06 January 2014

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah!

Isu ‘Allah’ tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undang-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang beragama dan bertuhan. Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara. Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya. Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini.

Perkelahian ini berlaku adalah  kerana politik. Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi. Puas saya mengkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa di antara mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.

Kalau boleh di kalangan UMNO Selangor memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita. Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.

Dalam isu ini bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Hanya di negara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.

Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini. PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini. Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.

Saya tidak tahu hal ini dan tidak pula siapa memberitahu saya yang matahari tahun baru itu lain rupa dan keadaannya di tempat lain. Bagi saya matahari di mana-mana pun serupa sahaja keadaannya kerana matahari yang naik di negara ini adalah matahari yang sama dan matahari itu naik dari timur dan turun di barat. Saya pun jika ada rezki pada tahun hadapan, saya juga nak lihat apa bezanya matahari di negara ini naik sama dengan matahari naik di negara lain.

Tetapi saya tidak dapatlah hendak sampai ke Australia atau Amerika untuk melihatnya. Paling jauh mungkin saya mampu untuk melihat bagaimana matahari tahun baru naik di Golok atau Hadyaai sahaja. Saya tidak tahu pulak bagaimana hendak meminta kabinet kerajaan untuk membenarkan saya menggunakan jet eksekutif mewah tetapi cukuplah dengan kemudahan keretapi tambang murah yang diberikan kepada warga emas ke Golok atau ke Haadyai itu.

Dalam isu kalimah Allah yang menjadi isu perkelahian pada hari ini, terbitnya tidak lain dan tidak bukan kerana ‘vacuum’ yang besar dan meluas di kalangan kepimpinan negara. Jika kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan dihormati isu ini tidak akan pernah timbul seperti yag kita semua alami sebelum ini. Isu ini hanya timbul apabila politik negara begitu lemah dan tidak ada tanda-tanda yang Perdana Menteri sendiri boleh menyelesaikannya.

PM Najib seolah-olah tidak memahami atau mengakui yang isu ini adalah lebih besar dari isu ekonomi dan isu-isu lain jika benar-benar hendak melihat kita mendiami negara yang maju dan ternama. Isu ini jika tidak dapat diselesaikan ia boleh membawa kehancuran kepada fabrik politik negara kita yang kita sayangi ini, tetapi pimpinan kita tidak membuat apa-apa untuk menyelesaikannya mungkin kerana tidak nampak jalan untuk penyelesaiannya. Tetapi yang pastinya ia adalah kerana kelemahan dan ketidak adanya maya kepada barisan kepimpinan kerajaan hari ini.

Muhyidin minggu lepas telah memberitahu orang ramai yang niat untuk berdemonstrasi itu adalah ‘prerogative’ mereka dari UMNO Selangor itu. Jawapan dari seorang pemimpin nombor dua Tertinggi Parti dan negara itu amat memalukan dan bagaimana beliau hendak menjadi pemimpin ‘alternative’ kepada Najib yang sedang dilambung kehidupan ‘glamour’ itu? Jawapan Muhyidin itu membenarkan pandangan banyak pihak yang beliau bukannya penyelesaian terhadap kepimpinan negara kita.

Alasan saya yang tidak ada di antara mereka dalam Majlis Tertinggi UMNO itu mampu untuk memikul tanggungjawab untuk penyelesaian isu negara pada hari ini, kerana mereka seperti yang saya sebutkan selalu adalah dari acuan yang sama.

Itu sebabnya saya selalu berkata, apa yang rakyat perlu lakukan sekarang ini ialah untuk mencari seorang yang lain untuk membina dan mewujudkan acuan yang lain supaya hasilnya, kita akan berada dalam ‘ambience’ politik yang baru dan sekali gus akan melenyapkan rasa tidak berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang ini. Sesungguhnya kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang terlalu dan amat serius yang belum pernah kita alami sejak dari dulu lagi.

Tidak ada siapa yang sanggup bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini. Isu negara sekarang isu besar dan jangan sekali-kali dibiarkan ia roboh. Saya mempunyai pendapat, mungkin pendapat ini pendapat yang ‘isolated’ tetapi saya amat yakin yang isu Allah inilah yang akan menjahanamkan politik di antara agama dan kaum serta di antara wilayah di negara ini.

