Kata orang-orang tua dahulu, yang
menjolok buah yang ranum, tidak akan mendapat apa-apa. Buah yang dijolok itu
akan jatuh dan akan disambut oleh orang lain. Itu sebabnya di dalam politik
ramai yang mengambil jalan tengah dan berdiam diri dan tidak mahu melakukan
jolokan itu.
Mereka hanya akan duduk di tepian menunggu buah yang dijolok itu jatuh dan jika ada kesempatan akan menyambutnya tanpa berbuat apa-apa. itulah cara dan kaedah Najib naik dahulu. Beliau akan galakan orang lain menjolok dan akan menyambut buah-buah yang jatuh itu. Penjolok-penjolok buah itu ada yang masuk penjara dan ada yang terbiar begitu sahaja sampai ke hari ini.
Mereka hanya akan duduk di tepian menunggu buah yang dijolok itu jatuh dan jika ada kesempatan akan menyambutnya tanpa berbuat apa-apa. itulah cara dan kaedah Najib naik dahulu. Beliau akan galakan orang lain menjolok dan akan menyambut buah-buah yang jatuh itu. Penjolok-penjolok buah itu ada yang masuk penjara dan ada yang terbiar begitu sahaja sampai ke hari ini.
PKR sedang menjolok buah yang
sedang masak ranum untuk digugurkan. Anwar sendiri sedang menjoloknya dan
terlupa yang akan menerima dan menyambut buah yang jatuh itu akan dilakukan
oleh orang lain.
Ramai dikeliling beliau akan
duduk rapat dengan beliau agar buah yang jatuh itu akan jatuh ke tangan mereka.
Khalid sudah dipersepsikan sebagai buah yang akan jatuh itu. Anwar telah
membiarkan Azmin menjolok Khalid sejak beberapa tahun dahulu dan apabila Khalid
sudah hampir jatuh maka Anwar datang membawa bakul untuk mengutip buah yang
bertaburan jatuh nanti kerana jolokan Azmin itu.
Najib dalam keadaan tertekan
sehinggakan beliau begitu terbuka untuk berbincang dengan Anwar dan Kit Siang
diatas nama kerajaan perpaduan. Saya
telah menulis sedikit dalam beberapa posting yag lepas yang selera Kit Siang
dan Anwar sebenarnya tiada bezanya.
Mereka mahu berkuasa di Putrajaya
dan itu bukannya satu kesalahan. Dalam politik semuanya boleh berlaku. Yang
nampak kuat perjuangannya rupa-rupanya selera mereka tidak ada bezanya dengan
pihak yang selalu dikritiknya. Itu pun tidak salah. Maka berlakulah babak-babak
lakonan yang licik dan kini pasarana untuk penyatuan itu diasaskan kepada
masalah dalaman yang berlaku di Selangor.
Kini Anwar akan bertanding di
kerusi DUN di Kajang dan tindakan ini telah menghasil berbagai-bagai spekulasi
politik yang agak meliar. Tidak kita sebut spekulasi yang banyak itu, kerana
spekulasi yang paling hampir kepada isu sekarang ialah Anwar boleh menjadi
Menteri Besar Selangor. Tindakan ‘check and balanace’ yang dilakukan oleh Anwar
di antara Azmin dengan Khalid selama ini sudah membuahkan hasil. Anwar akan
menjadi MB Selangor jika di terima oleh undang-undang tubuh negeri itu.
Anwar mahukan kekuatan untuk
bertemu dengan Najib yang hampir keputusan nafas politiknya. Najib telah
dispekulasikan akan bertemu dengan Anwar untuk menggubah lagu yang bertajuk
‘kerajaan perpaduan’ dan jika ini terlangsung selepas ini kita akan mendengar
lagu itu berkumandang di mana-mana.
Ini juga merupakan kes yang
menjolok tidak dapat menyambut buah yang gugur itu. Pihak Dr Mahathir telah
melakukan jolokan terhadap buah Najib. Hasilnya Mahathir sudah menjadi ‘common
enemy’ bagi kedua-dua orang pemimpin yang saling berperang di antara satu
dengan lain dahulu. Najib dan Anwar yang berseteru begitu lama, sekarang sudah
hampir untuk bersatu akan berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu pengaruh dan
orang-orang Dr Mahathir.
Anwar masih tidak lupa yang
beliau mempunyai banyak isu yang ‘outstanding’ dengan Mahathir. Begitu juga
sebaliknya Mahathir mempunyai banyak isu ‘outstanding’ dengan Anwar. Anwar ada
DAP khususnya LKS bersama beliau kerana Anwar tahu yang LKS ini juga bukan
kurang seleranya untuk bersama-sama berkuasa dan mereka telah berkompromi dan
melupakan perbezaan yang hakiki di antara mereka.
‘Formulanya tidak begitu sesuai
sekarang ini’ kata seorang yang agak berpengaruh yang telah berjumpa dengan
saya untuk minum petang semalam. Jelas si polan ini adalah orang yang rasional
dan katanya, jika PKR Selangor sudah berpecah, maka jawatan MB Selangor itu
sepatutnya diberikan kepada PAS. PAS mempunyai Dr Rani yang tidak kurang
baiknya dan jika tidak ada pemimpin yang sesuai dikalangan ADUN-ADUN nya, PAS
mempunyai Khalid Samad yang boleh turun ke Dewan Undangan Negeri untuk
menggantikan PKR yang sedang bergolak itu,
Permainan politik akan
menghasilkan berbagai-bagai plot dalam lakonan masing-masing. Di Selangor
Khalid dan Azmin sudah pasti menjadi mangsa permainan ketua-ketua parti dalam
Pakatan itu. Apa yang akan terjadi kepada Azmin dan rakan-rakan rapat dengan
beliau di Dewan Legislatif Parlimen itu tiada siapa yang boleh mengolahnya.
