14 January 2014

Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.

Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita ‘balik kampung, tanam kangkung’. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.

Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.

Dengan turunnya harga kangkung ini tentulah ia akan memberikan kesenangan kepada kehidupan rakyat dan kita tunggu sahaja pencapaian negara ketahap negara maju menjelang tahun 2020. Dengan turunnya harga kangkung ini, tentulah impian pimpinan kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada USD15,000 setahun akan tercapai.

Dengan pengurangan harga kangkung ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan dan penjimatan itu akan dapat menampung kenaikan tariff letrik dan kadar bayaran tol kepada pemegang konsessi lebuh raya dan menampung kenaikan harga bahan api sekarang ini. Ia juga boleh menampung harga gula yang telah naik berkali-kali dalam setahun ini.

Mungkin kangkung ini boleh menjadi bahan ‘export’ negara dan boleh membantu memperbaiki pendapatan negara dan akhirnya boleh mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun-tahun akan datang ini.

Alhamdulillah, kita ada kangkung untuk memberikan kenikmatan kepada kehidupan rakyat negara ini. Selama ini hanya rakyat termasuk diri saya ini tidak tahu untuk mencari kehidupan yang baik, sehinggalah PM Najib memberikan jalan untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa-masa yang mendatang dengan memakan kangkung.

Kepada Menteri Hasan Malek, kita hendak bertanya, kalau kangkung naik pula harganya nanti, adakah saudara akan membuat kenyataan, ‘kalau kangkung mahal, jangan makan kangkung’?

Terima kasih YAB Perdana Menteri. Saya cadangkan supaya diadakan kempen memakan kangkung diperingkat nasional dalam masa terdekat ini. Mungkin PEMANDU boleh berbuat sesuatu untuk melaksanakan kempen makan kangkung ini.

Nasib baik ada kangkung menyelamatkan kita. Rakyat sekalian, bersukarialah kerana segala penat lelah pucuk pimpinan dan barisan kepimpinan keseluruhannya telah berjaya menampakan kejayaannya dalam mentransformasi ekonomi negara kita ini hanya melalui industri kangkung sahaja.

Sekarang semua balik kampong tanam kangkung.

29 comments:

abidin said...


Alhamdulillah tuan AA. Saya dan isteri semalam masak kangkung. Betul-betul murah lah tuan. Syukur!!!

Anonymous said...

Marilah sama-sama kita terus menyokong PK Kangkung....

Anonymous said...

Bajet kang kung tak akan menyelesaikan masaalah negara

Anonymous said...

rakyat didulukan pencapaian diutamakan .....horeeeeeeeee rega kangkang kong da turun esok kaya kita bole makan kangkang kong ari .cisssss bedebah aku orang kampung dah mabok makan kangkong tak tau la puak bn/umno

OrangKampungDoha said...

Pak Aspan..nasib lah rakyat Malaysia ini dapat PM setakat pemikiran kangkung sahaja..Untuk berfikir dia serah kepada konsultan yang berbillion mahalnya..Hentam je la makan kangkung hari hari.

ahmadyaniDotCom said...

Saya tertanya-tanya, DS Najib ni.. terutama bininya DS Rosmah, sukakah makan kangkung? Atau geli geleman atau anggap status mereka tidak wajar memakan kangkung.

Seperti kata Pak Aspan, mungkin DS Najib anggap hanya orang bawahan sahaja layak makan kangkung.

Tertunggu-tunggu, apa komen menteri bawahan najib terutama TS Muhyiddin dalam mempertahankan Najib berkenaan isu kangkung ini.

Mungkin Sri Perdana patut mengadakan pesta makan kangkung semacam pesta makan durian yang dihadiri menteri-menter kabinet sebagai sokongan kenyataan DS Najib ini. DS Rosmah tukang masaknya.

Anonymous said...

Nampaknya kita perlu menukar dasar kepimpinan tadbiran negara.Rakyat perlu diberi hak memilih sesiapa saja yang berkelayakan sebagai PM daripada mendapat kang kung atas pilihan orang lain.Begitu juga barisan menteri, jika tidak mahu melantik menteri dari kalangan sendiri, pilihlah sekurang-kurangnya satu dari barisan parti lawan.Sudahlah rakyat diberikan kang kung, kang kung memilih cap ayam pula.

Ayah Yeop said...

camana petani yg tanam kakung? Baja naik, air naik, minyak mesen pembajak naik.... Harga di ladang 1 kg kankung cuma antara 90 sen ke RM1.20 je. Bagi petani di ladang, ini baru cukup makan je. belum jadi kaya raya. Tapi kalau di pasar harga 1kg RM3-4 . Lebih kurang i cekak RM1-1.50!!!. Harga kangkung naik turunpun cuma sekupang dua je... negara tak benkrap. Tapi kalau jalan sana sini naik jet sampai ratusan meliun ringgit, itu yang menyumbangkan kepada kebentrapan negara...!!


Yang rugi nanti petani.... orang tengah akan maintain keuntungan depa....

Kenapa cakap pasal kangkung, kenape tak cakap pasal beras? tepong? gula? Kankung lebih utama dari beras ke?

Dulu kita ada profesor kangkung. nampaknya penyakit kangkung dah menular....

Anonymous said...

Salam,

Pak Najib apa dia peduli. Dia main bantai saja apa dia nak cakap. Dia hidup mewah. Senang lenang. Anak belajar kat US. Shopping sana sini.

