Isu-isu sentitif di Malaysia Timur
perlu diselesaikan, tetapi ia tetap terbiar sehingga hari ini. Oleh itu hanya
rakyat di kedua-dua buah negeri itu sahaja yang boleh melakukan perubahan untuk
kebaikan mereka sebagai rakyat negeri yang menjadi ahli kepada Persekutuan Malaysia itu.
Sabah dan Sarawak masih merasakan yang
kedua-dua buah negeri itu masih belum begitu terletak ditempat yang sepatutnya
sebagai keluarga Persekutuan negara kita ini.
Rakyat di Sabah dan Sarawak
mempunyai kedudukan yang lebih kuat dari mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia kerana mereka di Sabah dan Sarawak itu merupakan penyelamat kepada BN dalam
pilihanraya yang lalu dan pilihanraya sebelumnya. Rakyat Sabah berkemampuan
untuk membetulkan keadaan negara, bukan sahaja untuk mereka sendiri tetapi
untuk kebaikan rakyat seluruh Malaysia
yang termasuk Semenanjung Malaysia
itu sendiri.
Rakyat Sabah boleh menyatakan
perasaan dan pendirian mereka melalui wakil-wakil rakyat mereka di Dewan
Parlimen dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan pembelaan itu. Dalam demokrasi
adalah wajar bagi wakil-wakil rakyat mereka melakukan apa yang dikehendaki oleh
rakyat mereka sendiri.
Kini tidak boleh lagi bermain
politik partisan untuk melakukan perubahan kerana pemimpin-pemimpin setiap
parti samada dalam BN atau pembangkang mempunyai kelemahan yang begitu nyata
dan belum mempunyai semua keperluan untuk melayakkan mereka mengetuai perubahan
yang sangat-sangat diperlukan untuk kita.
Bagi pemimpin-pemimpin di Sabah
dan Sarawak mereka wajar memperkuatkan azam
mereka untuk meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya dalam negara ini bagi
mencapai keadilan yang abadi dan tidak lagi diungkit oleh mana-mana pihak
selepas kita mewarisi negara ini kepada generasi yang akan datang.
Negara kita bukan setakat memperjuangkan
kadar tol diturunkan, atau harga minyak dikurangkan atau menghapuskan PTPTN dan
sebagainya. Negara memerlukan lebih dari itu iaitu untuk merombak kembali
segala-gala keperluan untuk menempuh dan mencapai ketahap negara yang baru yang
lebih stabil dengan ‘ambience’ yang baru.
Kita bukan setakat untuk melihat
Hard Rock Cafe tidak beroperasi di Putrajaya atau untuk membuat fatwa baru
untuk kepentingan setengah pihak. Yang lebih penting dari itu ialah untuk
melihat kesatuan rakyat di antara kaum benar-benar terjalin dan bukannya
setakat berkempen mengelirukan rakyat semata-mata seperti yang dilakukan oleh
setengah pihak.
Kita tidak mahu lagi terjebak
dengan dikelirukan oleh parti pembangkang yang meletakkan ‘laurel’ nya kepada
seorang Ahli Legislatif Persekutuan Melayu untuk dijadikan dan diterima sebagai
sebuah parti berbilang kaum. Kita sudah terlalu acap diperbodohkan oleh
pimpinan seperti ini dan kali ini mereka tidak layak untuk menjadi kerajaan
kerana kekurangan ‘magnanimity’ yang secukupnya untuk melakukan perubahan
kepada kerajaan yang tidak bermoral pada hari ini.
Rakyat di Malaysia Timur sudah hidup dalam kesatuan
yang sebenarnya sejak berkurun dahulu tanpa ada masalah perhubungan di antara
kaum dan agama yang bertentangan. Mereka bersatu dan jika nak disebut juga
slogan 1Malaysia sebenarnya ia telah terlaksana dengan begitu lama di Malaysia
Timur.
Hanya mereka belum bersatu untuk
menentukan untung nasib mereka sebagai sebuah ahli kepada Persekutuan ini.
Mereka sedang diancam dengan masalah isu nama Allah di Semenanjung, kerana isu
itu mungkin suatu hari nanti akan sampai anginnya ke Malaysia Timur.
Jika mereka mahukan keadilan maka
pimpinan parti khususnya dikalangan Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan dari
Malaysia Timur perlu akur kepada kehendak semasa dan lakukan perubahan dengan
berani dan tegas, tanpa memikirkan masalah peribadi yang berkait dengan
kewangan dan harta benda.
