23 January 2014

Selesaikan masalah Melayu dengan Melayu dahulu, baru selesaikan isu dengan semua pihak

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan penasihat DAP telah secara terbuka mahu berunding dengan parti-parti dalam kerajaan untuk penyelesaian isu perkauman, ekonomi dan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan negara dan keselamatannya. Unjuran ini telah dilakukan oleh kedua-dua parti Pakatan ini beberapa ketika dahulu dan sekarang ia timbul lagi sekali. Walau bagaimanapun Najib tetap mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa reaksi terhadap cadangan PKR dan DAP itu.

UMNO pernah mencadangkan untuk berbincang dengan PAS, tetapi yang menyambutnya adalah Anwar Ibrahim. Saya pernah menulis komen semasa itu dan menganggap unjuran Anwar itu sebagai 'yang lain yang digeletek, yang lain pula yang terasa gelinya'. Pendirian PKR dan DAP ini berubah selepas pilihanraya umum yang lalu setelah tidak mencapai cita-cita dan hajat untuk berkuasa di Putrajaya.

Sebelum pilihanraya yang lalu kedua-dua parti ini tidak mahu tunduk kepada kenyataan yang negara ini, orang melayu menjadi penentunya. Tetapi oleh kerana terlalu takbur dan begitu yakin yang mereka akan menguasai Putrajaya, mereka agak angkuh dan ramai yang tidak dapat menelan keangkuhan mereka semasa itu. Melayu rasa tercabar dan merasakan terhina dengan sikap pihak lain yang begitu menjolok mata ketika itu.

Hanya apabila ‘sudah terantuk baru mereka hendak tengadah’ dan barulah mereka sedar bahawa impian mereka untuk menjadi tuan rumah di komplek Putrajaya itu, hanyalah ‘mimpi di siang hari’. Sesungguhnya tidak ada rundingan terjadi tanpa melibatkan pemimpin UMNO. Sebelum itu kita telah menyaksikan betapa hebatnya pimpinan seperti pimpinan muda-muda dalam DAP yang tidak pandai untuk bersikap lembut terhadap orang melayu terutamanya kepada yang sudah berumur.

Mereka meletakkan diri mereka seperti pemimpin yang datang dari langit, ‘that no one else was relevant other than themselves’. Mereka tidak sedar yang ‘lembut itu tidak semestinya senang untuk disudu, yang keras itu bukannya untuk di takek’. Kalau orang melayu yang menjadi majoriti penduduk negara ini, maka semua pihak yang lain mesti tahu bagaimana mereka hendak menjaga hati orang Melayu walaupun mereka sudah menganggap orang Melayu itu bodoh dan tidak relevan lagi.

Selama ini kerana kelembutan Melayu dan kesabaran mereka itulah yang telah menjadikan bangsa-bangsa yang hidup di negara ini berada di dalam keadaan aman damai dan boleh berniaga dengan baik dan aman. Hanya keadaan itu sudah mula merudum dan itulah yang perlu diperbaiki sekarang ini tanpa menunjukkan atau mempamerkan ego dan kehebatan masing-masing. Dalam negara ini tiada siapa yang hebat. Rakyat yang hebat sebenarnya.

Tetapi mereka ada hak untuk bersifat apa pun kerana mereka merasakan ‘sudah berada di atas kayangan’. Bagi kita yang ramai-ramai ini tidak perlu kita melakukan apa-apa sekarang ini. Kita hanya perlu melihat gelagat mereka dari jauh dan dekat dan tindakan memerhati ini sangat sedap rasanya. Kita lihat sahaja lakonan pimpinan mereka agar kita mudah untuk membuat keputusan secara beramai-ramai nanti.

Cadangan untuk membincangkan hal negara adalah cadangan yang baik. Tetapi biarlah cadangan itu datangnya dari mereka yang baik. Buat masa ini PAS belum lagi memberi reaksi terhadap cadangan UMNO untuk berjumpa dan berbincang. Elok jika PAS yang berbincang dahulu kerana parti itulah yang dicadangkan oleh UMNO untuk berbincang selepas pilihanraya dahulu. Elok selesaikan masalah UMNO PAS dahulu kerana itulah ‘base’ orang Melayu yang ada.