Azmin hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk terus bertindak menuntut
keadilan terhadap beliau atau bertindak melakukan sesuatu yang ‘unorthodox’
terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat.
Bagi Khalid yang tidak mempunyai
kemahiran bermain politik yang begitu rumit yang kadangkala zalim itu, boleh
berehat dan melakukan kerja yang beliau mahir iaitu membina ‘empire korporat
beliau’. “In actuality, Azmin will be the sole loser resulting from his
unreliable mentor in PKR” kata seorang rakan yang hampir dengan kedua-dua
pemimpin ini.
Di peringkat Persekutuan kita
akan melihat begaimana Najib dan Mahathir melakonkan plot politik
masing-masing. Pendeknya tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Kesemua mereka
ini mendahulukan perut masing-masing yang jauh kehadapan.
Mereka ini kata seorang rakan.
“they are bunch of PJK’s, which he means ‘perut jauh ke depan”.
15 comments:
PKR terlupa ke ia merupakan component minority 14 krusi jer? biar pun tersepak daripada PR, DAP+ PAS pun boleh mentadbir selangor dengam 30 krusi vs BN+PKR 26 krusi.
aku sokong AMK PAS. kurang ajar drama PKR ni... jawatan MB , top post selangor macam jer circus show dibuat diarang.
mari kita undi BN habis habis , ini kali la..
buat jelak jer PKS selangor ni, nak muntah aksi aksi trio Anwar, azmin ice cream dan khalip gagap nie.
sebagai penyelesaian, bagus Mb ni bagi PAS yg duk. trio ini bagus kekal sebagai MP ,DUN biasa jer.
jom undi BN !
Ya robbi..... Apa yg sedang berlaku ni???
Tolonnnnggggggggggg lah. Aduhai... Speechless...
Biarlah umno yg bodoh.
'The enemy of my enemy is my friend". Sounds familiar?
Sdr Aspan,
Sudah elok Khalid menerajui Selangor dengan pelbagai tindakan disenangi rakyat selama ini, kenapa timbul perbalahan ini? Adakah sifat ego, ketamakan kuasa atau apa lagi? Sewajarnya mereka besabar serta tunggu sahaja penggal ini berakhir dan sementara itu merancang apa yang perlu dan terbaik untuk dilakukan.
Maka beruntunglah rakyat kajang kerana akan mendapat bantuan segera 1kangkung sempena prk dari kempen umno bn.Kita yang diluar kawasan ini hanya mampu buat telahan masing2.
DSAI tidak tahukah yang Pas punya banyak kerusi di selangor? Politik sememangnya 'tipu muslihat' tetapi tipu muslihat yang dimainkan kali ini pada saya adalah 'keji'. Wahai DSAI, PR yang memerintah selangor sekarang ini! PR yang memerintah, bukannya BN!
Anwar stoops so low to be the MB. I thought he wants to be the PM and to replace Najib!!
Biarkan...biarkan... wish you luck DSAI
DSAI nak jadi MB Selangor? Itu sudah melampau. Saya harap spekulasi dia nak jadi MB Selangor itu tidak betul.
Rakyat Selangor apa kurangnya/ Kenapa hendak ambik orang Penang? Jadilah KM Penang. Dia orang penang, kenapa bagi kepada orang Batu Pahat jadi KM Penang.?
Asyik nak menyelesaikan masalah Anwar saja semua orang. Kalau nak ganti TS Khalid pun gantikan dengan Azmin. Baik buruknya mereka ini mereka anak jati Selangor...ada faham semua???
Seorang pemimpin yang akan bertanding dan dipilih rakyat tidak akan terbatas kepada sempadan dan wilayah kelahirannya.Berkaitan hal-hal sempadan dan wilayah, seharusnya kita berfikir tentang Persempadanan semula spr yang cuma memberi kelebihan kepada pihak yang bertanding tetapi belum tentu akan membawa kemajuan kepada rakyat dalam wilayah persempadanan semula.
Semua orang Sokong calon ABU...tumbangkan ANWAR, PKR, BN....kat Kajang...
Kita kena Pecat ANWAR dan Ideologi serta Gang songsang dia dari PKR dan Pakatan.....Ini perbuatan macam Hee Yit Fong dan Katak PKR dari Perak...Berapa itu Cina dapat $2 Million??? Bangsat betul permainan politic ini....kita perlu Parti Lain ..Sokong calon BERSIH, ABU....Tolak UMNO-BN-PKR!!
Sama-sama kita tunggu keputusan prk.Biarkan rakyat kajang tentukan siapa pilihan mereka.Kalau Dsai yang menang akan menunjukkan rakyat kajang memberi kepercayaan kepada apa-apa tindakkan strategi PR dan kalau UMNO BN kalah menunjukkan rakyat kajang menolak parti umno bn.
bumi- non malay,
Betol tuh, permainan keji politic yg buang duit + masa, tak hormat langsung pengundix2 sebelum ni, jgn lupa dp PRU 13 ramai yg balik mengundi dengan tambang sendiri, ada yg balek dr luar negeri.
tapi jgn undi calon bebas, pasal calon bebas pun anjir politic. Bagus pak Aspan yg masuk bertanding!!!
aku rase pak aspon agak bebas daripada sebarang ideology. sesuai utk menjadi MB selangor !!
horey!
ini kawasan MCA kan ? Liow berani tampil untuk bertanding? dulu tuduh Dr prono mencemarkan nama parti, sekarang bersih drpd porno.. bagus tampil bertandin. tunjuk kan component kedua terbesar dalam BN ada telor!!!
Post a Comment