27 January 2014

Siapa yang beruntung jika isu Allah ini memporak perandakan negara?

Dua butir ‘Molotov Cocktails’ telah dilemparkan kedalam kawasan gereja dijalan Farquhar di Pulau Pinang pagi tadi dan ini adalah satu kejadian yang sangat menakutkan kepada siapa yang ada agamanya dan yang menghormati undang-undang serta memahami keadaan hidup dalam negara berbilang kaum dan agama. Telah dikatakan tindakan dua orang diatas motorsikal membaling ‘Molotov cocktails’ ialah kerana rentangan kain digereja yang menggunakan nama Allah itu.

Negara ini seolah-olah sudah tiada undang-undang lagi dan seolah-olah kita tidak ada kerajaan yang memimpin kita lagi. Kita sekarang bukan sahaja tidak ada siapa yang mentadbir kita, rakyat yang ramai pun sudah tidak mengindahkan hidup beragama dan bermasyarakat berbilang kaum. Tiada siapa yang takut dengan undang-undang semata-mata telah dibudayakan dalam kepimpinan kerajaan yang undang-undang itu hanya untuk siapa yang hendak dipersalahkan sahaja.

Siapa yang melakukan kerja hina ini wajar ditahan dan dihadapkan dihadapan pengadilan Mahkamah dengan serta merta kerana kejadian ini boleh merebak dan akan tidak dapat dikawal lagi. Ramai diantara kita tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah. 'Di mana bumi dipijak disitulah langit yang kita junjung'.

Rakyat ada hak untuk hidup aman. Kenapa politik begitu zalim terhadap rakyat kerana isu yang menyebabkan kejadian ini adalah isu politik dan bukannya agama. Ia bukan isu agama kerana Allah itu adalah Tuhan semesta alam dan nama Tuhan ini telah diguna pakai dimana-mana diseluruh dunia ini. Kenapa isu ini menjadi besar dinegara ini pun tiada siapa yang boleh menentukan penyebabnya selain dari isu politik.

Sebelum kita berjuang untuk agama elok masing-masing bertanya kepada diri sendiri, adakah kita sebenarnya memahami tentang agama yang kita masing-masing anuti sekarang ini. Bagi mereka yang benar beragama dengan sesungguhnya keadaan ini tidak akan berlaku kerana jika masing-masing beragama kita akan hidup dalam keadaan tenang dan sejuk jiwa.

Blog ini pernah mencadangkan supaya dihimpunkan semua alim ulamak fiqh dan tasawuf yang muktabar dari seluruh dunia untuk membantu usaha kita menjaga keamanan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama ini. Jangan pula dianggap tindakan itu merupakan tindakan kuasa luar masuk campur dalam negara kita, kerana agama tidak mempunyai sempadan geografi atau politiknya. Agama itu universal dan jika dilakukan himpunan untuk menyelesaikan masalah ini ia adalah satu tindakan yang proaktif bagi kerajaan hari ini.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan mencegahnya. Diharap tidak ada pihak yang sengajakan membesarkan isu ini untuk digunakan untuk politik sesuatu pihak kerana sejarah negara ini membuktikan yang setengah pihak amat menyukai keadaan ini berlaku untuk menjadikan alasan untuk memperkuatkan kedudukan politik mereka.

Ada pemimpin negara ini yang berkuasa disebabkan keadaan yang tidak menentu dan merbahaya dan keadaan merbahaya ini mungkin sengaja dilakukan untuk tujuan dan matlamat itu. Apa yang berlaku di Pulau Pinang semalam, ‘accountability’ nya wajar diambil tindakan oleh Kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab tentang keselamatan negara. Jika ia gagal diselesaikan dengan secepat yang mungkin, Menteri yang bertanggungjawab mesti mengambil ‘accountability’ terhadap apa yang berlaku ini.

Jika Menteri dan Kementerian yang bertanggungjawab tidak mahu mengambil ‘accountability’ ini maka seluruh kerajaan wajar meletakkan jawatan kerana isu ini perlu diambil alih oleh orang lain. Pemimpin itu wajar yang tidak dipersepsikan sebagai pemimpin yang tidak selalu menggunakan sentimen perkauman dan agamanya tanpa hala tuju.

Sementara itu orang ramai yang terkejut dengan kejadian ini berharap pihak Polis akan dapat menjalankan penyiasatan dan membawa pelaku jahat itu kemuka pengadilan secepat yang mungkin.

Kita mahu tahu siapa dalang disebalik kejadian ini. Itu sebabnya saya selalu berkata jika kita dipimpin oleh mereka yang ‘desperate’ untuk mengekalkan kuasa dan berhadapan pula dengan mereka yang ‘desperate’ untuk mengambil alih kuasa itu, pasti akan membawa negara ke kancah yang aib seperti ini.

