Kata-kata yang bisa keluar dalam
polimik politik, dan kita mendengar setiap hari dan masa. Ia disebabkan
perbezaan politik dan pandangan terhadap sesuatu isu serius. Tetapi sesiapa
yang mempunyai sedikit pemikiran dan nilai kehidupan, apabila berlaku keadaan
yang panas seperti hari ini ia tidak akan dapat diselesaikan dengan kata-kata
permusuhan. Malah ia akan menambah kekeruhan dan selalunya tidak akan timbul
penyelesaian selagi tidak tiba seorang atau kumpulan yang lebih matang dan
menyelesaikan isu secara tenang dengan jiwa yang sejuk.
Api yang panas akan hanya boleh
disejukkan dengan air dan siapa yang membawa air itulah yang akan membawa
kesejukan. Isu yang kita hadapi sekarang ini bukan boleh dselesaikan dengan
pimpinan politik. Ia perlu lebih jauh dari politik. Ia perlu diselesaikan
dengan tidak membawa sentimen politik masing-masing. Manusia yang boleh membawa
ketenangan ini adalah dari orang yang berpengalaman dan telah masak dalam
permainan dan sepak terajang politik yang kini tidak membuat sebarang isu yang
memanaskan keadaan.
BN sesungguhnya dalam keadaan
yang paling tenat dalam sejarah. Segala perbuatannya tidak secocok dengan kehendak
zaman dan waktunya dan semua tindakan menyelesaikan sebarang masalah dilakukan
tanpa berfikir dan semua tahu segala tindakan penyelesaiannya itu tidak akan
berjaya. Apabila harga barangan naik oleh kerana keputusan kerajaan untuk
memindahkan kos itu kepada pengguna, Muhyiddin terus mengumumkan penubuhan
jawatankuasa menangani kenaikan harga barang secara mendadak itu.
Negara telah menghadapi banyak
masalah dan kita mendengar setiap masalah akan di mulakan dengan penubuhan
jawatankuasa bagi menyelesaikannya. Jika kita kira semua jawatankuasa bertindak
untuk penyelesaian masalah yang timbul selama ini, kita sudah tidak dapat
mengiranya lagi. Jika benar semua jawatankuasa itu berjaya, masakan kita
menghadapi masalah sehingga ke tahap ini?
Masalahnya pemimpin kerajaan
memilih untuk membebankan semua kenaikan harga itu kepada rakyat yang mana
kebanyakan mereka adalah dari gulungan yang berpendapatan kurang dari RM1500
sebulan. Kerajaan walaupun telah ke hulu-ke hilir menjanjikan kenaikan
pendapatan ketahap USD15,000 setahun tetapi yang terjadi ialah kenaikan harga
barangan dan pendapatan tetap seperti biasa.
Saya rasa saya sendiri belumlah
pekak lagi. Kita mendengar janji kerajaan hendak menaikan pendapatan rakyat
tetapi yang kita lihat ialah kenaikan harga barangan yang begitu mendadak
berlaku. Semua perancangan kerajaan yang begitu banyak, semuanya mengakibatkan
hasil yang terbalik. Hendak naikkan pendapatan akhirnya harga yang naik,
pendapatan tidak juga naik. Kita jika dibenarkan bertaruh ingin juga hendak
bertaruh yang pendapatan per kapita yang diunjurkan akan naik sehingga
USD15,000 setahun tidak akan tercapai.
Isu yang diperbesarkan sudah
sampai ke tahap mengarut kerana pemimpin besar pun memberikan reaksi’ kangkung’
terhadap isu yang sangat tinggi nilai lawak dan jenakanya. Jika banyak negara
maju dan membangun kita mendengar berita kemasukan pelabur asing yang tinggi,
kita di Malaysia
hanya bercakap dan berpolimik tentang isu kangkung. Dengungan janji-janji Najib
untuk menempatkan negara ini di kalangan negara maju masih kedengaran tetapi ia
tidak menampakkan tanda-tanda akan tercapai, sebaliknya kita melihat tanda-tanda
kegagalan sahaja.
Tetapi kita juga diberikan
fahaman yang segala yang buruk itu ada hikmahnya. Saya ingin memperturunkan
hikmah-hikmah yang mengikut pandangan beberapa orang yang berjumpa dan
berbincang dengan saya diatas apa yang berlaku kepada BN dan UMNO itu. Hikmah
(blessing) yang kita nampak jelas jika rakyat yang serius untuk menentukan hala
tuju negara kita. kelemahan UMNO dan isu-isu besar terhadap UMNO dan BN itu
membuatkan parti-parti yang membangkang merasa begitu yakin akan dapat menguasai
kerajaan pusat.
Hasil dari keyakinan yang tidak
dapat dibendung itu maka terlihat oleh kita bagaimana rakusnya mereka yang mahu
mengambil kuasa itu sehinggakan kita mendengar gertakan kepada banyak pihak
dalam kerajaan yang mereka akan diambil tindakan sesudah pembangkang menewaskan
parti-parti kerajaan. Malahan kita telah mendengar ketakburan yang tinggi
dikalangan pemimpin yang merasakan keyakinan yang tinggi itu.
Sehari dua ini kita semua
mendengar sedikit kata-kata yang boleh ditakrifkan sebagai tentangan terhadap
Najib dalam kerajaan itu sendiri. Mukhriz Mahathir sudah mula membayangkan yang
jika Najib terus tidak mendengar kehendak rakyat yang mahu beliau berhenti, BN
akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Jika ia datang dari seorang Menteri
Besar walaupun ia diucapkan dengan lemah lembut tetapi ia membawa makna yang
sangat menebal. Pastinya itu merupakan manifestasi sebenar didalam jiwa
pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.
