29 January 2014

DSAI boleh selesaikan masalah PKR Selangor dari rumahnya sendiri

Jika masalah dan isu membesar kerana permasalahan parti dengan rakyat, mengadakan pilihanraya kecil mungkin cara yang terbaik untuk membetulkan dimana yang tidak betul. Tetapi jika masalah yang timbul itu adalah masalah ‘intra-party’ membawa semua pihak terbabit untuk penyelesaian masalah dalamannya adalah tindakan yang tidak baik. Apa yang berlaku di Selangor itu adalah masalah PKR sahaja, kerana ia tidak melibatkan mana-mana parti yang lain.

Maka seelok-eloknya PKR menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan melibatkan ahli-ahli parti mereka sendiri sahaja. Janganlah membawa pihak lain khususnya rakyat untuk terlibat sama, kerana rakyat di kawasan Kajang sememangnya telah memberikan mandat kepada PKR dalam pilihanraya yang baru sahaja berlalu. Hanya dalam PKR sahaja yang berlaku masalah di Selangor ini, maka memanggil pilihanraya kecil amat membebankan parti-parti komponen yang lain dan juga masalah kepada rakyat.

PKR telah memilih untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana masalah dalaman mereka dan ia tentulah melibatkan banyak pihak termasuk parti-parti komponen mereka dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PKR memanggil persidangan tergempar parti mereka sendiri dan tentukan apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu kepimpinan di Negeri Selangor itu. Ia lebih baik lagi penyelesaian dalam PKR Selangor itu di selesaikan oleh pimpinan dan ahli parti itu di Selangor sahaja.

Pimpinan peringkat tertinggi hanya berikan pandangan dan nasihat bagaimana cara untuk menyelesaikan isu sesama mereka di Selangor itu. Malahan pengerusi PKR Selangor itu adalah Timbalan Presiden parti itu sendiri. Jika Anwar menjadi penyelesaian yang baik untuk parti maka Anwar perlu bertindak menyelesaikan di antara dua orang pemimpin Selangor itu.

Tetapi Anwar mengambil langkah untuk menambahkan masalah yang tersedia wujud dalam PKR itu. Jika Anwar benar-benar mempunyai pengaruh dan kuasa terhadap pimpinan di bawah beliau, Anwar sepatutnya menyelesaikan isu dengan bersikap ‘magnanimous’ dan selesaikan dengan memberi formula terbaik untuk kedua-dua pihak yang berbalah itu.

PKR sepatutnya memberikan ‘muka’ sedikit kepada Timbalan Presidennya Azmin Ali dan menjaga kedudukan dan air muka Azmin sejajar dengan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti itu. Rakyat masih ingat betapa bertungkus lumusnya Azmin semasa Anwar dalam keadaan terhimpit selepas pemecatan beliau (Anwar) dari parti pada 1998 dahulu.

Tetapi Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah perlucutan Azmin dari Lembaga Pengarah PKNS yang setengahnya dikatakan dilakukan oleh Khalid Ibrahim itu. Sememang ada lojiknya jika pemecatan itu dilakukan oleh Khalid atau setidak-tidaknya Khalid membiarkan keadaan itu berlaku kerana rasa tidak gemar beliau terhadap Azmin.

Dalam pada itu beberapa kali Anwar telah menegur Khalid dalam beberapa isu pentadbiran Negeri Selangor dan jika Anwar mendapat kefahaman yang sebenarnya selepas itu, parti boleh mengambil tindakan terhadap Khalid kerana Khalid tidak pun berada di peringkat penentu dasar parti diperingkat tertinggi.

Sesungguhnya masalah dalaman PKR itu berpunca dari pemainan politik dalam keluarga Anwar sendiri. Khalid adalah pemimpin kesayangan Presiden PKR itu dan mengikut kaedah kepartian mentaati kepimpinan parti itu adalah baik. Tetapi Presiden parti tidak senang dengan kehadiran Azmin kerana Azmin adalah Timbalannya dan masih muda dan mempunyai masa depan yang lama untuk membina kepimpinannya dalam PKR itu.

