23 April 2010

Kemenangan Zaid - Hulu Selangor makan keliling

Mengundi Zaid Ibrahim nyata akan memberikan keuntungan kepada Rakyat Hulu Selangor.Wakil Parlimen Hulu Selangor datangnya dari Pakatan Rakyat, dan Zaid pula berusaha untuk menyambungnya juga melalui Pakatan Rakyat melalui PRK ini.

BN sedang melakukan segala usaha untuk menawan hati pengundi Hulu Selangor dengan membawa berbagai-bagai buah tangan pembangunan dan menjanjikan bermacam-macam kepada rakyat Hulu Selangor jika BN memenangi kembali kawasan yang begitu luas ini.

Disini kita nampak bahawa rakyat diHulu Selangor bertindak bijak dengan memberikan kerusi parlimen ini kepada PR. Maka kerajaan persekutuan pun menghantarkan semua pemimpin-pemimpin besarnya untuk menabur janji-janji kepada rakyat Hulu Selangor.

Kalaulah kerusi ini berada ditangan BN tidak mungkin rakyat Hulu Selangor akan mendapat janji-janji ini sekarang.

Seandainya Zaid diberi pelung untuk mewakili Hulu Selangor saya berpendapat kerajaan persekutuan akan terus menerus memberikan apa sahaja yang rakyat Hulu Selangor mahukan kerana BN mahu menarik sokongan rakyat Hulu Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Rakyat Hulu Selangor harus bertindak dengan bijaksana untuk mendapatkan segala-galanya dengan memberikan undi kapada Datuk Zaid Ibrahim kerana ini akan membuatkan kerajaan persekutuan memberikan tumpuan untuk pembangunan Hulu Selangor.

Jika rakyat Hulu Selangor memberikan mandat kepada BN maka usaha membangunkan Hulu Selangor akan menjadi perlahan, kerana BN telah menawan rakyat Hulu Selangor.

Rakyat Hulu Selangor akan menjadi orang tawanan dan jika sudah menjadi orang tawanan maka tepaksa mengikut cara hidup orang tawanan. Orang tawanan layaknya hanyalah mendapat sepinggan nasi dan sepiring lauk untuk menyambung kehidupan dalam tawanan.

Jika rakyat Hulu Selangor memberikan sokongan kepada Zaid Ibrahim maka kerajaan persekutuan akan terus menerus berusaha mendapatkan sokongan denga memberikan peruntukkan besar.

DAN Zaid Ibrahim pula boleh memberikan peruntukkan pembangunan melalui urusan beliau dengan kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Disamping itu Zaid akan mendapat kedudukkan diParlimen bagi mengusahakan niatnya untuk membenteras rasuah dikalangan pemimpin dan kerajaan BN.

Pendeknya jika Zaid diberikan mandat rakyat Hulu Selangor akan mendapat segala faedah kerana kecerdasan mereka berfikir sebelum membuang undi.



Sekian………………………………………………………Aspan Alias.

16 comments:

Dino said...

Aspan,

you are just terrific. How I wish yr writing is read by everyone in my kampong in Batang Kali.

dino

Anonymous said...

your writing is short and concise but it covers all essential bro.
My wife's voting center is in Kuala Kubu Baru.


chan

Anonymous said...

I like yr 2nd last sentence Mr.Aspan.

That is an urgent need to be attended to.

joseph

ibrahimkoyan said...

Makan keliling. Sebenarnya itulah yg org H Selangor lakukan.

Jadilah pengundi yg bijak!


ibrahimkoyan

Anonymous said...

"Seandainya Zaid diberi pelung untuk mewakili Hulu Selangor saya berpendapat kerajaan persekutuan akan terus menerus memberikan apa sahaja yang rakyat Hulu Selangor mahukan kerana BN mahu menarik sokongan rakyat Hulu Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang."


You are using reverse psychology Sdra Aspan.

Keep on campaigning until midnite to show your support for Zaid. Best of luck!! Don't miss the boat or else you will be very, very disappointed.

Aspan Alias said...

Anon 16.05,

Bro. disappointment is not in my vocab. I am so used to losing side bro.

I hope you don't put me in the category of easily disappointed lots.

I think I am seasoned for this

Anonymous said...

Aspan,

if Zaid wins it's fine, but what if he loses?

Johnwayne

Anonymous said...

Bro, what I mean is what would happen to you if Zaid loses?

Johnwayne

Aspan Alias said...

Johnwayne,

I don't know what made you asked this kind of question.