Bagi saya Sabah dan Sarawak boleh membantu untuk penyelesaian keadaan ini. Sesiapa yang masih mempunyai pemikiran yang masih dingin dan jiwa yang kaya raya walaupun sebanyak mana pun usianya, boleh menyelesaikan masalah negara ini. Berjumpa dan berbincanglah untuk kebaikan ini. Kita sudah ‘conclusive’ di antara kepimpinan tertinggi UMNO hari ini tidak ada seorang pun yang mempunyai ‘cut’ untuk melakukan perubahan ini. Kelalaian parti UMNO ini adalah penyebab kenapa parti itu sudah tidak ada kepimpinan lagi.

Kita seolah-olah sudah tidak berkerajaan lagi dan segala masalah berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian. Ini amat menggerunkan kita. Masa sudah terlalu suntuk dan sesiapa yang berkedudukan dalam Dewan Legislatif negara wajar bertindak dan carilah pimpinan yang baru dan jangan terpilih pemimpin yang 'kontroversial' untuk menyelesaikannya.

Jika ini tidak dilakukan kita tunggu sahaja kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki lagi. Bersusah-susahlah dahulu dan lakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan agar kita akan bersenang-senang di kemudian hari.

Bermula lah dari sekarang secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, 'kerja beransur itu tidak bertahan'. Najib sudah hilang punca bukan sahaja dalam memimpin negara tetapi kehilangan segala-galanya dalam kehidupan beliau sendiri.

Apa hikmahnya yang akan kita perolehi dengan kepimpinan buruk sekarang ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

39 comments:

Anonymous said...

nabi melarang umatnya menganggu tempat ibadah agama lain, tidak akan pemimpin umno lebih mulia lagi dari nabi.

Anonymous said...

Politik agama dan bangsa yang diterajui umno ini sebenarnya mengharapkan umno akan berkuasa semula selepas berlaku porak peranda dalam negara.

Anonymous said...

Hentikanlah segala tuduhan berat yang berniat jahat terhadap agama dan bangsa lain.

Mael Hashim said...

Harus ingat penggunaan kalimah Allah oleh gereja adalah serampang dua mata : untuk sembahyang mereka dan untuk mengelirukan umat Islam terutamanya generasi muda dan generasi yg masih lemah iman. Kita tahu iman boleh bertambah dan berkurang. marilah tolong rakan-rakan kita yg masih lemah iman. jangan biarkan mereka dikelirukan.

Anonymous said...

Bro,

Isu UMNO adalah isu UMNO bukan isu parti lain.Sekira perwakilan UMNO sebulat suara memilih Najib sebagai ketua mereka apa mereka kisah dengan oarti pembsngkang PR.

Walau pun berbuih sdra bercakap ia tidak akan ada kesan pada kepimpinan UMNO dan BN.UBN ysng memegang kuasa bukan PR .

Isu Allah adalah dalam scope JAIS dalam kerajaan PR Selangor.Cubwlah langgar anggaran Sultan.! .PR Selangor yang tak ada telor.Kenapa Pas membisu?.Pas berjuang untuk Islam ?.Kalau psrti multiracial PKR bangang tu saya faham.PR oh PR...

bumi-non-malay said...

Disinilah masanya orang melayu tulin perlu hitung dan kaji sejak bila ada perbutan Keji, kejam UMNO ni akan tamat......Z Hamidi ingat dia terror sekarang......pandai suruh tapi tak ada kait...macam dulu Megat Junid.....tengoklah hidup Megat Junid Sekarang...berapa body guard kena bayar setiap tahun....

Yang paling perlu di bongkar dari mana orang suruhan ini dapat order mereka....siapa panggil UTK Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar ledak C4 kat Altantuya..... Siapa Panggil Jabatan Imigresen bagi Delete dari semua IT backup kemasukan Altatuya kat Malaysia....

Siapa panggil itu Officer (sekarang hidup dengan teruk keran dah tahu mereka yang interview TBH) seksa dan tolak Teoh dari bangunan....

Sekaran pulak Kita kena bagi Cam dan ingat muka orang JAIS yang berani buat tindakan Liar itu.....hidup dia akan bertukar serta merta macam itu MACC dan Kalau pembunuh Altantuya dilepaskan....mereka juga akan terima Balasan....dari Mat Kilau...

