13 January 2014

Selamatkan negara dahulu, baru selamatkan parti

Isu Allah sudah menjadi isu yang tidak mungkin selesai. Saya tidak berani memberikan pandangan tentang hukum dan hakam kepada persoalan ini. Tetapi yang saya tahu penyelesaian tidak akan dapat dicari kerana saya cenderung untuk menuduh isu Allah ini adalah isu yang dipolitikkan oleh setengah pihak untuk kepentingan politik mereka.

Mungkin ramai yang membantah apa yang ada dalam pemikiran saya, tetapi saya juga tahu Tuhan menyuruh kita mengenali di antara satu dengan lain serta menghormati di antara kaum dan agama. Di negara lain tidak timbul isu ini dan tidak pernah pula kita mendengar isu ini merebak dimana-mana negara diseluruh dunia ini.

Apabila ada pihak yang menyangkutkan nama Allah ini dengan akidah, maka ia tidak akan selesai kerana selama ini banyak agama menggunakan nama Allah ini dalam agama mereka sejak dari dulu lagi. Tidak usah kita menjadikan isu ini lebih berat dari apa yang kita hadapi sekarang ini.

Kita khuatir isu ini akan membawa padah kepada negara kerana ia amat sensitif. Yang melanggar hukum agama pun menjadi sibuk membahaskan isu ini tanpa mengetahui dan tidak mampu membezakan di antara sifat dengan zat Tuhan itu. Mahu tidak mahu kita perlu selesaikan isu ini dengan baik dan harmonis.

Elok dihimpunkan semua ulamak dan sadiqiah Islam di seluruh dunia bersama dengan ketua-ketua agama lain dan adakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur kerana isu ini hanya berlaku di sini. Ambil keputusan yang boleh diterima dan difahami oleh semua pihak tentang isu ini. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan hari ini untuk menyelesaikannya kerana tidak ada pemimpin kerajaan yang tahu untuk menyelesaikannya termasuk Menteri yang bertanggungjawab tentang agama dalam kabinet kerajaan sekarang ini.

Kenapa tidak ada seorang pun yang boleh memberikan pandangan yang tepat sedangkan kita mempunyai Mufti-Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja dan berbagai-bagai lagi. Kenapa isu ini ditentukan oleh mahkamah dan yang lebih mengaibkan kerajaan isu agama seperti ini diselesaikan oleh mahkamah sivil.

Dimanakah kredibiliti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib kerana tidak mampu menyelesaikan masalah ini? Masalah dan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan elok kita bertanya kepada Perdana Menteri Najib apakah nasihat beliau sebagai Perdana Menteri kepada Majlis Raja-Raja kita tentang hal ini. Bukankah Perdana Menteri sewajarnya memberikan nasihat kepada Raja-Raja apa yang perlu dilakukan oleh mereka dalam penyelesaian masalah dan isu yang amat merbahaya ini.

Ini juga masalah keselamatan negara selain dari masalah agama kita. Siapa pula yang menasihatkan kabinet dalam isu ini? Adakah Jamil Khir Baharom? Atau siapa?

Dalam sejarah negara merdeka, pentadbiran Najib ini merupakan pentadbiran yang paling lemah yang tidak ada tolok bandingnya. Kita seolah-olah tidak ada kerajaan. Ditempat-tempat awam dan dimana-mana sahaja kita kedengaran orang ramai memberikan ejekan terhadap Najib dan itu jelas menunjukkan betapa rendahnya seorang pemimpin utama negara di mata rakyat yang beliau pimpin. Tidak ada siapa yang ‘accountable’ terhadap banyak isu hangat sekarang ini.