Perpecahan Khalid dengan Azmin berpunca dari rumah Anwar sendiri dan sekarang ia telah merebak tetapi hanya dalam ‘parameter’ kepimpinan di Selangor sahaja. Justeru itu selesaikan dikalangan kepimpinan di Selangor sahaja tanpa membawa isu itu keperingkat nasional dan juga kepada parti-parti lain, DAP dan PAS yang tidak mempunyai masalah di Selangor itu. PAS tetap utuh dan DAP tetap aman dibawah kepimpinan baru parti itu di Selangor.

Jika ‘ayam kita naik kerumah dan berak diatas lantai rumah kita, ia perlu dibersihkan dimana tahi ayam itu terletak’ untuk menjaga kebersihan lantai rumah itu. Tidak payahlah membasuh seluruh lantai yang luas itu kerana cebisan tahi ayam dan kecil yang terletak diatas lantai itu. Tidak perlu membasuh seluruh rumah untuk menyelesaikan secebis tahi ayam itu.

Jika Anwar mampu memberitahu Datin Seri Presiden yang tinggal serumah dengannya untuk menasihatkan Khalid dan beliau pula menasihatkan Azmin, maka tidak perlu dilakukan tindakan meletakkan diri sendiri menjadi penyelesaian terhadap isu yang berbangkit ini. Jika selesai pun masalah Azmin dengan Khalid ini dengan meletakkan diri beliau ditengah-tengah, akan timbul pula masalah lain yang mungkin lebih merumitkan semua pihak.

Sekarang agak sudah ramai rakyat Selangor yang takut jika Anwar jadi Menteri Besar kerana beliau bukan anak Selangor. Takkanlah oleh kerana masalah yang berpunca dari rumahnya sendiri itu terpaksa rakyat Selangor mendapat kepimpinan dari Pulau Pinang pula. Ada setengah yang terlalu terpengaruh dengan kata-kata Karpal Singh telah pandai berkata yang Anwar hanya boleh menjadi MB Selangor ‘over my dead body’, dan berbagai-bagai lagi.

Kita tidak boleh lupa Azmin mempunyai pengaruh besar dalam politik pembangkang di Selangor dan Khalid pula mendapat sokongan dari rakyat biasa kerana rekod kecemerlangan beliau mentadbir Negeri Selangor yang telah menunjukkan perbezaannya dengan pentadbiran negeri sebelum beliau itu.

Penyelesaian di Selangor ini boleh di selesaikan di rumah Anwar sendiri. Beliau hanya perlu bercakap dan berunding dengan baik dengan Datin Seri Presiden di rumah sahaja kerana Datin Seri Presiden tinggal bersama dengan beliau dirumah dan bilik yang sama.

Sepatutnya di satukan kedua-dua mereka yang berbalah ini daripada mengambil tindakan penyelesaiannya dengan menawarkan diri sendiri yang ‘tidak lekang dari banyak masalah’ yang lain.

22 comments:

Anonymous said...

kecemerlangan beliau mentadbir Negeri Selangor yang telah menunjukkan perbezaannya dengan pentadbiran negeri sebelum beliau itu?????/ BIAR BETUL.

Anonymous said...

Selangor cemerlang bawah khalid?? Cemerlang dlm menghalau melayu, sebab tiada rumah kos rendah lagi. Dulu melayu selangor beli rumah pkns. Lepas PR ambik selangor...melayi anak cucu berhimpit duduk rumah flat. Rumah utk org cina berlambak...juta juta harga. You tak faham hidup melayu kat selangor, dah tua, so semua dah dpt.

Anonymous said...

