Spekulasi Anwar jadi Menteri
Besar itu tidak dapat di hilangkan kerana ‘PKR engineered by-election’ ini
adalah yang sangat mengejutkan ramai dan tidak bersetuju jika ‘orang luar’
datang bermaharajalela di Selangor. PAS merupakan parti yang tidak begitu enak
menanti kedatangan PRK ini kerana ramai pemimpin-pemimpin PAS di bawahan telah
membuat berbagai-bagai kenyataan yang tidak menyeronokan PKR khususnya Anwar
Ibrahim.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib
Presiden PAS menyatakan dengan jelas, yang PAS bersetuju dengan Anwar untuk
menjadi ADUN di Kajang tetapi tidak begitu menyokong jika Anwar menjadi Menteri
Besar. Ramai di antara pemimpin Muda PAS di peringkat pertengahan dan bawahan
menunjukkan rasa curiga tentang tindakan PKR membawa pengundi Kajang untuk
terbabit dengan pilihanraya kecil ini.
Walaupun pimpinan PAS secara rasminya
memberikan sokongan terhadap pilihanraya kecil ini, tetapi dibawah-bawahan
sokongan itu tidaklah begitu keadaannya.
Bagi saya pendukung PAS mempunyai sebab yang kuat untuk merasa sangsi
sebagai parti yang lebih besar dan mempunyai wakil yang lebih besar dari PKR di
Selangor. Ramai yang merasakan PKR ‘is taking PAS for granted’ seperti yang
dialami oleh PAS dalam pilihanraya yang lalu.
PAS mungkin tidak dirundingkan
dahulu kerana PKR mungkin beranggapan yang PAS adalah parti yang sabar dan
parti itu hanya sebagai parti yang ‘disuruh pergi, dipanggil datang’ sahaja oleh
PKR. Sebagai sebuah parti, PAS tentulah ada maruahnya sendiri. Ahli-ahli PAS
yang berjumpa dengan saya berkata yang mereka bukannya kaldai politik sesiapa.
PKR yang bermasalah kenapa bawa rakyat dan PAS sama-sama terlibat dalam
penyelesaian permasalahan PKR itu.
“DAP bolehlah dibawa kemana-mana
kerana parti itu adalah kembiri politik negara. Mundar mandir untuk mencari jalan
untuk menjadi kerajaan” kata salah seorang pemimpin PAS pertengahan yang
berjumpa saya petang semalam. “Letih melayan Anwar ni” katanya tegas.
Salah seorang yang bersama minum
petang itu ialah pensyarah Universiti tempatan yang begitu segar memperkatakan
hal politik negara memberikan bayangan yang beliau tidak mahu terlibat dengan
PRK Kajang ini walaupun beliau adalah pengundi di sana. “Kita setuju Anwar berusaha nak jadi PM
tu. Tetapi akhir-akhir ini sokongan Anwar sudah menurun kerana tahap kesabaran
melayan kerenah pemimpin ini ada hadnya juga” katanya perlahan kepada saya dan
beliau tidak menambah komen-komen yang diberikan oleh yang berada dalam
perbincangan itu.
“Lebihnya Anwar ini dia tetap
berusaha gigih untuk menjadi PM walaupun ramai berpendapat ia tidak akan
kesampaian, tetapi kalau tidak dapat jadi PM pun jadi MB pun jadilah” kata
seorang ahli korporat yang agak ternama yang juga bersama kami. Dalam hati
berkata kata, “kalau tak dapat lauknya, kuah pun jadilah”.
Lagi pun jika ramai dikalangan
ahli-ahli dan penyokong PAS mempersoalkan niat dan tindakan Anwar dan PKR itu,
Anwar tetap dengan keyakinannya, kerana beliau ada Lim Kit Siang untuk membela
beliau. Anwar ada Lim Guan Eng untuk mempertahankan beliau. Yang penting DAP
dan pimpinannya bersetuju dan menampung apa-apa kekurangan yang ada pada parti
PKR itu.
Hanya rakyat Selangor ingin tahu
diantara DAP dan PKR Selangor ini, siapa yang mengkudakan siapa. Yang mereka
(rakyat Selangor) sudah tahu ialah kedua-dua nya ingin menjadikan rakyat Selangor
kuda tunggangan mereka.