Semalam keluar pula satu kenyataan bekas ahli jemaah kabinet Zainuddin Maidin menyeru supaya Dr Mahathir kembali kePutrajaya untuk memberikan jawapan kepada masalah negara hari ini. Kenyataan Zainudin ini jelas sekali adalah tindakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib dan ini tidak berlaku keatas mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Walaupun menjemput Dr Mahathir kembali ke Putrajaya itu merupakan satu tindakan yang boleh dianggap ‘pandir’ tetapi ia merupakan satu manifestasi buruk terhadap Najib dan dari sudut moralnya tidak boleh menunggu siang untuk keluar dari Seri Perdana itu. Dari sudut semangat demokrasinya semua ahli-ahli kabinet negara juga perlu berundur sekali kerana mereka adalah kabinet lantikan Mohd Najib.

Semua ahli kabinet perlu bersama-sama mengiringi Najib keluar dari Putrajaya dan laksanakanlah kaedah memilih Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, iaitu kepada sesiapa yang mendapat kepercayaan Parlimen walaupun dengan undi ‘simple majority’.

Kaedah memilih Perdana Menteri secara convention yang memilih sesiapa yag memegang teraju UMNO itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Ini disebabkan Muhyidin sendiri adalah salah seorang lantikan Najib dalam kabinet negara kita yang sepatutnya bersama-sama mengiringi Najib keluar dari Putrajaya itu.. Yang pentingnya seorang Perdana Menteri itu wajar dari kalangan Ahli-Ahli Legilatif Persekutuan dan seorang Melayu beragama Islam dipilih walaupun dalam perlembagaan tidak termaktub PM itu seorang Melayu.

Terpulang kepada siapa dilantik dan dipilih mentadbir negara itu untuk mengambil kembali mana-mana ahli kabinet yang berhenti itu untuk dilantik kembali ke kabinet oleh pemimpin yang baru dipilih oleh Parlimen itu. Pada pendapat saya yang tidak sepertinya ini, saya beranggapan tindakan ini perlu dilakukan semata-mata untuk mengelak negara ini jatuh kekancah yang lebih hina lagi.

Hentikan ‘partisan politics’ buat sementara ini kerana hakikatnya masih ada pemimpin-pemimpin yang berbakat dalam UMNO sekarang. Ramai juga yang berbakat dalam PAS dan begitu juga dalam PKR serta parti-parti lain yang wujud dan bergerak dinegara ini. Selamatkan negara dahulu sebelum kita selamatkan parti. Tidak guna parti selamat sedangkan negara hancur lebur. Hanya mereka tidak mempunyai seorang yang mempunyai seorang pemimpin yang boleh mengetuai mereka dengan sifat ‘magnanimous’ dan berpengalaman serta berwibawa.

Sesiapa yang tidak lagi menjadi pemimpin mereka tidak kesaorangan. Mereka boleh bersama saya dikedai mamak minum kopi atau teh tarik dan berikan sokongan kepada siapa yang terpilih melalui Parlimen itu. Setakat secawan dua teh dan sebiji dua karipap, saya boleh belanja.

Seperti yang saya sebut ratusan kali dalam blog ini, ‘let’s start this nation anew’. Masanya sudah tiba dan tidak boleh ditangguh lagi.

12 comments:

Anonymous said...

Jika kehancuran negara itu satu-satunya jalan untuk menyelamatkan parti umno, itulah jalan yang mungkin mereka pilih.Bila timbul masaalah, akan timbul masaalah lain untuk menutup masaalah terdahulu tanpa tindakan penyelesaiaan dari umno cuma bertindak menjadikan negara lain, parti pakatan rakyat, bangsa selain melayu, agama selain islam dan seseorang individu sebagai kambing hitam.Jangan lupa bahawa rakyat boleh nampak kekuasaan dan kekayaan umno itu adalah dari wang milik rakyat.

Anonymous said...

Salam pak aspan..
Sy sentiasa membaca penulisan datuk. Cuma sy masih keliru apa yg perlu kita buat sbg rakyat marhen utk kembalikn kegemilangan tampuk pemerintah negara?? Siapa yg harus berada d kerusi empuk PM mnggntikan najib yg sedia lemah??