Kebanyakkan rakyat tidak nampak hikmah disebalik pencalonan Dsai sebagai calon Adun kajang.Kita hanya mampu membuat telahan 99% benar atau sama sekali telahan tidak bertepatan dengan apa yang berlaku trtapi janganlah menafikan hak rakyat kajang untuk menikmati segala projek-projek segera dari parti pemerintah persekutuan putrajaya umno bn demi menidakkan kemenangan Dsai sebagai ketua pembangkang sebagai Adun Kajang.Mungkin perbelanjaan yang diumumkan akan melebihi dari perberbelanjaan pada prk sebelum ini melibatkan puluhan juta malah mungkin berbilion ringgit seperti diumumkan dalam bajet umno bn.Rakyat kajang pun berhak membeli jualan gula pada harga rm1 sekilo, mereka juga berhak mendapat projek mee segera seperti prk ditempat lain.Mungkin kali ini rakyat kajang akan mendapat petua dengan memakan sayur kangkung akan mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan boleh meningkatkan tenaga sex mereka.Jangan pula ada provokasi mengantungkan replika botol molotov cocktail disebabkan isu agama dan bangsa yang sedang panas berlaku sekarang.Walaupun kemenangan diperolehi oleh umno bn belum mampu menukar parti PR yang sedang berkuasa di negeri selangor hanya dengan 1 kerusi DUN tapi kita kena hormat dengan pendapat mantan PM kita Tun Dr.Mahadir bahawa walaupun dengan kelebihan 1 undi beliau tetap menang jua dalam pemilihan perwakilan umno.

Amuraria said...

macam anak toyol tadbir selangor dulu wo ! cabut gigi saja boleh buat banglow berjuta daa,padayang tak paham ! ABU !

seorang rakyat said...

Salam Pak Aspan,

It doesn't matter how hard Rafizi Ramli tries to explain the move of putting DS Anwar to contest in the state seat of Kelang after the incumbent was deliberately asked to step down to give way to his boss, many a man views that was a wrong move to get rid of TS Khalid. Yeah probably Rafizi is giving plausible reasons as part of strategy to face the BN's onslaught, but politics is not only about strategy. Politics is what people perceive, and too much politicking will sink you down to the bottom. When DS Anwar attempted to mingle around with Selangor affair, his proponents in PR have raised their eyebrows. His partners are speechless of his latest move, and what ordinary people who supported PR in the last GE think.

Perhaps TS Khalid is not a pure politician who inadvertently joined politics, but rather he is of a technocrat who tries his best to better serve the people and he puts himself accountable for the people, not his party that he represents. DS Anwar and Azmin Ali, being former hardcore UMNO members for years failed to influence TS Khalid into dispatching some money for the party use. Therefore, these two ex UMNO hardcores would try their best to unseat TS Khalid on whatever cost would be, simply because TS Khalid will not succumb to them.

What do we call someone who said he would leave politics after GE but he did not keep his words?

Well, he is a real power monger, yes, he really is.

Anonymous said...

Salam pak aspan

‘ayam kita naik kerumah dan berak diatas lantai rumah kita, ia perlu dibersihkan dimana tahi ayam itu terletak’

Sebab tu melibatkan kajang sahaja. Tidak seluruh selangor. Kajang itulah 'tahi terletak' dari segi taktikalnya..

MSO dan ZAM memberikan 'bacaan' yang lebih dalam.

kueh

Jason Mah said...

Selangor boleh...seluruh warga tua Selangor mengucap ribuan terima kasih atas sedekah voucher Giant supermarket $100 dari kerajaan negeri Selangor.

Anonymous said...


Agaknya orang Selangor sudah pupus kepimpinannya. Itu pasai depa panggil orang kami dari Penang untuk memerintah.

Gila punya pemimpin dalam parti aku ni...

bat8 said...

Tuan,

Pada saya isu yang dihadapi oleh PKR Selangor adalah amat besar. Masaalah ini mungkin me jejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhan sekarang dan untuk menghadapi PRU 14 nanti. Itu bacaan saya dengan tindakan yang dilakukan oleh DSAI ini.