Keadaan dan sentimen rakyat Sabah
dan Sarawak nampak jelas tidak sihat dan akan
pada bila-bila akan terkopek dan punah ranah. Sebagai sebuah negara Persekutuan
kerajaan negeri masing-masing adalah negeri-negeri yang berdaulat dan adalah
tidak wajar negeri-negeri ditekan dan ditentukan segala-galanya untuk mereka
oleh pimpinan Persekutuan.
Kita perlu ingat yang negeri-negeri
seperti Sabah dan Sarawak itu adalah negeri-negeri yang berdaulat kerana
seperti juga negeri-negeri lain dalam Malaysia kedua-dua negeri ini mempunyai
legislatif mereka sendiri. Malahan kedaulatan Persekutuan itu seperti yang
disebut oleh blog ini acapkali datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang
bernaung dibawahnya.
Dalam keadaan krisis keyakinan
kepimpinan Persekutuan hari ini pimpinan siasah di kedua-dua buah negeri perlu
memainkan peranan untuk bersama-sama melakukan perubahan sekarang ini. Kita
tidak boleh alpa lagi kerana ini negara kita, bukannya negara orang lain.
Adalah wajar bagi pimpinan semua parti di seluruh negara lebih-lebih lagi dari
Sabah dan Sarawak menjadi pendahulu dan
peneraju kearah mencapai matlamat perubahan yang sangat-sangat dinanti-nantikan
oleh rakyat sekarang ini.
Lakukan tindakan yang
‘unorthodox’ sekali dan dapatkan semua kehendak rakyat yang inginkan perubahan
yang sejati yang dinanti-nantikan ini.
14 comments:
umno bukan tidak dapat masuk negeri sarawak tetapi pemimpin sarawak tidak mahu umno bolot semua macam di malaya dan sabah.pejabat parti umno sudah ada di satok kuching.
Tuan AA,
Sebelum Sabah dan Sarawak menerajui perpaduan bangsa dalam persekutuan negara malaysia, seharusnya perjanjian 18/20 perkara hendaklah dihormati dan ditaati negara rakan dalam persekutuan malaysia.Kalau tiada perjanjian ini tidak akan wujud negara malaysia seperti sekarang, apatah lagi mahu mengharap pungutan suara suruhanjaya cobold yang keputusannya 33% setuju, 33% tidak bersetuju dan 33% berkecuali.Jika pungutan suara bangsa arab berkaitan pengunaan bahasa arab mendapat keputusan seperti suruhanjaya cobold, adakah melayu islam boleh bersetuju bahawa 'Allah' boleh digunakan semua bangsa tanpa mengira politik,ekonomi,sosial dan agama.
Negara yang mengamalkan Media yang adil dan bebas adalah sejuta kali lebih baik daripada negara yang mengamalkan undang-undang kejam seperti ISA.Tiada mana-mana pihak Negara yang mengamalkan Media yang adil dan bebas adalah sejuta kali lebih baik daripada negara yang mengamalkan undang-undang kejam seperti ISA.Tidak akan wujud mana-mana pihak Negara yang mengamalkan Media yang adil dan bebas adalah sejuta kali lebih baik daripada negara yang mengamalkan undang-undang kejam seperti ISA.Tiada mana-mana pihak Negara yang mengamalkan Media yang adil dan bebas adalah sejuta kali lebih baik daripada negara yang mengamalkan undang-undang kejam seperti ISA.Tidak akan wujud mana-mana pihak yang mencuba menangguk di air yang keruh seperti menghasut, mengelirukan dan menjadi 'batu api' kepada rakyat jika rakyat tahu dan sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.Inilah yang sangat diperlukan negara kita, tanpa mengharap Sabah, sarawak atau malaya mahu pun mengharapkan penyelesaian gantung tak bertali dari kalangan pemimpin-pemimpin yang 'kurang magnanimity' @ dari acuan yang sama.
Sdr Aspan,
Dengan mukadimah saudara iaitu, aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh pemimpin mereka sendiri, saya berbeza pendapat kerana ianya dirasakan tidak membawa sebarang erti selagi pemimpin mereka bernaung dengan jenama BN. BN yang ditunjangi UMNO akan kekal dengan gaya pemerintahan sekarang, amat sulit sekali untuk berubah seakan-akan mustahil. Paling sesuai adalah 'Aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh rakyat negeri itu sendiri'. Atau mungkin juga boleh berlaku jika, pemimpin mewakili BN di kedua-dua negeri itu sekarang mengisytihar keluar dari BN dan menubuhkan parti baru ataupun menyertai PR, asalkan tujuannya untuk menjaga kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara.