Yang masalahnya .... kenapalah ada rakyat masih undi BN yang tahap pemikiran pimpinan tahap lembu. Pak makcik di kampung yang pikiran 60an. Segelintir anak muda yang tahap suka couple sana sini sudah tentu termakan gaya pikiran BN Umno.

Apalagi orang yang suka kelab malam, sampai nak buat nasyid kat Hard Rock café.

Yang saya paling hairan ialah bila kita beritahu kepada pakcik bangang tentang kerja rasuah pemimpin, apadia kata? "itu hal pemimpinlah"....

Betapa di lembulah orang semacam ini sampai ke liang lahad.

Kasihan...

sizzly7761 said...

Melayu UMNO ni memang jenis bodoh yang tak boleh dipulihkan! Dalilnya ialah PMnya kangkong....penyokong yang memilihnya mungkinkah kongkang?

Anonymous said...

Sebentar tadi Live dari Masjid Putrajaya sempena Majlis MaulidurRasul... ramai-ramai tu ada jambul kangkung duduk bersebelahan Raja Permaisuri Agong. Subhanallah, tak kira tempat, tak kira masa, tak kira majlis ... tetap dengan jambul kangkungnya ... Kah, kah, kah (LOL). Apa komen YB Jamil Bahrom ... Itu kena tanya PM Kangkung... kena lagi...

Anonymous said...

Makan kangkong
Tidur kangkung
Rasa dah macam kongkang dah!
Terima kasih PM!

Anonymous said...

Kalau dulu, kangkung tumbuh di parit dan longkang, campak saja bijinya atau akarnya, merebaklah ia sampai tak habis makan, tak payahpun bayar RM0.15 atau RM15/sekilo atau seikat,selagi tak dibersihkan melatalah ia.Itulah perumpamaan pemimpin hari ini.Tak dibersihkan, tak hapus keturunan mereka.Bercambah dab bercambah keturunan & pengikut yang fikiran macam kangkung. Lembik!

Anonymous said...

Teringat Lagu lenggang kangkung...!

Anonymous said...

JAML BAHAROM PUN KANGKONG JUGA....

Anonymous said...

..mnghitung hari..najib tak mudah lingkop...negara ni yg porakperanda. Penasihat,think-tank,consultant,perang saraf,sgala agensi najib perah otak siang mlm utk prtahan takhta najib. Mahathir start meroyan balik.....lee kuan yew senyum je disberang tambak.. Uncle sam sengih je.

Anonymous said...

Dulu rakyat kata hanay hujan yg turun yg lain semua naik..PM al samdol tambah satu lagi bukan hujan aja..kangkong pun turun harga,,Rosmah nak makan kampung kong dalam majlis meka x ada d hilangkan kangkong...sebab yg hidang suer akan kena pecat..itu makan org miskin,....kecuali di Restoren cina ianya mahal..

Anonymous said...

Saudara AA dan para blogger

Syabas Malaysia! Negara kita ada PM kangkung.

Anonymous said...

Bukan rakyat yang pilih pm kangkung, itu pilihan kongkang, cap ayam pula jadi pilihan kangkung.

Arif Fahmi Abdullah said...

Kangkung tak naik kalu kengkang tentu naik guano Pak Aspan

Unknown said...

Pak AA tidak perlu bangga atau ghairah sangat pasal kangkung malaysia, kalau Pak ada kesempatan lawat kemboja...try kangkung sana, pasti Pak salute dan lupa kangkung Malaysia instantly.

Anonymous said...

Saya dah stock banyak kankung sebab lepas ni dengar air akan naik harga dan penanam kangkung perlu banyak air. Mesti kangkung naik harga tak lama lagi.

Anonymous said...

tq kangkung turun harga.dulu barangkali rm 20sekilo.

Aspan Alias said...


Maaf, ada beberpa komen yang hendak saya publish ter delete. Maaf

bumi-non-malay said...

Macam komik Lat dulu....kita kena Wah-wah....turun sepulun sen 0.10 sen.....bayangkan kalau kita Jimat 0.10 sen sehari untuk 1,000 tahun...kita dapat jimat $36,500 ringgit.....WOW...boleh beli satu Kancil kecil dan bayar lagi Harga minyak tinggi dan Tol unutk biayi UMNO-Barang Naik.....

Bangun ...Bangkit....Guling...UMNO-BN dan Tamatkan seksaan terhapdap Rakyat Malaysia.... UBAH - Keluar!!

Anonymous said...

Apakah dengan memakan kangkong dapat menyelesaikan segala masalah perbelanjaan rakyat 1Malaysia? Amat malang sekali kita mempunyai pemimpin-pemimpin negara yang kurang berintergriti.

Anonymous said...


AA,
Dont forget to include the mic president for advising indians to plant vegetables "in front and back of house " into the "KANGKUNG CLUB"

Anonymous said...

Mungkin PM Najib tidak tahu yang kangkung tu hidup subur dalam longkang, maklumlah dia anak orang bangsawan mana pernah makan kangkung dan mungkin dia ingat kangkung tu ditanam di atas tanah seperti sayuran lain yang perlu dijaga dengan baik supaya tidak diserangi serangga.

Anonymous said...

Buat apa nak sokong...nanti kita jadi macam kangkung dan dikangkungkan.