15 January 2014

Semua perancangan Najib gagal, terhempas sebelum terbang

Setakat apa yang sedang berlaku dan kita alami hari ini, sudah sepatutnya PM Najib tidak lagi berfikir panjang untuk meletakkan jawatan beliau dan menyerahkan politik kepada kepimpinan baru. Dalam kepimpinan sekarang tidak ada yang sanggup bertanggungjawab untuk bersama-sama menegur kesilapan dan kesalahan Najib. Muhyidinn mendiamkan diri, semua Naib Presiden langsung tidak nampak apa yang mereka perlu lakukan kerana mereka merasakan yang menegur dan berusaha untuk menganjak dan mengalih kepimpinan Najib kerana takut kehilangan apa yang mereka nikmati.

Pendeknya tidak seorang pun dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti berani memberikan nasihat dan menegur pucuk pimpinan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka untuk melakukannya. Akhirnya seluruh barisan pimpinan tertinggi UMNO dan BN hanya membisu tetapi tidak pula menahan diri mereka dari mengumpat pucuk pimpinan mereka dibelakang PM yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara.

Dalam lain perkataan seluruh pimpinan tertinggi UMNO terutamanya, tidak boleh diyakini mampu untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab. Mereka semua hanya berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan membiarkan sahaja perkara yang menderitakan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Justeru UMNO itu sendiri dijadikan benteng untuk melindungi semua kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan parti itu.

Sepatutnya UMNO menjadi pelindung kepada rakyat serta mempastikan pimpinan mereka tidak berlaku sumbang terhadap rakyat lebih-lebih lagi kepada bangsanya sendiri. Kita tidak dapat bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya UMNO terhadap bangsa Melayu itu sendiri kerana menyebabkan bangsanya dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain sehinggakan tidak lagi ada dikalangan barisan pemimpin tertingginya untuk mengembalikan kredibilti bangsa kita sendiri.. Malahan pimpinan UMNO merupakan penyumbang terhadap kejatuhan tahap persepsi bangsa lain dan masyarakat antarabangsa didunia ini terhadap orang Melayu.

Semua pimpinan kita berimejkan rasuah dan stigma ini tidak dapat di buang lagi. UMNO itu rasuah, rasuah itu UMNO. Bagitu lah persepsi rakyat terhadap parti itu. UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan ditahap yang terendah sekarang ini. Berbagai-bagai persepsi yang ada kepada UMNO itu kini. UMNO dikaitkan dengan rasuah, jenayah yang berbagai-bagai dan salah guna kuasa yang tidak terbendung, malahan segala-gala yang buruk itu ada kepada UMNO.

Kita tidak tahu samada Najib sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau serta barisan rakan pimpinan beliau sentiasa dipandang remeh oleh masyarakat negara ini termasuk bangsa Melayu yang sedar tentang keadaan kepimpinan dan negara kita kini. Kata-kata pucuk pimpinan kita sentiasa diremehkan oleh rakyat kerana tahap persepsi rakyat terhadap kepimpinan UMNO adalah yang terendah dalam sejarah merdeka kita.

Kita masih tertunggu-tunggu jawapan kepada masalah yang rakyat hadapi. Isu terhadap kerajaan sekarang terlalu banyak sehinggakan tidak dapat dibariskan dalam masa yang singkat jika hendak diingat dan selesaikan. Negara telah diabaikan oleh pimpinan yang memerintah hari ini dan rakyat yang ada sekarang ini terpaksa memberikan sokongan kepada pihak lain yang belum tentu boleh memberikan penyelesaiannya. Rakyat sudah sampai ketahap tidak berdaya untuk menaham ragam dan sikap pimpinan kita terutamanya pucuk pimpinan diatas dan ramai diantara mereka memberikan sokongan kepada pihak pembangkang walaupun kita melihat pembangkang sendiri sedang menghadapi kecelaruan dalam parti masing-masing.

Hanya PAS nampaknya yang agak tenang dan PAS boleh menjadi penyejuk kepada perasaan panas yang dihadapi oleh rakyat diatas perlakuan pucuk pimpinan dan penyokongnya di dalam kabinet itu.

Kita memahami hakikat yang politik negara ini banyak ditentukan orang Melayu dan jika ada pihak-pihak yang cuba untuk berbohong kepada orang Melayu dengan berbagai-bagai retorik kosong mereka akan gagal untuk menarik perhatian mereka. Saya bermaksud jangan sekali-kali membohongi orang Melayu kali ini kerana orang Melayu sudah terlalu jemu dibohongi oleh parti mereka sendiri. Jika selama ini Melayu dikatakan mudah dibohongi kali ini mereka dirasakan tidak lagi mahu suapkan dengan retorik dan slogan kosong yang mereka sudah mual mendengarnya.

