15 August 2008

Zahid Hamidi berang

Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran GPMS yang diadakan di Dewan Intekma, UiTM Khamis lalu melihat ucapan panas Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran jangan diajak orang Melayu mengamuk.

Saya mengetahui program ini diadakan melalui laman web agenda daily yang saya baca.

Zahid berucap di hadapan para pelajar UiTM berhubung dengan isu yang dicetuskan oleh Khalid Ibrahim yang meminta UiTM memberikan 10% tempat di universiti itu kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Isu ini memang satu isu yang sangat membebankan pemikiran ramai termasuk saya sendiri, sebagai seorang bekas penghuni dan pelajar di kampus UiTM itu.

UiTM memang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak tentang keunikan kedudukannya kerana ianya wujud atas premis Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Bumiputra sebagaimana yang termaktub di dalam Pelembagaan Persekutuan.

Perasaan marah kepada pihak-pihak yang cuba untuk melacuri keistimewaan UiTM memang kuat dan cadangan Khalid Ibrahim itu patut ditolak dengan apa cara sekalipun, 'waimma' dengan amuk yang disebut-sebut oleh Zahid itu.

Tetapi kenapakah orang bangsa asing serta orang yang bersekutu dengan pemikiran kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini berani menimbulkan isu-isu seperti ini secara terbuka?

Kenapa dahulu tidak timbul isu ini? Kenapa dulu orang bangsa asing sendiri menerima kedudukan istimewa orang Melayu di dalam negara ini?

Kenapa dulu Samy Velu menerima hakikat bahawa orang Melayu begitu bersopan-santun dan bertoleransi yang tinggi?

Kenapa sekarang mereka bercakap secara terbuka mempersoalkan hak keistemewaan orang Melayu?

Tentu ada sebabnya…yang kita sendiri wajib membuat introspeksi diri serta memandang ke dalam diri kita sendiri dahulu sebelum kita nak ajak orang mengamuk.

Saya telah banyak menulis tentang isu ini di dalam blog saya setahun yang lalu.

Sebab yang nyata ialah kerana kelemahan kita yang mempunyai pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak dihormati oleh rakan-rakan daripada bangsa asing seperti Zahid itu sendiri.

Pemimpin UMNO tidak dipandang tinggi lagi kerana imej mereka yang rendah disebabkan rasuah dan salahguna kuasa dan banyak lagi yang telah kita semua sebutkan acap kali.

Apabila nampak sahaja pemimpin UMNO terbayang imej rasuah, lemah pemikiran, mudah diajak berunding untuk kontrak-kontrak besar.

Pemimpin-pemimpin ini akan menerima habuan wang ringgit sebagai persediaan untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO dan sebagainya.

Nampak lagi seorang pemimpin UMNO terpampang pula imej berkereta besar yang ansuran bulananannya dibayar oleh taukeh-taukeh Cina dan India.

Pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang boleh berbuat apa jua kesalahan sekalipun tetapi terlepas daripada hukuman kerana semuanya boleh ‘disettlekan’ dengan kuasa yang ada pada mereka.

Pemimpin-pemimpin Melayu kini adalah pemimpin yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kalau nak dengar pemimpin yang berpidato panas tentang isu UiTM dan sebagainya carilah pemimpin lain…bukannya Zahid Hamidi, Reezal Marican, Nanaaaa Merican dan orang-orang sejenis ini.

Orang ramai akan ketawa besar…kerana mereka ini adalah daripada kumpulan pemimpin UMNO yang sekarang dianggap sebagai barangan ‘reject’. Siapa yang nak dengar?

Kalau tidak masakan UMNO hilang banyak kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini.

Itulah sebabnya ramai ahli UMNO termasuk diri saya meminta semua pihak untuk perkuatkan UMNO dengan mencari pemimpin dan barisan baru yang boleh dihormati oleh rakyat agar tidak timbul isu-isu seperti ini lagi.

Ambillah kesempatan ini untuk memilih batang tubuh yang baru untuk memimpin kita dalam pemilihan parti pada bulan Disember yang akan datang…insya-Allah kita akan dihormati.

Tak payah kita menyelesaikan isu UiTM ini dengan mengajak sesiapa untuk mengamuk…itu adalah tindakan bodoh…kita yang salah, kita pula yang mengamuk…

Silly isn’t it?


Sekian……………………………..Aspan Alias.

7 comments:

shahbandarmalakat said...

Tertarik dengan komen isteri saya...pasal bukan Melayu tak boleh masuk Uitm kalau ada perlajar dari seberang laut dari negara asing boleh masuk uitm? Ada ke perlajar antarabangsa kat Uitm? kalau ada betul lah cakap isteri saya tu...

