberikan sokongan kepada Calun BN diHulu Selangor pada hari Ahad yang lalu sedangkan kerajaan telah memberikan wang tunai dan bantuan kesekolah jenis kebangsaan (cina) diRasa.

Saya bukan orang Cina dan saya tidak tahu dan merasakan apakah yang tidak dipersetujui oleh kaum Cina ini.

Walaupun begitu saya hanya hendak memberikan satu sebab sahaja kenapa keadaan menjadi begitu.

Orang Cina lebih yakin kepada DAP dari MCA. Kita mesti ingat orang Cina perjuangannya adalah ‘global’.

Apa yang berlaku ditempat lain terhadap bangsanya mereka akan bersama-sama memperjuangkannya.

Hampir 30 tahun dahulu apabila kerajaan negeri Melaka hendak memindahkan kubur cina diBukit Cina Melaka seluruh bangsanya membuat protes samada mereka di Malaysia atau pun diluar negara.

Maka niat untuk membangunkan kawasan itu dibatalkan. Tetapi bangsa Melayu tidak begitu. Apa-apa kesusahan yang dirasai oleh bangsanya diKedah orang Melayu diMelaka tidak ambil pusing. Mereka mengaggapkan itu masalah orang Kedah, begitu juga sebaliknya.

DAN seperkara lagi, apa yang berlaku diHulu Selangor membuktikan yang orang Cina, ‘is not up for sale’. Jiwa mereka tidak boleh diperdagangkan.

Mereka ada perjuangan dan kita tidak boleh menyalahkan mereka sahaja. YANG boleh berunding dengan ada sikit-sikit ‘fulus’ ini adalah pengundi Melayu dan itu pun tidak semua.

Jadi kepada mereka yang bertanya itu, ini sahajalah jawapan yang dapat saya berikan.

Jika salah pandangan saya, lupakan sahaja pandangan ini. Tak payahlah berdebat-debat.


Sekian………………………………………………….Aspan Alias

12 comments:

Anonymous said...

Sdr Aspan, PRK Hulu Selangor sudah belalu agak lama. Sekarang berikanlah sebab kenapa sdr menyokong Zaid Ibrahim sedangkan sdr adalah Ahli UMNO.

Bukankah kita sama-sama memohon menjadi Ahli UMNO diPetling Jaya dalam cawangan Almarhum Raja Dato' Nongchik pada tahun 1971 dahulu?

Berikanlaj jawapannya, Tentu ada sebabnya kan?

Rashid Ahmad

Anonymous said...

Pasal Melayu miskin tak ada fulus. Cina dah kaya tak pandang pun fulus. Itu bezanya.

Sekarang Cina ada fulus tapi tak ada kuasa. Tapi sekarang Cina mahu kuasa supaya dapat MANYAK fulus lagi!!

ADA KUASA ADA FULUS. ADA FULUS ADA KUASA. Itulah agenda orang Cina!!

Melayu ada kuasa tak ada fulus. Itu bezanya. Itu sebab Melayu jadi perasuah pasal semangat dan iman orang Melayu lembek!!!
Fikirkanlah!!!

samsul, serendah said...

UMNO masih dapat sedikit sokongan dari Melayu yang susah sahaja. Masa pilihanraya inilah masanya Melayu sudah nak dapay 'rezki' sedikit.

Maka strategy UMNO ialah untuk mengekalkan oran Melayu susah supaya dapat mereka beli setiap pilihanraya.

Saya mungkin kasar sedikit, tapi macm mana lagi nak cakap?

Anonymous said...

Datuk Zaid,
Didn't you expect that BN is play foul on you in the first place?

Desoite of those unkind treatment you got from BN you almost achieved 50% of the votes...Congrats Datuk.

Come agian in PRU13!!

Samsudin J said...

Aspan....you jgn kritik sangat pemimpin dan penyokong UMNO.
Mereka tidak akan menjawab argument you malah mereka akan mengata you balek.

Pemimpin UMNO, pandainya tak boleh nak diikut, bodohnya tak boleh diajar.

Samsudin J

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Orang Melayu,khususnya orang Umno merasa terkilan,lalu bertanya kenapa sebahagian besar orang China tidak menyokong calun BN di Hulu Selangor dalam PRK yg lalu walaupun PM DS Najib telah berjanji memberi wang tunai sebanyak RM 3 juta sebagai wang bantuan sekolah mereka.Orang Melayu merasa begitu kerana mereka tidak dapat menyelami jiwa dan keperibadian kaum China dan mereka menilai perkara itu mengikut kacamata dan keperibadian mereka sendiri yg bersifat mudah lupa,mudah cair apabila dipujok rayu dan mudah lemah semangat apabila diberi sedikit habuan.

Dari prospektif orang China mereka lebih mengutama dan mementingkan sesuatu perkara yg menguntungkan kaum dan bangsanya secara menyeluroh untuk jangka masa panjang.Apa sahaja yg melibatkan soal adat resam,agama,bahasa dan kedudukan ekonomi mereka termasuk di dalam perkara teras kepada perjuangan mereka yg misti dibela dan dipertahan habis-habisan.Olih itu mereka tidak mudah terpesona dengan wang ringgit dan janji yg ditaburkan jika ianya dilihat perkara itu sebagai satu tipu helah untuk tujuan tertentu sahaja.