Nafsu Najib masih kuat untuk terus memegang kuasa, tetapi tidak bertenaga lagi. Sudah sampai masanya beliau mengangkat tangan dan mengakui yang beliau tidak berkemampuan untuk mentadbir negara ini. Semua yang dilakukannya gagal dan tidak selesai. Bak kata orang Negeri Sembilan, ‘ghoso eh ado, tapi kojo tak siap’…..yang bermaksud. ‘he has the urge and will, but with no more power’. Tidak ada kerja yang akan siap dan sempurna dilakukannya.

Hasilnya, oleh kerana beliau masih berada dikerusi itu beliau dikelilingi oleh ahli-ahli penasihat dan kabinet yang lemah sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil alih tugas beliau kerana seluruh anggota kabinet adalah dari acuan yang sama.

Gantilah Najib dengan salah seorang dari kabinet yang ada, keadaan akan serupa sahaja keadaannya, malahan mungkin lebih buruk lagi. Itulah dilema ahli-ahli UMNO sebenarnya, tetapi yang mana sudah sedar mereka tidak lagi bergiat dan memberikan sokongan kepada PAS dan mana-mana NGO yang lain.

Semua yang Najib rancang tiada apa yang berhasil. Beliau pun tidak faham apa yang beliau rancangkan kerana beliau hanya bergantung kepada nasihat PEMANDU yang tidak berfaedah dan beliau sendiri pula tidak faham apa yang dinasihatkan itu. Negara akan terus berpecah belah kerana kelemahan kepimpinan ini. Berbagai-bagai persepsi buruk yang lain yang dianggap oleh pimpinan seperti tiada apa yang berlaku.

Jenayah disana sini. Rompakan harta rakyat berlaku sepanjang masa tetapi tidak pula terjumpa pesalahnya walaupun mereka berkeliaran didepan mata kita sepanjang masa. Yang dibunuh tiada pembelaan kerana yang membunuh dilindungi oleh kuasa yang ada ditangan mereka. Tetapi orang dan kumpulan yang sama yang mengaku hendak mempertahankan agama Islam. Islam apa yang mereka pertahankan kita pun tak tahu.

Najib tidak sepatutnya dibawa kedalam politik negara dari awal lagi. Beliau layaknya duduk bersembang dengan saya dan yang lain yang tidak berkepimpinan ini diwarung-warung dan kedai kopi minum teh tarik kalau malas hendak ke masjid. Tetapi malangnya kita berikan tanggungjawab besar negara kepada beliau dan kita minta beliau melakukan transformasi dan berbagai lagi. Kita telah memberikan tugas menjaga negara kepada yang tidak ahlinya.

Itu sebabnya semua program transformasi perancangan Najib terhempas sebelum terbang (crash before taking off).

14 comments:

Anonymous said...

Innalillahi wa Innalillahirojiun

ayba said...

DS Najib sekarang berada di awan-awangan. Orang di sekeliling tidak mampu atau takut menegur. Pak Ustaz yang diharap untuk menegur pun sudah sanggup menadah tangan malah sudah asyik memujinya. Kerana itu dia 'besar kepala', sudah tidak nampak kebenaran atau realiti yang berlaku.

Dunia sekarang benar-benar sudah terkena 'fitnah'. Siapa penyelamatnya untuk menghapuskan fitnah ini?

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Terdapat banyak perbezaan ketara mengenai corak pemerintahan UMNO yang asal dengan UMNO(b) kelahiran 1988 ini. UMNO(b) tiada menunjukkan semangat menyantuni rakyat, hanya yang ada dalam perjuangan mereka semata-mata kuasa dan wang. Rakyat pelbagai kaum tidak diolah kepada suasana harmoni, berilmu dan lebih selesa dalam kehidupan. Jika hendak diperkatakan mengenai keadilan jauh sekali. Semua kebobrokan ini berpunca dari sifat dalam diri setiap pemimpin UMNO yang kosong jiwa melayunya apatah lagi memenuhi kehendak ajaran islam sebenar.

al 'awab said...

SELOKA-SELOKA KANGKUNG

Peledak C4 alatan memburu
Dapat kijang kenduri aruah
Lawak DS Najib ditahun baru
Umum harga cemar maruah.

Rambut kembang bersanggol tiga
Wanita pertama kadok beraja
Rakyat terkejut mulut ternganga
Lawak Najib, kangkung turun harga.

Tawar temekung bersama pegaga
Kangkung pegaga diragut Midah
Minyak naik, kangkung turun harga
DS Najib RM telah pun bermadah.

Lenggang lenggok kangkung
Naik jet perdana ke Putrajaya
Perut kembong makan kangkung
Seruan DS Najib PM1Malaya.


Wanita Pertama berladang kangkung
Berladang kangkung Australia Canbera
Kangkung makanan orang kampung
Diangkat Najib menu perdana 1Negara.

Kangkung dipungut diwaktu petang
Petang malam bersuloh lampu
Akai Najib RM dah kering kontang
Penasihat macai terus mengampu.