Mangsanya bukan pihak lain tetapi kita rakyat yang ramai-ramai ini. tetapi akhirnya kita akan tahu juga siapa dan pihak mana yang mendapat keuntungan daripada isu yang sangat sensitif ini.

23 comments:

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Kita bukan akhirnya akan tahu pihak mana yang mendapat keuntungan daripada isu ini, tetapi memang dah tahupun. Mungkin pihak yang akan beroleh keuntungan itu bukanlah penganjurnya, tetapi amat menyenangi akan perbuatan oleh juak-juaknya itu. Pihak itu tidak berminat untuk diwujudkan suasana harmoni diantara berbilang kaum dan agama rakyat di negara ini, kerana jika suasana menjadi aman seperti diidamkan berlaku, maka pihak itu ketandusan isu untuk kelangsungan survival politiknya. Dasar yang diamalkan adalah 'devide and rule', dalam keadaan aman pun akan dicipta isu-isu supaya suasana menjadi tidak tenteram. Kemudian muncullah pihak itu untuk menguasai keadaan, kononnya.

Anonymous said...

Pak Pan,

Saya tak setuju dgn tindakan ganas tersebut.

Saya juga tak setuju pihak gereja gunakan perkataan Allah.

Ya betul ia isu politik bukan agama, Pak Pan pun setuju kan.

Kalau ia bukan isu agama mengapa pihak gereja beria-ia nak guna perkataan Allah?

Mereka bukan tak tau Melayu (belum tentu Islam) tak suka mereka guna perkataan tu tapi berkeras juga nak guna... apa tujuannya.

Ada niat lain ke?
Tak boleh ke beralah..
Melayu jenis ne tengah mengelegak kepanasan takut hilang kuasa, pihak gereja tambah lagi minyal dan api, bagus la.

Berpolitik la cara matang.. jangan ikut rentak mereka.

Perkataan Allah tak ada dalam agama mereka. Tak payah lah nak provok???

Ini kes sama2 bingai, tak ke begitu Pak Pan.



Anonymous said...

Tuan AA.
Secara umum amatan saya kelakuan provokasi agama yang telah berlaku di Penang itu merugikan semua rakyat, agama dan bangsa2 Malaysia.

Dua manusia yang melakukannya itu boleh diandaikan dengan pelbagai pengaruh2 luar dari orang politik/parti politik/NGOs/individu yang seronok sendiri/individu tidak berakal, dan yang paling diserami individu yang berkuasa/individu dari pemerintah yang berkuasa yang telah hilang panduan dan tidak kenal lagi kehidupan bertamadun.
Kalau tuan mencadangkan tangkapan dan penceghan dibuat segera sememangnya patut dilakukan dan sangat dipersetujui. Tetapi siapa? pasokan keselamatan/jabatan undang2 yang mana? yang kena bertindak? Saya melihatnya semua mereka sudah hilang panduan, kena tunggu arahan, tidak boleh berfikir bertindak sendirian dan bebas mengikut amalan rule of law.

Jalan keluar dengan sistem yang sudah rosak sekarang, adalah "ubah pemerintahan dan lucutkan kuasa UMNO/BN"

tebing tinggi said...


Bepuloh tahun malah sejak wujudnya penganut ugama selain Islam , Umat islam/Melayu, tidak pernah mengangu gugat orang lain untuk berugama ,sehinga Ugama Islam itu digangu.

Adakah adil yang digangu, saolah-olah dipersalahkan pulak sekarang apabila ianya membantah kerana digangu, yang memulakan ganguan sekarang saolaholah menjadi mangsa.
Manusia menjadi buta kerana pengaroh dan kebenchian.

Kobou Den pon tahu ,kalau itu kawasan kobou lain ,takkan digangu nyo.

Anonymous said...

Org yg cakap "Allah utk Islam sahaja" mmg bodoh la.
Org ARAB guna Allah utk God. Bila diorang belajar bahasa English, diorang translate Allah kpd God dan Arab sama ada non Muslims atau Muslims semua guna Allah sbb Allah tu pkataan bahasa Arab.
Diorang tak pernah pun ada issue pasal ni. Jgn ingat "ilah" ataupun "Rabb" Tuhan dalam bahasa Arab. Ilah tu digunakan utk god of many gods sahaja. Rabb tu LORD dan dlm bahasa Melayu sepatutnya jadi Tuan, bukan Tuhan. Allah digunakan utk single deity.
Kalau you tengok God in different languages pun bahasa Arab ialah Allah dan kadang2 diorang buat note jugak yg ilah = god of war, god of love, god of fertility, Amon-Ra or any other polytheistic or pagan god.
Takde pulak Arabs marah berebut perkataan Allah sbb diorang tau yg Allah tu perkataan Arab.

Malaysia yg sibuk nak berjihad perang dgn non Muslims yg nak guna Allah kat Malaysia ni pun nak berperang dgn Arab non Muslims jugak ke?