Anonymous said...

Mungkin mereka (pemimpin UMNO) hanya pandai memberi arahan atau hanya tahu mengherdik atau memberi hukuman kalau kita tidak mengikut cakap mereka. Apa yang mereka tidak tahu ialah bagaimana untuk berunding demi kepentingan semua pihak! Sebab itu banyak perkara atau krisis yang melanda tidak pernah selesai. Saya fikir Pak Aspan boleh menjual modul perundingan ini kepada PM DSN..tentu kaya raya heh!

Anonymous said...

Siapa yang Pak Aspan cadangkan untuk menganti Najib ?

Anonymous said...

Mael Hashim 6 January 2014 05:02:00 GMT+8,

"Walau dilabelkan 'aiskrim' sekalipun, kita tetap kenal 'bau & rupa' dan tidak akan menjilat najis."

Bukankah memperkuatkan iman & akidah itu tanggung jawab kita sendiri? Apa fungsi ustaz2 & mufti kalau takut kepada, dan menakut2kan, fahaman luar disebabkan tidak mengenal Allah yg sebenar?

Salah siapa kalau dah tua bangka masih hisap puting?

Salah siapa kalau org2 Islam lemah akidah? Ustaz2 atau Padri & Sami?

~ Ketakutan & kekalutan berpunca drp kelemahan & kekurangan dlm minda & jatidiri.

Anonymous said...

Isu kalimah Allah ini tidak selesai kerana masing-masing nak tunjuk champion di kalangan kelompok-kelompok mereka. Saya difahamkan, isu kalimah Allah yang dipakai oleh kristien ini tidak menjadi isu di negara-negara lain selain Malaysia. Sebagai penyelesaian, para ilmuan dari kalangan islam dan kristien peringkat antarabangsa perlu duduk semeja berbincang isu ini supaya penganut islam dan kristien tidak terkeliru tentang pemakaian istilah ini di kalangan mereka.

Anonymous said...

isu kalimah Allah boleh diselesaikan dengan baik jika islam malaysia dan kristian malaysia berbincang dengan pemimpin tertinggi bangsa Arab bagi menentukan pengunaan bahasa arab di Malaysia.Ini bahasa Arab dan hanya orang Arab yang berhak menentukan pengunaan bahasa mereka.Janganlah isu ini gantung tidak bertali sehinggakan menguntungkan agenda politik sesetengah pihak melebihi kepentingan keharmonian negara malaysia.

Anonymous said...

Sdr. Aspan,
Sebenarnya tidak perlu masuk campur atau menceroboh dalam hal urusan amalan dan kepercayaan agama lain seperti diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan dan juga ajaran islam pun ada menegahnya. Tidak cukupkah dengan penguatkuasaan akta yang melarang menyebarkan ajaran mereka kepada penganut islam? Sekiranya mengamalkan ajaran islam ditentang oleh mereka, tentulah umat islam tidak akan berdiam diri, begitu juga mereka jika diperlakukan perkara yang sama. Sebaiknya amalkan kaedah dan disiplin Nabi Muhammad saw dalam menangani masalah ini.
Ada yang menyatakan bahawa isu Allah adalah dalam scope JAIS dalam kerajaan PR Selangor, tetapi sedarkah dia bahawa mahkamah telah membuat keputusan diikuti dengan titah sultan melarang menggunakan kalimat Allah pada penganut agama bukan islam? Apa yang boleh diperbuat oleh kerajaan PR Selangor untuk membantah 2 faktor itu? Inilah perbuatan lempar batu sembunyi tangan. Perkara yang asal mulanya tidak kusut, dikusutkan oleh KDN pada peringkat awalnya. Sila rujuk http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=11258 untuk melihat kronologi itu, sebelum menuding pihak lain.
Begitu juga pihak yang khuatir umat islam menjadi keliru, tetapi malas pula untuk cuba memikirkan penganut kristian boleh juga menjadi keliru dalam isu yang sama. Sebenarnya UMNO hendak menutup ruang tauhid uluhiyyah dalam islam daripada terdedah, supaya orang melayu tidak mempertikaikan keislaman yang didoktrin ala UMNO selama ini. Sekiranya pemahaman tauhid uluhiyyah diperjelaskan dengan terpeinci secara akademik ditambah pula dengan tauhid rubbuhiyyah, UMNO langsung kehabisan isu untuk mengelirukan kaum melayu dan tumbanglah tiang seri UMNO. Sila buka dan baca http://www.malaysiawaves.net/2014/01/isu-kalimah-allah-bagi-menghalang-org.html untuk pemahaman selanjutnya dan nilaikan dengan tidak menggunakan emosi, tetapi akal yang waras.