Tiada siapa yang boleh
menyalahkan rakyat Selangor jika mereka rela untuk dijadikan begitu. Kalau
dahulu mereka jadi tunggangan UMNO, apa salahnya jika kali ini mereka dijadikan
kuda tunggangan PKR dan sekutunya pula?
Oleh kerana masalah diantara satu dua orang pemimpinnya, PKR membawa pula rakyat sama untuk memikul beban permasalahan mereka. "Diantara Azmin dengan khalid sahaja yang sepatutnya menjadi MB itu" kata seorang penyokong PAS yang baru sahaja bercakap dengan saya.
"Kalau tidak selesai diantara Khalid dengan Azmin, berikan sahaja kepada PAS untuk menjadi MB itu. Tak payah panggil pilihanraya kecil lagi. Kita dah teruk dengan kenaikan harga barang, sekarang sibuk nak berkempen pula" sambungnya lagi.
Oleh kerana masalah diantara satu dua orang pemimpinnya, PKR membawa pula rakyat sama untuk memikul beban permasalahan mereka. "Diantara Azmin dengan khalid sahaja yang sepatutnya menjadi MB itu" kata seorang penyokong PAS yang baru sahaja bercakap dengan saya.
"Kalau tidak selesai diantara Khalid dengan Azmin, berikan sahaja kepada PAS untuk menjadi MB itu. Tak payah panggil pilihanraya kecil lagi. Kita dah teruk dengan kenaikan harga barang, sekarang sibuk nak berkempen pula" sambungnya lagi.
20 comments:
Rakyat juga yang kena, Sejak dari merdeka di kuda oleh PERIKATAN/BN/UMNO, di perkudakan oleh Dr Madey yang mengaku Melayu. Mamak yang terus menguasai UMNO dengan tidak tanduk mereka. Bahkan dengan Najib sendiri yang terus di kepung dari segenap arah. Dengan permainan rasis/agama oleh proksi/agen yang berkepentingan. apakah rakyat Selangor/Malaysia tidak diperkudakan.
Inilah sepak terajang politik dan pemimpin muda pas harus faham jika mana-mana parti gabungan menghadapi masaalah, seharusnya menunggu keputusan tertinggi parti.Pemimpin muda pas kena belajar dengan orang lama dalam pas.Jika pas menghadapi masaalah dap dan pkr tidak akan masuk campur masaalah dalaman mereka malah akan menyokong apa saja keputusan sebulat suara yang diambil oleh pucuk pimpinan pas.Rakyat nampak bila pas menghadapi masaalah tidak pula dijadikan tiket pkr dan dap untuk membuat kenyataan yang akan merugikan PR.Masaalah yang berlaku dinegeri terenganu dan kedah jika pas mengambil pendekatan yang sama seperti pkr, saya rasa pemuda pkr dan dap akan memberi sokongan tanpa membuat kenyataan yang bercanggah dengan pucuk pimpinan.Sebagai rakyat biasa saya berpendapat antara pas pkr dan dap, parti pas lebih menonjol mereka punya masaalah bukan disebabkan pemimpin tertinggi pas tapi diperingkat pemimpin muda.Tidak akan pemimpin muda ini harus bersama hasan malek, noh omar dan sewaktu dengannya dalam umno untuk belajar membuat kenyataan seperti saranan pm baru-baru ini.
Salam.
Tertarik dengan ulasan tuan dan jelas tampak di mana tuan berada.Cuma pertimbangan perlu ada dan kelihatan adil.Sebagai satu kumpulan yang berpakat, pakatan itu perlu dilihatkan jika ingin nampak apa yang tersirat disanubari pejuang.Kenangkan jasa dan usaha.Mengenang sosok Anwar, jika ia ingin wang dan kesenangan pengaruh dan kesan politik yang dimiliki sudah cukup untuk senang diri dan keluarga perlu apa dia perlu menghadapi dan melalui fitnah dan mehnah segala.Sosok ini ingin membawa rakyat mengecap hidup sepertimana yang diperjuangkannya selama ini.Hanya dengan kuasa baru dapat dilaksanakan dan baru boleh berjalan.Ingat jasa jasanya, siapa yang memperjuangkan sekolah agama yang berintegrasi terdapat pelajaran agama dan akademik.Sebab nak melaksanakan hukum fiqh dan faraid serta zakat amat memerlukan matematik.Walaupun PAS pernah memerintah bersama umno dulu tahun 70an, belum mampu dan tak ujudpun universiti Islam dan sekolah agama integrasi ini.Bila Bosnia terancam, ramai rakyat Bosnia diselamat dan mendapat kemudahan di Malaysia.Kini , bila Syria dilanda krisis siapa yang berhati mulia membantu mereka? Ialah Erdogan; membina khemah khemah pelarian untuk rakyat Syria sehinggakan ada khemah yang berhawa dingin.Siapa Erdogan dan sealiran dengan siapa? Apakah orang orang PAS yang hebat hebat itu tak boleh bacakah hal hal tersebut.Apalah sangat nak diperebutkan MB kalau karisma pengaruh dan pengurusan pemerintahan ditahap lembab.Taklah mengabihkan boreh jo.Sekian terima kasih tuan haji.