Winning or losing is a norm in any contest.

It won't affect me in anyway.

I am not the kind who always want to be on the buttered side of the bread like many do.

It won't affect my life bro.

ServiceB4Self said...

Bro,

The reality is that development budget is limited and if any additional allocation is available, the federal bodies would be more keen to pass it to BN constituencies.

BN strategy has always been concentrate development in their constituencies and most times reduce allocation from Opposition constituencies (KL excluded).

As such, I believe your rational may be flawed. The more important issue is which candidate will ensure the most benefit for HS voters.

Aspan Alias said...

Service B4self,

Ya you may be true in yr opinion. BUT for BN to just cover for BN constituency is a practice of defective democracy, as the government money is partly taxes from opposition supporters. It's rakyat's money.

If democracy is genuinely practiced the my opinion wouldn't be a flaw.

But I also understand well how democracy works here bro.

jebat berkokok said...

Tidak salah bila seorang sahabat mendoakan kawannnya berjaya biarpun prinsip agak berbeda..Nilai persahabatan dan nilai perjuangan pastinya meletakkan saudara dalam keadaan dilemma..

syedhs said...

Biasala kalau Zaid kalah.. BN kata.. okay rakyat dah menyokong kembali BN.. so tak payah susah2 sangat basmi rasuah, pertingkatkan kecekapan dan sebagainya. Tak percaya, tengoklah..

Anonymous said...

If democracy is genuinely practiced the my opinion wouldn't be a flaw.


Every where in the world democracy is not perfect even in the US.

Every where in the world there is corruption.

The question is a matter of degree. Our country is not that really bad but it is improving.

So apa yang nak digendangkan macam dunia nak kiamat tentang rasuah!

bat8 said...

Bro,

anon 24 April 2010 08:14:00 GMT+08:00 raises an interesting point:

Every where in the world democracy is not perfect even in the US.

Every where in the world there is corruption...."

1. mengenai demokrasi yang tidak sempurna. Ini adalah alasan yang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menghalalkan cara UBN mengamalkan demokrasi ala UBN.

Bandingkan demokrasi kita dengan demokrasi yang diamalkan di amerika/britain/barat dan bandingkan juga dengan demokrasi yang diamalkan dizimbabwe/negara-negara afrika (kecuali afrika selatan). Kearah mana sistem demokrasi kita? Ramai yang akan mengatakan demokrasi ala UBN ni lebih dekat dengan demokrasi yang diamalkan di zimbabwe/benua afrika.

2. kedua tentang rasuah dimana-mana didunia ini. Soalannya, apakah rasuah di amerika/britain/jepun dll negara maju berleluasa seperti kita dimalaysia? Di negara kita, rasuah sudah menjadi satu cara hidup/institusi.

Mereka juga mengamalkan demokrasi, tetapi rasuah dinegara mereka tidaklah sehebat negara kita.

Anon....next time try harder to spin ok!

bat8

syedhs said...

1) Korupsi kat Malaysia ni berleluasa - dengan SENANGNYA kita boleh point out korupsi contohnya penggunaan RTM sebagai 'wadah' BN. Mana boleh guna duit rakyat. RTM adalah wadah kerajaan tapi bukan BN. Kalau siapa2 kata ala lebey kurangla tu... maka bersedialah untuk 'ditipu' ataupun anda adalah seorang dari 'mereka'.

2) Rasuah ada kesalahan, dalam Islam pun ia adalah kesalahan. Rasuah yang terlalu banyak yang sampai jadi 'norm' adalah sama dosa nya dgn rasuah yang tak 'norm'. Itu penting.

3) Betul at least kat USA yang tak islam tu.. nak buat rasuah macam kat Malaysia ni.. jgn mimpi la.. Kalau ada rasuah pun complicated, dan kalau kena bongkar mmg kena hukum punya.

4) Kalau satu orang kata apa nak digendangkan nak kiamat pasal rasuah, masih okay. Tapi kalau ramai2 cakap camtu.. maka org yang buat rasuah seronoklah depa. Kita kena serious dan takde toleransi.

5) Yang ada toleransi ialah kalau kita ni pemimpin politik yang mana kalau perang rasuah kuat sangat mungkin akan buat negara huru hara. Tapi bagi kita rakyat biasa ni.. simply say no to rasuah. Insyaallah kalau ramai camni, org politik pun akan *terpaksa* membersihkan rasuah, dan membersihkan rasuah pun jadi kerja yang lebih senang (walaupun tak senang).