Anonymous said...

UMNO-BN dan macai sekali jahanam manusia hipokrit. Kuasa ALLAH akan tentukan sehingga mana mereka dapat berkuasa. Tenguk nanti bila macai-macai ini dimatikan oleh ALLAH kerana bersikap zalim terhadap rakyat, merombak kezanah negara, tidak peduli dengan rugutan rakyat yang menjalani hidup kesempitan menangani kos sara hidup yang meningkat seban hari. Tidak dapat mentabir negara, sila serahkan pada yang lain. dayuslah penyokong UMNO-BN jika takut buat perubahan. Yurunkan Najib dan angkat mereka yang cerdik pandai serta amanah bukan macam AYAM.

Anonymous said...

I think DAP's high echelons are not helping to calm the situation either but stoking fire further.

For example, some idiots propose to change Selangor's state constitution, this no doubt will lead to more confrontation.

That is not the kind of leadership we expect.

Anonymous said...

kenapa negara Malaysia pimpinan parti umno bn malas belajar sejarah sendiri dan kisah kehidupan para nabi Allah ? teras kehidupan yang sempurna sekarang pun berpandukan kehidupan para nabi Allah terdahulu.Tekadkan suatu penyelesaian kekal tentang isu kalimah Allah seperti suruhanjaya cobold. Sebelum pengabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk negara Malaysia dulu, dimana pungutan suara penduduk sabah dan sarawak iaitu 33 % bersetuju, 33 % tidak bersetuju dan 33 % berkecuali terbentuk jua negara persekutuan Malaysia ini.Jika diwujudkan suatu suruhanjaya untuk membanci keputusan sebulat suara orang-orang Arab mengenai hak mengunakan bahasa mereka adakah bahasa Arab hanya untuk agama orang melayu islam sahaja atau hanya untuk bahasa perhubungan/akedemik sahaja atau untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi.

Anonymous said...

Malaysians are ever so gullible.

Whenever there is a major scandal of UMNO-BN stealing the rakyat's money, whenever the rakyat starts becoming vocal about the core problems of the country that are caused by UMNO-BN, all Najib needs to do is to play religion or race cards. And Malaysians start getting worked up about these semantics.

Which is more important to us and our families;

a. trying to put food on the table, roof over our heads, quality education for our children amidst rising prices and blatant corruption and theft by UMNO-BN?

OR

b. whether or not my neighbour calls out to "Allah" when he prays?


For being so gullible, we Malaysians deserve leaders like Najib.

Anonymous said...

amat malang sekali malaysia di perintah olih geng2 lembu berketuakan lanun!!!!!

Anonymous said...

Jangan lupa tangan yag sama yg mendesak paklah pinda undang undang beri hak mutlak pada penjenayah..sukar nak tuduh penjenayah era sekarang..tgn yg sama desak ISA dan EOmdi mansuhkan..dan tgn yg sama mencipta isu kalimat Allah..niat mek anak laga laga penganut krsitian sabah dan swk..serempang 2 mata..Ahjibgor bukan pemimpin yg sebenar ..dia menharapkan idea dari Con Suktan dan punahsihat yg x tau apa,apa..Ahjobgor suka good news ..that Good News is actually is a Very bad News for malaysia..

looes74 said...

Amending the law, not changing the constitution. Furthermore, Malaya (not even sabah & sarawak is the only region that enforce exclusivity with arabic words.

Seriously, some people think that since they are bumis, they can do whatever they want. What happen if Jais catches one Indon diplomat who happens to be a christian carrying a melayu bible that contains bible.

Ganyang malaysia time. Few shots at Sipadan & Ligitan. See these folks are extremely stupid that they didn't realise the implication of such laws

UMNO should eat the humble pie. Rescind the law. Unless you want Indonesians to storm malaysia embassy in Jakarta.

Wait a minute, that means Zahid can't visit his ancestorial home in Bogor. Mampus la......Hahaha

Anonymous said...

