12 January 2014

Seruan asingkan akaun hasil judi oleh Ahli Parlimen DAP mengaibkan Islam

Beberapa hari yang lepas kedengaran seorang Ahli Parlimen, kalau tidak silap saya, namanya Anthony Loke dari DAP meminta agar kerajaan mengasingkan akaun kerajaan dari hasil judi jika ramai rakyat yang tidak setuju dengan judi dan menganggapnya haram. Saya amat terkejut membaca kenyataan ahli parlimen itu dan ini amat mendukacitakan banyak pihak khususnya penyokong-penyokong parti politik seperti PAS dan UMNO sendiri.

Dalam pada rakyat berjuang untuk pembaharuan sebagai sebuah negara yang tidak bergiat dengan kegiatan ini ada pula pemimpin sebuah parti yang bersekutu dengan PAS membuat seruan yang bertentangan sekali dengan perjuangan PAS. PAS selama ini telah memperjuangkan nilai-nilai Islam dan telah mengkritik UMNO kerana meluluskan lesen berbagai-bagai jenis perjudian, dan itu adalah salah satu sebab utama kenapa orang Melayu berpindah menyokong PAS.

Tetapi PAS yang menunjangi perjuangan menentang UMNO itu telah bersama sebuah parti yang bersetuju perjudian itu diteruskan dan mengasingkan akaun kerajaan yang menerima hasil dari cukai judi itu. Saya khuatir jika perjuangan PAS, sebuah parti yang terbaik dikalangan yang ada dinegara ini tercemar lagi setelah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu terjejas dengan isu ALLAH yang dimainkan oleh DAP.

Rakyat ramai dikampung-kampung dan desa yang menyokong PAS terpaksa berada dalam kedudukan defensif dalam pilihanraya lalu. PAS akhirnya tidak dapat penambahan kerusi malahan telah hilang satu kerusi dari 21 yang diperolehinya dalam pilihanraya 2008. UMNO telah memainkan isu itu dengan menuduh PAS sebagai parti yang tercemar kerana bersekutu dengan parti yang tidak menghormati umat Islam.

Akhirnya DAP mendapat penambahan kerusi dan pada hakikatnya UMNO lah yang menambahkan kerusi DAP ‘at the expense of PAS’. Di sini DAP patut berterima kasih kepada UMNO kerana isu yang UMNO mainkan terhadap PAS itu memberikan kelebihan kepada DAP dalam pilihanraya yang lalu. UMNO dan DAP sama-sama mendapat tambahan kerusi.

Kalau kita lihat dan melawat kawasan di luar-luar bandar semasa pilihanraya dahulu, BN dan UMNO telah memainkan isu ALLAH yang di sebut oleh Setiausaha Agung DAP semasa ucapan Hari Krismas beliau pada tahun 2012 dahulu. Saya sendiri melihat PAS yang saya bantu semasa ceramah keseluruh negara, tidak dapat menjawab isu yang dimainkan terhadap PAS oleh BN di bawah-bawah sana.

Ramai yang berbisik kepada saya selagi isu yang disebut oleh DAP dalam ucapan hari natal itu tidak dapat diselesaikan biarlah mereka bersama dengan BN lagi. “Yang baru belum tentu ada kebaikannya” kata ramai yang menemui saya. Saya telah menyebut isu ini beberapa kali yang PAS sebagai parti harapan umat Islam benar-benar tercalar dan menjadi korban rakan dalam ‘coalition’ nya sendiri.

Akhirnya UMNO dapat menambah 9 kerusi dan DAP berjaya menambah 10 kerusi di Dewan Parlimen sedangkan PAS terpaksa menerima kehilangan satu kerusi. Saya telah menghabiskan masa dan waktu bersama program PAS sebulan sebelum pembubaran Parlimen dan saya amat sedih melihat unit amal PAS yang bertungkus lumus dengan jujur dengan komitmen yang tinggi hanya memberikan keuntungan kepada DAP tetapi tidak memberikan keuntungan kepada PAS sendiri.