AA, it's going to be a funfair in Kajang soon. I shall be there listening to jokes from Anwar and rhetoric from Dap on keperbilangan kaum and from Umno on economic and political transformation.
Let's laugh it out bro.... bisnes pun dah tak ada, barang pun mahal..kita dengar lawak-lawak sajalah bro. Hilang perasaan susah sekejap kan?
The Sultan of Selangor has the last say on the appointment of the MB.
Not being Selangor born, can DSAI become Selangor's MB? Neither would Azmin Ali nor Dr Wan Azizah as they were both born in Singapore!
jubir you can laugh with all your heart out..that's your bloody business...jangan nak merendah-rendahkan perjuangan yang hendak di lakukan oleh PKR ini...
Hoi Lim Kit Siang......Is this a waste of Public money this by election...your silence is defening....
Mari Kita semua tolak PKR-UMNO-BN dan undi calon bebas ABU, PSM......
Kepada PKR Sabah-Sarawak....Masa ini Terbaik untuk Keluar PKR dan Masu Parti ABU Lain......Ini By-Election BODOH.....harap orang Kajang TOLAK Kebodohan PKR macam Tolak Isu Bodoh Kalimah Allah.....Siapa kata Allah boleh dikangkung dan kotakkan oleh sejenis manusia???..Bodoh!! Tolak Semua Kebodohan Ideologi UMNO dan DNA UMNO!!
Salam Tuan Aspan;
Dah lama tak jengok blog Aspan kerana saya rasa blog Aspan dah tak menyengat macam dulu.
Kesian pulak saya tengok Anwar kena tibai kiri kanan, yang lebih tibai dari kawan kawan Anwar dari Pakatan Rakyat. Dari BN, saya nampak mereka cool saje.
Anwar nak jadi MB sebab nak memajukan Selangor ? Nak selesaikan masalah Azmin dan Khalid? Nak halang UMNO ambil-alih Selangor.Karutlah. TDM cakap sebab Anwar nak jadi PM.Sebijik bom atom TDM dah gugur.
Selangor kan lombong mas dan untuk projek PM perlu satu lombong mas untuk menampong kos projek tersebut. Perlu maklum ni cubaan last kopek Anwar ni, lepas ni tak ada peluang lagi.Itu saje.
Manusia boleh merancang apa- apa tapi Allah yang akan menentukan.Nakke rakyat Selangor jadi kuda tungganggan Anwar.You deserve it, Baguslah dapat pemimpin Anugerah Tuhan kata isteri beliau, pemimpin bertaraf antarabangsa ikut cakap Azmin.
Batu Ronson
Batu Ronson, welcome back, and i really miss your comments once upon a time. You didn't come in my blog as my blog does not interest you for being 'kurang menyengat'.
Honestly I don't write to 'sengat anybody' but what I write is just for me actually. I am just writng my opinion over issue and all are originally mine.
I am not writing opinion of others. I have told quite a number of my commentators, don't expect me to write what they think. If they want to see articles that suits their opinion, they should set up blogs on their own.
I don't force anyone to read my opinion. I am just writing it my my own sake and I have nothing to leave behind as I don't have a penny for anyone.
I am leaving just opinion over matters relating to my beloved country and if there are some truth to what I forecast to happen then, just recite 'alfatihah' for me or my soul.
As far as I am concerned at this very moment,is just politics of this country.