Mael Hashim 6 January 2014 05:02:00 GMT+8, hanya bangsa Arab yang layak dan boleh tentukan sama ada bahasa Arab iaitu 'Allah' sama ada menjadi serampang 2 mata kepada penganut agama kristian.Kalau Bangsa Arab memilih bahasanya boleh digunakan oleh mana-mana manusia tanpa mengira bangsa, politik, agama, sosial, akademik dan ideologi tanpa eklusif kepada mana-mana bangsa, sama ada untuk tujuan, agama, akademek atau perhubungan @ sosial, apa pula pendapat awak ? Kita boleh meramal apa yang berlaku kepada negara dengan kepimpinan pemimpin sekarang tetapi kita tidak boleh menyalahkan bangsa dan agama lain setiap masa.

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Asas pemerintahan untuk mentadbir negara adalah dengan pengasingan kuasa raja, eksekutif dan legislatif itu adalah baik untuk semak dan imbang. Ianya berjalan dengan baik dan kemas dari mula kemerdekaan negara sehinggalah pertengahan 1980an, dimana berlaku pemusatan kuasa kepada golongan eksekutif untuk memenuhi selera nafsu besar seorang pemimpin. Kita pernah disajikan dengan pendakwaan di mahkamah terhadap Datuk Harun Idris dan Tan Sri Mokhtar Hashim semasa masih memegang kuasa, sehingga peringkat didapati bersalah dan dihukum. Selepas itu mana-mana pemimpin yang masih memegang kuasa tidak pernahpun didakwa, walaupun ada banyak bukti melepasi gred A untuk pensabitan di mahkamah. Kes pendakwaan Anwar Ibrahim hanyalah wayang fitnah untuk membunuh kerjaya politiknya.
Sekarang nampak jelas suasana havoc yang ditimbulkan oleh pihak eksekutif ini mengenai isu penggunaan kalimat Allah, menemui jalan buntu. Nanti tak fasal-fasal pihak lain pula dijadikan kambing hitam, untuk menguraikan kekusutan buatan pihak eksekutif itu. Pemimpin-pemimpin yang sebenarnya menjadi penyebab akan terlepas begitu sahaja. Hendak didakwa tidak tergamak pula, sebab mungkin pemimpin itu rakan baik, terhutang budi, sepupu, penyimpan rahsia dll seumpamanya. Jangan kata hendak didakwa, minta kemukakan surat tunjuk sebab pun tidak akan dibuatnya. Pemimpin itu hanya perlu berdiam diri sahaja, sehingga ada kambing hitam yang tidak ada apa-apa penglibatan diawalnya, tiba-tiba muncul dengan tanduknya. Maka akan disalailah kambing itu seterusnya pemimpin tadi merasa amat lega penuh kegembiraan. Tutup buku.

looes74 said...

OMG,
What is there to have dialogue with international scholars? Solutions are simple. Separate religion from the state (That means no more national religion. Anyway, to begin with, Sabah & Sarawak started without state religion). To those goons, GROW UP!
Like I say in so many other blogs. It's very easy to create an international diplomatic incident. JAIS just have to unknowingly frisk search AN INDONESIAN carrying the bahasa melayu injil. That's it man. I guarantee that Malaysia embassy in Jakarta would be tarred with faecas. Melayu kah, rerantau bangsa kah also useless. These idiots would be deep fried.
Kindly don't do stupid things

Anonymous said...

Inilah malangnya bila yg mengaku Islam tetapi tiada penghayatan dan kefahaman terhdap anutan agama Islam ini secara jitu. Berlagak pandai tentang agama tapi sebenarnya baghal. Menunjuk2 kononnya beriman tapi sebenarnya bukan kepada Allah tetapi imanya hanyalah kpd umno & Be End, merelakan diri menjadi kuda tunggangan umno & Be End, menggadai maruah diri macam pelacur murahan.

Anonymous said...

Di mana pemimpin pas dalam isu akidah ini.Adakah pas rela akidah perlu di hancurkan dulu bersama umno baru nak bertindak selepas pakatan.mendapat kuasa.Setelah semua nya di ubah dan kekuatan dap dan bkn Islam dalam pkr bertapak kuat,perlembagaan mampu di ubah baru pas nak mengajak umat melayu bersatu dan menentang perlembagaan yang telah siap di ubah hingga kemungkinan satu peperangan kaum yang lebih dasyat bakal berlaku.Fikir lah sebelum terlambat wahai pemimpin pas dan umno.Jangan krn rasa ideologi pas atau umno lebih baik maka menggadaikan segala2nya.