Jelas oleh kerana terlalu ‘obsessed’ dengan cita-cita hendak ke Putrajaya DAP, parti itu tidak pun mempunyai hati untuk selari serta sehayun dan selenggang dengan parti rakan kongsinya dan membiarkan rakan kongsi terkial-kial dengan masalah dan isu yang disemarakkan oleh DAP sendiri.

Hanya saya berharap PAS tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua kali apabila sampai pilihanraya ke15 nanti. Sekarang PAS sedang dipinggir lubang yang kedua, iaitu isu perjudian dengan DAP. Kalau boleh janganlah jatuh pula kedalam lubang kedua yang digali oleh DAP ini kerana ia akan mengecewakan orang ramai yang telah begitu sengsara dengan gelagat UMNO selama ini.

Lubang yang kedua ini lebih dalam dari lubang yang pertama dahulu. Lubang yang pertama dahulu masih belum terkambus dan sekarang terjumpa pula lubang yang kedua. Saya berharap sangat agar PAS tidak lagi terbeban dengan isu yang ditimbulkan oleh rakan sendiri. Berhadapan musuh yang nyata dihadapan lebih mudah di selesaikan dari mengendalikan musuh dalam kabilah atau selimut kita sendiri.

Saya yakin ramai di dalam PAS dan UMNO sendiri tidak bersetuju dengan kerajaan UMNO meluluskan berpuluh lesen perjudian akhir-akhir ini. Tetapi tidak mungkin perjudian menjadi isu langsung kepada DAP kerana DAP itu dianggotai oleh mereka yang bukan beragama Islam kecuali beberapa kerat yang Islam didalamnya. Itu bukan salah DAP juga.

Satu hakikat yang nyata hari ini arus perkembangan Islam sedang bertiup diseluruh dunia termasuk di negara kita. Ia juga bertiup dalam UMNO walaupun pimpinannya tidak mempedulikan isu ini. Bukan sedikit jumlah ahli-ahli UMNO sendiri yang menentang kewujudan tempat-tempat perjudian ini.

Itu sebabnya saya tidak mempunyai rasa minat untuk menentang bertemuan dan perbincangan di antara UMNO dengan PAS dan selesaikan masalah-masalah yang berhubung kait dengan agama dan hal-hal yang lain yang lain yang berhubung dengan negara kita. Jika ia berlaku PAS tidak akan kedengaran lagi ayat-ayat seperti “over my dead body’ dan sebagainya dalam bercakap hal agama Islam ini. Itu semua mengganggu perjuangan parti ini.

Yang pentingnya dengan pemimpin mana PAS boleh berunding dengan UMNO itu. Jika terjumpa orangnya mungkin usaha PAS untuk menghalang kegiatan judi di negara ini dapat di selesaikan.

Seriously, PAS needs a new life partner to move on.

35 comments:

ahmadyaniDotCom said...

Pas patut bergerak sendiri. Usah peduli dengan PR. Kuatkan dakwah dan kuatkan perniagaan.

Hasil perniagaan boleh digunakan untuk letak ramai calon tanpa terikat dengan kuota calon PR. Bila menang tapi tidak cukup kerusi untuk tubuh kerajaan baharulah berpakat dengan mana-mana parti yang patut.

Bila tidak menang, masih ada 'laba' dari dakwah. Jangan ingat 'laba' itu dengan memerintah sahaja. Bila Allah masih tidak beri kemenangan, tentulah ada sebabNYA.

Sudah banyak kali Dap 'kencing' merata-rata, tapi yang aneh bin ajaibnya, Pas masih 'setia' dan sabar membersihkannya. Yang menjadi mangsa ialah ahli Pas yang berada di bawah.

razif said...


Spot on bro AA

Anonymous said...

Kerja kuat Pas kerana Allah dan RasulNya...

5sal said...

Assalam pak aspan!Ada gak rakyat yang ketinggalan bas-11:35 cian ahmad parit yani.Lu kena kencing ngan ubn lu tak tau.Baca tajuk tu betul2.

looes74 said...