Unknown said...

Benarkah orang Kristian yang menggantung kain rentang tu?
Benarkan orang bukan Islam telah mencabar orang Islam? ...
Kenapa tiada tindakan terhadap orang yang menggantung kain rentang tu?
Kenapa tiada agensi mengambil tindakan terhadap orang yang membaling molotof tu?
Dari mana datangnya molotof tu?
Mungkinkah seorang rakyat biasa memiliki molotof ni? ...
1001 pertanyaan yang harus dijawab dan diperjelaskan.
Siapa yang sentiasa melakukan provokasi dan tidak diambil tindakan oleh POLIS?
Berfikir secara waras, insyaallah kita akan memperolehi jawapan. Kalau tidak, solat sunat di waktu malam dan minta petunjuk dari Allah swt. Jangan jadikan diri kita munafik maupun fasik. Kepada Allah swtlah, kita memohon pertolongan dan pencerahan. Berfikir secara sentimen hanya akan merugikan kita malahan merosakkan nama Islam itu sendiri.

bat8 said...

Yang herannya mengapa begitu hangat kat penang je. Tempat lain tak kisah ke. Kat perak ke johor ke. Menjadi keheranan pulak....

Anonymous said...

Kita dengan agama kita dan mereka dengan agama mereka.Jika kita yakin bahawa amalan agama kita akan membawa kejalan benar dan syurga maka kita tingkatkan amalan dan hentikan permusuhan.Kita pihak yang benar dan mereka adalah puak kafir, buat apa diganggu jika hati mereka belum terbuka, mereka juga ciptaan Allah sekelian alam, hanya ketentuan allah yang berhak membukakan hati mereka menerima kebenaran.Pengunaan kalimah Allah adalah cara mereka masuk neraka pun kita buat-buat sibok sampai isu yang lebih penting untuk negara diabaikan.

Anonymous said...

Anon 17:44 komen yg bernas. Ibarat orang islam yg mahu berjihad di Bali, dibomnya mat salleh yakni orang kafir tapi saudara islam yg turut bersukaria di kelab terbunuh sama. Jihad kita hanya terhadap orang kafir yang memerangi islam dan orang islam. Non muslim guna perkataan Allah itu memerangi islam ke? Jangan sampai tertulis di buku kita mbunuh orang kafir yg tak bersalah, atau mganiaya orang kafir yg tak bersalah. Doa orang kafir juga dimakbulkan Allah swt. Orang kafir juga ciptaan Allah cuma mereka tersesat, maka tugas kitalah tunjukan mereka jalan yg lurus. Macam mana nak berdakwah? Kalimah Allah pun berebut. Aduhhhh! Jauhkan lah aku dari pemimpin dan pihak yg zalim, masuk neraka weh bila kita cenderung pada pihak yg zalim, bayangkan bogel2 kat padang mahsyar tu nanti kita dihukum, disebut kita myokong pihak yg zalim. Wallahualam.

Anonymous said...

Anon 17:44 komen yg bernas. Ibarat orang islam yg mahu berjihad di Bali, dibomnya mat salleh yakni orang kafir tapi saudara islam yg turut bersukaria di kelab terbunuh sama. Jihad kita hanya terhadap orang kafir yang memerangi islam dan orang islam. Non muslim guna perkataan Allah itu memerangi islam ke? Jangan sampai tertulis di buku kita mbunuh orang kafir yg tak bersalah, atau mganiaya orang kafir yg tak bersalah. Doa orang kafir juga dimakbulkan Allah swt. Orang kafir juga ciptaan Allah cuma mereka tersesat, maka tugas kitalah tunjukan mereka jalan yg lurus. Macam mana nak berdakwah? Kalimah Allah pun berebut. Aduhhhh! Jauhkan lah aku dari pemimpin dan pihak yg zalim, masuk neraka weh bila kita cenderung pada pihak yg zalim, bayangkan bogel2 kat padang mahsyar tu nanti kita dihukum, disebut kita myokong pihak yg zalim. Wallahualam.

Anonymous said...

Setelah dipertontonkan bahawa UMNO yg suka melanggar peraturan dan undang2 selama ini, memberi tauladan kpd pihak lain juga untuk mengikut jejak itu. Begitu juga dgn perjanjian dan manifesto yg mereka sendiri buat, tetap dilanggar juga. Peraturan dan undang2 yg dibuat pula dlm 2 versi berbeza, menjadikan rakyat tertentu bertambah keliru. Semua isu hendak dipolitikkan, termasuk keputusan mahkamah jika tidak memihak kpd mereka. Penasihat2 mereka mestilah patuh kpd mereka, jadi terbalik pula, jadi apakah nilai dan tujuan nasihat itu?

Anonymous said...