Jika perbincangan dengan PAS itu berjaya, maka bolehlah beralih untuk menghadapi parti-parti lain dalam Pakatan untuk mencari penyelesaian yang hakiki jika ia mampu dilakukan.

Tetapi sebelum berjumpa dengan PAS pimpinan UMNO perlu mempunyai pengaruh terhadap ahli-ahlinya serta kepimpinan dibawah-bawah itu untuk belajar menghormati keadaan. Menggertak rakyat akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah pengancaman terhadap kedaulatan negara dan undang-undang perlu menyekat mereka dari meneruskan ancaman itu.

Kadangkala terfikir juga elok ISA ini dikembalikan kerana tidak ada undang-undang yang menghalang kerja jahat ini berlarutan. Saya yang begitu kuat menentang ISA dahulu pun merasakan ia perlu dikembalikan setelah merasakan yang setiap pihak mengawal permainan isu perkauman itu.

Meminta ADUN PKR di Pulau Pinang untuk meminta maaf kepada kerajaan tidak perlu, kerana selama ini pihak kerajaan pun selalu melakukan kerja sumbang terhadap pembangkang dan tidak pun memohon maaf kepda sesiapa. Jika masing-masing mempunyai niat yang baik masing-masing sepatutnya memaafkan di antara satu dengan lain secara ‘natural’ tanpa disyaratkan dan dipaksa. Lenyapkan ego semua pihak, barulah masing-masing boleh ke depan dan berbincang.

Masalahnya sekarang ini siapa yang hendak mewakili UMNO kerana Najib terlalu lembab dan bermain ‘politik selamat’ yang mungkin menghasilkan keputusan yang boleh menjejaskan pihak yang dipimpinnya. Beliau mungkin boleh dipergunakan oleh pihak yang bertentangan dalam perundingan itu untuk memberikan kelebihan kepada mereka yang akhirnya tidak menghasilkan apa yang sepatutnya dihasil dalam perundingan itu.

Disebaliknya pula ia mungkin merugikan pihak pembangkang maka itu sebabnya saya selalu katakan ia perlu dilindungi dengan menempatkan orang yang mempunyai ‘magnimity’ yang tinggi bagi menghasilkan perundingan itu. Apa yang penting semua pihak terpelihara kerana negara kita mempunyai keperbilangan kaum, agama dan cara hidup masing-masing.

ATAU ada juga kemungkinan yang perundingan itu jika dilakukan oleh mereka yang tidak cukup kuat nilai kepimpinan mereka, rundingan itu akan tergendala begitu sahaja dan akan memakan masa yang panjang untuk diadakan semula. Kita rakyat biasa yang dahagakan keamanan ini, sangat mengharapkan berlakunya apa yang disebut sebagai ‘national reconciliation’ itu secepat yang mungkin.

Ini adalah perundingan politik dan dalam politik tidak ada jaminan yang mereka yang berunding itu adalah untuk kepentingan negara sebenar-benarnya, melainkan untuk kepentingan parti dan individu tertentu sahaja.

Maka sebelum apa-apa perundingan yang hendak dilakukan dengan PKR atau DAP, UMNO itu sendiri perlu berunding sesama sendiri untuk merubah barisan kepimpinannya secara menyeluruh bagi mendapatkan pihak yang mantap dan memahami apa yang hendak dirundingkan dengan kedua-dua parti pembangkang itu.

Jika isu perkauman yang hendak dirundingkan, maka yang paling perlu ialah wujudnya kesatuan diantara orang melayu dahulu sebagai kaum yang terbesar dinegara ini. Bagi orang Melayu yang ada hanyalah UMNO dan PAS. Jika UMNO sudah merubah kepimpinannya dengan kepimpinan yang baru dengan imej yang baru, maka barulah berunding di antara UMNO  dengan PAS dahulu.