Ahmad,
I believe that PAS needs to work out its own path just like DAP needs to work out its own path. But in what direction PAS is going. It seems to me that whenever PAS wanna go on its own, it always goes back to its extremist way. That means being a kampung party. I am not bullshiting. I am merely stating facts. And that is what UMNO wants. This has always been UMNO dream to split up opposition so that UMNO can rule in its perpetuaty & melayus such as you are slaves to UMNO. Think about it. You say put in candidates without quota. Dome that. Not successful.
Wanna talk facts. BN was formed by bringing in PAS into the fold. When they are being USED, they are shitted. UMNO has been raping PAS over & over & over again. PAS lost kelantan when Nasir was supported by UMNO to sink PAS. PAS was sunk by UMNO in Terengganu 1959 through defections. PAS was sunk in Terengganu through strangling of funds in 2004. PAS has done a very great deal of sinking itself. The latest one is PAS Kedah where PAS split into 2.

Ahmad,
There you have it.....PAS

seorang akyat said...

Salam Pak Aspan,

As Pak Aspan said it's pretty difficult for PAS to explain 'ALLAH' issue to kampung folks, I agree with that..PAS indecisiveness about this issue had put PAS in a quagmire and it had given UMNO a leverage during the last GE. Sometimes I wonder how insensitive the DAP leadership when it comes to matters pertaining to the Malay or Muslim interests. It's not about right or wrong for non-muslims to use the kalimah Allah, but it was a total political blunder by DAP in the run up to the election.

How could possibly PAS explain that in order to win hearts and minds of the malay voters when the issue was played up intelligently by UMNO organs.

Probably DAP leaders should understand the malay psyche especially those who live in kampungs. That shows one thing, how 'ultra kiasu' DAP is, even DAP tries very hard to portray that the party is multiracial. The big thing is perception, so long as the malays perceive DAP bearing 'ultra chinese outlook' that will not auger well to them. So long as DAP leaders don their 'superiority complex' mentality' that they are better and smarter than the rest, forget about winning the malay support, by and large.

If we want to count the statements made by DAP that hurt PAS hard and the malays in general, I think there are too many. Yeah it's true the statement would please the chinese, but it is not a right strategy if PR wants to win big in election, and this would cause PAS dearly as a partner in PR. Just face the reality, look at the voting pattern and trend in the last GE which I am sure Pak Aspan knows better, even UMNO only garnered 47 popular vote.

Trust me, the majority of malays just don't care about GST, the price hike, subsidies cut, toll rise and whatnot, when it comes to voting, despite they are not happy with those. It looks like UMNO will have an easy cruise again if DAP doesn't understand the word Moderation.

looes74 said...

Aspan,
We need to understand why Anthony Loke make such statement. It's in response to the insinuation by UMNO that penang wang ehsan given by the state government under LGE to the public especially the muslims poor come from gambling tax. This is one clear example of the insinuation made by pro UMNO blogger (whose party UMNO was responsible in sinking PAS all the time)

http://penang4penangites.blogspot.com/2010/09/gempar-wang-ehsan-100-warga-mas-makan.html

Aspan,
UMNO Penang has been carried out on the campaign of convincing some melayu folks to give up wang ehsan back to Penang state government based on this insinuation.
I understand that PAS motive of promoting Islamic values. One must understand in a multi racial & multi religious society, no single religion can't hold supreme control. That's what your beloved Tunku Abdul Rahman had fought for. Since certain quarters said that muslims can't accept funds from gambling taxes, fine. Separate it. (Take note I am just trying to rationalise what Anthony Loke is proposing & I don't really agree with him).
I disagree with you that PAS has always been in the defensive mode. Lets look at the issues before :

http://says.com/my/news/unisex-hair-salons-in-kelantan-ban-or-no-ban

Aspan,
This is just one of the MANY issues that in fact it's DAP has been on defensive mode defending PAS.

"Recently, a Chinese female hairdresser in the state was SUED for cutting the hair of NON MUSLIM men"

"The decision to postpone enforcement of licensing shows insincerity on the part of the Kelantan government when it comes to policies that discriminate the people, especially non-Muslims."