Penasihat macai terus mengampu
Pengampu tegar sepanjang zaman
Ikatan kangkung, anugerah penyapu
Simbul jatuh Najib, bN secara aman.

Balon kangkung anak beranak
Kangkung ditanam bersama pegaga
Pengumuman DS Najib jadi benak
Kangkung budu bukan isunya harga.

Turun jet pribadi, naik jet perdana
Berbekal kangkung tengok mentari
1Malaysia berdepan papa kedana
Kalau Najib kekal jadi perdana menteri.

Jual kangkung untung berjuta
Untung ditabung melabur ke Amerika
Nak tipu rakyat, bukan semua buta
Kerajaan minoriti tidak beretika.

SELOKA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 RABIULAWAL 1435H (RABU) 15 JANUARI 2014



Anonymous said...

Orang kelilingnya bukan lemah. Tapi buat2 lemah tunggu masa nak ambil alih kuasa...

anti-retorik said...

Pak Aspan...
(Kalau dah tak nak bagi kat orang lain)Umno carilah pemimpin yang betul-betul memimpin,menjaga kami sebagai rakyat, susah sangat kah, buang pemimpin yang tak bagus pun susah sangat kah, nak memimpin seperti yg islam ajar pun susah sangat kah...letih kami golongan pekerja asyik dok pikir ahli-ahli politik (dan golongan yg sewaktu dengannya) bermain tarik-tali.
Tuan bagitau la umno ni boleh pakai lagi ke...kalau tak boleh lupakan terus saja tak payah dok ulas umno dah memang tak boleh pakai..kalau boleh pakai separuh tuan bagitau yang mana boleh pakai.
Sebab golongan biasa x de masa layan perbuatan politik begini...terawang-awang dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya, ubahlah secara drastik, golongan cerdik pandai politik beritahu yg mana patut disokong...bukan retorik semata-mata...letih.

bat8 said...

Tidakkah UMNO asal sengaja dimatikan supaya UMNO BARU dapat hidup dengan cara menipu dan menggunakan sokongan melayu untuk mengekalkan kuasa pemimpin utamanya at all cost dan mengaut kekayaan?

Hari pertama UMNO BARU pun dimulai dengan lies kepada orang melayu dan wang untuk membeli sokongan. Bukti penolakan dapat dilihat dari undi popular PRU 1990. UMNO BARU hanya dapat 46%jer undi melayu. Tu pasai depa pi masuk Sabah sebelum PRU berikut tahun 1995.

Tak percaya tanya DSAI. Dia panglima besar UMNO BARU masa nak masok sabah.

ahmad umar said...

bagus kasi cukup cukup. si kapitalis najib bapa percukaian negara. upah berbilion perunding luar negara spt dilapor media tak mungkin ini hasilnya. tapi seloka najib di atas memang terbaik dan sindiran aspan alias makan dalam punya...

Anonymous said...

ubah BN kepada PR dengan pilihan raya ...
masalahnya PRU14 4 tahun lagi...
tak kan dengan revolusi spt Thailand ??...

Anonymous said...

Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa jika politik kangkung masih laku, biarkanlah umno menanam kangkung, dulu...kini dan selamanya

Anonymous said...

Info org kampong...kangkong diparit n longkang tu spesis liar..brdaun lebar..batangnya besar...brbunga puteh cantek...jika meliar di kolam ayor lembah,galak juga mnjalar memanjat ke tiang pelantar..(rumah lg dlu2,rumah panggung). Kangkong jual dipasar n kdai tu..spesis tanam dibatas..berbaja taik ayam(baja penggalak no1 utk sayuran)..bersiram brkala dgn sprinkler lagi....sembor racun serangga utk elak daun cacat. Spesis Kangkong fried belacan ni..daunnya runcing, kecil..batang pun kecil. Kangkung adalah 'sayur sejuk' bagi org kmpong...bagi org2 yg ada class giwtuh..kangkong ni sayur 'chowkia'...tarak class. Makan nasi dlm pinggan bunga kangkong adalah kelaziman org kampong dulu2. :-)

Mns said...

Cantik, nak pinjam utk pos ke watup taman

Anonymous said...

When would all melayus especially the rural ones would wake up. Najib wants you to just eat kangkung. This is ketuanan melayu ala UMNO style

Anonymous said...

Apa ada pada kangkung? Isu kangkung jadi isu negara, jadi isu Perli-Najib-Man. Tak malu ke PM umum harga kangkung? Berat sangat ke isu kangkung? Banyak lagi perlu dibuat.. banyak jumpa rakyat.. banyak2 buat kerja untuk rakyat.. bukan nak jaga kangkung saja. Ini pergi melencong ke negara lain. Kuman seberang lautan nampak, rakyat merana tak nampak.. monyet dihutan disusukan, keperluan rakyat dicatukan. Ingat! Menteri2, YB2 anda semua wakil rakyat, kuli rakyat bukan nak berlagak macam sekarang.