Anonymous said...

Buat Anon 00:46
Mungkin anda tidak tahu, terlupa atau tidak terfikir mengenai peristiwa sejarah politik tanah air satu ketika dahulu, iaitu Operasi Lalang. Seperti yang dinyatakan dalam penyataan "Pemimpin itu hanya perlu berdiam diri sahaja, sehingga ada kambing hitam yang tidak ada apa-apa penglibatan diawalnya, tiba-tiba muncul dengan tanduknya. Maka akan disalailah kambing itu seterusnya pemimpin tadi merasa amat lega penuh kegembiraan" (19:46) di atas, itulah maksudnya. Pihak lain iaitu antara UMNO dengan satu pihak lagi (MCA/Gerakan) yang sedang bertelingkah mengenai sesuatu isu (maaf terlupa apa isu tersebut, mungkin permohonan kelulusan untuk menubuhkan sebuah universiti dinamakan Universiti Merdeka menggunakan bahasa pengantarnya Mandarin), dimana PAS mula melibatkan diri diperingkat selepas pertengahannya kononnya untuk membantu. Dalam keadaan kebuntuan, UMNO yang dalam keadaan terdesak melancarkan Operasi Lalang. Ramai pemimpin-pemimpin PAS diISAkan. Anehnya selepas itu, pertelingkahan antara dua pihak itu hilang dan senyap begitu sahaja. Saudara Aspan pasti lebih mengingati peristiwa tersebut. Perangkap yang sama mungkin sedang dipasang. UMNO adalah spesis yang tidak pernah menghargai bantuan, malah amat bertepatan dengan perumpamaan seperti melepaskan anjing tersepit. Telah beberapa kali PAS digigit dan kali ini, PAS tentu lebih maklum untuk tidak terjerat lagi.

Anonymous said...

Anon - 7 January 2014 00:46:00 GMT+8

Pandai sgt pertikai akidah pihak lain, akidah kamu apa?

Akidah kamu betul ke???
Nawaitu kamu betul ke?
Amal kamu betul ke?

Kalau tak tau senyap je..

Anonymous said...

Tuan Aspan Alias sepatutnya runsing sebelum semua perkara ini timbul.....nasi sudah menjadi bubur...tuan marahkan nyamuk dengan membakar kelambu....sekarang semua sampah sarap berlonggok didepan rumah kerana empangan sudah dipecahkan...sekarang baru tuan cadangkan kita mencuci sampah sarap tersebut? mungkin Superman saja yang terdaya melakukan...org biasa mcm kita dan tuan sendiri sekadar boleh mengeluh saja....masa dah terlambat untuk itu semua tuan aspan alias....kita mungkin senasib dengan umat abbasid terakhir yg dikalahkan oleh Halegu Khan baru-baru ini, iaitu pada tahun 1258 yang lalu..masa semakin hampir cuma selama mana kita dapat bertahan bergantung kepada berapa banyak nya orang-orang kita yang berfikiran seperti tuan...munkin sudah takdir akan ada bangsa baru dan tamadun baru di bumi malaysia menggantikan orang-orang melayu kuno sekarang ini..wallahualam...

bat8 said...

Pihak yang lebih patut m3nangani isu ini ialah Majlis Fatwa Kebangsaan. Lupakan PAS. Pendirian PAS bukan fatwa. B3gitu juga UMNO,Perkasa. Ini bukan isu politik. Ini kena faham. Bila bertanya apa pendirian PAS dalam isu ini - ini berniat politik bukan menjaga akidah.

Najib kena bertindak segera dalam isu ini untuk memanggil Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang. Hanya Najib sebagai ketua kerjaan boleh panggil. Mekanisma untuk memanggil persidangan Majlis ini telah lama wujud. Soalnya Najib nak ke tak nak je.

Harapnya jangan l3 Najib berdiam diri kerana nak meraih laba politik dah le. Kita bersangka baik yang dia takde niat macam tu, cuma jenis bawaan dia-dia ni jenis slow skit nak perihatin dan bertindak bila sesatu isu timbul. Bila dah dekat nak parah dah kecoh lama, baru le perasan tentang isu ters3but.