See Aspan, who is the liability now? Even some PAS member admitted such tap dancing is hurting PR & PAS

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-fears-pas-puritans-putting-non-muslim-vote-at-risk/

So how did PAS lose the kedah election?

http://beta.malaysiakini.com/news/247461

http://dinmerican.wordpress.com/2012/03/08/pas-kedah-in-shambles/

It is easy to preach than do. That is why the current Menteri Besar is more a preacher than a decision maker entrusted with the responsibility to govern Kedah. He is more interested in staying in office despite his ill heath than in getting things done.

"On looking back, PAS should have chosen someone like Dato Amiruddin Hamzah to be the Menteri Besar. I guess it is not too late for PAS to remove Ustaz Azizan as Head of PAS Kedah. I am told that he has been sidelining his rivals by playing around with the list of candidates for state seats in Kedah.–Din Merican"

Wan said...


looes 74,

DAP is no better than any extreme party but always talk big as multiracial party which is not at all true. DAP is entirely a chinese party and rests its laurel on one Malay MP from Raub to falsely reflect its multiracialism.
In fact the party is not even a chines party. Its' a party for LKS and family.
Anyway it's you right to argue the way you like.

What is certain, PAS has been the victim of DAP's so called master strategist in deceiving the people.

Anonymous said...

Kenyataan DAP ini tiada kena mengena dengan PAS atau PKR tapi berkaitan dengan tuduhan blogger umno dan pemuda umno pp bahawa wang ehsan kerajaan PR pulau pinang hasil daripada cukai judi.

Anonymous said...

cuba laksana kat selangor dulu idea tony ni. duit kutipan cukai judi, arak, rumah urut, disco asing buat satu account khas utk byr gaji, elaun, semua MP adun PAS dan PKR. Jadi bolehlah mereka melestarikan cita2 mereka utk naik gaji sampai 300% pun takpe. pemimpin PAS tak kisah punya benda ni. Setuju tak PAS dan para penyokong sekalian?
daripada duk mengutuk mencaci org lain. baik diorang buat apa yg baik utk diri mereka dan rakyat. Makan gaji dan claim menegak dan membela Islam guna duit hasil cukai arak, judi, zina. Apa maksud jgn haramkan yg halal, dan jgn pulak jgn halalkan yg haram?

mustapha. P tikus said...


Umno P Pinang dan blogger Umno yg membuat isu tentang halal haram wang bantuan kepada orng Islam itu sememangnya bodoh.

Kenapa Dap menjawabnya dengan cara bodoh? Kalau gitu apa bezanya Dap dgn Umno tu eh?

mo said...

salam,

Pas adalah sebuah parti yg cukup mantab dan kuat masa ini. Pas telah banyak mmberikan satu, keyakinan pada melayu dan bngsa bngsa lain dlm merialisasi kan satu bentuk perubahan dan pmbaharuan di mssia.

Pas tdk akan mati oleh sebab kurang nya 1 kerusi. Bahkan pas pernah tersungkur lebih dahsat sebelum ini. Dgn kebngkitan dan kekuatan baru, pas kembali mnjadi pesaing utama pada UMNO .

PR sebenar telah banyak mmberikan mnfaat pada seluruh ANK MSIA. PR telah bayak mmbawa satu perubahan dlm landskap politik tanah air. Sangat jelas PR telah mnjadikan bn umno tdk mncampai kemangan 3/4 . Dan kini setakat mnjadi kerajaan yg menang kerusi dan mnjadi kerajaan minoriti. PR telah banyak mmbuat pendedahan ketidakan ketelusan dlm kerajaan bn umno. Di mana rakyat telah mmbuat penilaian yg cukup baik dlm mmbuat perkiraan dlm pru yg lalu. Jelas rakyat yg di banda yg terdedah dgn dunia cyber..telah terbukti berubah. Kini jelas bn umno, setakat hidup dgn dokongan rakyat yg tdk terdedah dgn media bary cyber . Ia itu di desa dan perkampungan .