Anonymous said...

Kes Anwar..Saiful sudah bersumpah dengan nama Allah...dan sebagai umat Islam yang beriman kita wajib menerima sumpah itu sebagai benar...bukan begitu Pan?

Anonymous said...

Anonymous, saya bukan ulamak dan tidak mahir dalam ilmu fiqh,dan lain-lain bidang.

Hanya yang saya tahu segala tindakkan kita bergantung kepada niat.

Saya hanya mempersoalkan kenapa beriya sangat untuk memberi tahu orang ramai yang dia kena liwat tu?

Kenapa dia boleh diliwat? SEDANGKAN BUKAN MUDAH UNTUK DILIWAT JIKA SIPENERIMA MENOLAKNYA.

Lagi pun kehadziran beliau di rumah Najib sebelum dia membuat lapuran polis itu memberikan 'impression' yang dia melakukannya dengan ada perancangan politik.

Tetapi kita terima lah sumpahnya...hanya di yaumilmahsha sahaja lah dapat ketentuannya.

Bagi saya menggunakan nama tuhan dengan niat yang tidak baik itu besar dosanya.

Selalunya manusia gagal untuk membezakan mana bisikkan yang bathil dan yang Haq.

Bagi kita, tidak payahlah kita memihak kemana-mana kerana perkara ini sudah diserahkan kepada yang maha esa.

Hanya Allah sahja yang mengetahui apa didalam qalbi budak ini.

Anonymous said...

Salam!
saya nak ulas berkaitan isu UiTM ni...sebnarnya isu ini taklah BESAR sangat tetapi yang jadi BESAR sebab ia dikeluarkan oleh seorang menteri BESAR sebuah negeri yang BESAR. Kenapa kita hanya melihat isu yang ditimbulkan semasa ini sahaja sehingga menutup dosa UMNO yang lebih BESAR kepada orang melayu seperti melepaskan singapura keluar dari tanah BESAR Malaysia atau isu kehilangan Pulau Batu Putih atau penjualan air mentah dan pasir kepada singapura??? Persoalannya, siapa yang memerintah negara ini dari zaman awal merdeka hingga kini???bukan UMNO yang menjadi teras pemerintahan negara? bukankah apa yang kita sedia tahu dan maklum tentang ketergugatan survival orang Melayu sebelum semuanya dibuat oleh Pemimpin-pemimpin UMNO?Isu tanah rakyat yang diambil mengikut kanun tanah negara yang pada akhirnya apa yang dibangunkan menjadi milik mutlak bangsa lain dalam malaysia? apakah ia bukan menjadi bukti tentang dosa UMNO yang mahga BESAR kepada orang Melayu harus dihapuskirakan kononnya demi survival melayu???MANA JUAK2 DAN BALACI UMNO KHUSUSNYA PAKAR DARI BTN DAN UMNO yang setia kalau boleh jawablah apa yang saya utarakan ini. Usah bercakap soal nak mempertahankan ketuanan melayu kalau UMNO sendiri penyebab hilang dan terhakisnya moral dan kekauatan melayu hari demi hari...
KEPADA JUAK2 BTN YANG BODOH BELAKA SAYA NAK TUAN2 JAWAB SOALAN INI.
1) HILANGNYA PULAU PINANG(KATA UMNO) KEPADA ORANG CINA DALAM PRU 12 SEDANGKAN SEBELUM INI PUN KETUA MENTERI PULAU PINANG TETAP CINA WALAUPUN SATU KETIKA KERUSI YANG DIMENANGI UMNO MELEBIHI APA YANG DIKUASAI OLEH PARTI GERAKAN?

2) SOAL IMBUHAN OLIMPIK KEPADA SESIAPA YANG BERJAYA MERANGKUL PINGAT EMAS OLIMPIK SEBANYAK 1 JUTA. APAKAH NILAI PEJUANG NEGARA SEPERTI ANGGOTA KESELAMATAN POLIS, TENTERA YANG MATI, CACAT ANGGOTA HANYA MENDAPAT IMBUHAN DAN BANTUAN YANG MAHA SEDIKIT JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN APA YANG BAKAL DINIKMATI OLEH ATLIT YANG KERJANYA HANYA MAIN SAHAJA TANPA PERLU MEMIKIRKAN SOAL MEMPERTAHANKAN NEGARA? ITU BELUM DICAMPUR DENGAN CADANGAN CADANGAN MEMBERI PENCEN SEUMUR HIDUP BERNILAI RM 5000. BERAPA SENKAH YANG DIBERI KEPADA ORANG MISKIN, IBU2 TUNGGAL DAN ANAK YATIM OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT? KALAU INILAH YANG MENJADI KEUTAMAAN UMNO MAKA TAK HAIRANLAH KALAU SUATU HARI UMNO AKAN LUPUS DAN MENJADI MONUMEN KLASIK DI MUZIUM NEGARA?