There's nothing for me and that is my choice.
So bro, don't worry about my writing. That is just my own personal opinion, and that is why I don't cut and paste articles of others in my blog.
Thanks
Dalam komennya nazi kelawar menulis...
'Mengenang sosok Anwar, jika ia ingin wang dan kesenangan pengaruh dan kesan politik yang dimiliki sudah cukup untuk senang diri dan keluarga perlu apa dia perlu menghadapi dan melalui fitnah dan mehnah segala.Sosok ini ingin membawa rakyat mengecap hidup sepertimana yang diperjuangkannya selama ini...'
Hahaha, mamat ni mesti baru kenal Anwar Ibrahim...kerana orang yang lama kenal Anwar, dan betul-betul kenal Anwar, serta jujur pula dalam komennya tak akan menulis begitu.
Memang ada kebaikan yang Anwar lakukan, tapi keburukan yang berpunca daripada nafsu politiknya yang melampau-lampau sehingga sanggup berbohong, menipu dan berlakon hampir sepanjang masa, tak boleh dipandang mudah begitu sahaja.
Belum pernah PR membazirkan wang rakyat dalam mana-mana pru tapi kalau umno bn itu perkara biasa.Bagaimana mereka dalam kempen menjual gula 1kilo berharga rm1, adakah itu mengunakan duit kroni atau mengunakan duit rakyat untuk merealisasikan harga gula tanpa harga bersubsidi dan harga tidak seperti dipasaran.
selama ini pun rakyat jadi kuda tunggangan UMNO/BN
A'kum
Tuan AA
akal adalah anugerah Allah swt
otak juga adalah anugerah Allah swt
semua manusia ada otak , setiap seorang ada sekurang2nya 1 otak , kecualii ada kes2 tertentu ada manusia ada 2 otak [ sebenarnya bukan 2 otak , tapi otak yang berada di luar kepala , bukan pulak dinamakan berfikir di luar kotak ]
berbeza dengan akal , tak semua manusia ada akal , maksudnya akal yang sempurna
itu lah beza nya dalam satu2 manusia
beruntung lah bagi mana2 manusia yang ada otak , juga diberikan akal
berbalik dalam isu yang diketengahkah kan di atas , tidak ramai yang dapat menggunakan akal pada tahap maksimum !!!
maksudnya , yang boleh memikirkan secara tepat langkah PRK kajang ni
melainkan , sangat ramai yang mempercayai , melalui penggunaan otak milik mereka & akal yang sedikit itu , iaitu PRK Kajang ini adalah bermotifkan atau kerana jawatan MB & konflik dalaman PKR Selangor SAHAJA
ituuuuuu saja kemampuan akal mereka ini berfikir. mungkin otak mereka bersaiz kecil , dan hanya akal yang pendik sahaja yang mereka miliki
wallahhhuahllammmmmm
Malu la batu romsom.
kan untung org Kajang boleh beli gula sekilo rm1.00
Saya rasa daripada memperkudakan dan menyakitkan hati rakyat Selangor, lebih baik Anwar mengadakan Pemilihan Party sendiri untuk menyelesaikan perebutan kuasa dan wang, sebagai MB. Siapa yang dapat undi lebih, dapat jawatan MB.
Sudah lama overdue Pemilihan Party PKR ni.
Anwar akan jadi ADUN Kajang yang baik. Walau apa terjadi beliau akan sentiasa berada dekat dengan pengundi. Macam dia dah terasa nak dihantar ke PENJARA KAJANG....... HA...HA....HA...
Itulah strategi politik yg memang bukan semua ahli atau rakan akan faham apatah lagi musuh. Kalau semua faham bukan strategi namanya. Selangor negeri kaya yg memang menjadi sasaran rampasan oleh BN maka PR kena advanced secara brfikir walau dalam keadaan tenang ini lah seni politik.
ulitmayang,
Saudara tolong beritahu semua orang, saudara ini masuk dalam kumpulan mana? Kumpulan yang otak satu atau otak dua?
Salam Tuan AA
seperti Tuan AA juga lah , hanya 1 je
cuma , Tuhan menganugerahkan akal yang membolehkan baik dan burok dapat dibezakan , seperti juga cantik dan hodoh , dan dipandu oleh iman dan amal
Post a Comment