Secara rasional, elok kita berikan sedikit ruang dan kemenangan pada PR dlm merialisasikan agenda baru dan perubahan , yg sangat jelas dlm misi perjuangan PR. Di mana kita sebagai rakyat yg bijak dan tdk terlalu taksub dlm mmbuat dokongan pada mana2 parti. Biarlah kita mmbuat satu perubahan pada negara msia .

BN UMNO, jelas banyak mmberikan kebaikan pada rakyat juga. Naman tdk mnjadi salah pada rakyat, mahukan satu bentuk yg lebih baik, telus dan adil dlm mmperkasakan rakyat msia. Kita tdk sepatut bergantung penuh dgn kerajaan bn umno yg jelas telah gagal mmperkasakan ank melayu dan bumi dan bangsa msia. Mereka masih dgn agenda lama, aganda melayu, ketuanan melayu, hingga ke saat ini bn umno tdk mmbuktikan agenda ini . Yg jelas melayu dan bumi lain terus merana dan tdk terbela di desa dan perkampungan yg jauh.

iklas mo dol.
salam perubahan .

looes74 said...

Mustapha,
Like I say, I don't agree with Anthony Loke. Hence, it's time for the malays to stand up & change the perception. The fact is that progressive malays must join DAP to counter the growing ulamaism in PAS. Hence, I disagree with Aspan Alias over PAS being defensive. It's DAP being defensive of PAS's actions. Of course, there are progressive PAS MPs but as of now, the leadership is splited evenly between professional & ulamak PAS

ahmadyaniDotCom said...

Terima kasih memberi perhatian pada komen saya. Mungkin perkataan kasar 'kencing' dan 'setia' itu yang mengusik rasa. Sebab itu saya letak tanda ('') pada perkataan itu. Ada perbezaan besar kencing yang tiada tanda dengan 'kencing' yang ada tanda (''). Tidak perlulah diajar perbezaan itu.

5 PRU lepas saya tidak pernah memangkah umno, sebab itu saya ketawa bila dikata 'hamba' umno.

Saya memegang prinsip PAS patut bergerak sendiri. Pas parti yang kuat. PAS boleh bergerak sebagai parti politik, sebagai badan dakwah dan sebagai entiti perniagaan. PAS tidak perlukan PKR dan DAP. PAS juga tidak perlukan umno.

Apakah Pas bergantung pada PKR dan DAP semasa menawan Terangganu dahulu?

Tajuk artikel Pak Aspan ini menunjukkan yang DAP tidak menghormati rakan-rakannya. Mereka bercakap dan berbuat dulu. Bila ada masalah baharu nak berbincang dengan rakan-rakan. Adakah itu sikap rakan yang sejati!

Baron said...


looes 74,

You don't see the reality in Dap boss. In actuality Dap is just making use of Pas as they need Malays support at the grassroots. For Malays to be together leading the party, is a fallacy. They don't like progressive Malays. They like people like Prof Ariffin Omar who just nod his heads and say nothing. Dap needs Ariffin as a window dresser, just that.

Thanks, looes 74. It's not only you who has the grey matter to think. Other too have it.

Anonymous said...


Baron, you said it spot on. That Professor you mention used to teach me. He is good in teaching but regret he is the toy of that chauvinistic party. He's the tool of an ambitious family group over there in Dap.

looes74 said...

Ahmad,
Ok, I got to apologise for such remark. Let me rephrase my statement. This is always part of UMNO of splitting the present Pakatan Rakyat so as for UMNO to rule in perpetuity in which melayu ^ non melayu would be slave forever & ever. Like I say before, PAS can go on its own. But in what form. Plus PAS has done that & yet being unsuccessful in PAS's attempt simply because of PAS itself. I am sorry to say that present PAS constitution is very much against what has transpired in the original malaysia constitution. Why UMNO with majority melayu supporting it in the past refused to implement Hudud?
As for Terengganu, PAS had only 2 chances of running the state government. I dare to say that if PAS didn't ride on the popularity of Onn Jaafar (1959 GE) & Anwar Ibrahim (1999(, PAS will NEVER make inroad into Terengganu. Again these are undeniable facts.
I understand that Aspan may have felt it that way when Anthony Loke made those statement about segregating the sin taxe. BUT THEN AGAIN THIS IS WHAT PAS WANTS IN THE FIRST PLACE.
Hence, my comment to mustapha is for progressive malays to join DAP in droves so as to change the perception of why sych revenue is amoral in nature in the eyes of Islam.
I hope that should be much clearer to you

selvam said...