I am wondering if PBB would do the impossible by leaving BN. I know that Najib is at odds with Taib Mahmud. One thing to take note that PBB is made up of 3 parties. Parti bumiputra, Pesaka & Berjasa. Berjasa in sarawak is not the same with Berjasa in kelantan
Orang sabab dan sarawak adalah manusia paling tidak mengunakan otak mereka terutama rakyat luar bandar. Jika dikira merekalah golongan yang utama diperbodohkan, menyokong babi buta. Yang dapat hanya sekupang tetapi rugi berguni-guni selama lima tahun. Rumah usang tak terbela oleh BN, hidup kais pagi makan pagi, itu pun jika beruntung mendapatkannya. Andaikata mereka-mereka ini merobah diri dan mula memikir akan masa depan yang lebih cerah, buat lah pilihan yang menguntungkan diri sendiri hidup terbela jauh dari kerakusan penipuan setan-setan BN ini. Tenguk keliling dan ketahuilah hal hawal dunia, jangan diperbodah dengan seribu janji. Tak berdosa kita memilih selain dari BN untuk kesejestraan hidup dengan tidak terbeban oleh kos sara hidup yang tinggi hasil salah urus-takbir BN yang durjana.
anon 10 January 2014 04:31:00 GMT+8,
Jika pemimpin yang mewakili BN di Sabah Sarawak isytihar keluar BN dan tubuh parti baru, oklah.
Tapi kalau sertai PR, tak payahlah. Sekurang-kurangnya selagi ANwar Si pembohong itu jadi terajunya. Lebih teruk dari keluar mulut buaya dan masuk mulut naga!
Politik akidah bangsa dan agama adalah resepi utama yang boleh menyebabkan perpisahan Sabah & Sarawak dengan Malaya.
Salam semua,
Sebenar tdk ada yg kita boleh harapkan dari wakil2 rakyat yg telah di pilihkan rakyat, khas di kelangan wakil2 rakyat yg mmwakili kerajaan bn ? Mereka sebenar tdk mmpu mmbawa satu anjakan baru dan anjakan perubahan yg baru, yg rakyat mahukan ? Mereka cukup selesa dgn kedudukan yg ada, walau pun dgn kerajaan minoriti. Mereka tdk akan mmpu berubah, sebab mereka akn hanya terasa tergugat bila mana, status mereka dan kedudukan mereka terancam.
Saya sangat setuju dgn hujjah tun m sebelum ini, bahawa wakil yg kita ada, sekadar mmpu mnjadi wakil pngampu dan pmbodek. Mereka tdk mmpu mngunakan kuasa yg ada di tangan mereka, demi utk negara dan rakyat. Perubahan di swak dan sabah, hanya mmpu di ubah hanya dgn kuasa rakyat yg total ? Mngharapkan satu perubahan dari wakil rakyat yg ada, terlalu jauh pagang dari api. Mereka cukup selesa dgn sesuasana politik yg ada kini. Mereka cukup selesa dgn budaya, yes man, yes bos, mntaati ketua hingga melebihi , mntaati pada Illahi ? Apa pun kita sebenar di wakili oleh banyak mereka sebenar adalah jahil dan daif perkiraan . Mngenepikan hasrat dan keininginan rakyat, tdk penting bagi mereka, melain terus mnjaga kepentingan kedudukan dan perkiraan politik dan ekonomi mereka ?
salam,
perubahan hanya berlaku bila kesedaran rakyat semakin berilmu.
saya org sarawak. saya lihat bn di sarawak tidak jauh beda dgn bn di semenanjung yg dipenuhi pemimpin rasuah dan salahguna kuasa. majoriti rakyatnya pulak kurang peka politk dan hanya mengharapkan info dari media yg dikawal kerajaan bn. bila tanah mereka dirampas barulah mereka sedar sebenarnya kerajaan yg diharapkan menjaga kepentingan mereka sebenarnya adalah lanun.
Rakyat Sabah jelas menerima BN dengan amat baik sekali berbanding parti yang lemah PR.Ini terbukti dengan semua keputusan pilihanraya yang lalu.Sabah dan Sarawak makmur dalam Malaysia bersama dibawah BN .Nah lihat sahaja lah kemajuan yang mereka kecapi sekarang berbanding dulu.Sabah dan Sarawak yang unik dari segi perpaduan kaum..
Hahahaha, okie, I heard that's what Harris Salleh said before. In fact, Mustapha said that when he lost to Harris Salleh's Berjaya party. Come to think of it, I am kinda proud of the sabahans from 1960s - 1994. Since then sabahans have gone downhill. Do you know why? Because project IC is working
All the things need to know about sabah
http://journalarticle.ukm.my/420/1/1.pdf
Sabah masih belum mampu jadi negeri pembangkang, rakyat sabah masih perlukan segala pembangunan yang disumbangkan oleh pemerintah negara.
Post a Comment