Apa pun perundingan tidak akan membawa kemana-mana jika di antara kaum Melayu dalam PAS dan UMNO itu belum dapat di selesaikan. Ini merupakan perkara yang amat ‘real’ dan jangan abaikan isu Melayu sesama Melayu ini dahulu, sebelum apap-apa rundingan yang lebih besar diadakan.

23 comments:

Anonymous said...

Kisah pertelagaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada
yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai pergolakan dalaman PKR.
Daripda maklumat yang diterima melalui sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan
strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa, beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa berada di luar negara sedang dikumpulkan.

Anonymous said...

Pada pandangan saya BN khususnya UMNO dapat meraih banyak undi melayu kerana kejayaan mereka memainkan isu-isu bangsa, ugama dan kedudukkan institusi raja.

Disamping itu juga ia dipengaruhi oleh pemberian berbagai-bagai dalam bentuk wang seperti BR1M, pemberian bonus dan kenaikan gaji tahunan sebanyak 2 kenaikkan kepada kakitangan awam dan pemberian bonus kepada GLC(PNB, TNB, Telekom), pemberian voucer dan sebagainya kepada pemandu teksi dan pemberian wang sebagai penghargaan perkhidmatan kepada bekas tentera dan polis.

Bagaimanapun semua itu berlaku hanya apabila akan diadakan pilihanraya kerana BN meramalkan kemungkinan kemenangan mereka berada pada tahap 50/50.

Manakala pihak PR pula, saling bertelingkah di antara parti komponen mereka sendiri tentang isu-isu yang remeh-temeh.

Faktor-faktor tersebutlah banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya lepas.

Anonymous said...

Dalam politik Malaysia, orang melayu terbahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan Pertama ialah kumpulan yang menolak UMNO kerana mereka beranggapan UMNO adalah sebuah parti rasuah dan tidak amanah.

Kumpulan kedua pula ialah kumpulan yang menyokong UMNO kerana mereka tidak percaya bahawa UMNO itu sebuah parti rasuah dan tidak amanah. Mereka juga beranggapan jika UMNO jatuh maka kedudukan orang melayu dan institusi raja akan terancam.

Anonymous said...

Sudah tiba masanya perdana menteri malaysia ditentukan oleh rakyat berbilang kaum.

ada telor said...

baca la analisa aku, sekarang 2nd term sebagai ketua penang dan nampaknya macam undisputed,

1)so ko tgk gara gara tuka kete benz lepas 2 bulan boring duk atas camry..

2) LKS minta budak PKR meminta maafkpd puak apa tuh.. PERKOSA??? ah duh...

tgk ni DAP dah mau politic selamat, ini makan kangkung pun kecoh kat kawasan penang juger, takut nanti hilang jawatan ketua menteri... hahahahaa


lawak la...DAP sekarang ni.

Amir Aiman Akashah said...

pemimpin UMNO perlu berubah jika tidak mahu UMNO rebah.

penyokong UMNO perlu buat anjakan paradigma sebelum mereka tiada dahan untuk bertaut. Mereka perlu merubah pemimpin yang tak berkualiti bukannya mengampu membuta tuli.

orang melayu kini telah terbahagi kpd 3, UMNO Pas dan PKR....elok jer panggil ketiga2 nya duduk semeja. Bincang tentang agama yang pertama. baru rawat penyakit bangsa. jika agama (islam) dituruti dan bukan shj dianuti, insyaallah....semua bangsa Malaysia akan terus sentosa sampai bila2.

Jazakallah.

Anonymous said...