Anonymous said...

Undang-undang ciptaan majoriti memang mengasyikkan walaupun golongan majoriti ini sebenarnya tidak membawa apa-apa kebaikkan atau tiada apa-apa faedah pun daripada pengubalan undang-undang yang difikirkan perlu kepada puak majoriti tersebut.keadilan hanya diminta bila menjadi golongan majoriti tempat lain, tetapi minoriti ditempat yang lain.Fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Kenapa keadilan dan hak-hak kemanusiaan sangat diperlukan dalam penyelesaian berkaitan isu bangsa dan agama sesebuah negara, ianya akan menjadi panduan dan rujukan kepada suatu tindakan keadilan atau suatu bentuk penindasan golongan majoriti kepada golongan minoriti mana-mana negara dunia pada masa akan datang.

ahmadyaniDotCom said...

Orang berpendidikan agama dalam kerajaan dan mereka yang menyokong kerajaan macam seorang mufti itu bila bercakap pasal agama yang mereka 'pakar' pun selalu mengelirukan, inikan pula pak najib yang tiada pendidikan agama. Bila dia bercakap hal agama...tidak tahulah apa yang akan terjadi. Baca teks dengan sepotong dua ayat alQuran bolehlah.

Anonymous said...

Isu Allah ini tiada berkesudahan seperti sengaja di politikkan..

Seperti usaha pihak tertentu seperti kerajaan bn bersengkokol dengan pihak gereja serta segelintir pemimpin dap untuk mengumpan pas seterusnya jika pas tersilap langkah dgn bersikap radikal..maka pas akan diharapkan...

1Crony said...

As Salam Tuan,

Saya rasa pendapat Tuan Aspan sangat salah. Najib sebenarnya tidak pernah rasa kehilangan apa-apa kerana kehidupan beliau penuh kesenangan dan kemewahan semenjak dari zaman kanak-kanak apatah lagi amalan politik pengecut dan dayus beliau yang amat berjaya membawa beliau menerajui jutaan "lembu-lembu jantan dan betina" -bertudung dan bersamping merah di negara ini.

Beliau (Najib) tidak akan rasa kehilangan apa-apa pun kecuali kalau tak nampak kelibat "Rosmah", maka barulah beliau amat terasa kehilangannya. Kalau setakat 6 juta lembu-lembu jantan dan betina tua dan muda yang asyik menyumbangkan bekalan daging dan sup ekor kepada beliau selama ini, maka boleh jalan dah......

Anonymous said...

Kepada Mael Hashim,


Tolonglah jangan malukan orang melayu. Orang yang tidak beriman sentiasa salahkan orang lain.

abuamir said...

Selagi umno yg berkuasa negara ni akan hancur dan haru-biru. Tak kiralah siapa pun pemimpin negara asal ia umno memang tak boleh pakai/hancus. Tukar kerajaan yg ada ni kpd kerajaan lain lepas itu baru cerita tentang keadilan dan ketelusan.

umno dianggotai oleh mereka yg bodoh termasuklah madey kutty yg munafik.

Anonymous said...

nak bincang ngan siapa? noh gadut? patul bari? harus sani? nasharuddin mat isa? hasan jati? jamil khir? ... puak ni pun 2 X 5!!! huluq fulus, tak ingat mampus...

Anonymous said...

DAP tu dah parti kapiaq totok. memang tu la keja dia. masalahnya pemerintah mengaku Islam neh... perangai mcm abdullah ibnu ubay ibnu salul!!!

Anonymous said...

not only zahid bro... najib also cannot visit his ancestral in Sulawesi loooo...
there is no melayu bible looo. the bible is in Indon language. but i wonder why the priest give his sermon in bahasa malaysia??? bila berkomunikasi biasa guna bahasa inggeris. ada niat lain ka?

Anonymous said...

for your belief system... yes to separate the religion from the state but not for Islam. Islam is the complete guidance to mankind indeed. the problem is the existing ruler don't really understand Islam and the beautiful of it. compared to indon... so many religion there even some of them claimed to be prophet...idiot!!! indon will not rest in peace unless they really success 'ganyang malaysia'. so, stop compared malaysia to indon.