Akidah manusia sama sekali tidak boleh dibuat modal politik.Allah sentiasa memberi petunjuk kepada umatnya tapi mampukah umatnya mengetahui segala petunjuk dari yang maha kuasa.

Anonymous said...

Takpe, bathil PASTI kalah.


Orang Surau Rawang

bumi-non-malay said...

Biasalah perbuatan begini....apa bezanya diantara apa yang berlaku di Penang dengan Terrorist UMNO-Sulu-Abu Sayaf yang sering tembak menmbak kat Lahat Datu dan Tawau? Sabah? ... Rakyat belum takut lagi....Hanya Allah Yang AKAN Jatuhkan ekonomi Negara Malaysia boleh takutkan warga Malaysia untuk Gulingkan Kerajaan Serta Merta....Allah ada mata....

Anonymous said...

Jangan diikut mentaliti kerajaan pimpinan umno yang tidak mampu berfikiran jauh dan matang dalam isu agama ini.Dakwah islam seharusnya dilihat dalam kontek yang lebih besar lagi, tindakan kita ini hanya akan memberi gambaran dan kesan negatif kepada imej islam dan akan akan menyukarkan dakwah saudara seislam didunia global.Kita bangga setiap hari dinegara majoriti bukan islam ada saudara baru dalam islam tapi keadaan ini mungkin tidak sama pada masa akan datang kerana tindakan-tindakan menekan penganut agama lain inilah yang akan menyukarkan lagi dakwah islam saudara-saudara dalam islam dinegara lain.

Unknown said...

Zaman Adolf Hitler sehingga Komunisme, seluruh dunia mengecam atas kekejaman dan kezaliman.
Dunia sekarang, kematian berpunca dari isu keagamaan tak berhenti-henti..apa puncanya?
Ini semua sebab politik tamak kuasa dan dollar amerika.

Mat said...

Saya tak setuju serangan terhadap gereja ttp Kristian janganlah melampau sangat sengaja mencari pasal. Padahal semua dah maklum perkara ni sangat sensitif. Mohon kerajaan mengambil tindakan kepada kedua-dua pihak. Samada pihak gereja mahupun pihak serangan.

Anonymous said...

Saya berharap agar individu-individu yang bertanggungjawab melontar 'Molotov Coctails' ke mana-mana rumah ibadat dikenakan hukuman yang berat. Ini adalah kerana provokasi bodoh seperti ini boleh mengakibatkan berlakunya ketegangan antara agama dan seterusnya boleh memporakporandakan negara jika berlakunya pergaduhan antara agama. Mana-mana agama sekalipun tidak menganjurkan para pengikutnya bertindak secara tidak beretika dan tidak bertamadun seperti ini terhadap tempat-tempat ibadat lain-lain agama.

Anonymous said...

Anon, 27 January 2014 17:44:00 GMT+8

Islam tertegak dengan kebijaksanaan..

Yang tak bagi guna perkataan Allah tu Melayu..yg belum tentu Islam.

Mereka tak suka orang kristian guna perkataan Alam kerana alasan tertentu mereka yg mungkin tiada kaitan dgn Islam.
Alasan mereka Melayu tak suka.

Yang kristian nak guna sangat perkataan Allah tu kenapa???

Lain la kalau dalam agama kristian memang menyuruh begitu.

Jangan taksub sgt mengikut atau menentang kerenah mereka.

Kalau kristian tak guna perkataan Allah mereka jadi mati atau papa ke???

Anonymous said...

Pak..

Tengok bende jadi kat mana pon da boleh agak sapa daat habuannya...

Penang...Selangor...

2 negeri ni da x boleh tembus pakai bahasa orang jahil...maka bahasa yg depa pakai adalah bahasa agama dan bangsa...they keep thnk that rakyat in both negeri stupid..

Kdn said...

Apa pun, biarlah pihak yang berkuasa dengan ikhlas dan jujur, cari siapa yg pasang kain rentang tu dan biarlah pihak yang berkuasa secara ikhlas dan jujur, cari siapa yang melontar molotov tu. Bukan setakat tu sahaja, tanya mereka siapa suruh buat atau mereka sendiri nak buat. Heret mereka ke mahkamah dan Hukum ikut undang undang yang sediada. Diharapkan keikhlasan, kejujuran dan integriti pihak berkuasa masih mantap di Malaysia.

Anonymous said...


Tuan AA,
Maaflah setahu aku tak pernah dengar dari Al Quran atau Hadith Rasul yang melarang orang kafir mengguna nama Allah, dan kemudiannya menyarankan umatnya memerangi orang yang mengguna nama Allah itu...

Anonymous said...

Anon 29 January 2014 10:07:00 GMT+8 : Kalau dari dahulu tak pernah larang dan sekarang baru ada larangan itu tandanya larangan itu cuma ada dalam Al kitab politik sahaja.