Salam..
Byk org beranggapan bahawa politik di Malaysia hanya bermain dgn sentimen ttp ramai dikalangan pemimpin PR yg meremehkan perkara yg berkait dgn sentimen..Bg sy wlwpun politik sentimen ini tidak sihat ttp semua pihak harus ingat bahawa inilah realiti yg mewakili majoriti pemikiran pengundi..Mereka mudah di provoke dgn sentimen lalu mengabaikan politik sentimen adalah tindakan yg kurang bijak..Maksud sy bkn lah ikut bermain sentimen ttp memikirkan mekanisme utk meredakan sentimen krn ianya bersifat keresahan dan perasaan yg dihimpit tanpa diberi penawar boleh menjadikan pengundi tidak berani utk utk melakukan perubahan krn bimbangkan kepentingan golongan majoriti ini..Seharusnya perkara inilah yg menjadi point penting setiap kali post moterm PRU dilakukan..Apapun kerja2 teknikal tetap jua bertitik tolak dari dorongan sentimen..krn itulah UMNO masih lg dirasakan wadah yg boleh menjamin kedudukan org2 Melayu..Wlwpun sy meraguinya ttp itulah tanggapan sebilangan besar dari pengundi2 atas pagar di negara ini..Jika sentimen ini tidak ditangani dgn lunak dan tidak mempunyai usaha utk memenangi hati pengundi dgn membuang sikap meremehkan parti lawan dan merasakan diri selalu kedepan dlm menjana Negara,sehingga dgn selamba menampakkan keretakan dlm kesepakatan dlm kes2 peti undi tertentu,lalu bagaimana pengundi merasa diri mereka terjamin dgn memilih pihak PR?
inilah pengajaran yg paling besar dlm PRU 13 yg lalu..Kedangkalan sebilangan pemimpin PR yg adakalanya membuat kenyataan yg tidak popular dan mudah dijadikan peluru buat musuh juga perlu dihentikan krn ianya boleh membantutkan mementum dan mood positif utk berlakunya peralihan kuasa..Lagi satu perkara yg perlu diberi perhatian adalah terdapat beberapa pemimpin PR diperingkat Negeri sebenarnya mempunyai hubungan intim dgn beberapa pemimpin UMNO dan selalu menimbulkan keraguan terhadap ahli2 di peringkat bawahan..Pemimpin sebegini selalu mengecewakan harapan ahli parti krn mereka adakalanya menjadi broker kpd pembubaran Ranting wlwpun sebenarnya tidaklah sebesar mana pun bilangannya krn yg masuk balik UMNO tu bknnya ahli PKR pun ttp bila ianya diperbesarkan,ia menjejaskan momentum perubahan itu..Pemimpin2 sebegini adalah anasir2 jahat yg merosakkan Parti dari dalam..wlwpun mereka kemudian menafikannya ttp sebenarnya memang ada dikalangan pemimpin PR yg terlibat dgn skandal broker ahli keluar parti ini..mereka ini sepatutnya tidak wujud lg dlm saf kepimpinan,jikalau dizaman Rasulullah s.a.w,golongan sebegini tidak akan dibawa berperang oleh Rasulullah s.a.w..Tetapi mereka masih lg wujud dan masih dgn wajah tidak bersalah krn mereka telah mengkambing hitamkan beberapa pesaing mereka diperingkat dalam parti dan mereka tetap kekal bersama kepimpinan sehingga sekarang..Inilah lalang yg harus ditebas terlebih dahulu sblm mengajak jiran utk bertandang ke halaman kita sendiri..

Anonymous said...

Sdr Aspan,
UMNO parti berteraskan perkauman melayu disarankan duduk berbincang dengan parti PAS yang berteraskan islam, sama seperti mengumpulkan ayam bersama helang yang mana kedua-duanya adalah spesis burung atau unggas. Selagi UMNO tidak menerima amalan islam sebenar, perbincangan tiada membawa sebarang erti. UMNO yang bersisik dengan isu rasuah, penyelewengan kuasa, gangster, fitnah, perkauman terpilih, double standard, boros, menindas, mempersendakan islam dan macam-macam lagi, mahukah PAS menjadi pelampung untuk menyelamatkan parti haprak sebegitu? Lebih baik bubarkan UMNO dan sertai PAS, jika orang melayu UMNO ikhlas memperjuangkan melayu, islam dan keadilan untuk semua rakyat. PAS akan kelihatan bodoh untuk diperbodohkan lagi jika sudi untuk berbincang dengan UMNO, parti yang tidak pernah sunyi dari pelbagai skandal. Tak fasal-fasal hanyir UMNO akan melekat pada PAS pula.

Anonymous said...

Mana parti yang terbaik ni....sama je semua...sabah sarawak mcm mana..ada juga kedai chinnese yg sombong....mahu murah cari kedai lain....aduh...malaysiaku....

ramzi, ppinang said...


