05 April 2010

Jaga kemuafakatan BN: MIClah yang meletakkan calun

Saya berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang masih muda dari UMNO dan BN akhir-akhir ini dan mereka mempunyai pandangan masing-masing dalam isu siapa calun BN diUlu Selangor.

Dalam perbualan-perbualan itu saya nampak kecendurangan dan semangat yang terbentuk didalam BN itu masih kuat dan mudah dilihat.

Mereka lebih selesa jika BN mempertahankan kemuafakatan yang telah sedia terjalin dengan memberikan kerusi itu kepada MIC. Mereka berpendapat yang jika BN masih mahu diyakini oleh rakan dalamnya maka pertahankanlah kerusi itu untuk BN>

Mereka berpendapat dalam pilihanraya kecil ini MIC ditinggalkan maka kaum India yang sudah mula kembali kepangkuan BN akan tidak menyokong BN dalam Pilihanraya UMUM nanti.

Jangan pula kerana hendak mempasti kemenangan satu kerusi diUlu Selangor BN hilang banyak kerusi dalam pilihanraya UMUM nanti. Mereka berkeyakinan DS Najib akan mempertahankan apa yang telah disusun dan diamalkan untuk menjaga hati kaum India.

Mereka berpendapat sejarah membuktikan semasa UMNO dalam keperitan pada tahun80an dan MIC dan MCAlah yang menjadi penyelamat kepada UMNO semasa itu.

Kalau didasarkan kepada semangat kemuafakatan BN, maka pandangan ini wajar dan MIClah yang patut meletakkan calunnya dari segi politik dan moralnya.

Walaupun kaum India hanya merupaka 18.9 peratus sahaja tetapi jika BN bekerja keras dan berusaha maka memenangi kerusi Ulu Selangor itu boleh diperolehi.

Malahan dengan mempertahankan kerusi ini untuk diwakili oleh MIC boleh dijadikan percubaan untuk BN membuktikan bahawa BN masih mantap dan diterima ramai.

Apabila kerusi itu diberikan kepada MIC, biarlah MIC menentukan siapa calun yang mereka persetujui dan UMNO hanya perlu memberikan pandangan siapa dikalangan yang disenaraipendekkan oleh MIC yang diterima ramai.

Adakah Palanivel atau Ketua Pemuda MIC Ulu Selangor atau yang lain-lain asalkan sahaja ianya datang dari pilihan MIC.

Jika BN mengekalkan tradisi Ulu Selangor adalah kawasan peruntukan kepada MIC maka tidak payahlah memberikan pandangan tentang siapa dikalangan pemimpin UMNO untuk bertanding, kerana MIClah yang akan meletakkan calun.

Yang berbukit itu sama-sama didaki, yang curam itu sama-sama dituruni.


Sekian………………………………………..Aspan Alias

26 comments:

Anonymous said...

UMNO dan BN pastinya berkewajipan untuk menghormati pembahagian kerusi yg telah sedia ada.

Kalah menang cerita lain.

Anonymous said...

Bagilah kepada MIC. Tak menjadi kudis pun. Semangat perpaduan antara kaum mengatasi dari segala-galanya. Bertolak-ansur adalah satu yang baik untuk semua asalkan kawasan tersebut di wakili oleh MP yang bertanggong jawab menjaga keperluan dan kehendak rakyat.

Sudah sampai masanya kita orang Melayu berubah sikap dan jangan terlalu bersemangat kemelayuan.Masa dah berubah, maka sikap kita pun mesti berubah. Anak-anak kita dah banyak berubah. Sudah tidak menebal lagi semangat kemelayuan mereka. Mereka telah banyak bersikap terbuka. Ini adalah satu petunjuk yang sungguh baik untuk masa depan negara kita.

Kita mest maju kehadapan dan elakkan perkara negatif yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat. Semangat toleransi dan hormat menghormati harus senantiasa dipupuk. Semangat perkauman sudah tidak ada tempat lagi. Kita cuba lari dari terlampau berpuak-puak. Tidak sihat jika ini berlarutan berlaku dikalangan kita. Sebenarnya tidak ada siapapun mengambil hak orang lain. Masing-masing ada haknya. Jadi kita harus bimbang tentang hal ini. Kita jangan takut dengan bayang-bayang.

Mohd Salam

Anonymous said...

Kalau sesiapa pun bertanding serupa aja.

MIC pun serupa. Kalau rakyat sokong sesiapa pun boleh. Dah NEM kata hebat letakkan sesiapa dikalangan BN tak apa.

Saya tak pernah lari dari BN walaupun ahli keluarga saya nampak cenderung kepada pembangkang.

Kami tak bergaduh dikalangan keluarga kerana 'political' affiliation'.

Saya ahli UMNO tetapi tak macam ahli UMNO yang lain, bermusuh dengan orang parti lain.

Bertandinglah tetapi jgn mengeji parti lain..menjijikkan.

blackmaria

Samsuddin said...

Kalau BN kalah pun apa salahnya. Ini bukan BN dulu. Ini BN sekarang.

Tak ada masalah BN kalah. Yang bermasalah hanya pemimpin pemimpin mereka yang tidak dapat makan rasuah jika BN tak perintah lagi.

Kami tak masalah kerana kami tak abik rasuah nak beri anak bini makan.

Samsuddin

Anonymous said...

Encik Samsuddin,

Kalau BN menang rasuah itu halal.

Kalau PR menang rasuah itu haram.

Tolonglah undi BN agar rasuah itu halal.

heh...he...he...


Suib Jawa

Anonymous said...