Anonymous said...

salam hormat Tuan,

pohon yg patah akan tumbuh.benih baru juga tumbuh subur silih ganti generasi.sy suka letakkan percaya kepada generasi yang baru.

susah payah kita ajar berhempas pulas generasi kita, kita patut berani percaya pada mereka.

ia penting untuk negara , jangka panjang dan penyuburan budaya pemerintahan demokrasi.

penting juga untuk para induk induk perhati , nilai dan koreksi quality hasil tindakan mereka.

jika induk cuba belajar , koreksi , negara kita mungkin akan maju sekurangnya lebih dari average.

selagi tiada mudarat signifikan ,sy akan bangga jika anak anak berbudaya usaha bersungguh, walauapa pun hasil jangka pendeknya.


salam
sy

Anonymous said...

Elok dibubarkan sahaja parlimen dan diadakan PRU secara gentleman, biar rakyat menentukan. Kepemimpinan bukanlah hak mutlak pemimpin untuk menentukan siapa yg layak menjadi pemimpin. Masalahnya SPR juga bermain dgn politik memihak.

Anonymous said...

I think Aspan should be focusing on issues more than just allah issue alone. The real issue is the raping of the Malayan/Malaysia constitution. If you have read the article about Sabah, you would have known 4 decades of aggressive Islamisation on Sabahan native. Take a look at the census below

Religion in North Borneo - 1960 Census
Religion Percent
Islam 37.9%
Animism 33.3%
Christianity 16.6%
Other 12.2%

Religion in Sabah - 2010 Census
Religion Percent
Islam 65.4%
Christianity 26.6%
Buddhism 6.1%
Other 1.6%
No religion 0.3%

Aspan,
The agreement was that Islam must not be the state religion for sabah. The agreement called for no federal/state funds to be used for the development of mosque or propagation of Islam among Sabahans in Sabah. However, such scheme started by Mustapha under the tacit approval of Tunku (Tunku started Perkim). There are tons & tons of facts that Mustapha had abused his rights especially detention without trial on sabahans especially those who weren't muslim. This was done with both eye close by leaders especially Tunku.
The seed of destruction on Sabahan native has been sown with the Tunku TACIT support towards Mustapha. An UMNO frankenstein where in the 70s finally bare its poisonous fang against its tuans. Fast forward with Project IC where Sabah was flooded with illegal immigrants with legitimate ICs that carry the bumiputra title. The grand design of strenghtening the bumiputra has finally backfired.
Just Sabah alone, the most original natives are furious over the state of affair. Non muslim bumiputra that encompasses Kadazan Dusun Murut group that was once make up the largest group in sabah
relegated to 3rd class bumiputra. The original muslim sabah bumiputras see its rights being diluted with massive influx of instant bumiputras excarbated by none other Mahathir (once declared as an Indian while he was studying in singapore). Therefore such concerns on the encroachment into the so called the usage of Allah has irked our east malaysian brothers.
One can't just have 2 laws. One for East Malaysia & the other for west malaysia. As such, what lies ahead would be the split up of Malaysia resulting in Malaysia going bankrupt. Wouldn't it time for all affected parties especially the tuans in Malaysia to come down from high horses & stop this before getting worse

seorang rakyat said...

Salam Pak Aspan,

There's no denying we should think how to save the nation, and the nation should come first than politics or saving a party. History tells us, how monarchies were brought down by people either by revolutions or by political movements, and some of them saw the evil of feudal system therefore they resorted to socialism or communism, even though karl marx started it as anti thesis to capitalism but over the years it evolved into ideology. Also, communists sick of religion because monarchies used religion as a tool to suppress people, hence they banned practicing religion.

UMNO knows so well that in order to maintain grip on power as long as they possibly could, religious card seems to be not a bad idea at all, and true enough, every jumped on the bandwagon. What more it was started by a politician during a christmas celebration, of which provided a perfect platform for UMNO to championing religion regardless whether or not they practice what they preach. The kalimah Allah fiasco has been going on since then.