Anon, 23rd Jan 23:42,

Umno tu betullah tdak seperti dulu. Kalau Umno helang Dap tu apa? Jgn layan sikap amarah anda. Setakat mengingati anda saja. Jgn terlalu terbawa-bawa oleh perasaan. Ikut hati mati. Tapi terpulanglah, hidup ini sendiri jaga.

Anonymous said...

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri atau orang lain, apakah negara malaysia tercinta ini adalah sebuah negara sekular ataupun sebuah negara islam.

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri atau kepada orang lain apakah masaalah yang dihadapi negara ini sama seperti masaalah yang dialami oleh negara lain.

Anonymous said...

Assalamualaikum, ramzi, ppinang,
UMNO sebenarnya tidak pernah ikhlas pun untuk membela melayu dan islam. Menagih bantuan dari melayu PAS hanya ketika terdesak sahaja. Setelah terlepas dari masalah, PAS dimangsainya pula. Sejarah ini telah beberapa kali terjadi. Membantu UMNO tidak ubah seperti melepaskan anjing tersepit. Berhasrat untuk bekerjasama tetapi pada masa yang sama menentang pemimpin PAS. Gila apakah itu? Isu royalti minyak untuk Kelantan, dengan bermacam helah dinafikan. Perjanjian yang sah lagikan diingkari, jadi apalah yang hendak diharapkan hanya dengan bekerjasama tanpa hitam putih perundangan itu. Sekiranya faktor DAP hendak ditimbulkan, MCA sebenarnya berlebihan lagi. Angkara siapa Ibrahim Libya terbunuh di Memali? Siapa pula mengadaikan tanah rizab melayu? Siapa pula yang menggulingkan kerajaan PAS di Perak 2009? Siapa yang beria-ia melucutkan kekebalan raja-raja? Siapakah yang memaksa sistem PPSMI yang membantutkan pelajaran anak-anak melayu? Adakah disebabkan oleh DAP? Bukan untuk direnungi tetapi fikir secara waras dan jawablah dalam hati. Perpaduan melayu dalam UMNO sendiripun kucar kacir berantakan, ada hati pula hendak memikat melayu dalam PAS! UMNO juga tidak bersikap gentleman dalam banyak aspek, yang tidak dapat dinafikan. Ini adalah kenyataan sebenar yang perlu difikirkan, tiada sikap amarah di sini. UMNO selamanya tidak akan berubah kearah untuk kesejahteraan hidup rakyat. Ada banyak lagi isu-isu lain yang tidak dapat diperkatakan dalam ruangan yang terhad ini.

Anonymous said...

Saya memang sangat setuju dengan kenyataan perbincangan antara UMNO dengan PAS bagaikan kumpulkan HELANG dengan AYAM dalam reban. PAS akan dianiayi sekali lagi.

probos said...


Saya bersetuju juga perundingan diantara Pas dan Umno ibarat ayam dengan helang dalam reban.

Saya juga setuju perundingan diantara Pas dgn Dap itu macam perjanjian diantara serigala dengan kambing.

Kena baham saja selalu. Atau pun Pas ibarat kaldai untuk memunggah barang berat untuk Dap...pikir habis habis.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya sangat-sangat nak gelak bila anon 04.33 sebut Siapa pula yang menggulingkan kerajaan PAS di Perak 2009?

Perkataan 'kerajaan PAS' di Perak tu memang melucukan. Hanya kerana MB dari PAS (dah tu 'mental' semacam aje) sedangkan yang lain-lainnya DAP kuasai, terus nak labelkan 'kerajaan PAS'.

Tapi itulah masalah PAS dari dahulu, tak sedar diri...sentiasa hidup dalam menang sorak sedangkan penghujungnya habuk pun tak ada. UMNO boleh bertahan tanpa sokongan MCA dan MIC, tapi kalau DAP tarik balik sokongan, PAS silap-silap tinggal satu dua kerusi di Parlimen

Anonymous said...

