20 April 2010

Tunku Abdul Rahman yang tidak hipokrit

Walaupun bermacam-macam lemparan isu peribadi terhadap Zaid Ibrahim, beliau tetap menjadi perhatian umum dan beliau sebenarnya telah menjadi individu popular bukan sahaja di Hulu Selangor tetapi juga di seluruh negara.

Sekali seseorang itu menjadi perhatian ramai maka bermulalah dia menjadi pemimpin siasah yang mempunyai consequence yang tinggi.

Saya sudah berumur hampir 60 tahun dan saya masih ingat bagaimana YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang menjadi tempat lemparan isu peribadi yang sangat besar kerana beliau suka perlumbaan kuda.

Beliau dikenali di seluruh dunia tetapi beliau bukanlah seorang yang hipokrit dan beliau tidak pernah membelakangkan kaumnya dalam mentadbir dan perjuangan beliau sebagai pemimpin negara yang diberi gelaran Bapa Malaysia itu.

Tunku tidak payah menggunakan khidmat APCO atau sebagainya untuk dikenali di seluruh antero dunia, kerana sifat beliau yang natural dan tidak hipokrit.

Tunku tidak ada imej tempelan, dan apa yang kita nampak pada beliau itu...itulah dia.

Beliau menerima kelemahan peribadinya dan beliau tidak pula lupa kepada tanggung jawab kepada bangsanya yang rata-rata orang Melayu yang miskin dan kebelakangan dalam semua bidang kehidupan mereka.

Beliau tidak bercakap soal agama seperti setengah ahli politik yang di sebalik bercakap tentang isu fiqah tetapi perbuatan mereka menjahanamkan rakyat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sekarang ini Agama menjadi tempelan politik semata-mata dan bukannya untuk dijadikan addin atau cara kehidupan bagi seorang yang berTuhan dan beragama dalam kehidupan seharian.

Tunku Abd Rahamn tidak melindungi kelemahan beliau kerana beliau ada kekuatan beliau dalam mentadbir negara tanpa rasuah dan salah guna kuasa yang kebanyakannya dilakukan oleh orang yang bercakap pasal agama yang hipokrit.

Semasa akhir hayat beliau beliau tidak seperti bekas-bekas PM yang lain yang terbang dengan jet peribadi dan wang ringgit yang berkepul-kepul serta mewariskan jawatan-jawatan penting kepada anak atau menantu masing-masing.

Tunku Ahmad Nerang anak YTM Tunku hanya hidup sebagai seorang yang biasa. Anak-anak Tunku tidak mewarisi jawatan penting seperti yang didapati oleh Najib, Hishamuddin, Mukhriz dan Khairy Jamaluddin yang menumpang kuasa bapa mertua beliau.

Zaid nampaknya berhadapan dengan isu yang sama yang dialami oleh Tunku Abd Rahman dan saya sudah nampak sedikit demi sedikit yang beliau akan menjadi pemimpin yang dikenali ramai.

Dari segi hakikatnya sesiapa yang mendapat penghinaan yang tidak berpatutan akan mendapat segala pahala kebaikan dari pihak yang mengutuk dan menghina tadi sedangkan segala noda dan dosa yang dilakukan oleh yang dihina tadi akan berpindah kepada mereka yang melakukan penghinaan itu.

Kepada Zaid, saudara tidak payah memberikan reaksi apa-apa terhadap fitnah-fitnah tersebut; hanya serah kepada pengundi dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan semoga Tuhan memberi perlindungan dan keredhoan yang hakiki.

Niat nakal dan jahat pihak lawan sebenarnya memberikan laluan mudah bagi saudara untuk memdapat perlindungan dari yang azali.

YANG pentingnya saudara berikan tumpuan kepada perancangan yang perlu untuk membela rakyat yang berbilang kaum di Hulu Selangor jika saudara mendapat mandat dari pengundi-pengundi dalam pilihanraya kecil ini.

‘Datuk Zaid, I am certain you will smile last but the sweetest’. Insya-Allah.


Sekian…………………………………………..Aspan Alias

9 comments:

Anonymous said...

Yesss,

A person like TUNKU is hard to find adinda ku Aspan.

I must agree with you that Zaid is facing the same isu like the TUNKU.

I hope Zaid will be like TUNKU. Zaid has the attribute of a real pragmatic leader and he is not hypocrite adinda ku.

Aspan, you have gone through a long history.

Will catch up with each other soonest.

Dato RbK

Anonymous said...

D Zaid, just be youself. You will succeed Datuk.

lawyer tg malim

Khalil Mat said...

I know D Zaid will be a leader, a well known and successful one.

Persetankan dengan nista orang, Bak kata Aspan sdr dapat saham free.

khalil Mat

Anonymous said...

UMNO can do all the unkind efforts to Zaid but they would be illegitimate victory

meme said...

Dear Mr Aspan,

What you wrote was really obvious.In my personal point of view, You really have spare feelings for Dato Zaid is like he's done something for you that you owe him.Is Dato Zaid your classmate or childhood friend?.

Aspan Alias said...

meme,
Yes, I have decided to give D Zaid a moral support for few reasons;

Firstly I am always sympathetic to anyone who is the victim of unfair and false allegations.

Secondly, he has been victimised by his political foes and subsequently sacked from UMNO.

Thirdly he has his own stand on issues pertaining to the nation and resigned from the glamorous position in the cabinet which no other can do it

Other than that he is my close friend who has never left me and through thick and thin he has been always with me.

He knows when I am happy and in sorrow.

When my chips were down he is among the few who has the audacity to call me and asks me how I am faring with life.

I am always a person who have the allegiance towards caring friends and would always stand by them.

Lastly he is a budding leader.

Thanks meme

Unknown said...

Tunku contributed his wealth towards UMNO in getting independence for than Malaya (he sold his house and Tun Sharifah Rodziah pawned her jeweleries). Correct me if i'm wrong, Zaid made his money being umno's and umno link company's lawyer. The only common thing they have is they both 'drink' and they both got smeared for it. Tunku is way beyond comparison with Zaid. But if compare Zaid with what we have now in the Cabinet and in Umno and in the oppsition of course he is much better. I respect you for your friendship with Zaid despite being in different polital vehicle. Not many people comprehend the true meaning of friendship.

rudy said...

Zaid and Tunku is a comparison of an apple and a manggo.
Zaid and most of UMNO palimentarian is like comparing a manggo with a ciku.
You got it?

rudy

Ramli Mohd Yunus said...

Dear Aspan,

I could not agree more with what you have commented about our beloved Tunku. He was one in a million. He was straightforward, very open, frank, transparent in life and in Govt, no denial syndrome habit and the best is, he was never a `robber' in any kind. What you have written about his family is a living proof.
We can never find aman of his stature now in a present political era.