For all debaters especially looes 74,

There's no need to quarrel over the debated issue. Dap will be an opposition forever as that party has strong traits as an opposition.

That's it.

looes74 said...

Baron,
You see people tend to see from their perspective. But what about the perspective from others about PAS. Malay unity. UNDER WHAT? UMNO again? WHO CHEATED PAS OF KELANTAN STATE GOVERNMENT IN 1977? UMNO. It's UMNO who enticed 2 PAS members to defect from terengganu state government in 1959. It's UMNO that strangled PAS finances in Terengganu in 1999 till the entire terengganu melayus threw Hadi Awang's team out of Terengganu. Hadi Awang was mampus in Terengganu because of UMNO.
Lest you are an UMNOites, know who are your real enemy. Who kill Ibrahim Libya in Kedah? UMNO. All UMNO are melayus. Talk what about being united with UMNO. Get my drift

ramon wong said...


Bye Dap, I m back to Mca.

looes74 said...

http://ktemoc.blogspot.com/2013/01/pas-from-progressive-to-pythonic.html

This is a very good link to read.

http://beta.malaysiakini.com/news/230498

The comments of many Malaysians about PAS performance. Why PAS fail? Because of PAS itself.

This is another very interesting commentary about PAS

http://ktemoc.blogspot.com.au/2012/11/the-python-hanging-around-ceiling-fan.html

What did Harun Taib about Hudud when it's not part of Pakatan deal? Aspan, see who is on the defensive mode every time PAS opens its mouth

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/12/hudud-if-pas-wins-more-seats-than-allies/

ex Dap said...


Dap hasn't hold power in the Federal. It is big risk to allow this party to be Putrajaya at any time.

The party will snatch everything if it gets the chance. You know, the are still with its migrant mentality.

Pretentious about being multiracial does not carry the party anywhere near to Putrajaya.

I am no expert in politics, but Baron has said it well. There is no place for 'dictator' like LKS and LGE and few others in this party.

Dap is hiding sharp hidden claws. Beware bros and sisters.

looes74 said...

Ex DAP,
So UMNO & MCA are the best. Case close.

Ramon,
Good luck to you. My mum's grand uncle was the first governor of malacca. Tell me which party my mum's grand uncle with. Hahahaha!

Selvam,
Read this. Me, I always hantam my matey, kaytee but certain things he wrote are facts. Have fun!

http://ktemoc.blogspot.com/2012/06/hindraf-in-slipstream-of-its-own.html



L.C.T JB said...


Reality is, Dap trusts only the Chinese...Chinese who feel good with LKS and LGE and gang. A member of Dap must be prpard to be dictated by this family bro. Now we in JB is feeling the painful time with this family. It's a family affair guys. Trust me.

Anonymous said...

Assalam & salam sejahtera.

Jelas nampak kepentingan politik parti masing dalam PR sebelum dan selepas PRU13. Kepentingan rakyat mula tertinggal dibelakang. DAP take for granted sebab sokongan kaum cina sangat kepada mereka. Perkara sama berlaku bila umno terlalu berkuasa. Harap ada perubahan politik semasa PRU14, perubahan akan berlaku bukan kerana PR berada pada pihak yang selalu benar tetapi kerana rakyat muak dengan politik BN dan muak dengan cara BN menangani permasalahan rakyat.

Aspan Alias said...


Baron, Selvam and all,

Pencerahan saudara berbahas dengan looes 74 amat menarik. jangan sampai bercakap kotor dan menggunakan bahasa kotor sudah lah. You all are indeed perfect gentlemen and respect each other's view with respect.

that is the spirit.

hidzir ibrahim, JB said...