2. Ancaman yang dihadapi ialah kerana ada individu tertentu yang mengidam hendak menjadi MB dan bersedia dengan logistik yang agak besar untuk mencapainya sejak s3kian lama. Stage telah terbuka dengan isu kemelut lembaga pengarah PKNS baru-baru ini.

Isu Khalid tidak memberi dana politik kepada parti bukanlah isu besar dan boleh diselesaikan dengan mudah. Sebenarnya Khalid sudah memudahkan keperluan dana untuk ADUN-ADUN dari semua parti politik dengan meneruskan kenaikan gaji ADUN-ADUN tetapi membekukan kenaikan gaji Exco dan speaker.

3. Apalah jawatan MB Selangor bagi DSAI berbanding jawatan PM yang diidamkannya. TMI hari ini menyiarkan berita Dato Najib akan bert3mu penyokongnya malam ini bagi menghadapi acaman dalaman yang sedang beliau hadapi sekarang yang berusaha untuk menuru kan beliau dari jawatan PM.

4. Perletakan jawatan oleh ADUN untuk memberi laluan kepada orang lain bertanding atas apa sebab pun bukan perkara baru. Kedua-dua belah pihak telah melakukan.

Jika alasan hendak kita persoalkan, lebih banyak lagi kebejatan yang dilakukan oleh UMNO/BN yang benar-benar menekan rakyat yang boleh kita bincang dan mencari jalan sepakat untuk menghadapinya.

4. Politik tidak seperti exact science. Untuk menghasilkan sesuatu yang spesifik kita kena ikut dengan patuh beberapa hukum-hukum tertentu. Kalau demokrasi di Malaysia ini diamalkan sebagaimana exact sci3nce ini, tidak adalah UMNO bersultan dimata dan beraja dihati!

anti-retorik said...

Pak Aspan
Telahan Pak Aspan kurang mendalam....

Sheikh Najib Wasatiyyah Al Tantuya said...

lebih bagus DSAI berada di Selangor.biar bertambah jahanam UMNO/BN Selagor.

Anonymous said...

Maafkan saya tuan aspan..juga dato mb khalid....yg kekwat perangai n punca kemelut tu ialah sikap s/usaha politik mb,org sijangkang tu..(bekas bau2 stokin dgn saya). Yb asal klang gate juga agak langsi dgn juak2nya. MB khalid bnyak tolong kami,kecewa isu mcm ni berlaku... MB khalid bukan politician yg licik mcm anwar n azmin. Beliau pentadbir. S/usaha mb lebih sudu dr kuah. Siapa yg kenal..mrk lebih tau...

Anonymous said...

Orang Batu Pahat tawan Penang. Orang Penang yang kalah di Penang cuba nak tawan Selangor pula kerrana nak cari tempat berlindung. Org Selangor pula akan diperbodohkan.

Akhirnya mampus orang semua dek kelakuan Anwar. Lepas Anwar, Anwar lagi. Lepas itu Anwar lagi membawa masaalah.

Anwar dan mahathir sama-sama pembawa masaalh kepada kita....rupa=rupanya darah mereka sama.

Anonymous said...

Apa kata kalau Tdm lawan Dsai dun Kajang, lagipun ada yang meminta dia kembali ke putrajaya.Inilah masanya Tdm kembali dengan cara demokrasi.

looes74 said...

Huh, orang penang tawan? Which one?

Anonymous said...

