17 April 2010

Keputusan PRK Hulu Selangor - 'Predictable'

Selepas penamaan calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor hari ini, maka bermulalah siri kempen kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat (PR). BN diwakili oleh MIC sedangkan PR diwakili oleh PKR.

Saya sendiri telah pergi ke Hulu Selangor untuk meninjau kerana ingin melihat dengan lebih dekat semua perkembangan di sana serta merasakan situasi selepas pengumuman calon oleh kedua-dua belah pihak.

Selepas melalui halangan dan rintangan getir mahu tidak mahu BN khususnya Presiden MIC terpaksa akur untuk meletakkan calon muka baru untuk menggantikan Palanivel, yang ditonjolkan oleh MIC Selangor dan juga orang yang ditonjolkan oleh Samy Velu sendiri.

Di pihak PKR pencalonan Datuk Zaid Ibrahim tidak melalui masalah yang besar kerana kesemua pemimpin tertinggi PKR menerima baik cadangan Ketua Umumnya untuk memilih Datuk Zaid mewakili parti itu.

Dalam tinjauan saya sejak 13hb yang lepas PKR mempunyai kelebihan dari jenteranya kerana saya lihat dengan jelas jentera parti itu bekerja dengan semangat sukarela yang tinggi sedangkan di pihak BN jenteranya terpaksa digalakkan dengan wang ringgit…tiada wang tidak bergerak jentera mereka.

Saya telah pergi kebeberapa peti undi di Ulu Bernam, dan ramai ketua-ketua cawangan UMNO bersungut kerana tidak cukup ‘peruntukan’ untuk bekerja.

“Tidak ada fulus tidak ada kerjalah!” kata seorang pengendali peti undi. “Ketua Bahagian telah banyak dapat peruntukan. Takkanlah kami diberikan RM2000 sahaja untuk mewujudkan peti undi,” sambungnya lagi.

Sikap seperti ini memang sudah menjadi budaya dalam UMNO kerana memberikan sumbangan secara percuma adalah budaya yang sudah menjadi sejarah sejak berkembangnya budaya membeli dan memperdagangan sokongan berluas luasa.

Saya juga sempat dipelawa oleh rakan-rakan yang mengendalikan peti undi PR dan keadaan nampak banyak perbezaannya. Dalam peti undi PR saya tidak kedengaran mereka bercakap tentang peruntukan kewangan.

Apabila saya risik-risik dari mana sumber kewangannya datang untuk mewujudkan peti undi yang tidak kurang hebatnya, mereka menjawab, “Kita tong-tonglah! Masing-masing memberikan sumbangan kecil-kecil dan dapatlah kita adakan kemudahan sedikit sebanyak.” Kata salah seorang pengendali peti undi itu.

Saya melihat pekerja PR lebih jujur untuk melakukan tanggungjawab mereka di peti undi dan saya tidak mendengar ‘complain’ tentang kekurangan wang ringgit dan sebagainya.

Sebaliknya di peti undi BN saya juga bertanya perkara yang sama dan rata-rata menjawab, “Kalau tidak turun peruntukan kita tutup sahaja peti undi, kita bukan lembu atau seladang untuk buat kerja berat. Mereka di atas makan besar takkan tak turun sikit ke bawah ini,” kata dua tiga orang sambil menghisap rokok.

Sebagai ahli UMNO saya tidak terperanjat mendengar kata-kata seperti ini, dan itu pun sebabnya saya sudah tidak lagi bergiat kerana saya tidak mampu untuk mengasingkan pendapatan untuk perbelanjaan berpolitik.

Bagi orang ramai pula saya lihat mereka lebih tunggu dan lihat dan kebanyakan pengundi tidak mengambil hirau tentang politik, keran adanya elemen kebosanan dengan politik dini hari.

“Yang menyibuk ni orang luar sahaja bang! Mereka datang dengan kereta-kereta besar dan kalau di kedai kopi macam ni minuman dan makanan kami selalu dah dibayar. Mana dia orang ambik duit pun kita tak tahu.” Kata salah seorang dari Ampang Pecah yang saya temui.