Percayalah tuan tuan dan puan puan,

Dap party bagus, tapi hanya sebagai pembangkang. Kalau nak jadi kerajaan, susah sikit pasal dia utamakan kaum Cina saja. Mereka ada hak untuk mengutamakan sesiapa, tetapi duduklah ditempat yang selayaknya bagi mereka. jangan gaduh-gaduh ye? yang layak jadi kerajaan, jadilah kerajaan. Yang bagus jadi pembangkang teruskan jadi pembangkang. Negara ni demokrasi kan?

Anonymous said...

Saya merupakan ahli PAS dan bersetuju dengan beberapa saranan yang di tulis oleh sebahagian commentetor bahawa PAS perlu bergerak sendiri. Walau pun pada zahir nya DAP dan PKR merupakan rakan kongsi yang boleh di harap kan. Tapi tau kah kita bahawa di dalam DAP dan PKR terdapat ahli ahli yang bermuka muka.

Anonymous said...

Beza pr dengan umno ialah pr menghadapi masaalah persepsi rakyat, bagaimana penerimaan rakyat kepada gabungan ini manakala umno pula menghadapi masaalah realiti, bagaimana penerimaan rakyat terhadap masaalah-masaalah yang berlaku disebabkan umno.

looes74 said...

Hidzir,
That's what folks such as Anthony Loke trying to do. DAP realises that it can't rule without the malay support. Hence eventually they would have to tally with malay aspiration. I am not trying to speculate what's going on between Anthony & Aspan (Sad thing actually) but Anthony has made many overtures towards the malay muslim communities. It's up to people like you to see whether it's acceptable or not.
Look through the political history in Negeri Sembilan. At one point in time, there were many malays contested under DAP ticket. I still feel that DAP would become the mainstream in Malaysia politics otherwise why UMNO is taking so much effort in destroying DAP.
Look at the facts below :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Negeri_Sembilan

Pilihan raya 1969

Keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 memeranjatkan dan di luar dugaan sama sekali. Tiga calon UMNO Negeri Sembilan tewas kepada calon DAP dan dua daripada calon DAP itu bukan Melayu. Dua calon veteran UMNO menang dengan majoriti tipis kepada calon bukan Melayu yang diletakkan oleh DAP.Calon UMNO kalah di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu. Tiga calon UMNO yang kalah ialah Abdul Rashid Muhammad kalah kepada calon bukan Melayu iaitu Dr A Soorian di DUN Linggi. Abdul Samad Said tewas kepada calon DAP, Haji Hassan Haji Ahmad di Si Rusa . Sulaiman Jaalam tewas kepada calon DAP, Lee Geok Shean di Pasir Panjang.
Dua veteran UMNO menang majoriti tipis iaitu Muhd Idris Matsil di kawasan Pilah dengan majoriti 6 undi sahaja. Zainal Abidin Lati menang tipis di Lenggeng dengan majoriti 45 undi.Calon-calon DAP yang kalah cuma 300 undi sahaja.
Kawasan parlimen Port Dickson (sekarang Teluk Kemang) , Perikatan kalah teruk kepada DAP kerana tindakan penyokong-penyokong Dr Muhd Said membantu kempen calon-calon pembangkang. Dr Muhd Said telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan secara tiba-tiba dengan alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell Port Dickson dibawa masuk bertanding.
Daud Haji Ahmad bekas pemimpin SF (Sosialis Front) yang menyertai DAP bertanding semula di DUN Kuala Klawang melawan calon MCA , Lim Kim Kee, hanya kalah dengan majoriti lebih 200 undi sahaja.
Haji Muhd Shariff Harun bekas pemimpin UDP bertanding semula di DUN Rantau atas tiket DAP. Dia kalah tidak sampai 150 undi kepada calon MIC.
DAP meletakkan 16 calon di Negeri Sembilan dan memenangi 8 kawasan. MCA kalah menghadapi krisis kepimpinan. Chin See Yin menubuhkan parti baru iaitu UMCO (United Malaysia Chinese Organisation) dan bertanding di mana sahaja DAP meletakkan calon. UMCO dituduh ditaja oleh MCA bagi menghadapi DAP dengan memainkan sentimen kaum Cina tetapi ternyata UMCO tidak berjaya. Malah presidennya , Chin See Yin kalah dan hilang wang pertaruhan di parlimen Seremban Timur.UMCO hanya bertanding di Negeri Sembilan sahaja dan semua calonnya mendapat tidak lebih 500 undi.
Tunku Abdul Rahman turun berkempen di Kuala Pilah pada 15 April 1969. Beliau mengingatkan bahawa Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diungkit-ungkit.