Sdr Aspan,
AP atau ADUN letak jawatan untuk diadakan PRK ini, dipelopori oleh UMNO ketika hendak menjadikan Noh Omar (kalau tak silap ingatan), sebagai MB Selangor satu ketika dahulu. Masa itu Mahathir adalah PM. Jadi, bukanlah satu perkara yang janggal dan, pihak UMNO mahupun SPR tidak perlu memberikan kupasan yang tidak selari dengan kes disebutkan tadi. Cuma dalam isu mengadakan PRK di Kajang ini, tidak diketahui apakah muslihat yang sebenarnya. Andaian-andaian yang diperkatakan selama ini, mungkin adalah diantaranya, tetapi mungkin juga tidak.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,
Pandangan saya ini masalah yg tak akan berkesudahan sebab 'enau dlm belukar tak dapat melepas pucuk'. Mula2 pulas telinga sebab tak dpt tanduk. Skrg ni pulas tanduk. Sikit hari lagi pulas tengkuk lah pulak. Ini semua sebab makan tak kenyang, mandi tak basah dan makan pun tak kenyang. Tak pasal2 melecet tempat tak gatal dibawak bergaru.

Anonymous said...

umno bn tak perlu gusar dalam hal ini kerana sejak dari dulu umno bn pernah melakukan di (borneo dan malaya) perkara yang sama seperti yang berlaku di dun kajang.

TDM patut duduk diam-diam kerana sejak dari dulu telah membuat gerakan menguling, menurunkan dan menghalang bakal2 pm dan 2 PM selepas dia.Isu tidak dapat menjadi PM jadi KM pun jadilah seharusnya TDM memikirkan tentang anaknya sendiri yang sedang menjawat jawatan KM.Bukankah TDM suka mengata orang lain tapi sebenarnya membuka pekungnya sendiri.

akulah69 said...

Itu adalah strategi. Umno pun penah buat cam tu masa nak menggantikan mat taib ketika krisis dgn sultan. Parlimen n DUN lagi. Itu strategi. Kita org luar boleh kata isu khalid n azmin boleh selesai atas katil ttpi saya yakin pkr mempunyai perancangan tertentu yg boleh memberi impak yg besar kpd selangor khususnyer.

Anonymous said...

Rampasan kuasa -bayangkan masa DSAI jadi PM, bila ada masalah di tiap2 negeri di Malaysia, dia akan cari satu kambing hitam suruh letak jawatan dan dia tanding jadi calon di tempat tu semata2 nak jadi MB/Ketua Menteri. 1Malaysia Anwar punya. Mcm tanam kangkung tepi kolam, alih2 kolam penuh kangkung

Jengjejang.........

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Tindakan PKR meletak jawatan kerusi DUN Kajang, kemudian mencalunkan Sdr Anuar bertanding semula kerusi berkenaan menampakkan ada kecetikan pemikiran dan teologi terhadap pemimpin PKR. Membuang masa, wang rakyat,mengusutkan keadaan setempat(walaupun seminggu dua) kerana kerusi MB dan untuk memuaskan nafsu berkuasa satu dua kerat (pemimpin?) dalam haraili PKR bolih menyebabkan rakyat MUA dengan kelakuan ini. Sedarlah mereka yang menerajui PKR masa ini asal usul kamu,janganlah kamu terbawa2 budaya UMNO dalam PKR kerana budaya inilah yang rakyat hendak hapuskan. Percayalah jika budaya ini terus kekal dalam pemimpin PKR sekarang, PKR tidak akan kekal lama. Belajarlah dari saudara2 mu dalam PR yg telah/lebih berpengalaman dalam tendang terajang politik kroni ini. Jangan kita rasa kita cukup bagus apabila hujah2 kita sentiasa mendapat tepukan dari rakyat. Berundurlah, walaupun Srd ditahap tertinggi kerana tuan tidak dapat mengubah persepsi rakyat dengan ada sebahagian sahaja penyokong daripada parti tuan. Tolihlah kebelakang, lihatlah tapak2 jejak tuan2 samada ianya disukai olih pengikut2 tuan. Janganlah menjadi UMNO kerana menjaga kedudukan ketua2, parti dan negara punahranah. Berubahlah, sebelum ianya PUNAH.

Anonymous said...

Wamma karu wamma karuallah ..anwar boleh rancang apapun ...Allah swt yg menentukan ..sama2 kita tengok insyaallah ..