“Saya rasa mereka orang BN kerana mereka hisap cerut besar. Orang PAS dan Keadilan atau DAP kebanyakkan tak hisap rokok.” Komen seorang pengundi yang bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan di Kuala Kubu Baru.

Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini saya cenderung untuk mengatakan yang BN adalah pihak ‘underdog’ dalam PRK ini.

Ada yang mengatakan BN terpaksa mencari 5000 undi tambahan untuk menang dengan tipis, tetapi PR hanya memerlukan 2500 undi untuk kemenangan besar.

Apa pun, terpulang kepada ‘conduct’ penampilan kedua-dua belah pihak. Jika perpecahan ‘intra-party’ dan masalah ‘inter-party’ dalam BN tidak dapat diselesaikan dengan bijaksana maka tidak salah kalau dikatakan keputusannya adalah ‘predictable’…….Pakatan Rakyat akan menang.



Sekian…………………………………………….Aspan Alias

8 comments:

Anonymous said...

Masalahnya BN sudah terlalu materialistik. BN kalau nak menang perlukan 10 juta ringgit rasa saya.

CSH

bat8 said...

Bro,

1. Masih bersemangat lagi eh? Trust your observation. Thats the reality in UBN since tDM era. Monies was the main grease TDM used to keep UMNO(Baru) afloat since its inception in 1988. Its a culture of UMNO(Baru) lah bro, no money nothing moves.

What u observed on the other side used to be the culture of UMNO( yang lama ). Teringat how my late father ( cikgu ) worked for UMNO during elections with sincerity.

2. Apa dah jadi dengan UBN. Salah seorang calon bebas, johan md diah is a selangor UMNO(Baru) youth EXCO!Something is not well in UBN camp down there.

3. Saya tak percaya Johan bertindak sendirian. We can guess who is behind his candidancy. Thing will be unfolded as the campaign progresses.

4. On paper, DZI berupaya untuk menang besar but jangan underestimate keupayaan UBN. If they cant win gentlemanly, they have many ways to turn the table to their favour.

Question is bilalah rakyat kita nak cerdik.

bat8

Aspan Alias said...

Yes bro bat8,

We are serious in trying to get politics with essence of values.

Even though is tough effort but there is no harm trying bro.

The magnitude of illegitimate politics is in actuality intolerable.

But I remember my guru said, 'selagi ada yang masih berzikir walaupun seorang dunia tidak akan kiamat'.

In this contact if there are still a few who maintain the good ab honest politic the country would still survive.

Anyway I appreciate your cautiousness about what may be seen in Hulu Selangor.

Money seems to be the technology for for BN to survive.

Anonymous said...

Zaid can win.
BN can loose.
But BN will try to tipu
Like what they do dari dulu.

sardi

Anak Yatim said...

Denagrlah wahai semua yg akan mengundi,

Mengundi Pakatan adalah sperti kawin perempuan nakal. Tetapi apabila dah kawin lama sedikit perempuan itu akan jadi baik dan bertanggungjawab........kata-kata Aspan Alias (Januari 2010.

Mengundi BN seperti mengundi perempuan yang dah berkedut dan sudah nyanyuk, tak mungkin kembali sihat.......(juga kata-kata Aspan Alias (Februari 2010)

Sekianlah adanya.


Anak Yatim

Akar Umbi said...

HS tu boleh dikatakan kubu bn. Mcm kat bagan pinang, org luar dok kutuk-kutuk TS Isa tapi kena ingat, itu lubuk dia. Keputusannya TS Isa menang.

Johan tu khabarnya berpolitik di shah alam tapi berasal dr HS. Jadi, rasanya tak beri kesan.

Lagi satu,pengundi HS tu majoritinya memang org selangor. Maka, tidak mudah untuk menafikan semangat kenegeriannya. Kalau kat lembah klang, mungkinlain ceritanya.

Zaid... untuk menang rasanya susah.

tulangkering said...

Bro teruskan buat analisis sehingga ke saat akhir hari pengundian. Saya suka membaca tulisan tuan.

UMMIQISTINA said...

yg sponsor JOHAN TU PERKASA,yg sponsor PERKASA TDM KETUA PERKASA PERKAKAS TDM.