Rengkasnya,jawapan kepada persoalan kenapa orang China tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada calun BN dalam PRK yg lepas ialah:

1.Mereka tidak begitu yakin lagi dengan kepimpinan DS Najib sebagai PM mengikut perkiraan dan prospektif mereka.
2.Mereka lihat calun PR lebih berwibawa dan liberal,sesuai dengan perjuangan mereka,dibandingkan dengan calun BN yg dilihat sebagai pendatang baru dalam arena politik.
3.Cara berkempen olih BN terlampau menekankan kepada serangan peribadi dan ini dilihat sebagai satu pendekatan murahan dan tidak menarik kepada mereka.
4.Pengaruh MCA dan GERAKAN di kalangan masyarakat China hampir terhakis dan lenyap kerana masalah dalaman yg menyebabkan orang China sudah hilang keyakinan terhadap kedua parti itu.

Askar Tua

Anonymous said...

Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS perangai semua sama je pasal semuanya Melayu!!

Dia sokong UMNO atau PAS atau PKR otaknya semua sama. Dia tidak akan berubah kerana baka datangnya serumpun iaitu baka Bangsa Melayu.

Bangsa Melayu memang pelik perangainya. Nak kata bodoh pun tidak, pandai pun tidak. Akal orang Melayu tidak global seperti orang Cina. Kalau kita lihat berulang kali filem P Ramli kita tentunya akan dapat perhatikan sifat orang Melayu zaman dulu dan sekarang. Serupa sahaja. Tak berubah dari segi sikap dan ketrampilan peribadi mereka.

Sikap simple, naive dan gullible!!


Abu Lahab

syedhs said...

Jawapan saya senang (walaupun mungkin kurang tepat). Pada mereka, MCA vs DAP/PKR - mana satu yang akan lebih champion their interest?? MCA dah takde apa-apa dah, yang tinggal hanyalah 'legacy' yang tak mungkin akan dapat diulangi.

Mereka mungkin telah lama 'internalise' diri - iaitu dengar dan memahami kata hati dalam-dalam, dan kemudian bertindak dari situ...

Seperti ada seorang post sebelum ni, UMNO dan PAS apabila bertelagah mungkin sanggup sehingga kafir-mengkafir.. tetapi DAP dan MCA?

Quantum Metal Consultant said...

Trend sekarang ialah tunjuk jangan sokong sepenuhnya BN, sokong sikit sikit tapi 'jual mahal' kalau mahu peruntukkan BANYAK dan SEGERA dari kerajaan.

Orang Cina dan India guna taktik yang berkesan ini.
Orang Melayu suka taat dulu kemudian barulah ulang alik turun naik minta janji ditunaikan.

Anonymous said...

Jangan jatuhkan maruah bangsamu sendiri seolah-olah Melayu is for sale. Malulah sikit.

Inilah tabiat bangsa Melayu, suka menghina bangsanya sendiri. Malulah sikit.

Kalau nak tulis tulislah tapi tolonglah jangan menghina bangsa sendiri seolah-olah bangsa Melayu tak ada maruah diri.

Fikir-fikirkanlah sdra. Jagalah maruah bangsa kita supaya tidak dianggap bangsa pariah!! Buat statement yang baik dihati dan bukan mencaci!! Sdra mempunyai latar-belakang agama yang agak berpengetahuan tinggi tapi sdra tidak menghayatinya untuk kebaikan bangsamu. Itulah pandangan ikhlas saya. Sdra banyak ikutkan hati apabila menulis.

-Pak Mastor-

yum said...

Saudara kluangman

Saya mempelawa orang Melayu turut menggunakan taktik jual mahal juga.

Jadi, pada mana-mana buy-election kelak, pangkahlah PAS/PKR/DAP/SNAP. Mana tahu, Umno mungkin rasa terdesak lalu "menyedekahkan" banyak lagi peruntukan untuk kamu sebangsa.

Kemudian, beritahu kita semua betapa seronoknya bila kerajaan bagaikan kamu semua pengemis?

It is YOUR right for to development. Not a privilege. It IS a privilege to be elected to power, not the other way around.

Semua pemimpin BN dah lupa kenyataan ini, kot?

syedhs said...

Janganlah ingat bila kita buat 'self-criticism' yang dirasakan betul dari lubuk hati, dikata menghina bangsa, mencaci dan sebagainya.

Contohnya, saya baca di facebook kenyataan Ungku Aziz mengenai melayu. Berikut ada salah satu perengggannya:-
"KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam."

So adakah Ungku Aziz ni menjatuhkan maruah bangsa sendiri? Sebenarnya ini adalah pandangan ikhlas yang lahir dari hati dan juga dari kajian2 akademik. Mengenal diri, maka boleh mengeksploitasi kekuatan, memperbaiki kelemahan dan sebagainya. Tak boleh nak beremosi.