As I said, it's not about right or wrong for christians to use kalimah Allah, but it was a total political blunder on PR side and UMNO rode it very well though and it was a telling blow for PR in the last GE.

Bottom line, UMNO has thousands of issues individually or collectively, but when it comes to election, they malays will forget everything so long as UMNO knows how to leverage kalimah Allah issue. So expect a bleak future for the nation in years to come unless there is political will from both sides to change the fate of the nation.

Aspan Alias said...

seorang rakyat,

That was an excellent opinion coming from level headed person like you.

It's true that UMNO is expediently using Allah issue and as I have written in my piece PAS was pushed to the wall and was unable to defend itself against the tide that went strong against them during the GE especially from the rural folks.

If religious issue continues the way it happens now, UMNO will always on the advantage.

That is why I cannot stop regretting watching the Christmas message (speech) from the leader who started the issue went like wild fire in the rural constituencies.

They were slitting their own throats and I am in the opinion the party that leader leads will never be able to retrieve support from the Malays from now on.

Anonymous said...

Everyone can be sure that nothing of significant will happen without majority of Malays supporting it. This means if the country is to be saved, it is the Malays who must be driving it. If the country is goin down the drain, as it is happening before us then the Malays are totally responsible for whats happening. Of course the Malays will blame others. The Malays like we see in the Allah case blames the others for threatening them. What will happen can be predicted. We are going down. Everyone will suffer and since the Malays are the majority, they will suffer more. Blame the others...and so the merry go round while the country go up in smoke.

Eusof said...


I have been following Dap after 2008 general election as Dap was talking about parti berbilang kaum.

As a voter in Kuala Pilah i went back to KP almost every week to help PR encouraged by Mr AA.

Sadly things went entirely different way and I had to revisit all my famaly members and friends within my mother's neighborhood to get them back to BN.

We felt deceived by the sweet talks of all PR leaders, be it Dap or Pkr.

We strongly worked out to get BN to take back Ampangan through my in laws and close friends and we burnt night candles to make the reverse.

Once bitten twice shy as the adage goes. No Dap, no Pkr anymore bros.

The insult to us Malays were unbearable. Anyway no qualms for those who still want to be deceived again in the next election.

cheers

ahmadyaniDotCom said...

Mungkin selepas ini Malaysia boleh ikut cara pilihanraya negara yang ada presiden. Presidennya diundi lain. Cuma Malaysia kena buat lain sikit. PRU kena ada 3 peti undi. Undi Adun, undi Parlimen dan undi calon PM.

Sistem ketua parti yang menang, akan jadi PM adalah sistem manusia yang boleh diubah.

Ini cadangan sahaja yang mungkin boleh mengelakkan soal PM yang tiada wibawa ini.

Anonymous said...

Tuan AA,

Saya juga sependapat dengan Tuan dalam hal ini, satu agenda 'subtle' dan mungkin tidak terlampau untuk kita berpendapat bahawa wujud 'konspirasi' mengenainya. Isu ini diperbesar-besarkan untuk sentimen masyarakat melayu dan Islam yang akan menyebabkan keuntungan politik di satu pihak (anda semua tahu pihak mana).Timbul pula satu idea yang saya anggap lucu dan pemikiran yang bercelaru menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya Islam pula. Isu ini dilebih-lebihkan dan menjadi suatu polemik politik - yang saya khuatir 'break & rule policy' digunakan untuk mengalihkan fokus rakyat kepada isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Kita sepatutnya belajar dari sejarah dan cukuplah rakyat diperbodohkan untuk selama-lamanya, jangan kita nanti dipersalahkan oleh generasi akan datang. Saya amat yakin rakyat Malaysia sekarang sudah matang dan bijak serta tidak mudah termakan dengan mainan provokasi 'rasis' dan sentimen keagamaan. Semoga Allah selamatkan Malaysia dan rakyatnya!

Anonymous said...

Saudara ahmadyaniDotCom, saya sangat setuju.Biar rakyat yang tentukan kang kung negara..