Kata-kata ini bukan sahaja datang
dari seorang MB seperti Mukhriz, ia juga datang dari pemimpin UMNO sendiri
secara senyap-senyap. Mereka meluahkan perasaan diantara satu dengan lain dan
saya sendiri berpeluang untuk mendengar rungutan mereka itu. Mereka tidak tahu
kenapa Najib begitu bebal dan tidak mahu bertindak dan berkorban untuk negara.
Jika benar beliau inginkan sebuah negara yang baik politiknya beliau perlu
melakukan sesuatu dan ia tidak lain dari bersara dan menyerahkan kepada keadaan
untuk menentukan siapa yang layak membetulkan keadaaan sekarang ini.
Menggosok bahu dan belakang atau
berkata manis dengan semua pihak sambil mengangguk ke hulu ke hilir tidak akan
dapat menyelesaikan masalah negara yang beliau mengetuainya. Kemampuan Najib
sudah terbukti tidak kemana. Beliau perlu mempunyai jiwa yang besar dan mengundurkan
diri beliau dari menanggung tanggungjawab yang tidak dapat diselesaikannya itu.
Malahan tindakan beliau meletakkan
jawatan itu akan membuatkan rakyat menghormati beliau kerana beliau akan
dianggap sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat negara
dan rakyat menjadi kacau-bilau. Penyelesaian terhadap masalah yang negara
hadapi sekarang ini tidak boleh ditunggu sehingga pilihanraya yang akan datang.
Ia perlu diadakan dan dilakukan sekarang kerana sementara menunggu pilihanraya
yang akan datang, negara akan menjadi lebih buruk lagi keadaannya dan takut ia
tidak boleh diubati lagi.
Jika benar Najib mahu menunaikan
janjinya untuk mendahulukan rakyat maka kehendak rakyat sekarang ialah untuk
beliau berundur dari memegang jawatan PM itu. Dahulukan lah kehendak rakyat
seperti dalam slogan binaan beliau itu.
Malahan semua permain politik
besar negara perlu tidak lagi terlibat dalam penentuan siapa pengganti dan
sebagainya. Dr Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin dan pemimpin kanan UMNO perlu
berundur dari memainkan peranan dalam politik negara, kerana sumber
permasalahan yang ada pada hari ini adalah daripada mereka.
Let’s do away with all quarrelling
and sticky leaders to see the needed change. That goes the same with the oppositions.
12 comments:
pemimpin UMNO BACUL....takut nak tegur PM....
ada berani ka pm letak jawatan ? 'lobang' atau 'lubuk' susah mau tingal wo ! ABU !
najib mungkin sanggup turun..tapi takut bini tak bagi..
kangkung dulu naik sekarang dah turun.pemimpin kangkung dulu naik sekarang harus turun.ini baru adil
pimpinan umno tidak ada mekanisme menyelesaikan masalah tetapi cuma mampu membuat masaalah untuk menutup masaalah yang timbul.Jika tidak dapat diselesaikan dengan peruntukan undang-undang yang ada, dari sudut agama mahupun secara logik hak-hak kemanusiaan, cuba selesaikan secara saintifik pula.Cuba buat ujian DNA kepada pemuda umno mamak pulau pinang yang mengaku melayu tu.adakah mereka melayu atau mamak yang datang dari kerala.janganlah menghasut melayu dan cina bergaduh sedangkan isu kangkung ini wujud gara-gara perbandingan tidak bertempat, menghina rakyat miskin dengan statement kangkung oleh pemimpin kangkung.Parodi kangkung 10 kg tiada kena mengena dengan bangsa, agama mahupun monarki melayu
Talqin buat Pentadbiran BN/UMNO
Dalam pemerhatian saya apa yang berlaku dari dulu hingga sekarang ialah umno tidak punya keupayaan untuk memimpin negara kita.Dalam semua isu yang berlaku mereka sedang menunjukkan bahawa merekalah menguasai segala-galanya di negara ini.apakah kastam polis spr sprm jais kdn dll adalah umno yang punya...
DS Najib tidak perlu letak jawatan. Berilah peluang untuk rakyat menghumbankan nya jauh2 dari pesada politik tanah air dalam PRU 14 nanti.
Aspan,
This should be parting song for Najib
http://www.youtube.com/watch?v=nGEBh7xybRc
Just like the song for samy vellu
http://www.youtube.com/watch?v=sIBSSupAcFQ
Aspan,
Very nice song composed by Zubir Said
http://www.youtube.com/watch?v=9A8OFNrh4U4
Plus to be very frank, I really prefer Singapore national anthem......Just change Singapore to Malaysia. No issue with Allah, all about rakyat
If you can understand this song, it would be fun too. Ok, wee bit sad because it's also about poor chinese selling peanuts in Holland
http://www.youtube.com/watch?v=q0xolBQJpM8
Malaysia memerlukan PM seperti Tengku Razeligh bagi memulih negara. orang yang tidak mempunyai kepentingan diri dan keluarga. Lihat bagaimana beliau memulakan Petronas sehingga menjadi syarikat besar di dunia.
Ex classmate saya ada yg muka gelaaaaaaaaaaap sangat dan facial structure pun mmg macam Indian la tapi mengaku Melayu dan bila kata dia mamak, dia marah dan mengamuk macam terrorist product of Darul Uloom, Deoband, India.
Saya juga harap supaya org check DNA dia. Mamak perasan Melayu ni pun seorang yg pro PAS dan peminat A***r I***s a.k.a Ostad Ferrari.
Bukan la nak racist against Indians tapi yg obvious sgt bukan Melayu tu tak payah la mengaku Melayu. Tu aje.
Post a Comment