Hidzir,
See the fear of UMNO.

Hidzir port dickson said...

looes74,
Saya gembira mendapat reaksi dari sdr. Saya tidak kisah dengan siapa yang memerintah. Maksud saya, Dap tidak serius dan tidak sanggup untuk menghilangkan rupanya sebagai parti Cina. Tak menngapalah itu. BUT don't preach if you are not able fulfill what they promise.
Right now it is a painful effort to get back the Malays who used to support Dap in last ge.
Mungkin Dap yakin mereka dapat sokongan kaumnya sahaja sepanjang masa.

Bagus Dap ni. Mereka cepat-cepat menunjukan mereka itu siapa. Itu pun tak mengapa. Oleh itu buatlah apa-apa sekali pun, orang Melayu tahu hakikat sebenarnya.

Honestly almost 100 of my family members turned coat at the eleventh hr during last ge and BN again became the recipent in Amapangan and Paroi.

Well, looes 74, that's political reality in this country. Salahkan diri sendiri termasuk diri saya. Jangan salahkan orang lain. T kasih looes 74. I rst my case.

looes74 said...

Hidzir,
Perception, my dear Watson! Think of it logically, DAP would be willing to rid of the perception that it's overtly chinese. Otherwise, it's a political suicide.
However, there are some elements of truth on what you are saying. I believe DAP on the other hand has been very slow in changing peoples' mindset through a much less non muslim activities. The analogy I am using would be like cooking. Too high the temperature would result in the food overtly cooked but internally remain not cooked.

Hidzir,
Of course, I wouldn't wanna use this as an excuse & I agree that more works need to be done in this aspect.
However, history has told us that many malaysians especially malays believe in social democratic principal which is the core values of DAP. I dare to say that Islam itself is socialist in nature. In fact all abrahamic religions are socialist.
It's up to all Malaysians to open eyes to the truth. The fact that why I believe in secularism is because it's a neutral platform where we see ourselves as malaysians. Anyway, nowadays the term bumiputra is kinda diluted with so many instant citizens. Sabah is one good example

Sempoi said...

Poodah bro Anon11.45,

1.kerja kuat parti politik Pas untuk ke Putrajaya lah ngok.Kalau betul kerana ALLAHdan Rasul kenapa sekongkol dengan DAP dan Parti multiracial PKR hampehh ?.Berapa puluh mrsjid kerajaan Pas telah bina ?.Kerajaan UMBO/BN telah membina beratus mesjid.Pas hanyalah parti politik bafi mamat saperti Mat Sabu dan erdogan/Anwarinas.Ulamak ramai yang kalah.Harun Din pun kalah.Apa nak jadilah dengan Pas.Hilang punca.Wallahwuallam.

Anonymous said...

Looes 74,

At the end of the day as I have always maintained all along DAP and Pas are at two extremes,at both left and right ends.There is no way marriage of convenience like in the PR coalition now will ever work.DAP is lucky this time but not next time bro.

Who wants to be with the opposition all the time.DAP is one, always an the opposition.Isn't chavanistic Lim Kit Siang has been an opposition all his political life.I think this is what DAP is good at.You should be like your idol Hishamudin Raisa, a SOCIALIST. Ha..ha .

The idiotic man

Anonymous said...

setahu saya duit hasil judi dll mmg patut diasingkan dan hanya boleh digunakan utk kepentingan ramai seperti buat jambatan, jln dll