Kalau boleh tak usahlah ramai sangat orang luar menyibuk di Ulu Selangor nanti.

Anonymous said...

Percaya ke sdr atau tidak, BN akan gunakan Zahari Hashim, Wee Choo Keong dan Zulkifli Nordin untuk berceramag dala PRK U lu Selangor?

Kalau mereka ini yang datang baik kita boycot aje untuk bekerja untuk UMNO atau BN.

Undi yang dah ada pun akan hilang.

S/Usaha peti undi

Amir Hasan said...

Aspan,

Both yr BN and my PR have fair chance to win.

Let us respect democracy in civil manner.

Amir Hasan

Anonymous said...

Pilihlah wakil rakyat yang baik apabila mengundi. Kita mesti matang dan jangan ikut hati yang berperasaan benci kesumat.

Bersikaplah seperti bangsa yang setanding dengan negara-negara demokrasi yang maju. Mereka bijak memilih kerajaan dengan meneliti dasar kerajaan yang manakah akan membawa keuntungan kepada mereka dari segi meningkatkan qualiti hidup masyarikat mereka.Mereka tidak emotional dan tidak ada perasaan benci kepada kerajaan tapi mereka beri fokus kepada isu semasa dan apakah implikasinya apabila mereka membuat pilihan.

Anonymous said...

corruption is the devil of all devils.
Let us eradicate corruptions by outvoting the corrupts.
corruptions brings the nation to catastrophe.
Let us start with Ulu Selangor, ladies and gentlemen.
See you at KKB polling booth.


braindale.

pengundiluar said...

susah jejari ku hendak memilih BN kali ini.

Aku terasa memilih BN serupa menggalakkan rasuah.

Susah nak buat tetapi terpaksa tinggalkan BN.

Saya akan ambil cuti untuk mengundi, sebab saya bekerja diJB.

adli harman said...

Buat kerja untuk BN dapat duit. Buat kerja untuk PR tak dapat duit. Ini masalah besar.

Semasa Mat Tain jadi MB mewah kita yg berkerja untuk BN.

Anonymous said...

BN is still the best. Pakatan no confidence at all. No idea except rhetoric. Banyak auta kosong!!

Rajakapur

christ said...

Aspan, Iam sure you agree with me that BN is good, but corruptions in BN is too heavy.
So I choose the 2nd best PR.

Aspan Alias said...

christ,

You have the right of choice. That is why there are candidates of different parties offering to be the candidates.

kush said...

Sdr Aspan,

Di peti undi saya di KKB, 65 percent go for PR, 30 percent go for BN and the rest are DAP (duduk atas Pagar)

I my family, except for my parents are PKR diehards.

ariff said...

kush, itu peti undi sdr. Peti undi saya diUlu Bernam 55 peratus BN dan selebihnya tak tau.

kush! BN menang!

Anonymous said...

I have stopped complaining about the state government since PR took over the reign of the state...honestly.

TS Khalid is certain and definitely better than Khir Toyo.

Let the state and parliamentary reps of Selangor are from PAS< PKR< and DAP.

All of us here are happy, BN can spin issues like anything..let them remain to behave like sour-grape..and they deserve it.

yahya putra

brahim mamak said...

Bagi Ahmad Mazlan bercakap selalu di Ulu Selangor. PR tak payah kempen..pasti menang.

din said...

serious, BN have to pay for the votes. just do like they did in previous by elections..money...money..money bro!

Anonymous said...

Aspan,

somehow BN will do anything to win. At all cost they have to win there in U Selangor.

BN is in desperado..they have to win..and must win...even if they have to pay for the votes.

babji

sanusi said...

kenapa Mat Taib is so silent ya?

Anonymous said...

Yes bro, I agree that BN should uphold the spirit of allegiance within the BN.

Besar sama dilapah sikit sama dicicah.

razif sadek

DNKM said...

babji,
moralnya BN sudah hilang sokongan. Mereka masih berkuasa keana kuasa wang, machinery kerajaan yang besar, media masa yang berat sebelah dan fitnag yg dilakukan oleh media masa perdana.
Media tidak keluarkan isu Mirzan Mahathir yang menggunakan wang Pertonas untuk menyelamatkan perniagaannya.
Kes kerugian memelbehi 30 billion oleh banka negara dalam kes pertukaran wang asing oleh Mahathir tidak diperbesarkan.
Kes rasuah semua ahli kabinetnya tidak ada media yang memperbesarkan. Kes pembunuhan Mustakizah masih tidak selesai. Kes Maminco sehingga hari ini tidak diperbesarkan yg merugikan wang rakyat 600 juta dan banyak lagi yang melibatkan puluhan ribuan malahan ratusan billion tidak dipersoalkan.
Apa ini semua? Kenapa mereka yg teribat bercakap banyak terhadap pemimpin pembangkang.
Kalau nak tulis perihal kesemuanya boleh memakan masa bertahun-tahun untuk diperkatakan.
Jemu...jemu!

DNKM

bat8 said...

sdra saanusi

Tan sri Muhammad taib silent sebab pengarah PRK BN dah awal-awal cantas dia dengan insist yang calun Bn hendaklah dari MIC.

Tn Sri Pengarah buat macam tu untuk menjaga kedudukannya dalam UMNO. Tan Sri Muhammad kan calon Timbalan Presiden yang kalah.

Sekiranya tan sri Muhammad menang kat Hulu Selangor, hayat politiknya akan hidup semula. tentulah tan sri Pengarah tak mahu ini berlaku.

bat8

Anonymous said...

good luck to BN keep on blogging this bro. Quovadis Melayu Ulu Selangor...jangan lupa sejarah di kerling...