3) SOAL SUMPAH SAIFUL BUKHARI YANG MENGAKU DIRINYA DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM. SAYA NAMPAK AKAN KEJAHILAN MEREKA YANG BERUSAHA MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT.MENGAPA PERLU IA DIBUAT SEBELUM HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH YANG MELIBATKAN ORANG YANG DIKATAKAN MELIWAT BELIAU?KALAU NAK MENGIKUT CARA ISLAM, IKUTLAH SEMUANYA JANGAN SUKU IKUT 3 SUKU TAK IKUT.ADAKAH SUMPAH YANG TAK LANCAR YANG DISEBUTKAN OLEH SAIFUL BOLEH DIAMBIL KIRA? KALAU ITU ADEGAN UNTUK MAJLIS AKAD NIKAH MAKA SESUNGGUHNYA TIADA SAKSI YANG AKAN MENERIMA DAN AKAN MEMINTA IA DIULANG SEHINGA LANCAR DAN TIADA MASALAH. MELIHATKAN KEPADA DUA KALI ADEGAN SUMPAH ITU DIULANG OLEH SIARAN TV3 SUKU MENAMPAKKAN ADA USAHA BERTERUSAN UNTUK MENGAIBKAN SAUDARA SEISLAM. ADAKAH INI DIANJURKAN ISLAM? INILAH KEBODOHAN UMNO DALAM USAHA UNTUK MENUTUP KELEMMAHAN MEREKA TERUTAMA SELEPAS MENGALAMI KEKALAHAN TERUK DALAM PRU 12.

4) CALON BN UNTUK PRK PERMATANG PAUH ADALAH PENYANDANG SEMASA KERUSI DUN PULAU PINANG.PERSOALANNYA ADAKAH INI CALON TERBAIK YANG BN MAMPU ADAKAN? BELUM ADA REKOD SEPANJANG PENGETAHUAN SAYA SEORANG ADUN YANG MASIH MENYANDANG JAWATAN ADUN BERTANDING UNTUK JAWATAN MP KHUSUSNYA DARI BN. WAHAI PEMIMPIN BN,LUDAHLAH KE LANGIT TINGGI SUPAYA ANDA DAPAT MENGELAK JATUHNYA AIR LIUR ITU KE MUKA ANDA.DARI BERITA BULETIN UTAMA TV3 SUKU DITEMUBUAL CALON BN TERSEBUT DAN SEMPAT LAGI BERCAKAP TENTANG KEPERCAYAAN KHURAFAT ATAS NOMBOR TIGA(3), MUNGKIN INILAH YANG DIAKATAKAN HADHARI..BERTAUBATLAH...

Anonymous said...

Kalaulah bukan Anwar yang terlibat tentunya semua simpati kat Anwar. Aku bukannya suka nak bangkit isu liwat ni, memadai tengok dan dengar.

Aspan Alias said...

Kata anonymous memang betul,Isu liwat menjadi heboh kerana politik semata-mata.
Kita tak dengar pun pemimpin-pemimpin negara membenamkan isu ini seperti mereka benamkan isu-isu penting untuk negara dan rakyat.
Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin sekarang dipandang sebagai pemimpin lemah pemikiran, tetapi mereka masih nak jadi pemim pemimpin.
Yang menjadi sakit kita semualah.

Anonymous said...

Isu LIWAT adalah isu yg zalim untuk dibuat komentar atas sebab Islam dan aturan islam itu sendiri. Tetapi Isu pemimpin tertinggi UMNO dan pemimpin pertengahan UMNO yang LEWAT faham kehendak ahli UMNO diperingkat akar umbi adalan ZALIM jika tidak didengari dan digembeling.Masih belum terLEWAT sekiranya ada sedikit KEBERANIAN dari ahli umno untuk menukar pemimpin yang LEMAH. Ada suatu PENDAPAT untuk jadikan UMNO kuat ialah kita ramai2 hancurkan dulu UMNO kemudian baru datang kesedaran untuk kuatkan UMNO tapi kalau sokong pendapat ini kita ambil masa lama untuk kuat.Kekuatan bangsa Jepun selepas kehancuran bangsanya.Hancurkan dahulu Melayu dengan cara BUNUH parti melayu UMNO kemudian melayu akan bangkit semula untuk menjadi kuat melalui UMNO.