Anonymous 11:54:00
Dgn kenyataan anda "UMNO boleh bertahan tanpa sokongan MCA dan MIC...." itu, kenapa pula perlu mengajak PAS berbincang dan dimana logiknya? Sekiranya benar UMNO boleh bertahan spt dakwaan anda, maka UMNO tidak perlu runsing dan tunjuk serta buktikan keunggulan UMNO tanpa perlu penglibatan PAS bersama. Biar saja PAS lenyap dibaham oleh DAP merujuk kpd tulisan probos di atas, dimana akhirnya nanti UMNO tetap gah sebagai wadah tunggal kaum melayu. Bukankah lebih baik begitu?

Anonymous said...

Melayu yang ditipu bulat2 oleh parti akujanji kalau masih beri undi pada penipu seeloknya gali lubang masuk dan kambus supaya tak menyusahkan anak2 melayu yang tak nak ditipu...

Anonymous said...

.... sebaiknya Azmin dinyahkan dulu dari PKR... tp tak mungkin terjadi sbb dia sayap kanan Anwar. TSKI dah banyak buat benda baik kat rakyat sngor berbanding Azmin. Kalau Azmin jd MB, lagi meroyan ler 'mak lampir' PKR ngan hasil mahsul Sngor. Tp kalau nak banding ngan NAJIB KANGKONG ROSMAH KONGKANG... 'hantu raya' ngan ' Mak Lampir' tu lebih baik la!!! Tak mengejutkan kalau benar ada gerakan nak jatuhkan Rafizi itu tidak mengejutkan...dia pemimpin yg ada 'karekter tersendiri' dlm politik dan berakal. Sebahagian besar pemimpin dalam PKR masih mewarisi DNA UMNO... tak mahu orang bawah lebih bijak... nak orang boddo ja jadi pengikut!!! akhirnya jadi la macam Anwar... kena halau balik dari Jepun sbb tadak VISA. Boddo punya Pegawai Khas... pandai mengampu ja!!!

Anonymous said...

PR kalah PRU 13 bukan sebab BN kuat tapi sbb Pemimpin PR dok gaduh sama sendiri siapa nak jadi PM, siapa nak jadi Menteri... pastu mengutuk sesama sendiri. Boddo!!! Toksah dok ungkit PRU 13... dah berlalu... fullstop!!! Elok pemimpin tua berundur, pemimpin muda ganti.... yg tua jadi penasihat cukup la. Jgn jadi PUNAHSIHAT!!! Hadkan penglibatan ahli keluarga dlm Pimpinan Parti atau toksah ada langsung anak-beranak. Parti bukan hak keluarga, ia hak ahli... melainkan ahli tu boddo... main sokong ja!

Anonymous said...

Perangai umno serupa org munafik. Lebih baik PAS bersama PR sebab banyak manfaat utk tujuan dakwah. Sekurang-kurangnya org bukan Islam semakin faham apa itu Islam sebenar bukannya Islam spt ygt diamalkan umno- rasuah,kroni,arak,perempuan dll.

Hanya PKR masih ada kuncu2 perangai umno masih belum berubah..........

abuamir

Anonymous said...

ha ha ha...
Kuasa Raja/Sultan terhakis kerana UMNO la. Madet dah lama buat keje ni. La ni pun banyak 'mamak' dah jadi Kepala UMNO sebab Melayu pilih.... Melayu UMNO mudah lupa@nyanyuk!!! Antara mamak ngan Melayu pun tak tau beza!!! UMNO--- M=MAMAK.

Anonymous said...

kalau gitu bro... kompom bangsa 'cha' jadi PM. Org melayu... sebahagian besar.. jenis tak boleh tengok duit... terus lupa dunia!!! Satu 'cha' kat seremban pernah kata kat den ' dia tak takut melayu ada kuasa, tapi dia takut kalau melayu tak mau duit cina'...

Anonymous said...

PM KANGKONG=DAP ??? Dia tu Cina, 'Kangkong' tu Islam! Patut 'kangkong' tu lebih cerdik ada AlQuran & AsSunnah sbg panduan. Ini tidak....ikut kangkang Rosmah Kongkang. Lingkup Negara!!!